2009-02-03

ULASAN | BLINDCONFUSED - NON COMPOS MENTIS (DEMO 2007)


ULASAN

BlindConfused adalah sebuah band lama yang asalnya ditubuhkan oleh pelajar-pelajar Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pada 1995 dan sempat merilis sebuah demo berjudul "Burnt". Setelah tamat pengajian, nama band ini dibawa ke Sabah oleh Deth (asalnya pemain dram yang kini di posisi gitar) dan diaktifkan semula di negeri tersebut bersama beberapa rakan beliau. BlindConfused sekali lagi menyepi selama 4 tahun akibat perpindahan kerja masing-masing pada tahun akhir 2005, mereka menghasilkan sebuah demo yang bertajuk "Non Compos Mentis". Versi demo ini merupakan usaha awal mereka untuk merakam dan merilis CD DIY pertama BlindConfused menggunakan judul yang sama juga. CD "Non Compos Mentis" akhirnya dikeluarkan pada tahun 2007 memuatkan 9 buah lagu iaitu; 1. Obstruct Nerve, 2. Pitting Surface, 3. Sophistry, 4. Non Compos Mentis, 5. Conflict Sound, 6. M.O.D, 7. NONE, 8. Dead Scanner, dan 9. P.I.B. BlindConfused yang ketika ini dibarisi Najim (vokal), Deth (gitar), Dathick (gitar), Wan (bass) dan Richy (dram) setia dengan muzik perjuangan mereka sejak dari awal lagi iaitu berkonsepkan DeathGrindCore. Mendengar muzikal BlindConfused, saya hampir pasti mereka banyak dipengaruhi band luar seperti Terrorizer, Napalm Death, Carcass, Pungent Stench, Brutal Truth, Deicide, Cannibal Corpse, Dying Fetus, malah dari dalam umpamanya Infectious Maggots dan Necrotic Chaos. Elemen-elemen moden seperti metalcore dan new age metal turut digarap dalam muzikal asas Death & Grind mainan mereka tetapi tidaklah keterlaluan. Mutu rakaman dan kualiti bunyi rilisan yang diusahakan di RAM Studio (Kota Kinabalu) ini adalah pada tahap yang agak baik dan dianggap meyakinkan walaupun masih ada ruang yang boleh dipertingkatkan. Namun saya sedikit kecewa dengan pakej produksi yang agak 'simple' (mungkin untuk mengurangkan bajet) kerana dengan deretan 9 buah lagu serta diprofilkan sebagai CD pertama mereka, BlindConfused seharusnya lebih bersedia untuk menerbitkannya dalam format yang lebih profesional. Apapun, "Non Compos Mentis" ini adalah rilisan yang sepatutnya ada dalam koleksi metal tempatan anda sekiranya anda menyokong penuh scene Metal Malaysia! Hubungi blindconfused2005@yahoo.com atau www.myspace.com/blindandconfused mahupun BlindConfused, Taman Gabungan, MDLD 4348, Lot 8 Blok B, Jalan Silam, 91100 Lahad Datu, Sabah.

PENILAIAN: 4/6

1 ulasan:

  1. Line-up masa kat UPM:
    Deth- Drums
    Azmi (Deathrobe)- Vocal
    Jeff (a.k.a Trismegistus of Aradia) - Guitar

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...