2015-07-26

VENTORIOR - Weakened Dignity (Single)


Akhirnya! "Weakened Dignity" diperdengarkan secara rasmi pada 25 Julai 2015. Asalnya dirancang dalam format video muzik tetapi ekoran jadual rutin harian yang ketat maka rancangan tersebut ditunda. 

Lagu ini (Weakened Dignity) sebenarnya dirakam untuk kompilasi Ipoh Metal Militant Vol.II yang hingga kini ditangguh kerana sebab-sebab permasalahan teknikal. VENTORIOR mungkin memutuskan untuk memuatkan lagu ini dalam EP mereka akan datang.

VENTORIOR adalah Experimental Death Metal dari Ipoh, Perak yang mana ahli pemuziknya terdiri daripada; Fittbaseco (vokal), Aliv Alive (gitar), Razmag (gitar), Herry (bass), dan Lehmand (dram).

"Weakened Dignity" ditulis senilagu dan senikatanya secara bersama oleh VENTORIOR. Dirakam di Studio 88 Ipoh pada 2011, mastering oleh Ramadhani Utomo - Jalak Studio/Trauma, Indonesia. Ilustrasi oleh Uze - PixelDixelArt, Kedah. Youtube: youtu.be/2EigP0TK8Ms

INFORMASI:
facebook.com/pages/ventorior/369842503377
reverbnation.com/ventorior

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...