2012-09-09

BLACKFIRE "LAHIR DARI API" DOUBLE-LP


Satu-satunya album penuh BLACKFIRE "Lahir Dari Api" keluaran NEBIULA PRODUCTION pada 2006 (bertarikh 06.06.06 kalau tidak silap - editor) kini dilahirkan semula dalam format piring hitam berkembar (2xLP) oleh sebuah label yang berpengkalan di Jerman iaitu FUEDAL THRONE RECORDS. Album berstatus klasik ini bukan sahaja ditambah dengan dua buah lagu bonus yang belum pernah dikeluarkan, tetapi kesemua trek telah di-master-kan semula (remastered) oleh A.Lippoldt di Gorgon's Head Studios (Oklahama, USA). Tracklist adalah seperti berikut:


MUKA SATU
01. Lahirnya Dari Api
02. Black Hell
03. Kedatangan 1

MUKA DUA
04. Kedatangan 2
05. Kemenangan Disaat-saat Akhir

MUKA TIGA
06. Sil Khannas
07. Spirit
08. The Sign

MUKA EMPAT
09. Black Hell [unfinished first version]
10. The Sign [rehearsal]


Diriliskan pada 20 Ogos 2012, edisi piring hitam (vinyl) ini menampilkan ilustrasi baru yang berbeza berbanding versi CD dan ianya 'heavy gatefold cover'. Bagi anda yang mahu mendapatkan BLACKFIRE "Lahir Dari Api" 2-LP ini sebagai koleksi berharga anda, kirimkan 18€ (+postage: Germany 4.80€ / Worldwide 9.50€) ke alamat: Feudal Throne Records, P.O.Box 101408, D-41414 Neuss, Germany. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...