2015-10-03

BLAZT PROMOTION: DELUSI "LARA" EP 2014 [RE-RELEASED]


DELUSI yang bertunjangkan genera Dark Ambient telah merilis sebuah EP berjudul "Lara" pada tahun lalu, 10 Oktober 2014. EP 6-lagu tersebut dikeluarkan dalam format kaset melalui FATAMORGANA MUSIC PRODUCTION. Setelah setahun berlalu, EP tersebut kini disedia dalam format CD-R oleh BLAZT PROMOTION. Senarai lagu adalah: 

01. Lara - 7:02
02. Fatamorgana - 3:47
03. Infiniti - 6:15
04. Jurang - 4:08
05. Apokalips - 4:05
06. Kelabu - 2:50


DELUSI adalah sebuah projek muzikal Dark Ambient diasas dan dilaksana secara sendirian oleh Jiwa (semua gubahan dan rakaman) semenjak April/Mei 2014. Runut bunyi kelam, suram dan muram karya DELUSI terhasil dari inspirasi band/projek seperti BURZUM, MORTIIS, LUSTMORD, NEPTUNE TOWERS, AGHAST, NOX ARCANA dan seumpamanya. Tema/mesej DELUSI adalah misteri 4 unsur alam; tanah, air, api dan angin serta sisi gelap manusiawi terutamanya perihal kebuntuan, kemurungan dan keterasingan dalam hidup dan mati.

Terhad kepada 16 salinan sahaja! Berharga RM5 tidak termasuk kos pengeposan!

INFORMASI:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...