EDITORIAL
Terima kasih kepada pihak Faithcraft Productions kerana memberi gambaran yang cukup jelas dan tepat tentang OMEN. Sememangnya bila saya dan rakan-rakan bersatu mengujudkan OMEN, kami mahukan band ini keluar dari trend semasa, kembali kepada akar umbi, berani menampilkan muzikal blackmetal dengan sound yang kuno, raw & unpolished, arrangement yang simple, mengetepikan unsur-unsur technical & complexity, berpendekatan live recording, bertujuan membawa anda mengenali dan menghormati asal-usul scene metal (tempatan) era awal 90an. Dibawah ini saya siarkan kembali ulasan yang dibuat oleh pihak Faithcraft Productions:
OMEN "Guided By The Signs" demo (Indiependent Hellish Records) - MALAYSIA
Aku dapat cd ini dari empunya Indie Hellish Records 3 hari lalu, dan sebagai demo produksinya boleh dikira bagus dan berkualiti. Omen adalah band Black Metal dari Kelantan yang tidak dapat aku pastikan usia dan sejarahnya kerana tiada biografi atau maklumat dikempilkan bersama cd ini. Cd ini mengandungi 6 trak yang sangat-sangat membuatkan aku terkenang kembali, inilah gambaran Black Metal Malaysia zaman 90-an dahulu. Inilah sound nya, inilah pendekatannya, inilah imejnya. Jika kamu terlepas dari mengikuti pergerakan scene Black Metal underground sekitar 90-an dahulu dan ingin merasa bahang kebangkitan kumpulan seperti As Sahar, Aradia, Nebiras, Hayagriva, inilah dia.
Jika Omen ingin mengembalikan kegemilangan era itu, mereka telah melakukan rujukan sebelum merekodkan demo ini. Dan mereka berjaya mencapai apa yang mereka kehendaki. Semua rakaman dan adunan dilakukan di Kota Bharu dan mengunakan 2 buah studio berbeza. Hasilnya agak memuaskan dan wajar dipuji. Bagi mereka yang telah kecewa dengan ‘dunia’ Black Metal tempatan bolehlah mencuba Omen untuk mengenang kembali detik-detik nostalgia satu ketika dahulu. Turut membuatkan sebuah cover song dari Nebiras “Blessed Be Thy”. Cubalah...
Ayep, P.O.BOX 2, Pejabat Pos Sabak Bernam, 45207 Sabak Bernam, Selangor, Malaysia
Tempasal: http://faithcraftmobile.blogspot.com
semoga Omen tidak terus menyepi dengan hasilan ini.
BalasPadam