2015-11-02

FILOFORCE - "REMEMBER" DEMO 2015


FILOFORCE adalah salah-satu pendatang baru dalam arena muzik berat domestik. Mereka ditubuhkan pada awal tahun 2015 ini dianggotai 3 pemuzik muda iaitu Fifi (gitar/vokal), Mat Rejab (dram) dan Azmer (bass). Beberapa bulan selepas ditubuhkan, FILOFORCE pada 20 Oktober 2015 telah melancarkan penerbitan demo pertama mereka berjudul "Remember" mempertaruhkan 3 buah lagu, seperti berikut:

1. War
2. Remember
3. Fire (Reality of Satan)

“Genre kami Death Thrash Metal.. band kami banyak terpengaruh dari MERCILESS dan band-band old-school Death Metal”, kata Fifi memperjelaskan aliran muzik serta apa yang dihidangkan melalui demo mereka. Tambah beliau lagi: “Demo ini DIY sahaja dan hasil sepenuhnya dari FILOFORCE. Rakaman telah dijalankan di Metalorg Studio dan Sound X Studio di mana saya sendiri selaku sound engineer sepanjang proses rakaman ini”.


FILOFORCE "Remember" Demo 2015 diedarkan pada harga cuma RM10 dan boleh diperolehi dari pihak band serta di Sound X Studio (Jalan Reko, Kajang). Sila hantarkan private message ke facebook pihak-pihak berkenaan untuk urusan pembelian ataupun maklumat lain. “Setakat ini kami berpuashati kerana semua hasil dari kami sendiri. Saya mengharapkan para penggemar muzik metal semua boleh terima FILOFORCE kerana kami masih baru”, ujar Fifi mengakhiri perbualan.

INFORMASI:
facebook.com/filoforce
facebook.com/soundxstudio

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...