2012-10-10

OMEN - MENGUNDUR DIRI DAN DIBUBARKAN


BERITA



OMEN merupakan sebuah band berorientasikan Raw Black Metal ditubuhkan di Pasir Mas, Kelantan sekitar pertengahan tahun 2007. Band yang didukungi oleh Ajjal (vokal), Nathias (gitar), Iffritt (gitar), Ea’zuud (bass) dan Ma’indjinngorka (dram) ini begitu aktif dan produktif merilis pelbagai Promo, Demo, EP, Tape, Split dan menyertai banyak kompilasi rilisan label-label tempatan dan luarnegara juga. Namun, setelah 5 tahun bersatu dan berkarya, OMEN terpaksa dibubarkan kerana limitasi masa dan keadaan untuk mereka terus bersama. Ma’indjinngorka menarik diri kerana mahu fokus kepada pelajaran manakala Nathias berpindah ke negeri lain yang sudah tentunya menyukarkan band ini untuk terus berdiri. OMEN rasminya dibubarkan pada 30 November 2011. Berikut adalah kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh gitaris mereka Nathias di laman facebook mereka:

“30 November 2011 - OMEN secara rasminya dibubarkan / OMEN is officially disbanded (RIP 2007-2011). Akan tiada lagi rakaman & rilisan baru dari OMEN yang tidak lagi aktif sejak penarikan diri Ma'indjinngorka dan ditambah pula perpindahan Nathias ke tempat lain. Jika berkesempatan, saya ingin keluarkan Demo 2011 "Damnation From The Sixth Hell" (terhad untuk kenangan abadi line-up & rakan2 terdekat) yang tertangguh kerana tiada kesempatan merakam 2 lagu baru yang dirancang serta mencari 1 label tempatan untuk mengeluarkan 1 rilisan terakhir koleksi semua lagu OMEN termasuk beberapa unreleased rehearsal/pre-production track sbg extra bonus! Thanks to all; individual, labels, bands, etc who believed and support the existence of OMEN. We're nothing without you!” - Nathias, 1st Dec 2011.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...