2012-11-13

PUTREFIED REMAINS - "IN GLOOMY DARKNESS MOURNING" SINGLE 2012



11/11/2012 – Gabungan NekroShaman (vokal), NecroMorbidfire (gitar), Thalexi Mastha' (gitar), Jie Mutilator (bass) dan Warhammer (dram) di bawah nama PUTREFIED REMAINS menyusul dengan rilisan "In Gloomy Darkness Mourning" Single 2012 setelah baru sahaja merilis "EERIE - Spread The Hate" EP penghujung Jun 2012 lalu. "In Gloomy Darkness Mourning" Single 2012 diriliskan dalam format Pro-Tape terhad 200 salinan melalui label tempatan MORBID INVASION RECORDS [Kat#: MI-MC011]. Lagu-lagu dimuatkan dalam single ini, iaitu:

1. In Gloomy Darkness Mourning
2. Alma Mater (Moonspell cover)
3. Horror in Gothic Genre's Grave (Obsecration cover)
Bonus: 
4. My Diabolical Ancient Entity
5. The Curse by Pagan Spells
6. The Darkling Thrush


Menurut pihak PUTREFIED REMAINS, “Jika anda perolehi kaset  ini, kami cadangkan anda mainkannya pada kadar volume seberapa tinggi yang boleh untuk mendapatkan kepuasan dari sound yang Putrefied Remains keluarkan. Ianya tidak laju, tidak juga ganas malah bukanlah jenis muzik yang teknikal tetapi penuh dengan kebencian dan kemarahan! Selain lagu baru In Gloomy Darkness Mourning, single ini turut memuatkan 2 lagu cover iaitu dari MOONSPELL (dengan penampilan istimewa untuk bahagian clean vocal oleh rakan lama kami Azimuth Land yang kini bersama DIED dan INFERNAL VOID serta cover dari OBSECRATION (Greek finest Death Metal). Sebagai tambahan, tape ini juga memuatkan kembali 3 lagu terawal kami (dari EP 2012) menjadikannya secara keseluruhan 6 buah lagu berdurasi lebihkurang 33 minit".


Khas buat penggemar Black/Death Metal dipengaruhi VARATHRON dan ROTTING CHRIST, "In Gloomy Darkness Mourning" Single 2012 dari PUTREFIED REMAINS ini boleh diperolehi dari MORBID INVASION RECORDS pada harga RM10 (Malaysia) / USD6 (Worldwide), segera hubungi emel: silencer_696@yahoo.com atau talian: 012-6290797

INFORMASI:

TERDAHULU:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...