2015-07-05

ABLASA - BEEK RUN SYATIN [TAPE FORMAT]


Projek solo Black Metal Kelantan, ABLASA telah menerima sokongan label Pahang WAKAF PRODUCTION bilamana demo debut mereka “Beek run Syatin” kini disediakan pula dalam format kaset. Dimaklumkan bahawa versi kaset ini benar-benar terhad, cuma 20 unit dikeluarkan dan hanya untuk mereka yang serius mengumpul produksi bersifat analog. Bagi Sakar (instrumen & vokal) sendiri, beliau mahukan rilisan tape ini seakan membawa kembali kepada kegemilangan underground awal 90-an; dubbing tape, label sticker dan black & white printed cover. Rilis pada 5 Julai 2015, seunit kaset ABLASA “Beek run Syatin” Demo 2015 diedarkan pada harga RM10 tidak termasuk kos pengeposan. Amaran: Siapa Lambat Pasti Tak Dapat!


INFORMASI:
facebook.com/wakafproduction
facebook.com/ablasaband

BERKAITAN:
ABLASA - BEEK RUN SYATIN (DEMO 2015)
ABLASA - BEEK RUN SYATIN (EDISI INDONESIA)
ABLASA - BEEK RUN SYATIN [TAPE FORMAT]
ABLASA - BEEK RUN SYATIN (EDISI EROPAH)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...