2015-11-02

WARMASTER PRODUCTIONS: KALABANGANZ - Xumandakapolypse Black 'n' Roll


November ini dijangka menyaksi kehadiran semula KALABANGANZ diiringi pengeluaran album penuh kedua berjudul "Xumandakapolypse Black 'n' Roll". KALABANGANZ adalah penjana muzik keras Metal Punk / Black & Roll dari Kota Kinabalu, Sabah yang mana ahlinya terdiri daripada penyatuan pemuzik-pemuzik berpengalaman antaranya Mantak, Foetal Carnage, Deathevoker, Sir You Die dan Tenomizer. "Xumandakapolypse Black 'n' Roll" dijadualkan rilis melalui sebuah label setempat WARMASTER PRODUCTIONS bakal meneruskan impak yang telah KALABANGANZ terjemahkan melalui album pertama "Beer Sex & Black 'n' Rollust" keluaran Blackwinds Productions (Singapura) pada Julai 2012 dahulu.


Menerusi album kedua ini, KALABANGANZ turut memuatkan dua lagu saduran masing-masing dari Ramones dan Misfits di mana sedikit-sebanyak memberi gambaran awal aliran muzik dan isi kandungan album tersebut. "Xumandakapolypse Black 'n' Roll" secara keseluruhan menghidangkan 11 buah lagu seperti disenaraikan di bawah:

01. Nekroeidz Ironfistri
02. Metalpunkblasphm666r
03. Bastardose
04. Poison Lihingz
05. The Bluesakration Shredfukk
06. Tapai Diabolique
07. The Dogs Eat The Striper
08. Methopsyko 666
09. The Psykodelikz Kalabanganz
10. Somebody Put Something In My Drinks (Ramones cover)
11. Dig Up Her Bones (Misfits cover)


Menurut WARMASTER PRODUCTIONS, album "Xumandakapolypse Black 'n' Roll" ini akan berada di pasaran bila-bila masa sahaja sekitar November 2015 dan setiap pemilikan CD ini akan turut menerima sekeping poster KALABANGANZ. Tarikh rasmi pengeluaran akan diumumkan sedikit masa sahaja lagi. Hubungi warmasterprods@gmail.com atau kalabanganz@gmail.com untuk sebarang pertanyaan lanjut ataupun tempahan.

INFORMASI:
facebook.com/WarmasteR-Productions-867881753279822
facebook.com/Kalabanganz
kalabanganz.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...