2012-10-27

HAYAGRIVA - "DESCENDANT XII" T-SHIRT 2012


ITEM CODE: KPTS022012

HAYAGRIVA LATEST OFFERING 2012 | OUT NOW!!! | A LIMITED EDITION FULL COLOR T-SHIRT 2012 DESCENDANT XII | AVAILABLE FOR BOTH SHORT AND LONG SLEEVE T-SHIRT | MALAYSIAN SIZE (S TO XXL) | ONLY 100 PCS PRINTED (NO-REPRINT) | GRAB NOW WHILE STOCK LAST!!! |

ORDER INSTRUCTIONS: | T-SHIRT PRICE: RM 60 FOR LONG SLEEVE | RM 55 FOR SHORT SLEEVE | EVERY PURCHASE WILL GET A FREE CD OF HAYAGRIVA PREVIOUS SINGLE ENTITLED “EMPEROR AWAITS” (WHILE STOCK LAST) | EVERY ORDER MUST ADD THE SHIPPING FEES | ADD +RM 7 FOR PENINSULAR MALAYSIA | ADD +RM 10 FOR SABAH AND SARAWAK |

PAYMENTS: | ALL ORDER PAYMENT VIA MAYBANK ACCOUNT (NO: 1584-3503-9078 - NAME: MOHD FARIZ BIN MOHAMED HASSAN) | THEN SENT YOUR ORDER DETAILS: FULL NAME AND SHIPPING ADDRESS, TELEPHONE NUMBER, EMAIL, PAYMENT AMOUNT AND DATE, QUANTITY AND STATE SPECIAL INSTRUCTION (IF ANY) |

CONTACT AND ENQUIRY: | SENT YOUR ORDER DETAILS VIA SMS TO 0134962511 | INBOX VIA FACEBOOK: WWW.FACEBOOK.COM/MYHAYAGRIVA | EMAIL: SHADOW_HAYAGRIVA@YAHOO.COM | ITEM CODE: KPTS022012 |

CREDITS: | © 2012 HAYAGRIVA | PRODUCT OF KHAKHAN PROCUCTION | ARTWORK: KOMPGRAPHNER WWW.FACEBOOK.COM/KOMPGRAPHNER | ART DIRECTION: HAYAGRIVA | BAND PHOTOGRAPH: NIK EVIL |

2012-10-25

BEWARE THE BAPHOMETIZED!


RENCANA

NOTA: Ini merupakan sebuah ulasan/rebiu yang mana saya ambil dari laman ENCYCLOPAEDIA METALLUM. Ia merupakan sebuah ulasan yang baik dan jujur ke atas salah-satu rilisan terawal dari OMEN berjudul "Observance Of Baphometized" dalam format tape dirilis oleh label UK iaitu Thorn Laceration Records sekitar tahun 2009. Maaf jika ulasan ini diambil tanpa keizinan. Saya sekadar mahu mengarkibkan penulisan ini di sini. Ianya ditulis dalam Bahasa Inggeris, mahu tak mahu baca sahaja lah, huhu..

Omen is one more Malaysian black metal horde which was picked up for release by the British label Thorn Laceration Records, who seems to enjoy releasing obscure bands from "exotic" countries. What we can hear on their "Observance of Baphometized" EP is something really raw, primitive and old-school. 

There are 8 tracks on the tape, 2 of them being covers of the bands Nebiras and Langsuyr, who appear to be the legends of Malaysian metal scene and probably I have to check them out in the future, at least the Langsuyr song sounds interesting. The band mentions few more Malaysian bands as their influences in the thanks list of the tape booklet, and again, these bands are totally unknown to me, but besides them they name Darkthrone, Burzum and King Diamond. Well, I can't hear any evident Burzum or King Diamond influences, but, of course, they have some moments close to old Darkthrone (though the same can be said about each second black metal band around here). So, I will assume that Omen stays true to the Malaysian school of black metal, but, of course, I can draw parallels with the other bands, which are more familiar to the average listener. As I said before, this record is primitive and old-school, following the path of late 80's - early 90's classic black metal, with some trails of death metal. The music is really so primitive and repetitive that sometimes it seems that they play the same few riffs and drum patterns throughout all the songs, but, hell, it works, as it worked for Beherit or Profanatica! And despite the aforementioned repetitiveness the ones who have good ear for similar stuff will surely mark out certain moments on this EP, I think it would be hard to not remember the song like "Wrath of Black Witchery". 

Generally, I'm quite satisfied with this release, it's brutal, catchy and bearing old-school "garage" spirit. Recommended for those who got tired of bedroom shit, who like old stuff like Beherit or Profanatica, or who are simply looking for something exotic in a sense of geographical origin.

Review by Fulgurius taken from Encyclopaedia Metallum

2012-10-24

WAR666 - INFERNAL LEGIONS


WAR666 "INFERNAL LEGIONS"!!! Compilation Album will be unleashed under Sabahell EVIL DEAD PRODUCTION label.. Wait for this next material!!! For any inquiry please contact Md Firdaus from EVIL DEAD PRODUCTION!!! - Rilisan ini pastinya sesuatu yang dinanti oleh para peminat dan penyokong WAR666. "Infernal Legions" satu lagi buahtangan dari label unggul EVIL DEAD PRODUCTION. Perkembangan lanjut/semasa mengenai rilisan ini boleh diikuti di: www.facebook.com/bestial666

REPUTDEATH - INTO THE CRYPTOS DEMO 2012


BERITA



DERANGEMENT PROJECT PRODUCTIONS merupakan sebuah label yang sangat aktif di Kota Kinabalu, Sabah. Terbaru mereka telah merilis demo sulung dari band REPUTDEATH berjudul "Into The Cryptos" memuatkan 4 buah lagu bercorak old school Death Metal. Untuk mendapatkan demo ini, sila hubungi derangement_project@yahoo.com atau www.facebook.com/mohd.shairul.

NIHILIST VOLCANIC TERROR - TAPE EP 2012


KIMAR RECORDS telah menerbit dan mengedar rilisan dari N.V.T. iaitu sebuah projek solo dari Sabah yang berpaksikan muzikal jahat Bestial Black/Death. Rilisan yang dizahirkan dalam format klasik TAPE ini mengandungi 4 buah lagu rakaman studio dan selebihnya 3 buah lagu lagi rakaman rehearsal turut dimuatkan. Dapatkan sekiranya berminat pada harga RM15 sahaja. Untuk pesanan sila hubungi RITHZALI BIN NASIR di talian 013 8722994. Pembayaran boleh dibuat di Akaun Maybank No: 1601 8405 3833.

NEXT PLAN from KIMAR RECORDS: MAAR "Mysterious.. Mystical.. Myth.." tape (re-release of the one & only demo 2001 + bonus - unreleased, rare, live, rehearsal tracks), MORTUARY ANCESTOR discography tape.. (on the way!!), I have a cool discussion with some maniaxxx for the re-release of.. FOETAL CARNAGE demo & AZARIAL demo, etc. Also the releasing of DREAMING DEAD demo that 'never release' 12 years before.. - Rocking Demon

2012-10-20

VAULT - WAR FUCKING WAR 12" LP



BASEMENT RECORDS pada 16 Oktober 2012 telah melancarkan pengeluaran rilisan 12" LP dari kumpulan VAULT berjudul "War Fucking War". For the ashes of thrash fucking metal punk, VAULT came into existence with brilliant Thrash Punk tunes that are pure of honesty and intensity. The LP contains 12 tracks and come in limited to 105 copies blue transparent vinyl – menurut kenyataan promo pihak label.


"War Fucking War" adalah kompilasi album semua lagu dari demo "Raging Force" (2006) dan "Fuck Off and Die!!!" (2009) serta tambahan dua lagu baru yang tidak pernah dikeluarkan oleh VAULT, band dari Kajang, Selangor yang ditubuhkan sekitar 1998. Rakaman kedua-dua demo tersebut melibatkan line-up seperti berikut: Fizan (vokal), Edogawa (gitar), Monyet (bass) dan E.B (dram).

HARGA: RM 70 / EURO 18 + postage + paypal fee

2012-10-16

DAARCHLEA - PENDATANG BARU METAL


PROFIL

NOTA: Saya cuba untuk mendapatkan semula paparan-paparan yang pernah disiarkan semasa era EKSTRIM.INFO walaupun saya tahu ia sesuatu yang sukar dan hampir mustahil. Salah-satu artikel yang saya temui adalah DAARCHLEA - PENDATANG BARU METAL yang mana saya temui di laman myspace mereka. Saya kurang pasti bila tarikh sebenar artikel ini ditulis, ceritanya mungkin sudah agak basi namun paling tidak ia adalah gambaran terdekat tentang DAARCHLEA di peringkat awal kemunculan mereka ~ Pian Kvlt 16/10/2012


Daarchlea telah ditubuhkan pada sekitar tahun 2007 di Cheras, Kuala Lumpur. Band ini adalah band yang sulung bagi semua ahli Daarchlea. Pada awalnya, ahli Daarchlea hanya terdiri daripada Emme dan Zizie. Oleh kerana minat untuk mempunyai band sendiri, ahli-ahli lain dicari untuk melengkapkan band ini. Usaha ini agak sukar oleh kerana terpaksa mencari mereka yang mempunyai minat yang sama dalam muzik yang ingin dibawakan kelak. Akhirnya, usaha untuk melengkapkan band berhasil. Seorang demi seorang yang meminati jenisan musik yang sama ditemui. Zaim (bassist) kemudian memasuki band Daarchlea diikuti Emiey (keyboard). Usaha ini diteruskan dengan pencarian drummer dan akhirnya Ayie (drum) ditetapkan sebagai drummer Daarchlea. Namun, masih ada kekosongan di dalam lineup Daarchlea. Akhirnya, Firdz (vokal) melengkapkan band ini dengan menjadi teraju dalam nyanyian untuk band ini. Begitulah kisahnya rentetan penubuhan dan pembentukan band ini mengikut penceritaan saudara Emme.

Selain daripada Emme yang merupakan tunjang instrumen gitar dalam Daarchlea, unit muzik ini turut dianggotai oleh Firdz (vokal), Zizie (guitar), Aiem (bass), Emiey (keyboard) dan Ayie (dram). Menurut Emme berkaitan muzikan, "Daarchlea memilih untuk bermain konsep muzik yang lebih kepada Metal dan sedikit Symphonic. Kami tidak mahu melabel musik kami kerana kami masih lagi baru dalam mengenali dunia musik dan tidak layak rasanya kami untuk meletakkan bentuk musik kami memandangkan kami masih lagi baru setahun jagung". Emme turut menamakan Behemoth, Vesania, Abigail Williams, Cradle Of Filth, Nile, Dimmu Borgir, Old Man's Child, Stormlord dan Rotting Christ antara band yang banyak memberi pengaruh untuk menubuhkan band Daarchlea dan mereka juga banyak mendengar band Symphonic sebagai rujukan.

Berkaitan penerbitan material, Daarchlea hanya ada merakam dua daripada lagu mereka secara live untuk demo simpanan mereka. "Buat masa ini kami belum merilis secara rasmi apa-apa demo. Mungkin setelah mutu permainan kami bertambah baik, dan pembentukan musikal kami tight, kami akan merilis demo. Kami juga mengharapkan komen-komen daripada para 'senior' supaya kami dapat memperbaiki bentuk musik kami di masa hadapan", kata Emme. "Kami sekarang sedang cuba untuk memperbaiki mutu persembahan musikal band kami. Oleh kerana Ayie (dram) dan Emiey (keyboard) masih lagi baru dalam permainan instrumen mereka, kami lebih menekankan untuk menjadikan mereka lebih selesa dengan alatan mereka. Oleh kerana tiada rilisan yang rasmi, kami hanya memperbaiki mutu permainan kami dahulu", kata beliau lagi.

Emme yang memaklumkan bahawa Daarchlea yang ketika ini agak sibuk menjalani latihan di studio untuk memperkemaskan lagu-lagu mereka dan sebagai persediaan untuk sesi rakaman akan datang turut memberitahu sedikit-sebanyak tentang penulisan senikata lagu-lagu band ini. "Subjek penceritaan adalah mengenai persoalan hidup, alam sekitar, kehidupan, bencana tetapi lebih berbentuk puisi yang kemudiannya diolah menjadi senikata", katanya. Beliau turut berharap dapat mengembangkan musik bawaan Daarchlea ke peringkat yang lebih boleh dibanggakan. "Walaupun musik kami masih biasa, kami akan cuba mencari identiti kami sendiri supaya musik bawaan kami lebih dihormati", ujar beliau mengenai wawasan band ini.

Menurut Emme, tawaran gig tidak banyak disertai Daarchlea kerana band mereka merasakan bahawa masih belum kukuh untuk mereka bermain di gig. Daarchlea hanya banyak bermain di battle of the band. Gig pertama yang mereka sertai adalah gig anjuran Tribe Music Studio di Criiz Club dan gig terakhir adalah di Vibe Studio Kajang. Dianggap sebagai pendatang baru metal dalam scene tempatan, Daarchlea yang merancang rakaman EP dibuat dalam masa terdekat ini berharap band ini dapat diterima di dalam scene dan seterusnya musik mereka dapat dikembangkan ke peringkat yang lebih membanggakan.

"Kami masih lagi berhingus untuk memberi komen-komen seperti ini. Cuma dari pandangan kami, scene metal atau underground Malaysia kurang bersatu. Masing-masing berpuak. Sesetengah daripadanya begitu memandang rendah kebolehan dan karya dari pendatang-pendatang baru yang masih berhingus seperti kami. Bagi mereka, musik adalah diskriminasi. Namun, itu adalah daripada pandangan kami. Kami memohon maaf sekiranya musik kami teruk. Namun, kami akan cuba untuk memperbaikinya", komen Emme tentang scene metal underground Malaysia.

29/12/2012 - KUALA LUMPUR DEATH DEVASTATION


METAL EVENT

TARIKH: 29 DISEMBER 2012 / SABTU
TEMPAT: RUMAH API AMPANG
MASA  : 3 PETANG
TIKET : RM 25.00

- INFERNAL CURSE (Argentina)
- SARJAN HASSAN
- SUCCUBUS
- BLACK ABYSS
- LAVATORY
- HELLGHAST (Singapura)
- ANGELHOLOCAUST (Thailand)
- LOBOTOMY

[informasi]

OMEN / MALEVENTUM - UNHOLY ALLIANCE OF BLASPHEMY (SPLIT 2011)


MUAT-TURUN

MUAT-TURUN merupakan seksyen terbaru yang saya ingin ketengahkan dalam wajah baru EKSTRIM. Untuk paparan pertama, saya menyediakan sebuah rilisan split yang dikeluarkan secara digital percuma oleh netlabel dari Sweden iaitu BLACK METAL AGENDA. Split ini adalah gabungan band OMEN (Raw Black Metal yang pernah wujud di Kelantan, Malaysia sekitar 2007-2011, kini telah dibubarkan) dan juga MALEVENTUM (Bestial Black Metal dari Colombia). Layan mentah-mentah...

OMEN
01. Wrath Of The Black Witchery [Remastered] - 4:13
02. Into Diabolical Ancientness [Remastered] - 3:58
03. Evil Possession [Rehearsal 17.12.2010] - 2:59
04. Antichrist War (Rator cover) [Live Edit] - 2:35
MALEVENTUM
05. Ejaculation On The Rotten Messiah - 3:57
06. Dead By The Satan's Sword - 4:00
07. Consecration Of The Black Legions (Rehearsatanic Onslaught) - 5:02
08. Unholy Vengeance Of War (Goathail to Black Witchery) - 3:23

09/11/2012 - VIOLENCE WARFARE 2012

VIOLENCE WARFARE 9TH NOVEMBER 2012!! DOPPEL CAFE, ANNEXE CENTRAL MARKET, RM20, Headlines: PROLETAR (Indonesia) and our punk godfathers CARBURETOR DUNG!! Rest of awesome bands: DISEKSA, SICKNESS, COMPULSION TO KILL, PSYCHOTIC SUFFERANCE, AGENT SUNDALL, REASON TO RESIST, PUNAHRANAH, etc!! \m/ See you guys soon!!!


2012-10-15

29/12/2012 - FINAL GRINDOWN PART IV


METAL EVENT

VENUE : DOPPEL CAFE, ANNEXE CENTRAL MARKET
DATE : 29 DEC 2012
TIME : 3PM TILL DEATH
TICKET : RM25

- NECROTIC CHAOS
- SYMBIOTIC IN THEORY
- ASILENT
- SICKSOCIETY
- BLOODY ANATOMIES
- PURGE THE ARBITRATOR
- DYSGUSTED
- COMPULSION TO KILL
- SCENT OF CARNAGE

17/10/2012 - KUCHING RITUAL DEFAMATION I


17 OKTOBER 2012 | FLYING ROCK STUDIO, KUCHING, SARAWAK | IMPIETY (Sg) / SAKTISM / SHAMANIC RITES / IMMOLATE / BESTIAL HORDES / KHEROW / DISOBEYED / DEMONWAR / R.O.H (Opening Act) | RM25

2012-10-13

14/10/2012 - TAWAU HELLBANGERS PART III


METAL EVENT

DATE: 14TH OCTOBER 2012
TIME: 12PM UNTIL THE END
VENUE: DARK EMPIRE STUDIO TAWAU

IMPIETY
Singapore Death Black

CROWN OV HORNS
Borneo Death Metal Kaos

BESTIAL HORDES
Borneo Black Thrash Lust

DELETED
Borneo Bestial Hell Metal War

IRONSKULL
(Borneo Satanic Heavy)

NIHILGOAT
Borneo Bestial Hell Metal War

ENTRANCE:
RM30 (Pre-Sale) / RM35 (Door-Normal)

INQUIRIES:
013-2778996 - Lan @ Black Thrash Merchandise
014-5678801 - Robby @ Robby Wizar

2012-10-10

OMEN - MENGUNDUR DIRI DAN DIBUBARKAN


BERITA



OMEN merupakan sebuah band berorientasikan Raw Black Metal ditubuhkan di Pasir Mas, Kelantan sekitar pertengahan tahun 2007. Band yang didukungi oleh Ajjal (vokal), Nathias (gitar), Iffritt (gitar), Ea’zuud (bass) dan Ma’indjinngorka (dram) ini begitu aktif dan produktif merilis pelbagai Promo, Demo, EP, Tape, Split dan menyertai banyak kompilasi rilisan label-label tempatan dan luarnegara juga. Namun, setelah 5 tahun bersatu dan berkarya, OMEN terpaksa dibubarkan kerana limitasi masa dan keadaan untuk mereka terus bersama. Ma’indjinngorka menarik diri kerana mahu fokus kepada pelajaran manakala Nathias berpindah ke negeri lain yang sudah tentunya menyukarkan band ini untuk terus berdiri. OMEN rasminya dibubarkan pada 30 November 2011. Berikut adalah kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh gitaris mereka Nathias di laman facebook mereka:

“30 November 2011 - OMEN secara rasminya dibubarkan / OMEN is officially disbanded (RIP 2007-2011). Akan tiada lagi rakaman & rilisan baru dari OMEN yang tidak lagi aktif sejak penarikan diri Ma'indjinngorka dan ditambah pula perpindahan Nathias ke tempat lain. Jika berkesempatan, saya ingin keluarkan Demo 2011 "Damnation From The Sixth Hell" (terhad untuk kenangan abadi line-up & rakan2 terdekat) yang tertangguh kerana tiada kesempatan merakam 2 lagu baru yang dirancang serta mencari 1 label tempatan untuk mengeluarkan 1 rilisan terakhir koleksi semua lagu OMEN termasuk beberapa unreleased rehearsal/pre-production track sbg extra bonus! Thanks to all; individual, labels, bands, etc who believed and support the existence of OMEN. We're nothing without you!” - Nathias, 1st Dec 2011.

2012-10-08

EKSTRIM KEMBALI LAGI???

Wow!!!.. sudah terlalu lama laman EKSTRIM ini saya tinggalkan.. Posting terakhir saya pada 8 Julai 2009 dan hari ini 8 Oktober 2012 saya kembali melawati dan meninggalkan sedikit catatan di sini. Hitunglah sendiri dah berapa lama laman ini gersang dan berdebu, haha. Apapun, saya sendiri kurang pasti apakah dengan catatan ringkas ini bermakna EKSTRIM akan kembali meriah menjadi wadah info metal untuk anda semua atau sekadar hangat-hangat tahi ayam, hanya masa dan suasana yang menentukan. Realitinya, pada ketika ini saya lebih banyak mencorakkan masa-masa saya yang kian terhad buat keluarga tercinta, tanggungjawab kerjaya dan sepentingnya kewajiban saya sebagai hamba-Nya. Insya-Allah, kiranya ada kelapangan waktu, saya aku cuba seupaya saya mengemaskini dan memaparkan informasi-informasi terkini atau mungkin basi yang masih berisi untuk tatapan dan telahan para sahabat EKSTRIM semua. Doakan yang terbaik :)

Sertai facebook saya di: www.facebook.com/piankvlt

Sufian ~ 08/10/2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...