2014-06-02

ANTABOGA - MAYANG MISTIK II (SEMAYAM SIHIR)


ANTABOGA meneruskan langkah memperkasakan budaya Mystical Black Metal naungan mereka menerusi album penuh kedua berjudul "Mayang Mistik II (Semayam Sihir)". Dipasarkan secara rasmi pada 2 Jun 2014, album ini memuatkan 10 buah lagu (durasi keseluruhan 42 minit) sebagaimana senarai berikut: 

01. Pembukaan Upacara (intro)
02. Lengsi Wengi (versi baru)
03. Dukun (versi baru)
04. Semayam Sihir
05. Bangkit Membunuhmu
06. Tarian Keliwon
07. Aji Aji Seru Setan
(Musikal Alam Ghaib)
08. Upacara Kain Kuning
09. Berongan
10. Penutupan Seruan Mahkluk Halus (outro)



"Mayang Mistik II (Semayam Sihir)" pada asasnya adalah umpama sambungan kepada rilisan album pertama "Mayang Mistik” keluaran Mei 2013 dahulu di mana ANTABOGA mengekalkan dan memperkembangkan lagi muzikal dan lirikan yang berunsurkan amalan sihir di nusantara. Terdapat juga dua buah lagu dari album pertama diolah dan dirakam semula dalam versi yang baharu. Turut dimaklumkan, trek terakhir dalam karya ini menampilkan rakaman sebenar mantera penghantaran pulang makhluk halus. 

ANTABOGA secara umum melahirkan kepuasan terhadap penghasilan album ini yang mana dikatakan lebih baik dari aspek kualiti bunyinya berbanding album terdahulu walaupun diakui masih terdapat ruang yang perlu diperbaiki dan dipertingkatkan pada masa akan datang.


Kepada yang berminat untuk mendapatkan ANTABOGA "Mayang Mistik II (Semayam Sihir)" CD 2014 ini, ianya boleh anda miliki pada harga cuma RM30 (edaran tangan) / RM35 (melalui pos). Bertindak segera kerana dicetak terhad kepada 50 salinan sahaja!

INFORMASI:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...