2015-02-20

PUNAHRANAH - PERCEIVE THE IGNORANCE [EP 2015]


Trio DeathGrind dari Damansara - Petaling Jaya, PUNAHRANAH kini kembali dengan sajian terbaharu berupa sebuah EP bermuatan 6 lagu berjudul "Perceive The Ignorance". Dianggotai oleh Azan Ridzuan (gitar/vokal), Ashie Ridzuan (dram) dan Bess Fauzi (bass/vokal), PUNAHRANAH yang ditubuhkan pada Januari 2006 terlebih dahulu merilis sebuah Demo/EP sekitar tahun 2010 bertajuk "First Chapter Of Killing Process".


"Perceive The Ignorance" EP 2015 dikeluarkan secara rasmi pada 18 Februari 2015 atas usaha pihak band sendiri tanpa sokongan sebarang label. Ianya terhad kepada 100 salinan CD sahaja dan diedarkan pada harga RM20 (edaran di tangan / lokasi gig) atau RM25 melalui pesanan pos. Lagu-lagu yang dimuatkan adalah:

01. 1000 Path leads to One Creator
02. Narcissus
03. Perarakan Darah dan Keringat
04. Dismantling of the Stupidity
05. Major Depression
06. Deranged Nation


Kepada peminat-peminat muzik kacukan Death Metal dan Grindcore yang berminat untuk mendapatkan PUNAHRANAH "Perceive The Ignorance" EP 2015, bolehlah terus hubungi laman facebook.com/PUNAHRANAH atau facebook.com/azanridzuan untuk keterangan lanjut berkaitan pembelian. 

INFORMASI:
facebook.com/PUNAHRANAH
punahranahdeahtgrind.wix.com/punahranah
soundcloud.com/azan-ridzuan
youtube.com/user/ashieridzuan

TERDAHULU:
PUNAHRANAH - FIRST CHAPTER OF KILLING PROCESS EP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...