2009-12-30

FARASU - ALBUM "MENONGKAH ARUS" MULA DIEDAR 1/1/2010


Setelah menanti proses pencetakan CD dan pembungkusan diselesaikan, akhirnya penantian ini berakhir dan secara rasminya album terbaru Farasu, Menongkah Arus akan diedarkan pada 1/1/2010.

Permulaan ini, edaran terhad di sekitar Kuala Lumpur dan beberapa kawasan berdekatan. Edaran album ini akan diperluaskan ke kedai-kedai muzik utama dalam tempoh beberapa waktu.

Album ini mengandungi lapan buah lagu hasil kreativiti anggota Farasu. Masih mengekal konsep Eastern Melodic Death Thrash Metal dan ia menampilkan kelainan baru berbanding material yang sebelum ini.

Untuk mendapatkan album ini selain di kedai-kedai muzik, sila berhubung terus dengan: 
Nahaq (012-235 2094)
Bul (017-208 5020)
Mus (016-631 9585)
Arm (012-620 4709)

Album dijual RM20.00 satu. Jika melalui tempahan pos: RM25.00

Sumber Berita:

2009-12-26

MANTAK - AMPUT ROGOL & SODOMI 7" EP (PICTURE DISC)


Sabahell Black Thrash Metal maniac MANTAK menambah senarai diskografi mereka dengan sebuah rilisan 7" EP melalui keluaran label Jerman NECROMANCER RECORDS. Berjudul "Amput Rogol & Sodomi", ianya adalah dalam format picture disc, terhad kepada 450 unit, 66 salinan pertama dikembarkan bersama button pin. EP ini diriliskan secara rasmi pada 24hb Disember 2009 dan mengandungi 3 buah lagu seperti berikut:

1. Ungodly RaKKuXXXhelltionZ - 3:03
2. Armageddon (Bathory Cover) - 2:23
3. Moonchild (Iron Maiden Cover) - 5:12

MANTAK
mantakblasphemer@gmail.com
www.myspace.com/mantakhz

NECROMANCER RECORDS
necro@bloodynecromancer.de
www.bloodynecromancer.de

2009-12-25

KATHGOR - "DESCENDANTS FROM THE DEPTH" REISSUE

Dengar khabarnya demo pertama KATHGOR "Descendants From The Depth" telah habis dijual? Tidak mengapa. Anda yang tidak berpeluang untuk memiliki salinan asal demo-tape tersebut masih boleh memilikinya. Sebuah label tempatan, BASEMENT RECORDS diberi kepercayaan untuk mengeluarkan semula "Descendants From The Depth" menampilkan artwork yang berbeza.



Versi "reissue" ini disediakan dalam dua warna sampul kaset yang berbeza; merah dan perang/cokelat. Harga dipasarkan adalah RM8 (tidak termasuk kos penghantaran). Dapatkan segera sebelum ianya kehabisan lagi! Hubungi e-mel orderbasementrecords@gmail.com untuk keterangan lanjut dan pembelian.

BERKAITAN:

30/01/2010 - NORTH BORNEO AGGRESSION


30 JANUARI 2010 (SABTU) | DEWAN SERBAGUNA TANJUNG ARU, KOTA KINABALU | 4PTG | KILATUS - BRAIN DEAD - MANGGAS - INSIDE - NECROMATION - CROWN OV HORNS | METAL BLITZ ENTERTAINMENT

2009-10-23

INSACRED - "THE FALSE GOD" DEMO 2009


INSACRED adalah sebuah band Death Metal dari Kuching, Sarawak. Mereka telah beberapa kali bertukar nama, asalnya GREED KILLING sebelum berubah kepada COLLATERAL DAMAGE dan kemudiannya CRANIUM. Pada tahun 2005 band ini dikenali pula dengan nama INCISOR dan merilis sebuah self-titled demo di bawah nama tersebut. Sekitar tahun ini (2009), INSACRED menjadi jenama terbaru mereka dengan line-up terdiri daripada Voon (dram), Janual (gitar & bass) serta Ben McKenzie (vokal). INSACRED baru sahaja merilis demo pertama "The False God", mengandungi 5 buah lagu, seperti berikut:

I. The False God
II. Chamber of Death 
III. Invocation of the God of war 
IV. Boundless Damnation
V. Bless The Cursed One


INSACRED memaklumkan lagu The False God terbaru dari band ini manakala selebihnya adalah lagu-lagu lama yang pernah dikeluarkan dalam demo di bawah nama INCISOR. Bagi yang berminat mendapatkan Demo 2009 ini, sila e-mel insacred@yahoo.com atau cari maklumat-maklumat selanjutnya di www.myspace.com/insacredgod.

2009-07-08

ATHOTORGH : Promaster Dieyana 12" Black Vinyl (2009)


MORBID INVASION REX dan GEMPITA RECORDS telah bekerjasama untuk mengeluarkan semula ATHOTORGH "Promaster Dieyana" EP tetapi kali in dalam format 12" LP Black Vinyl (Piring Hitam). Rilisan album klasik ini turut memuatkan sebuah lagu ekstra bonus yang tidak pernah dikeluarkan sebelum ini. "Promaster Dieyana" yang asalnya diterbitkan dalam format kaset oleh Ultra Hingax Production untuk versi LP ini menawarkan 6 buah lagu dengan durasi 25 minit Thrash Metal yang pastinya akan mengkacau-bilaukan minda dan jiwa anda tanpa bleas kasihan! Ini adalah khazanah penting untuk kalian semua yang menggelarkan diri sebagai old school thrashers!!! Berharga RM75 (pos biasa) dan terhad kepada 250 salinan sahaja!!! THRASH TILL DEATH!

HUBUNGI:
morbidxinvasion@yahoo.com
gempita.records@gmail.com

2009-07-07

IMPERIAL : KEMBALI BERSAMA SEBUAH DENDAM

THE IMPERIAL NAGA DIVISION

Assalamualaikum Zarim, IMPERIAL dihidupkan kembali setelah beberapa tahun menempuhi musim hibernasi… apa yang mendorong kepada reformasi band ini?
W'salam Pian... Setelah 10 tahun menyepi, aku yakin inilah masanya untuk kami bangkit dan aktif semula bagi menyambung misi yang telah sekian lama terbengkalai. Kali ini dengan semangat dan azam yang lebih kuat dari sebelumnya.

Ceritakan latarbelakang kem IMPERIAL pada hari ini? Kemana perginya anggota-anggota lama; Isa dan Mizi? Apakah situasi masakini yang terbaik untuk mengenengahkan konsepsi terbaru janaan IMPERIAL?
IMPERIAL kembali dengan muka & format baru, Isa & Mizi tidak lagi bersama dengan band ini kerana masing2 sibuk dengan kerjaya & keluarga. Lineup IMPERIAL sekarang dibarisi oleh Zarim (All Guitars/Synthz), Zam (Vox/Bass), Jon (Bass/2nd Guitar) dan G-Knight (Drums & Percussion). Zam & Jon adalah ahli baru dalam kem IMPERIAL, Zam juga bermain dengan band lain iaitu MG34 & INSULTOR, manakala Jon pula bekas anggota RAVENLORD. G-Knight juga bekas anggota kumpulan RAVENLORD & CRYPTIC MALEDICTION, dia sememangnya telah lama bersama dengan IMPERIAL yang pada mulanya hanya sebagai Session Drummer sejak tahun 1996 lagi tetapi sekarang bermain tetap dengan IMPERIAL.

“The Conquering” dilihat sebagai satu santapan awal yang cukup membanggakan sebagai tanda kebangkitan semula IMPERIAL. Apakah ramuan-ramuan yang menjadi rencah kepada jauhnya langkah kematangan band ini dalam mencipta, menggubah & menyusun lagu?
Secara jujurnya aku mengatakan bahawa kami amat berbangga dengan single pertama ini. Maklumlah, material pertama kami sejak demo "Emperor Of The Hordes" yang dihasilkan pada tahun 1995. "The Conquering" lahir dari idea yang aku wujudkan sekitar tahun 1998, cuma tidak dapat direalisasikan pada waktu itu. Lagu ini telah melalui pelbagai perubahan dari segi gubahan & susunan. Sememangnya aku memang suka mengeksperimen sesuatu karya sehingga aku rasa betul2 berpuas hati dengan hasilnya dan akhirnya terciptalah "The Conquering".

Bagaimana secara keseuluruhan IMPERIAL mendefinasikan muzikalnya pada hari ini kalau mahu dibandingkan dengan kemunculan unit ini sekitar pertengahan 90’an dahulu? Apa rujukannya dan kemana halatujunya?
IMPERIAL yang baru ini membawa konsep EXTREME PROGRESSIVE METAL, kami tidak mahu lagi terikat dengan konsep BLACKDEATHMETAL kerana kami mahukan kelainan & kebebasan berkarya dan akan sentiasa bereksperimen dengan muzik kami. Kami menjadikan band2 dari dalam dan luar negara sebagai rujukan & inspirasi kami. IMPERIAL tidak mahu dilabel sebagai band klon. Aku harap usaha & idea kami ini akan diterima oleh peminat muzik metal dari dalam maupun diluar negara.

Cuba ceritakan apa yang menarik di sebalik “The Conquering”; penulisannya, rakamannya, hasilnya?
Aku mula mencipta lagu2 baru untuk IMPERIAL sekitar tahun 1998 kalau tak silap, ada 5 lagu kesemuanya termasuk lagu "The Conquering". Lagu2 itu sepatutnya dimuatkan dalam EP pertama IMPERIAL, proses rakaman dibuat di Tricastle Studio pada tahun 1999-2000 rasanya. Berlaku masalah dalaman semasa rakaman EP itu, aku hanya sempat rakam 2 lagu dan selepas itu projek itu terbengkalai...sayang. Untuk single pertama ini, agak memenatkan juga proses pada awal rakaman. Bermula dari proses rakaman sehinggalah ke proses mixing & mastering, semuanya mengambil masa hampir sebulan untuk diselesaikan. Boleh dikatakan 40 peratus idea baru timbul secara spontan semasa proses rakaman ini. Aku akan pastikan semua proses dilakukan dengan teliti dan mencapai target yang kami kehendaki.

Single CD tersebut turut memuatkan “Emperor Of The Hordes” Demo 1995 sebagai bonus. Bagaimana perasaan IMPERIAL hari ini terhadap demo lama tersebut? Apa kenangan yang terpalit di sebaliknya?
Memang banyak kenangan semasa membuat demo itu dulu, masa itu aku , Isa & Mizi masih lagi bersekolah dan tak ada modal untuk merakam demo...jadi kami bertiga terpaksa bekerja dikilang secara sambilan untuk mendapatkan modal...hahaha. Demo "Emperor Of The Hordes" itu kami rakam di Hellion Studio dan aku tak nafikan style muzik kami pada masa itu dipengaruhi oleh band2 dari Greece...kau pun tahu band mana yang aku maksudkan...haha. Tapi itu semua hanya tinggal sejarah & IMPERIAL yang akan datang akan lebih technical, progressive & eksperimental. Aku akan cuba sedaya upaya aku untuk mencari style muzik IMPERIAL yang tersendiri..itu yang pasti.

Apa pula keistimewaan tentang rehearsal ‘The Conquering’ sehingga layak turut serta dijadikan bonus?
Tujuan aku muatkan rehearsal track dalam single itu adalah untuk mendengarkan perbezaan lagu "The Conquering" sebelum dirakam secara profesional. Kalau didengar dengan teliti memang ada perbezaan dari segi gubahan & susunan dalam lagu itu.

Bagaimana keluarnya idea Single CD ini dikeluarkan melalui Astral Lore Productions? Pendapat IMPERIAL tentang hasilkerja mereka?
Astral Lore Productions sebenarnya adalah milik Zam, vocalist aku. Dia yang mencadangkan single "The Conquering" itu dikeluarkan bawah ALP. Pada pendapat aku, ALP adalah salah satu label yang walaupun tidak besar tetapi sangat aktif untuk mengetengahkan band2 baru & juga lama. Itu yang menariknya tentang label ini.

Difahamkan “The Conquering” Single CD ini bukan sahaja menjadi bukti masih hidupnya IMPERIAL tetapi turut menjadi saksi kepada satu rakaman & penerbitan sebuah album penuh sedikit masa lagi… Sebaik mungkin diceritakan tentang penghasilan albuim tersebut?

Aku rasa masih terlalu awal untuk aku bercerita tentang album itu. Tapi yang pasti IMPERIAL akan merakam 8 lagu baru untuk album itu nanti. Proses rakaman mungkin akan bermula dalam bulan 8...hanya masa yang akan menentukan...insyallah.

Tiadakah hasrat yang beraksi di pentas-pentas gig sempena pernafasan semula IMPERIAL ini? Akhiri intebiu ini dengan sepatah dua kata-kata provokasi & promosi…
Memang ada tawaran untuk IMPERIAL beraksi digig, mungkin hujung tahun ini. Yang penting bagi aku sekarang ialah untuk memberi tumpuan penuh untuk album IMPERIAL. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pian dan EKSTRIM kerana sudi menemuramah IMPERIAL. Tak lupa juga kepada peminat yang telah membeli single "The Conquering" kami, sokongan anda semua amat kami hargai. Terima Kasih!

BLOODY ANATOMIES - PROMO 2009 & RILISAN AKAN DATANG


BLOODY ANATOMIES adalah band projek yang ditubuhkan pada pertengahan tahun 2007 yang pada masa itu menggunakan nama BURIAL POLES dengan line up asal dianggotai oleh Adik (vocal), Nwar (gitar), Am (bass) dan Faixal (drum). Selepas itu mereka merekruit pula Acap dari INCARCERATE untuk mengisi posisi 2nd guitar bagi memantapkan lagi permainan. Selepas beberapa bulan jam dan praktis bersama, Adik dan Am menarik diri di atas komitmen kerja. Tetapi ini tidak mematahkan semangat line up yang lain dan terus menghasilkan lagu dan pada masa yang sama nama BURIAL POLES telah di ubah kepada BLOODY ANATOMIES. Beberapa bulan selepas itu ADIB dari SICK SOCIETY telah diajak menyertai BLOODY ANATOMIES bagi mengisi posisi vocal yang telah lama di tinggalkan. Seterusnya Kema dari IN TORMENT pula dipanggil untuk membantu mengisi kekosongan di bahagian bass dan dengan itu lengkaplah line up band ini sehingga sekarang. Dengan menjadikan KRISIUN, BEHEMOTH, VITAL REMAINS, DECREPIT BIRTH dan VORNARGAR sebagai idola utama mereka terus bereksperimen dalam menghasilkan lagu dan pada awal tahun 2009 BLOODY ANATOMIES telah mengeluarkan PROMO 2009 pertama mereka dan telah berjaya dijual sebanyak 100 salinan. Sehingga kini BLOODY ANATOMIES aktif bermain sekitar gig di dalam dan juga luar K.L. Selain itu, BLOODY ANATOMIES bakal mengeluarkan 3 WAY SPLIT ALBUM bersama dengan band dari FINLAND dan FRANCE pada bulan Disember dan akan meriliskan EP pada tahun 2010.

LINE UP
ADIBEAST – VOCAL
DHOMFARYSA – GUITAR
NWAR – GUITAR
KEMAHARDY – BASS
FAIXAL – DRUM

CONTACT INFO
Email : bloody_anatomies@yahoo.com
Myspace : www.myspace.com/bloodyanatomies
For gig please contact : 012-2403462

DECRYPTORY - RILISAN PROMO & LAGU BARU



DECRYPTORY diasaskan oleh REZA-gitar (ex-TORTURE INCIDENT) dan DANI-drummer (DISCRUSHER) pada penghujung tahun 2008. Selepas beberapa bulan jamming dan praktis, AUS masuk untuk mengisi posisi di bahagian bass diikuti oleh ACAP(INCARCERATE) sebagai 2nd gitar dan akhir sekali SYAFIK (AKAREN) di bahagian vocal. Pada April 2009 DECRYPTORY telah meriliskan mini promo bertajuk MOTHERF**CKING PROMO 2009. Kini DECRYPTORY sedang sibuk menghasilkan lagu baru di mana konsep nya lebih kepada Guttural Brutal Slamming Death Metal dan aktif bermain gig di sekitar KL.

INFLUENCE
- VOMIT REMNANTS
- WHITECHAPEL
- DISGORGE
- GUTTURAL SECRETE

LINE-UP
Syafiq – vocal
Reza – guitar
Acap – guitar
Aus – bass
Dani - drum



AKAREN : Bertapa Siapkan Lagu-Lagu Baru!


AKAREN yang menggalas muzikal Brutal Death Metal kini dalam proses penyediaan lagu-lagu baru mereka. “Insya-Allah kalau tiada aral melintang lepas raya kita rekod untuk EP dalam 4 hingga 6 lagu. Kita pun dah tinggal bertiga sekarang”, ujar vokalis Syafeg. Line-up AKAREN sekarang adalah Syafeg (vokal), Rezza (gitar) dan Aharein (dram).

www.myspace.com/akarendm

2009-06-24

VIRUS ZINE - ISU #5 (JUN 2009)



OUT NOW... MALAYSIAN VIRUS ZINE #5 (JUNE 2009) with FREE CD SAMPLER!!! VIRUS fanzine ‘curse’ bakk in 2009!! Now #5 out with more and more zygoatikal freezing slaughter!! The best ever issue from this 666HauntedAxe fanzine. Find ‘graveless’ interview with As Sahar (Sin), Black Abyss (Mal), Shackles (Aus), Inferis (Chi), Spearhead (UK), Hellghast (Sing), Witchcurse (Gre), Enshadowed/Burial Hordes (Gre), Maniak (Phi), Necrolisis (Costa Rica), Grave Desecrator (Bra)… pure long and informative conversation by each bands. The black/death beast Abhorer’s intie also included here which permission from Frank Stover. Not enough, three sexyrigalust articles/essay from the maniAXE name Adam of Necroscope metalzine!! All exorcist here done with seraphim artwork ++ REAL cut n’ paste!! Others are fresh freezing news, goat’s bios, reviews.. All things about METAL underground!! As bonus, this ferox came with CD sampler each bands VIRUS interview. A4 xerox 64 pages English written. Price only RM 10 (Mal), USD 4 (Asia), USD 6 (Europe), USD 6 (America & South America). HIDE YOUR CASH CAREFULLY.. Distributors, labels ask for moronic WHOREsale price!! Trade ask first!! Orders or inquiries, write to:

MOHAMMAD FAUZI BIN ALI,
JHEOA NS/MELAKA, TKT 4, WISMA PERSEKUTUAN,
70000 SEREMBAN, N.SEMBILAN – MALAYSIA.
virus_zine@yahoo.com

Next issue #6 hellishly working now. Labels, bands, send your stuff now for intensive review.

2009-06-22

BRABAZOM : "Beast Of Mortality" Promo EP 2009


ULASAN | IMPERIAL - THE CONQUERING (SINGLE 2009)


ULASAN

IMPERIAL... satu nama yang mungkin tak begitu ramai yang mengenalinya, tetapi ini bukan sebuah band baru sebenarnya. Mereka saya kenali sejak Demo 1995 "Emperor Of The Hordes". Setelah beberapa tahun dalam hibernasi, kini mereka kembali dengan sebuah dendam dan single "The Conquering" adalah hasilnya. Lagu 'The Conquering' yang kemudiannya diikuti outro 'March of Agression' menunjukkan betapa jauhnya mereka melangkah dalam kematangan mencipta, menggubah dan menyusun lagu kalau mahu dibandingkan dengan muzikal mereka 14 atau 15 tahun yang lalu. Saya begitu teruja dengan penghasilan lagu baru mereka ini. Masih dalam lingkungan kategori Atmospheric Extreme/Black Metal yang mereka gunakan untuk definasi lagu-lagu mereka terdahulu tetapi kali ini definasinya jauh lebih mendalam dan mengesankan! Mungkin kali ini lebih banyak merujuk kepada band-band seperti Emperor, Dimmu Borgir dan seumpamanya. Single CD ini bukan sahaja memaparkan sebuah lagu baru sebagai pengenalan untuk penerbitan sebuah album penuh tidak lama lagi tetapi turut memuatkan 3 lagu Demo 1995 dan rakaman rehearsal lagu The Conquering itu sendiri sebagai bonus. Dikeluarkan oleh Astral Lore Productions, single berharga RM6 ini cukup baik untuk anda miliki! www.myspace.com/imperialbattlefront

PENILAIAN: 4/6

UNLIGHT DAWN MCD 2009


EVILDEAD PRODUCTION blasphemous present: UNLIGHT DAWN self-titled MCD. New Borneon evil Black Metal christsodomizer. Play old metal more into Marduk blend with Satyricon aggression. 4 tracks fueled by mayhem metal to burn christianity down under the light!

RM15 + RM2 registered postage (Malaysia)
USD8 + USD1 registered postage
EURO5 + EURO1 registered postage

Contact:
Md.Firdaus, P.O.Box 706, 89808 Beaufort, Sabah, Malaysia.

RIWAYAT : Sejarah & Perkembangan Black Doom Sri Mayang Kala



Black Doom Sri Mayang Kala

Atas permintaan Black Doom, beliau ingin membuat announcement, Black Doom sekarang adalah officially drummer terbaru Samartary, band yg tidaklah asing bagi dirinya kerana beliau sendiri adalah bekas drummer Samartary sekitar tahun 2002-2003. Sedikit profil mengenai beliau;

Black Doom memulakan perjalanan di alam fana muzik rock keras dan metal di sekitar tahun 1990 di mana beliau adalah peminat setia band-band rock tempatan seperti Rajawali, SAXO, SYJ, Crossfire, Rusty Blade, BPR, Scandals, Wings, May dan antarabangsa seperti Iron Maiden, WASP, Scorpion, Cinderella, Poison, Loudness. Minat beliau untuk menjadi sebagai seorang pemain drum bermula apabila beliau menyertai pancaragam sekolah sebagai pemain gong pada tahun 1996. Dari situ beliau mula berjinak-jinak dgn instrument drum dan mula memikirkan untuk menubuhkan band pertama beliau bergelar "TRAVUM" yg berkonsepkan Norwegian Black Metal, ditubuhkan bersama rakan-rakan sekolahnya dan pada masa tersebut adalah demam black metal yg semakin rancak, namun perjuangan band pertamanya tidak lama, selepas SPM, masing-masing membawa haluan masing-masing, dan TRAVUM berkubur begitu sahaja.

Demi melanjutkan pelaran, Black Doom berhijrah ke Matrik KPM di Kolej ITTAR Langkawi, dan pada tahun tersebut, tahun 2000 beliau menubuhkan pula sebuah band bernama "Metaphors" bersama rakan-rakan dari kepulauan Langkawi yg berkonsepkan Speed/Thrashmetal. Antaranya ahli band tersebut adalah Chylon(Bass) yg sehingga hari ini masih bermain muzik bersamanya (M.A.K.A.M). Perjalanan Metaphors juga tidak lama, sejurus selepas gig pertama di awana dan sempat merekodkan demo yg pertama dan juga yg terakhir , Metaphors berpecah kerana perbezaan hala tuju muzik di kalangan ahli-ahli band. Setelah gagal dengan Metaphor, beliau tidak hanya berhenti di situ malah menubuhkan pula band "SACRIFICED" yg berkonsepkan "HEAVY/DEATH METAL" dan pernah dijemput untuk bermain gig di CityBayviewHotel, Langkawi pada tahun 2002.

Selepas 2 tahun bertapak di Langkawi, Black Doom berhijrah pula ke Alor Setar untuk melajutkan pelajaran di Akedemi Infotech Mara Alor Setar. Ketika di Alor Setar jugalah beliau terbabit sebagai drummer Samartary di sekitar tahun 2002-2003 dan ketika itu beliau adalah drummer ketiga dalam sejarah Samartary. Pada masa yg sama beliau menubuhkan bandnya sendiri "Dark Abyss" bersama seorang gitarist berbakat bernama "Yo" yg mempunyai riffing yg gore dan rare menurut beliau. Pada tahun 2004, Dark Abyss djemput untuk bermain gig yg dianjurkan oleh SoundMaster Entertainment di Alor Star dan kemudian hala tujunya sekali lagi berubah apabila beliau berjaya mendapat pekerjaan di Putrajaya sebagai kakitangan kerajaan.

Selama 2 tahun beliau di Putrajaya, aktiviti muzik beliau terpaksa dihentikan menyebabkan beliau sangat-sangat dahagakan untuk jamming atau lebih tepat,bermain muzik secara serius. Peluang untuk beliau bergiat aktif semula tercetus kembali apabila beliau ditukarkan ke Perlis. Tanpa melengahkan masa, Black Doom mengorak langkah dengan menubuhkan "RIWAYAT" pada Januari 2007 bersama bapa saudaranya yg lebih dikenali sebagai Bro D. Sound RIWAYAT banyak dipengaruhi "Venom","Celtic Frost","Possessed" dan "Blackfire". Di samping itu beliau juga menubuhkan kembali "SACRIFICED"(RIP), dengan nama baru "M.A.K.A.M". RIWAYAT berjaya merekodkan satu lagu promo bertajuk "Riwayat (The Remains)" (2007) dan "A Return To The Last Episode"( 2007) di studio (EROSI Studio) dan mixing olehnya sendiri dengan bantuan Koriyking dari kumpulan Kherrandha (Perlis).

Tahun 2009, merupakan tahun yg sangat bertuah buat beliau, apabila perjuangannya di dunia metal mula menampakkan hasil yg memberansangkan apablia RIWAYAT berjaya mengeluarkan demo 2007 bertajuk Malay Harbinger Of Death dengan 3 lagu 1.Riwayat (The Remains) 2.A Return To The Last Episode 3.Perhiasan Terakhir(Erosi). Beliau dan ahli2 RIWAYAT yg lain berasa sangat teruja apabila diterima untuk beraksi bersama gig TEROKA MINDA04042009 di Dewan Institut Taman Kuari Bukit Mertajam Penang bersama-sama dengan band-band yg mempunyai nama besar dalam scene metal tempatan seperti Sil-Khannaz, Brain Dead, Hayagriva, Mistik, Bilharzia, Dawn Phenomenon, Vociferation Eternity dan Predicated Not Defined.

Dan sepertimana yg diumumkan sebelum ini, beliau dijemput untuk mengisi kekosongan sebagai drummer Samartary yg amat memerlukan khidmatnya memandangkan mereka adalah kawan rapat dan beliau juga pernah menganggotai Samartary sebelum ini. Kehadiran beliau amat dinantikan oleh peminat Samartary, yg amat dahagakan persembahan live dari band Black/Thrash metal yg berasal dari kepulauan Mahsuri itu. Meskipun tugasnya semakin berat dan mencabar, beliau yakin kehadiran beliau untuk Samartary akan menyuntik kembali semangat Samartary dan melonjakkan kariernya sebagai drummer metal tempatan.

www.myspace.com/riwayat
www.purevolume.com/riwayat
http://riwayat.metalhordes.com
www.audiostreet.com/riwayat
www.myspace.com/makamofficial

KENAPA SENYAP ?!?!!!...


EDITORIAL


...alamak, dah lama tak update! kenapa???..

[1] aku hilang password daa... (ni baru jumpa)
[2] aku pindah tempatkerja, so huruhara sikit!
[3] kadang2 aku rasa aku ni MALAS giler...

whatever, contact aku di:
http://www.myspace.com/sufianms


KEMASKINI: Untuk makluman, laman personal myspace saya ini tidak lagi berfungsi, atau dalam ertikata lain, tidak aktif. Disebabkan terlalu lama tidak dibuka, saya tidak lagi pasti apa password-nya. Buat masa ini, sahabat-sahabat di luar sana boleh berhubungan dengan saya di laman sosial facebook saya - http://www.facebook.com/piankvlt - 01/05/2013

2009-02-20

Herriot returns!


After being absent from the local music scene for almost 8 years, Herriot finally returns to it's rightful place. It also marks the return of founder and vocalist Chen. United with long time partners-in-rhyme Adlan@Ari Stormbringer, co-founder Chop Chaosblood and bassist Afzat, the new materials promise to be more matured and down right melodic death metal. Still in the process of creating wonders with new songs, Herriot hopes to release the mini album "The Flame of Discontent" in the final quarter of 2009. The band members parted in 2001 and left PsychicScream Entertainment(PSE), the legendary Malaysian metal label. Owing their success to the brilliant marketing strategy of Eric (PSE boss), Herriot is now on the look for a new home, a label that can give them full support since they are no longer under PSE. If any label is interested in signing Herriot, do contact the band.

LINE UPS:
Chen - Vocals
Adlan - 1st guitar
Chop Chaosblood - 2nd guitar
Afzat - Bass
Azim - Drums

DISCOGRAPHY:
Celestial Obelisk - EP (2000)
Transworld Chaos - LP (2001)
The Flame of Discontent - work-in-progress (due 2009)


CONTACT US:
Herriot@rocketmail.com

Herriot would like to thank all the fans and friends who have been supporting us all these years. Thank you for your great support. Hail to the fans!
http://herriot-metal.blogspot.com/

2009-02-08

07/03/2009 - EKSTRIM TERRORISM PART III


DATE:  7TH MARCH 2009 | TIME:  1:00 PM | SITE: ATTACK STUDIO KB | COST: RM 8.00 | FEATURING: DARKREGIME - IN TORMENT - TOOLS OF THE TRADE - SLAUGHTERSOUL - CULTRISTIC - NIGHTSHADERS - SYMBIOTIC IN THEORY - OPPRESSIVE BLOOD - PYRON - HORRIFIED - CANNARIS | Exclusively organized by KELANTAN METAL ARMY!!! Extremely supported by EKSTRIM. Be there! Kill Yahudi!! Save Gaza!!

CHAOS COLONY (01.03.2009)


2009-02-05

HIDDEN SILENCE : "Black Hearted Spiritual" CD 2008


HIDDEN SILENCE telah merilis cd pertama mereka sekitar April 2008 berjudul "Black Hearted Spiritual" menampilkan 7 lagu berkonsep Atmospheric Death Metal, disulami riffing-riffing yang menarik, melodi-melodi yang manis serta solo-solo berapi dari gitaris mereka. Muzikal band ini dikatakan dipengaruhi Judas Priest, Benediction, Manowar, Hypocrisy, Dissection dan seumpamanya. Harganya cuma RM25.

08/03/2009 - SIL KHANNAZ: LIVE IN SIBU


Raja Death Metal kita SIL KHANNAZ bakal beraksi di Sibu, Sarawak yang mana turut disertai wira-wira metal Bumi Kenyalang iaitu Larrong, Shamanic Rites, Kherow, Shadowsins, Masterpiece dan Drawing The Devil. Show ini dijadualkan berlangsung pada 8 Mac 2009 di Hijau Pub & Lounge, RH Hotel. Info lanjut & perkembangan semasa, sila ke talian 014-3913666.

BLOOD LEGION : "Exsanguination" EP


BLOOD LEGION, band Old School Death/Thrash dari Kuala Lumpur telah mengeluarkan EP sulung yang bertajuk "Exsanguination", mempunyai 5 buah lagu. Anda boleh mendengar keseluruhan lagu di MySpace mereka (www.myspace.com/bloodlegion666) atau segera dapatkan EP ini di Campbell Complex.

Nota dari Myspace Blood Legion: In December of 2008, the band entered a studio in Ampang to record the first 5 original BLOOD LEGION tracks, namely Seven, God Of Lies, Blood Legion, Plague and M.M.F.H. The resulting recording, which was entitled EXSANGUINATION (which means ‘fatal blood loss’), stands as a demo/EP hybrid for the band, as it is sold at the low price of a demo CD whilst featuring the recording quality and artwork of a self-released EP. The much-anticipated EP, which proved to be a crowning glory in the band’s career thus far, continues to exceed all expectations set by the band. Apart from receiving positive feedback from Metalheads all over the country, including from several elder statesmen of the local scene, the first 100 copies of EXSANGUINATION were successfully distributed in less than a month from the date of its release – an admirable feat by any measure. Contact us to get your copy now!

SANGWITOK 'ZINE : Terbit Isu #7



Ready for sale (RM8/USD5) and trade (write first). We have about 90+ pages, b/w xerox, mixed of English/Malay written and as usual in A5 size. Featuring the same old content like inties with Bereavement (Aus), Mord (Pol), Nibelheim (Ita), Death Invoker (Per), Soul Devour (Spore), Shamanthra (Msia), Prayer Of The Dying (Mal), Wishmaster (Pol), Ulterior Decimation (Msia), Kratornas (Phil), His Name In Vain (USA), Incisor (Msia) and Hereafter (Msia). Plus dusty infometals, obscure artworks, filthy gig report and lousy reviews. All you can have it by asking the mailing address from me at sangwitok@yahoo.com or visit our hellsite (www.sangwitok.stop.to) and hellspace (www.myspace.com/sangwitokzine). For next issue #8 pls send your stuffs now!

sangwitok@yahoo.com
www.sangwitok.stop.to
www.myspace.com/sangwitokzine

2009-02-04

KATHGOR - "DESCENDANTS FROM THE DEPTH" DEMO 2009


KATHGOR ditubuhkan sekitar 2007 di Kajang, Selangor dianggotai oleh Ratna (vokal), A'it (gitar), Ayen (bass) dan Ibi (dram). Atas usaha sendiri, mereka telahpun mengeluarkan demotape pertama mereka berjudul "Descendants From The Depth". Demo ini mempertaruhkan 3 buah lagu (dan sebuah intro) dirakam dan diadun di ISEEKMUSIC Studio sekitar January 2009.

Tracklist:
1. Intro
2. The Dark Path
3. Descendants from the Depth
4. Death Awaits

"Descendants From The Depth" dianggap sandaran KATHGOR memperkenalkan muzik mereka yang didefinasikan berada dalam aliran old-school Death Metal ala-Sweden dan USA; seumpama band seperti OBITUARY, INCUBUS, CARNAGE dan VOMITORY.


Demo-Tape ini terhad 200 unit (hand-numbered) sahaja! Diedarkan ke seluruh dunia pada harga USD 7 / Euro 5. Harga untuk pasaran tempatan silalah berhubung dengan pihak band. Death Metal Rules!!!

RATNA S.D
P.O.BOX NO.41
POS 2020 KAJANG
43007 SELANGOR

MODAR - Rilis Album ke-3 "Lost Firdausy"


Satu-satunya Doom Metal tempatan iaitu MODAR nampaknya terus aktif dan giat merilis sejak mereka muncul kembali ke persada metal tanahair bersama album "In My Meditation Time" pada 2007 lalu. Kini mereka keluar lagi dengan album baru berjudul "Lost Firdausy" (2008), sebuah album yang dikatakan membawa muzikal mereka kembali kepada Traditional Doom Metal.

Anda boleh mendapatkan album ini sebagaimana maklumat berikut:
Lost Firdausy Album - RM8
Lost Firdausy Tshirt - RM25
Combo CD + Album - RM30
Kos tambahan:
a) Pos Biasa RM1
b) Pos Berdaftar RM3
c) Pos Laju RM6

Jika berminat, boleh bank-in ke akaun Maybank Afiq Akmar 114197122334 (sila sms 017-2441537 selepas bank-in).
Info: www.myspace.com/modarband

15/02/2009 - AS SAHAR PROMO TOUR 2009


Muzik Box Production & Rookies Entertainment dengan bangganya mempersembahkan "AS SAHAR Promo Tour 2009" di Pasir Gudang, Johor Bahru nanti pada 15 Februari 2009. Selain AS SAHAR sebagai 'headline', gig ini turut dijayakan oleh Wynken Delirium, Sindraz, Black Abyss, Soul Devour dan Black Territory. Jumpa di sana dan jangan ketinggalan untuk mendapatkan album terbaru AS SAHAR "Tir".

Info: muzikbox@hotmail.com (019-7632115 - Fadzil)

SUFFERCATION : Kemungkinan Album Baru 2009?


Difahamkan bahawa baru-baru ini di awal Januari 2009, band otai deathmetal SUFFERCATION menjalani proses rakaman untuk sebuah lagu baru di studio Oney (MAY) sebagai permulaan kepada sebuah projek terbaru mereka. Apakah ini menjadi petanda bahawa akan ada sebuah lagi album baru dari mereka susulan kepada kejayaan menggalakkan album "...As We Breathe" di tahun 2007 dahulu. Kita nantikan sahaja kemungkinan ini...

SICKSOCIETY : "10 Years Of Beastial Brutality" Official T-Shirt


SICKSOCIETY meraikan 1o tahun kewujudan mereka dalam memperjuangkan irama Brutal Death Metal dengan mengeluarkan t-shirt rasmi yang dinamakan"10 Years Of Beastial Brutality". Jika berminat sila berhubung di www.myspace.com/neochronicles atau www.myspace.com/sicksociety.

CAFERGOTH : Rilis Promo EP "Decieve, Execute, Murder"


Dianggotai oleh Fazli (bass), Man (vokal), Bai (dram), Hafiz (gitar) dan Pais DCA (bass), Band Shah Alam CAFERGOT yang bertunjangkan muzik Grindcore telah merilis sebuah Promo EP berjudul "Decieve, Execute, Murder" melalui NeoChronicles Productions. Dapatkan pada harga cuma RM7 (+RM3 kos pos) di alamat: NeoChronicles Productions, 24, SS3/49, 47300 Petaling Jaya, Selangor. Emel neochronicles@gmail.com untuk maklumat lanjut.

2009-02-03

BACKLASH : Rilis Demo Kedua "Thrashing Death"


Band Thrashcore Petaling Jaya BACKLASH merilis demo kedua mereka berjudul "Thrashing Death" yang mana mengandungi 6 buah lagu. Demo ini dikatakan telah melalui proses adunan semula (re-mixed) dan dikeluarkan oleh Malay Propaganda Production. Hubungi BACKLASH di www.myspace.com/backlashattack atau Malay Propaganda di www.myspace.com/malaypropagandaproduction (emel: malaypropaganda88@gmail.com) untuk maklumat lebih lanjut berkaitan rilisan demo ini.

TIKAM LIDAH ULAS NATHIAS #1


EDITORIAL


Aku nak ucap terima kasih bebanyak kat saudara Jairo Desecrator (Mi Scusi / Skull 'zine) kerana mengulas panjang penghasilan zine lama aku NATHIAS issue #1 yang rilis pada Mac 1993. Huhu, nak dihitung dari tarikh hari ini 03/02/2009 dah 16 tahun ia berlalu... ulasan ni betul-betul membawa aku ke imbauan kembali kenangan lama masa susah-payah nak menyiapkan zine tersebut. Thanks Jai for the review! Layari blog TIKAM LIDAH di: http://tikamlidah.blogspot.com. Rebiu NATHIAS #1 boleh dibaca disini: http://tikamlidah.blogspot.com/2009/01/review-nathias-zine-debut-isu-1993.html

ULASAN | BLINDCONFUSED - NON COMPOS MENTIS (DEMO 2007)


ULASAN

BlindConfused adalah sebuah band lama yang asalnya ditubuhkan oleh pelajar-pelajar Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pada 1995 dan sempat merilis sebuah demo berjudul "Burnt". Setelah tamat pengajian, nama band ini dibawa ke Sabah oleh Deth (asalnya pemain dram yang kini di posisi gitar) dan diaktifkan semula di negeri tersebut bersama beberapa rakan beliau. BlindConfused sekali lagi menyepi selama 4 tahun akibat perpindahan kerja masing-masing pada tahun akhir 2005, mereka menghasilkan sebuah demo yang bertajuk "Non Compos Mentis". Versi demo ini merupakan usaha awal mereka untuk merakam dan merilis CD DIY pertama BlindConfused menggunakan judul yang sama juga. CD "Non Compos Mentis" akhirnya dikeluarkan pada tahun 2007 memuatkan 9 buah lagu iaitu; 1. Obstruct Nerve, 2. Pitting Surface, 3. Sophistry, 4. Non Compos Mentis, 5. Conflict Sound, 6. M.O.D, 7. NONE, 8. Dead Scanner, dan 9. P.I.B. BlindConfused yang ketika ini dibarisi Najim (vokal), Deth (gitar), Dathick (gitar), Wan (bass) dan Richy (dram) setia dengan muzik perjuangan mereka sejak dari awal lagi iaitu berkonsepkan DeathGrindCore. Mendengar muzikal BlindConfused, saya hampir pasti mereka banyak dipengaruhi band luar seperti Terrorizer, Napalm Death, Carcass, Pungent Stench, Brutal Truth, Deicide, Cannibal Corpse, Dying Fetus, malah dari dalam umpamanya Infectious Maggots dan Necrotic Chaos. Elemen-elemen moden seperti metalcore dan new age metal turut digarap dalam muzikal asas Death & Grind mainan mereka tetapi tidaklah keterlaluan. Mutu rakaman dan kualiti bunyi rilisan yang diusahakan di RAM Studio (Kota Kinabalu) ini adalah pada tahap yang agak baik dan dianggap meyakinkan walaupun masih ada ruang yang boleh dipertingkatkan. Namun saya sedikit kecewa dengan pakej produksi yang agak 'simple' (mungkin untuk mengurangkan bajet) kerana dengan deretan 9 buah lagu serta diprofilkan sebagai CD pertama mereka, BlindConfused seharusnya lebih bersedia untuk menerbitkannya dalam format yang lebih profesional. Apapun, "Non Compos Mentis" ini adalah rilisan yang sepatutnya ada dalam koleksi metal tempatan anda sekiranya anda menyokong penuh scene Metal Malaysia! Hubungi blindconfused2005@yahoo.com atau www.myspace.com/blindandconfused mahupun BlindConfused, Taman Gabungan, MDLD 4348, Lot 8 Blok B, Jalan Silam, 91100 Lahad Datu, Sabah.

PENILAIAN: 4/6

2009-01-06

MALAYSIAN METAL - THE OFFICIAL MYSPACE


Salam Metal! Bagi mempertingkatkan lagi hubungan komunikasi interaktif antara EKSTRIM dan pembaca serta penggiat Metal Underground khususnya, telah duwujudkan laman myspace rasmi atas nama MALAYSIAN METAL, sepertimana URL berikut: www.myspace.com/msiametal. Dengan yang demikian, sila add friend dan hantarkan segala maklumat anda di sana!! Terima kasih.


KEMASKINI: Untuk makluman, laman myspace MALAYSIAN METAL ini tidak lagi berfungsi, atau dalam ertikata lain, tidak aktif. Disebabkan terlalu lama tidak dibuka, saya tidak lagi pasti apa password-nya. Buat masa ini, sahabat-sahabat di luar sana boleh berhubungan dengan saya di laman sosial facebook saya - http://www.facebook.com/piankvlt - 01/05/2013

2009-01-05

EKSTRIM.INFO R.I.P ???


Atas sebab permasalahan yang timbul di pihak server yang menyediakan hosting untuk EKSTRIM.INFO, lamanweb yang sejak beberapa tahun ini menjadi kunjungan dan rujukan para pemuzik & peminat metal tempatan akhirnya menemui jalan penamat kerana kami pihak panel editor tidak dapat lagi mengemaskini laman tersebut... dan akhirnya laman tersebut terpadam dan hilang begitu sahaja. Mohon maaf dari kami atas segala kesulitan... begitu ramai yang tertanya-tanya khabar berita EKSTRIM.INFO ini... kami sendiri amat kecewa dan hampir putus asa dengan semua yang berlaku... namun semangat dan perjuangan tak pernah hilang... Mungkin, di ruang yang serba terhad ini kami akan cuba meneruskan seberapa mampu yang boleh untuk anda semua... Terimalah era baru EKSTRIM.... http://ekstrim-info.blogspot.com

EKSTRIM : MEDIA MUZIK METAL MALAYSIA

PERHATIAN: EKSTRIM bukan sebuah media yang bertujuan untuk menyebarkan ajaran sesat ataupun memuja syaitan. Kami hanyalah penggiat dan peminat muzik Metal Ekstrim yang merupakan salah-satu cabang seni muzik independen masakini. Hargailah hak kami untuk berkarya.


EKSTRIM adalah sebuah media online yang diwujudkan khas untuk bertindak sebagai tali penghubung dan penyatuan antara penggiat-penggiat seni muzik metal tempatan (band, label, zine dan sebagainya) dengan pengikut-pengikut underground di seluruh pelusuk Malaysia. Sebab itulah EKSTRIM harus berdiri dan terus berevolusi secara mantan di atas misi dan visi yang tersendiri sebagai MEDIA MUZIK METAL MALAYSIA, yang mana secara eksklusifnya memberi dokongan dan sokongan secara terus-menerus terhadap perkembangan persada muzik metal ekstrim dan pergerakan bawah tanah di negara kita yang tercinta ini. Jikalau bukan warga sendiri yang perlu mengangkat darjat dan martabat persada muzik metal dalam negara ini, siapa lagi? (Jawabannya ada dalam hati anda semua).

Dengan menggunapakai Bahasa Melayu sepenuhnya sebagai bahasa pengantaraan segala bentuk penulisan dan persembahan dalam laman EKSTRIM ini (kecuali perkataan atau istilah tertentu yang memerlukan kepada penggunaan Bahasa Inggeris), penampilannya bukanlah bertujuan untuk menyaingi apatah lagi menidakkan kewujudan dan kehebatan portal-portal metal lain yang telah lama berfungsi malah telah kukuh kedudukannya seperti METALTERUS.COM.MY. Bagi laman web EKSTRIM ini, ianya akan beroperasi, mungkin atas dasar dan landasan yang sama dengan nama-nama yang disebutkan tadi, tetapi dalam tatagaya dan citarasa yang (seboleh-bolehnya) berbeza. Insya-Allah.

Berbalik kepada bidang paparan dan isi kandungan EKSTRIM, adalah ditegaskan bahawa segala apa yang diketengahkan dalam laman web ini HANYA SEMATA-MATA berkisarkan persada muzik metal di Malaysia. Informasi beritanya hanyalah tentang aktiviti metal underground dalam negara ini. Wawancaranya pula bersama kumpulan-kumpulan muzik metal (atau entiti lain yang berkaitan termasuklah pemilik label dan editor fanzine) tanahair. Segala pujian dan teguran dalam ulasan hanya untuk produk-produk muzikal tempatan. Pendek kata, macam-macam ada namun semuanya hanyalah MALAYSIA. Inilah yang dikatakan kelainan dalam pendekatan dan halatuju EKSTRIM.

EKSTRIM adalah diterajui oleh Sufian Mohamed Salleh (bekas editor Nathias Fanzine dan Aesthetic Extremity Webzine) dan para penulis adalah terdiri dari penggiat dan peminat muzik metal kelahiran Malaysia yang mana kebanyakannya bertemu secara online dan saling diskusi sesama sendiri dalam laman forum METAL TO METALS yang mana ianya sebuah message board yang dimiliki secara rasmi oleh Metalterus.com.my. EKSTRIM adalah sebuah media penulisan yang amat terbuka untuk semua rakyat Malaysia yang ketagih dengan muzik metal, yang ingin menulis tetapi tidak mempunyai platform untuk penyiaran hasil tulisannya, yang mahu belajar untuk menulis, malah yang mahu ditulis tentang dirinya… di laman EKSTRIM adalah tempatnya.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: ekstrimzine@yahoo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...