2011-06-29

ZARQUUM / GODA - THE CRYPTIC AESTHETIC SPLIT CD


OUT NOW!!! ZARQUUM & GODA "THE CRYPTIC AESTHETIC" SPLIT CD!! Influenced by old and new Death Metal maestros like Morbid Angel, Vital Remains and Nile, ZARQUUM clash with another technical yet-modern Death Metaller, GODA. These are the upcoming promising Death Metal bands from Malaysia! 

This split CD released as professional CD format. An official release of Demigod Records. Available for RM10 (add RM5 for postage within Malaysia). Worldwide USD8 including postage. More info: zarquum.death@gmail.com / +60172696663 (Nafkhatul Faza) / +60123549394 (Daeng). Trades are more than welcome!

Reviewed by One Barchiel:

Rilisan split yang menarik menampilkan dua band yang sememangnya sebati jiwa Death Metal mereka. Rasanya tidak keterlaluan jika saya melabelkan 100% Death Metal bagi muzik yang mereka rakamkan dalam split album ini. Mendengarkan lagu-lagu yang terkandung dalam split album ini, membawakan saya kepada nostalgia Death Metal era awal 90’an dahulu yang mana nama band-band Negara asing seperti Sinister, Morgoth, Baphomet, Unleashed, Vital Remains, Morbid Angel, Cynic, Cancer dan banyak lagi begitu unggul.

Zarquum – mungkin baru dalam dunia rakaman. Sebenarnya penubuhan mereka adalah sejak 1997 lagi. Sering kali bertukar anggota band menyebabkan tergendalanya rakaman Zarquum. Namun begitu, peneraju dan vokalis band ini, Lord Nafkhatul Faza, kini berjaya mengumpulkan lebih sedekad pengalaman untuk membawa Zarquum menempuhi arus underground Metal yang kian banyak persaingannya. Tiga lagu yang ditampilkan di sini, “As Suja Al Aqra”, “Kejatuhan Harut dan Marut” dan “Fana’ ”   cukup untuk memperkenalkan muzik Zarquum kepada umum. Death Metal berkonsepkan kutuhanan yang teknikal dan diiringi riff-riff gitar yang melodik. Dimainkan pada tempo yang pantas lagikan brutal. Gaya deep growl vokal Lord Nafkhatul Faza amat cocok sekali dengan muzik seperti ini. Pengaruh dari nama-nama band asing seperti yang disebutkan diatas tadi memang boleh kedengaran pada muzik Zarquum.

Goda ataupon nama penuhnya Genocide. Overkill. Destruction. Annihilation., baru sahaja 4 tahun penubuhannya. Muzik yang mereka ketengahkan menampakkan kematangan dan mampu memberi persaingan sihat buat band-band Death Metal elit tempatan. Lagu-lagu mereka - “Si Chaling”, “Kaperon” dan “Sakhlal Ainulbanat” amat menarik dan gah dari segi melodik. Tempo yang diselang-seli brutal-ganas-laju dan mid-tempo menampakkan arrangement lagu yang professional. Bagi yang biasa dengan irama Death Metal dari Sweden, mungkin dapat rasakan bibit-bibit melodic-death  seperti Unleashed, Necrophobic ataupun Hypocrisy, walaupun tidak keseluruhannya. Muzik Goda ternyata amat menghiburkan dan meninggalkan pendengar menginginkan lebih daripada 3 lagu ini sahaja.

Diharapkan split album ini dapat menjadi batu loncatan bagi kedua-dua Zarquum dan Goda. Seperti dikatakan awal tadi, mereka mampu memberi saingan buat band-band Death Metal local kita yang telah berstatus elit. Potensi mereka tidak perlu kita sangsikan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...