2015-02-02

ABLASA - BEEK RUN SYATIN (DEMO 2015)


Akhirnya!!! ABLASA yang dibentuk pada 9 September 2009 di Pasir Mas, Kelantan muncul semula dari tempoh senyap yang begitu lama bersama sebuah demo debut berjudul “Beek run Syatin”. Perancangan merilis demo pertama ini sebenarnya telah dibuat sekitar tahun 2010 lagi dan sepatutnya menyusul sebaik sahaja keluarnya Promo 2010 “Nafsasy-Syaitaan” [mengandungi sebuah lagu – Nar is Thee (fire-whispering)] pada tahun tersebut. Namun atas sebab-musabab yang tidak dapat dielakkan, segala rakaman dan rancangan telah tergendala dan tertunda.


Tanpa disangka, Sakar yang secara sendirian (semua instrumen dan vokal) menjayakan one-man-band ini mengambil keputusan untuk keluar dari kemelut hiatus lebihkurang 5 tahun yang dihadapinya dan melepaskan kesemua 5 trek rakaman dalam satu pakej demo pertama ABLASA, secara independen bertarikh 2 Februari 2015. “Beek run Syatin” adalah paksi Black Metal tulen, mentah dari apa yang terakam, tanpa sebarang suntingan! Keseluruhannya berdurasi 13:23 minit, senarai lagu adalah seperti berikut:

1. Intro - 2:32
2. Nar is Thee (fire-whispering) - 3:31
3. Mukhabbilat al-Jin (darkstrumental) - 2:39
4. Khomsah of Darkheirs (fire-breezing) - 3:04
5. Outro - 1:37


ABLASA “Beek run Syatin” Demo 2015 hadir dalam format CD-R yang dibungkus dengan lipatan sampu yang agak kreatif. Sakar menggelar pakej ini sebagai Pocker cover CDR serta artwork yang ditinta dengan dakwat perak berkilau (metallic silver). Kuantiti pengeluarannya juga ekslusif di mana cuma 22 salinan (hand-numbered) sahaja yang diedarkan! Harga hanya RM8 tidak termasuk kos pengeposan. Bagi yang menggemari Black Metal ala Burzum dan Darkthrone, hasilkarya ABLASA ini harus dimiliki. Only For Blackheart Hordes!

INFORMASI:
facebook.com/ablasaband

BERKAITAN:
ABLASA - BEEK RUN SYATIN (DEMO 2015)
ABLASA - BEEK RUN SYATIN (EDISI INDONESIA)
ABLASA - BEEK RUN SYATIN [TAPE FORMAT]
ABLASA - BEEK RUN SYATIN (EDISI EROPAH)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...