CASUS LUCIFERI RECORDS kembali di tahun 2015 ini membawa keluar produk kedua label tersebut iaitu NEFTARAKA / AL-AZAZHIL "Amidst The Deepest Of Voidness" Split MC [Kat#: CLR002-15]. Sebelum ini CASUS LUCIFERI terlibh dahulu mengeluarkan AS SAHAR "Live Mystikal Exaltation" CD pada pertengahan Oktober 2014 lalu.
"Amidst The Deepest Of Voidness" Split MC ini secara rasmi rilis dan beredar pada tarikh 16 Februari 2015, menggabungkan dua buah band Black Metal tanahair yang cukup berkaliber dan dikenali: NEFTARAKA (Perak) dan AL-AZAZHIL (Pahang). Dalam split ini, setiap band masing-masing menghidangkan 5 buah lagu merangkumi rakaman terbaharu serta lagu saduran band seperti Bathory dan As Sahar. Kaset berdurasi 60 minit dicetak secara profesional ini dikeluarkan terhad kepada 150 unit sahaja dan setiap pembelian turut diberi percuma patch bersulam serta kalendar mini.
Penggemar-penggemar muzik Black Metal serta penyokong setia NEFTARAKA dan AL-AZAZHIL haruslah segera mendapatkan Split MC ini. Ianya dijual pada harga RM15 (tidak termasuk kos pengeposan). Hubungi CASUS LUCIFERI RECORDS di e-mel: orders.casusluciferi@yahoo.com.my atau facebook: Casus Luciferi. Anda juga boleh perolehinya di wakil-wakil distribusi; Necropapic Elite atau Wakaf Production ataupun Hand Numbered (Singapura).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan