2015-10-10

GRUNDAR PRODUCTION - GP013: ERECTILE "PORN ATTITUDE" CD


Label Death/Grind berprestij di Johor Bahru iaitu GRUNDAR PRODUCTION terus produktif dalam merilis di mana terbaharu pada 10 Julai 2015 telah dikeluarkan produk CD dari ERECTILE berjudul "Porn Attitude" [Kat#: GP013]. ERECTILE adalah band berkonsepkan Brutal Porn Gore Grind dari Ipoh, Perak ditubuhkan pada Julai 2014 dan terdiri daripada Pjoy Deepthroater (vokal), Dee Bondage (gitar), Anal Zul (bass) dan Perverted Bone (dram). "Porn Attitude" merupakan EP pertama dari ERECTILE, memuatkan 6 buah lagu dalam aliran sebagaimana yang dimainkan band-band seperti Jig-Ai, Gutalax, Ultimo Mondo Cannibale, Carnal Diafragma dan Spasm serta suntikan element buas yang tersendiri. Bagi GRUNDAR PRODUCTION, muzik ERECTILE tidaklah terlalu pantas tetapi pemuzik ini tahu bagaimana untuk mengkacuk-adukkan kengerian Gore Grind dan kebuasan!



"Grundar kerap terima submission demo dari band-band dalam dan luar negara tapi yang ini memang tak boleh tahan. Dram diperkosa dengan begitu konsisten. Tidak ditahap blast atau kecepatan yang melampau, tapi konsisten dan kemas disamping tone yang sekata. Ditambah sound bass yang bulat dan kemahiran bassist yang begitu serentak dengan irama yang dimainkan. Vokal yang meraung-raung seperti tiada esok lagi untuk berporno. Beat-beat yang tidak terlalu blast dan sungguh terasa nuansa gore dan death-nya. Seperti tidak percaya jika ada generasi muda yang ingin bermuzik seperti ini kalau di Malaysia. Kalau tidak diberi peluang, siapa lagi???", ujar Zahirul Faiza Zakaria atau Prop panggilannya selaku pemilik GRUNDAR PRODUCTION.

Berdasarkan sumber grundar.com, pengeluaran ERECTILE "Porn Attitude" CD terhad 100 salinan sahaja dan telah mula dipasarkan pada harga RM12 (edaran di tangan) atau melalui pesanan pos dengan tambahan RM7 (Semenanjung) / RM10 (Sabah & Sarawak) untuk khidmat poslaju. Ayuh segera hubungi GRUNDAR PRODUCTION untuk rasai nikmat porno yang menggoncang!!!

INFORMASI:
grundar.com
facebook.com/grundarproduction
facebook.com/erectile6o9

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...