2013-05-29

TAHANNUS - BLACK METAL PERTAMA DI TERENGGANU


TAHANNUS secara rasminya ditubuhkan sekitar 1994 oleh 4 orang anak muda yang dalam lingkungan umur 14 -16 tahun di Kuala Terengganu, dianggotai oleh Amir (gitar utama), Epi (vokal & gitar kedua), Faizel (bass) dan Mijan (dram). Sepanjang kewujudan Tahannus, mereka sempat menghasilkan dua demo iaitu "Khurafat" (1996) dan "Symphony of Concecration" (1997)

Di dalam penghasilan demo yang pertama "Khurafat" pada tahun 1996, hanya Amir, Epi dan Mijan yang terlibat menghasilkan demo tersebut kerana Faizel telah menarik diri. Ekoran dari itu, Epi terpaksa mengambil alih tugas sebagai pemain bass sebelum Faizel kembali pada demo kedua "Symphony of Concecration" di tahun 1997. Untuk demo kedua ini juga, tugas vokal telah diambil pula oleh Amir.


Tahannus diilhamkan atas dasar semangat metal yang kuat dalam diri dan untuk kembalikan muzik metal di Terengganu yang pada masa itu sunyi dan Tahannus berjaya menjadi band pertama Black Metal di Terengganu walaupun usia masih terlalu muda dengan menjadikan band-band seperti Rotting Christ, Samael, Mortuary Drape, Black Sabbath, Varathron dan Thou Art Lord sebagai pengaruh dalam muzikal mereka.

Pada tahun 1998 Tahannus menyepikan diri buat seketika kerana masing-masing bawa haluan sendiri di samping memberikan tumpuan penuh terhadap kerjaya serta keluarga.

Pada tahun 2011 band Tahannus telah menyertai kompilasi Born in Darkness  Compilation Vol.1 terbitan Trooper Art Regime Distro dengan menyumbangkan 2 buah lagu yang diambil dari demo kedua mereka iaitu Creapon to Abandon 5th Nath dan Lent Day. Tahannus berkemungkinan akan kembali pada dalam masa terdekat  dan sama-sama kita harapkan ianya menjadi kenyataan..

Lagu-lagu yang dipetik dari "Symphony of Concecration" Demo 1997 mereka boleh didengar disini:

1. Echo in Hell Abyssia

2. Creapon to Abandon 5th Nath

3. The Curse of Thy Lord

4. Lent Day

Disediakan oleh: Amir Noor
Diubahsuai oleh: Man Rabaxx

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...