2013-12-06

EARBLAST RECORDS - ER011: AZARIAL "REBORN OF THE PAST" EP


Sepertimana dihebahkan sebelum ini, EARBLAST RECORDS mengumumkan tarikh rasmi pengeluaran AZARIAL "Reborn Of The Past" EP [Kod: ER011] pada 13 Disember 2013. AZARIAL yang diangkat sebagai lagenda Death Metal Sabah dari daerah Beaufort kembali semula berkarya di persada Metal underground setelah sekian lama menyepi. Difahamkan kepulangan AZARIAL ini hanya mengekalkan dua anggota asal iaitu Ajak dan Razley, manakala selebihnya adalah dua ahli baru. 

EP berjudul "Reborn Of The Past" ini menghidangkan 4 buah lagu dengan konseo muzikal old-school Death Metal, di bawah pengaruh band-band seperti At The Gates, Dismember, Carnage dan seumpamanya. Berikut didedahkan senarai lagu yang dimuatkan dalam EP tersebut:

01. Unlight Tomb 
02. Reborn Of The Past
03. Dissatisfied Dead 
04. Chasing The Fog

EARBLAST RECORDS sebagai label yang bertanggungjawab untuk merilis dan mengedar EP ini memaklumkan yang ianya dicetak cuma 150 unit sahaja dan dijual pada harga RM15 (tidak termasuk kos pos). 

INFORMASI:

TERDAHULU:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...