2013-12-12

FARASU - 11TH YEARS OV DEATH


Farasu pada hari ini (12hb. Disember 2013) telah genap usia 11 tahun.

Bukan sesuatu yang mudah untuk mengendali, mengurus dan mengekalkan sebuah kumpulan muzik tanpa wujudnya semangat perjuangan, persefahaman dan timbang rasa, keakraban serta sikap saling menghormati antara anggota kumpulan.

Komitmen untuk menyumbang tenaga, wang ringgit, masa dan kreativiti adalah tunjang utama buat seluruh anggota Farasu bagi memastikan band ini kekal berada dalam mengharungi saingan masa di arena muzik metal tanahair.

Era 2005 & 2007 merupakan suatu detik masa yang sukar dihadapi. Petaka isu 'Black Metal' garapan Mastika telah memberi kesan besar kepada scene metal negara dan turut dirasai oleh Farasu. Manakala tahun 2007, menjadi detik sukar bagi mempertahankan kewujudan band ini gara-gara konflik dalaman yang hampir menamatkan riwayat Farasu. Namun kerana semangat dan kegigihan, Farasu kembali disusun. Berkat persefahaman Fidaiyyin dan Nahax, band ini kekal keberadaannya sehingga kini.

Rombakan barisan anggota pada penghujung 2011 yang masih kekal bersama merupakan yang terbaik dalam sejarah Farasu selama sedekad.

Kreativiti dan kelainan menjadi sandaran utama Farasu dalam penampilan material seterusnya.

Anggota:
Shah Z - vokal
Nahax - gitar
Apai - bass
Mus Fidaiyyin - dram
Jo Yoehan - gitar

Material:
2003 - A Millenium Of Madness (Demo)
2005 - Midnight Evil Spirit (Promo)
2006 - Blackmoon Eclipse (MCD)
2010 - Menongkah Arus (CD)

INFORMASI:

TEKS OLEH: FIDAIYYIN AL FARASU 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...