2012-02-15

SILENT DEATH - SILENT KISS OF DEATH

SILENT DEATH telah kembali! Hampir 19 tahun lamanya, sejak album “BEFORE THE SUNRISE” menghuru-harakan industri muzik bawah tanah di Malaysia pada tahun 1992, band death metal lagenda ini sekali lagi bakal menggegar dengan berakhirnya penantian album yang sangat ditunggu-tunggu “SILENT KISS OF DEATH” pada 6 June 2011 ini. Disokong kuat dengan review positif secara ekstrim dari otai-otai dalam industri metal tempatan, peminat band death metal ini tidak perlu berasa sangsi untuk mendapatkan ‘masterpiece jahat’ ini dengan serta-merta!!!

”Album masih mengekalkan adunan irama death/thrash metal, disamping suntikan elemen-elemen baru yg memberi nafas baru pada lagu-lagu Silent Death dalam album ini. Guitar work yang kemas oleh kedua-dua gitaris dan penghasilan solo yang hebat kali ini. Ngauman suara stone tak perlu disangkal lagi, amat sebati dengan muzik yang mereka hasilkan. Produksi Silent Death kali ini lebih mantap dan matang dalam semua aspek penghasilan album. Dan kepada semua Death Squad adalah satu kemestian untuk anda memiliki album yang hebat dari local hero kita ini!” ARU (Koffin Kanser/R.O.B/Nemesis)

“Memang brutal! 8 buah lagu yang hebat, tidak ada satu pun yang tidak hebat, tak puas mendengarnya dari awal sehingga akhir! Track pembukaan yang menyorot kembali nostalgia era 90’an… siapa lagi yang dapat menandingi mereka untuk tahun 2011 ini? …Melihat Silent death kembali ke kancah death metal setelah sekian lama sememangnya satu berita gempa yang sangat menggembirakan…” INZ AGGRESSOR

CD ini memuatkan 8 lagu terbaru termasuklah sebuah lagu intro petikan gitar akustik dari Joe Slaughter, diberi judul “Whispering Kiss”.

"Album SILENT KISS OF DEATH memang betul-betul best Death Metal Malaysia. Ada unsur-unsur Slayer, Morbid Angel. Ian selaku pemain dram memang awesome, dah macam Dave Lambardo. Dia power dari segi energy & skill. Part paling best ialah triple-paddle by Ian. Part solo dari E.jal, memang mantap. Tiada lagi bayangan Sil Khannaz dalam diri Joe Slaughter, totally Joe! Masing-masing tetap diri masing-masing. Stone tetap macam dulu, attitude Death Metaller tetap tak pudar, memang gah di bahagian bass. Stone & Silent Death memang boleh pergi jauh, tapi sikap kena berubah. Lagu & lirik dalam album baru ini benar-benar berisi dan bervisi, tidak kosong. Saya minat pada semua lagu dalam album SILENT KISS OF DEATH ini. Part vokal suara Zizie memang kena sekali. Lain dari yang lain. Part jeritan dalam hujung lagu pun memang cantik. Macam jeritan puaka, memang kena!” WAN BONZER

“Walaupun baru dengar 2 lagu sahaja dari album terbaru ini iaitu "BUDAK BOTAK" n "SILENT KISS OF DEATH", saya nampak kematangan dari segi muzik, arrangement dan idea. Saya dapat rasakan kemunculan semula SILENT DEATH kali ini menampakkan unsur-unsur positif. Saya paling minat lagu "BUDAK BOTAK" kerana lagu ni terdapat banyak part dan arrangement yang tak membosankan pendengar. Apapun, sama-samalah kita nantikan album terbaru SILENT KISS OF DEATH yang akan berada di pasaran tidak lama lagi.” ARNOLD CORPSEGRINDER (Ajal)

Kesemua bahagian gitar, bass, vokal dan dram dirakamkan di Sutra Studio, Damansara Perdana. Proses mixing telah disempurnakan oleh Zairi dari Sutra Studio manakala proses mastering pula disempurnakan oleh CL Toh dari Mastering One.

Jurutera Rakaman: Yus
Penerbit Album: Affi Ibrahim
Penerbit Bersama: Silent Death & Zizie Hashim

Senarai track dalam "SILENT KISS OF DEATH" :
01. Whispering Kiss
02. Silent Kiss of Death
03. Lipas Terbang
04. Hell-Popotamus
05. Mati Senyap
06. Slaughtered Six Six Six
07. Budak Botak
08. The Curse of Latjuna
09. Diam Mati

SILENT DEATH 2011 adalah:
Vox/Bass: Stone, Guitar: Joe Slaughter, Guitar: E.jal, Drums: Ian Han

“Okeh, kita cite pasal SILENT KISS OF DEATH.......Perrrr bagi gua satu album yg amat baik… Malatops.. hahahahahaha… Arrangement muzik yg amat baik dan lirik yg kejam. Aku kategorikan sebagai Old Skool with Technical Death Metal.... Vokal Stone gempak giler… Gitar solo dari Joe Slaughter memang maut, solo bermelodi dari E.jal, dram yg paling menguatkan irama setiap lagu... Aku pilih “Diam Mati” sebagai lagu paling ganas dalam album...\m/” MAN NAMBLAST (Bacteria)

“Lagu-lagu Silent Death lebih ‘advance’ dari album yang dulu. Dari segi riff-riff, melodi, solo-solo dari Joe Slaughter dan Stone memang layan.” HEPEACE

Pada ketika ini, SILENT DEATH agak terikat dengan komitmen kerja tetap masing-masing. Mereka akan mula menjayakan pelancaran album dan tour promosi pada bulan Ogos 2011 nanti selepas Hari Raya Aidilfitri. Setakat ini antara lokasi yang telah confirm ialah Kota Kinabalu, Sabah dan Kota Bharu, Kelantan.

SUMBER BERITA:

HUBUNGI:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...