2014-04-10

MALAYANEUM: SEJARAH UNDERGROUND MALAYSIA


Nota Editor: Penulisan di bawah ini adalah sebuah artikel yang di ambil dari sebuah laman web lama iaitu malayaneum.tripod.com. Saya menyiarkannya semula di sini bagi tujuan pengarkiban dan tatapan pembaca yang ingin mengetahui sedikit-sebanyak tentang permulaan dan perkembangan muzik underground di Malaysia. Saya kurang pasti bila tarikhnya rencana ini ditulis (malah tidak pasti siapa penulisnya) dan maaf jika ada antara isi-kandungannya yang sudah out-dated. Teks: Sejarah Underground Malaysia. Foto: Punisher 1990. Selamat membaca...

Sejarah underground di Malaysia ini sudah pun dimulakan oleh segelintir remaja pada lewat 70an dahulu. Mereka pada mulanya lebih terpengaruh kepada muzik Punk setelah banyak membaca majalah-majalah dari England dan juga daripada band The Sex Pistols yang begitu popular ketika itu. Mereka mula mengumpul berita, kaset dan majalah mengenai punk dan mula berhubung dengan scene punk di luar negara untuk mendapatkan bahan-bahan tersebut.

Joe Kidd telah menubuhkan scene punk yang pertama di Kuala Terengganu pada awal 80an, namun pada masa itu hampir tidak ada band yang ditubuhkan secara serius. Mereka hanya bermain gitar kapok sambil lepak di tepi pantai, tetapi pada tahun 1987 terdapat sebuah band di Terengganu yang memainkan irama punk dengan pengaruh thrash metal iaitu Mallaria dan mereka turut merakamkan demo yang tidak diketahui kesudahannya. Selain Joe Kidd dan rakan-rakan di Kuala Terengganu, terdapat juga geng-geng punk yang lain di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang (Abazz daripada band punk The Karatz) tetapi semuanya dalam komuniti yang kecil dan tidak mempengaruhi budak-budak lain.

Ketika itu juga telah muncul segelintir pemuzik yang memainkan irama yang lebih keras iaitu thrash metal. Muzik ini dikesan pada sekitar awal tahun 1984 dan mula berkembang selepas lebih kurang dua tahun selepas itu. Antara band metal terawal di Malaysia ialah Punisher, Nemesis, Glottis, Picagari dan FTG. Mereka ini kebanyakannya mendapat pengaruh band-band luar negara seperti Sodom, Kreator, Black Sabbath, Venom, Slayer, Bathory dan King Diamond.

Pada peringkat awal ia tidak dilabel muzik underground kerana tidak wujud suasana bertukar-tukar demo tape, maklumat dan membuat fanzine sendiri. Material-material dari luar negara (album, demo dan majalah) masih lagi tidak dijual di sini. Kebanyakannya hanya dibawa oleh pelajar-pelajar di luar negara dan mana-mana mamat yang berminat cuma fotostat dan dubbing sahaja daripada mereka.

Bermula pada tahun 1988, keadaan sudah menjadi semakin hangat apabila sudah ramai remaja yang berminat muzik sebegini. Muzik tersebut sudah mula diklasifikasikan dengan lebih spesifik sperti death metal, industrial, grindcore dan black metal. Kalau sebelum itu jika sesuatu muzik itu lebih berat daripada heavy metal, ianya dipanggil thrash metal. Selain daripada band-band yang disebutkan tadi, sudah ada band yang memainkan muzik yang lebih ganas konsepnya iaitu black metal. Antara band black metal terawal ialah Black Fire, Rator dan Vulga. Pada tahun itu juga sebuah konsert thrash metal pertama kali telah diadakan di Stadium Negara dengan aksi band Punisher, Nemesis, Saxo dan Slap Death. Penonton dianggarkan sekitar 6000 orang walaupun sebelum beberapa buah media tempatan mengatakan konsert tersebut tidak akan mendapat sambutan ekoran daripada jenis muzik yang dibawakan. 

Suasana underground mula wujud apabila sudah banyak band mula merakamkan demo, membuat fanzine dan sudah ada gig secara kecil-kecilan. Muzik thrash, black dan death metal telah dilabel sebagai muzik underground. Pada penghujung tahun 1989, Rator telah merakamkan demo mereka yang pertama iaitu 'Evil Symphony' di Hellion Studio, Sil Khannaz juga telah ditubuhkan pada waktu ini. Fanzine juga telah mula wujud dan antara yang terawal ialah Aedes (Joe Kidd) dan Thrash Attack (Aziz). 

Zine Thrash Attack hanya dikeluarkan sehingga isu ke lapan sahaja dan selepas itu Aziz menyambungnya dengan zine Vortex From The East. Ada yang mengatakan zine Aedes (dimulakan pada tahun 1986) merupakan zine underground yang pertama di Malaysia tetapi menurut Joe Kidd sebelum itu sudah terdapat sebuah lagi zine di Terengganu iaitu Huru-Hara. Menurutnya editor zine tersebut hanya diedarkan di kalangan rakan-rakannya sahaja di Kuala Terengganu. Zine Aedes hanya wujud hingga isu ke tujuh sahaja. Zine-zine tersebut pada awalnya hanya ditulis tangan atau ditaip sahaja (menggunakan manual typewriter) dan kemudian difotostat serta diedarkan kepada rakan-rakan mereka di dalam dan luar negara. 

Sebuah zine dari Ipoh iaitu Krenmaut yang diusahakan oleh Sam (Batara Guru), Ajak dan Bearkey juga adalah antara zine yang terawal. Selepas tahun 1993 bermacam-macam zine yang keluar dan boleh dikatakan tedapat di seluruh negara terutamanya di Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Johor, Sarawak, Pulau Pinang dan Pahang. Antaranya ialah Heartcore, Buddy Holly, Suffer Age, Mukus, Obscure People, Earslaughter, Piss of Mine, Nathias, Verization, Noisy Scene dan banyak lagi. Ada antara zine tersebut yang masih wujud sehingga kini seperti Nathias dan Mukus.

Pada waktu yang sama, scene underground berkembang dengan begitu pesat. Antara yang begitu aktif ialah di Kuala Lumpur, Ipoh, Kuantan dan Pulau Pinang. Pada awalnya hanya muzik metal sahaja yang menduduki 'carta underground' dan begitu banyak diadakan di kelab-kelab. Pada waktu ini sudah banyak band metal ditubuhkan seperti Silent Death, Suffercation, Infectious Maggots, dan banyak lagi. Kebanyakan daripada band-band ini berpusat di Kuala Lumpur dan sering membuat 'meeting' di Central Market. Bandaraya Ipoh juga antara yang paling aktif melahirkan band-band metal yang power. Antaranya ialah Langsuyr, Profane Creation, Necrotic Chaos, Athotorgh dan banyak lagi. Di Sarawak juga terdapat scene yang aktif dengan band metal seperti Senseless, Sputum dan Kremation. 

Pada waktu tersebut juga terdapat band black metal seperti Aradia, Nebiras, Bazzah, Hayagriva, Misanthrope, Mistik, Nakaratul Khaum dan macam-macam lagi. Selepas itu wujud bermacam-macam lagi band beraliran metal seperti Narsamum, Infernal Void, Silo, Kerrasuk dan pelbagai lagi band dengan konsep metal yang pelbagai. Kebanyakan daripada band tersebut juga sudah mula merakam album di bawah label-label independen yang wujud untuk menyokong scene underground seperti Dark Journey Records, Ultra Hingax Productions dan Sonic Asylum Records.

Jika disingkap kembali kepada senario hiburan tempatan pada waktu itu adalah tersangat menyedihkan kerana penguasaan golongan karyawan yang tidak punya sensiviti kepada progresi evolusi corak hidup alternatif, golongan muda/remaja. Sebahagian besar karya muzik mainstream yang diciptakan itu perlu berlandaskan kepada nilai komersil dan ini begitu menyesakkan citarasa golongan muda yang ingin sekali mencari kelainan. Sebut sahaja dari segi citarasa muzik, filem mahu pun budaya hidup, jelas golongan anak muda moden mahukan sesuatu yang mungkin tiada nilai komersil langsung tetapi kuat ciri estetikanya.

Bertitik tolak dari kemunduran dunia muzik tempatan, maka kelahiran aliran corak hidup alternatif melalui dunia muzik dilihat sebagai satu cetusan budaya pop yang menjana pengikutnya sendiri. Pada waktu itu rasanya kemeriahan dan keakraban sesama pengikut 'undergrounders' terasa utuh kerana bersemangat tinggi untuk mewujudkan dunia muzikal mereka sendiri. Tiada sebarang sempadan yang menghalang mereka dari menikmati alunan protes dan kekerasan dari pemuzik bermahzabkan underground kerana ia turut terkandung bersama cetusan hati dan jiwa pemberontakan remaja pada waktu itu. 

Turut sama lahir seiring dengan cetusan ini adalah kepelbagaian corak genre muzik tempatan. Daripada golongan pendengar muzik Melayu yang terkenal sinonim dengan irama leleh maka pencetusan genre muzik dari aliran kumuh Rock n’ Roll seperti Heavy, Speed dan Death Metal bagaikan mantra anak muda. Boleh dikatakan eksistensi gig-gig muzik underground muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Walaupun dijalankan secara kecil-kecilan di kelab malam atau pub-pub sekitar kota, namun kehadiran pengikutnya makin bertambah dan secara tak langsung gerakan ini boleh dikatakan mencapai status 'cult'. 

Kemasukan era 90’an, terasa benar-benar memberi impak yang besar. Jelas dari perubahan arah muzikal ketika itu turut sama mempengaruhi gaya hidup terkini dengan kelahiran generation-x yang membuahkan genre muzikal seperti 'alternative', 'grunge', 'indie', 'brit pop', 'punk', 'skin', 'hardcore' dan pelbagai lagi. Ia bagaikan virus yang pantas menular di kalangan remaja sekolah untuk turut sama mengikuti trend muzikal terbaru hasil import dunia hiburan antarabangsa. Kemeriahan begitu terasa, malah semakin banyak pula band-band gagasan anak muda Malaysia yang hebat wujud pada waktu itu seperti O.A.G, Spiral Kinetic Circus, Carburetor Dung, Butterfingers, Namesis, The Pilgrims, A.C.A.B dan banyak lagi.

Sekitar pertengahan 90'an, industri muzik underground tempatan bagaikan mencapai kemuncaknya kerana semakin banyak penganjuran gig-gig dilakukan di luar daripada ibu kota. Pulau Pinang, Perak dan Johor Bharu turut sama mempunyai pengikut undergrounders tersendiri dan hampir setiap hujung minggu pasti ada sahaja gig-gig yang dianjurkan oleh kumpulan underground tempatan. Apa yang membanggakan adalah kunjungan secara rasmi kumpulan–kumpulan muzik antarabangsa seperti Third Eye Blind dan Fugazi ke Kuala Lumpur untuk memenuhi undangan bermain muzik di Fire Discotheque. Penganjurannya dilakukan secara serba serderhana tetapi tetap mendapat sambutan yang menggalakkan daripada khalayak undergrounders Malaysia. Tidak ketinggalan, pergerakan muzik underground Malaysia ini pernah mendapat liputan yang khusus daripada majalah US berpengaruh seperti Rolling Stone. Pada edisi 528, November 1996, wartawan David Wright-Neville menulis satu halaman penuh tentang cetusan kelahiran budaya underground. Boleh juga disemak pada halaman 39, beliau menamakan tajuk artikelnya sebagai "The Rebels of KL: Malaysian subcultures are smashing stereotypes with their own brands of punk rock and grunge." Jadi disini saya mengambil satu petikan komentar beliau berkenaan tajuk di atas. "If there is any truth to the maxim that the more oppressive the dominant culture the more creative the subcultures, then tonight's gathering of punks, skin heads, dreads, and doyen of grunge speaks volumes about modern Malaysia. There are Malays, Chinese, Indians and a smattering of Eurasians, all gathered in an almost celebratory atmosphere which certainly speaks well of Malaysia's ability to manage its once explosive ethnic mix."

Malangnya pandangan positif diatas tidak selalunya dikongsi bersama wartawan akhbar perdana Malaysia.

Pernah tercetus satu kontroversi yang mengemparkan negara akibat daripada kewujudan budaya underground suatu waktu dahulu. Ia dijadikan satu isu sensasi negara kerana akhbar tersebut menampilkan foto seorang pemuda skin yang sedang asyik berpogo di salah satu gig di ibu kota. Isu laporannya benar-benar memberikan pandangan yang negatif kepada masyarakat dan secara tak langsung remaja Malaysia dituduh menghadapi krisis moral yang parah. Maka semenjak dari insiden itu juga semakin banyak gig-gig muzik underground diserbu polis atas arahan pihak atasan kerana khuatir dengan tahap keruntuhan moral anak muda. Pelbagai penyakit sosial turut dibangkitkan seraya dengan penglibatan ramai remaja yang gemar mengunjungi gig-gig ini. Semenjak dari insiden itu, maka pergerakan golongan underground menjadi sedikit mundur. Penganjuran gig juga semakin berkurangan walaupun kadang kala setiap bulan pasti ada juga penganjurannya. Maka dari sini terkesan kemunduran dari segi pengelolaannya dan bertambah parah banyak pula band-band yang menemukan titik noktah berkarya mereka di persada underground. Tambah memeritkan adalah apabila insiden Black Metal yang disensasikan oleh pihak akhbar 2 tahun yang lalu ... Akibatnya senario muzik underground menghadapi kelesuan. Walaupun begitu, untuk mengatakan scene underground telah berkubur adalah satu pernyataan yang mengundang kecelakaan kerana ia masih bernyawa dan akan terus wujud selagi ada golongan generasi muda. Jika diperhatikan sekarang (setelah hilangnya badi insiden Black Metal), senario underground kembali mengelegak. Tetapi intensiti dan penyatuan kelompoknya tidak seperti pada zaman permulaannya. Kini lebih banyak gig yang dilakukan atas dasar berpuak-puak mengikut genre muzikal yang tersendiri. Tiada lagi ‘unity’ yang sering dilaung-laungkan dahulu. Kalau diukur pula dari segi prestasi dan penguasaan muzikal memanglah amat membanggakan. Begitu ramai pemuzik muda generasi pelapis memiliki penguasaan dan kefahaman yang baik di dalam soal teknikaliti mereka untuk bermuzik. 

Dan isu terakhir yang menjadi kudis adalah soal pengurusan sesebuah show, gig atau konsert yang melibatkan nama-nama kumpulan underground. Sikap para penganjur kadang kala amatlah menyedihkan kerana yang dikejar adalah potensi komersil semata. Mereka bijak memanipulasi keadaan atau etika undergrounders bagi memenuhi keuntungan yang membuah kepada poket di samping tidak memandang serius kepada 'equipments' instrument muzik dan juga 'welfare' sesebuah band. Adakalanya bayaran upah yang diberikan kepada band juga mengecewakan dan hanya cukup makan. Jika dilihat dari sudut kewangan memangbukanlah soal pokok, tetapi setiap dari anggota band-band perlulah diberi imbuhan yang seimbang dengan perkhidmatan mereka menghiburkan khalayak.

Jika keadaan ini berterusan, mungkin senario muzik underground tidak mungkin mengalami evolusi sikap dan perubahan yang boleh dibanggakan.

SUMBER ASAL: MALAYANEUM.TRIPOD.COM

30 ulasan:

  1. Underground kat Malaysia dulu best... Masa tahun 1990-an... Sekarang dah jadi boring... semua band baru macam sial!!!! Sekarang underground dah jadi TAHI!!!!!!!!!!!!1111111111

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ekstrim: Malayaneum: Sejarah Underground Malaysia >>>>> Download Now

      >>>>> Download Full

      Ekstrim: Malayaneum: Sejarah Underground Malaysia >>>>> Download LINK

      >>>>> Download Now

      Ekstrim: Malayaneum: Sejarah Underground Malaysia >>>>> Download Full

      >>>>> Download LINK e3

      Padam
  2. Betul kata tu...zaman 90 an mewah gig kat kl ni...teringat aku zaman tu dulu..gig kat fire...picadd..zine pun senang nak dapt..nak cari stuff kalau tak kat vsp...kat kedai tommy..apa tah nama kedai kat pertama tu aku pun dah lupa...ahaa kedai acoustic..walaupun skang ni dah tak banyak gig..aku still layan underground walaupun umur dah 36..ada anak sorang..hahahaha...

    BalasPadam
  3. Setiap era mempunyai kelebihan dan kekurangannya...Bagi orang lama munkin lebih suka akan situasi ketika dulu...Begitu juga bagi orang baru yang menghargai dengan apa yang ada sekarang...Kita seharusnya menghormati sesama sendiri jika ingin melihat scene kita maju...

    BalasPadam
  4. hanya rock the world penyelamat scene underground

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tolonglah bro... Rock the world tu apa hebatnya... penuh dengan band-band poser tahi babi!!!!!!!!!!!!111111111

      Padam
    2. Sorila bro...aku ikut pkembangan Rock The World sblm jd Rock The World...iaitu sptutnya show utk Jason Lo. Kemudian Jason Lo twist kn jd Rock The World. Rock The World pencetus kpd festival muzik len. Aku baca Rottw & thu skit psl band Malaysia. 90an - band alternatif rock/pop & metal dr underground start naik tp rock kapak stat jatuh. 2000 - 2017 - band alternatif rock/pop & hardcore metal naik tp rock kapak jatuh. Aku dgr jgr muzik rock kapak tp aku respek lg dr muzik band underground & bgerak scara indipendent ni sbb dyeorg mampu hasilkn guna modal sendiri dgn sound sedap & produk bkualiti. YE ROCK THE WORLD & ROTTW penyelamat muzik band Malaysia.

      Padam
  5. Semua sama sahaja..lama atau baru...bukan nak tunjuk handal atau jual music...

    BalasPadam
    Balasan
    1. NO!!!!! ALL OR NOT EQUAL!!!!!!!!! THUS DO I REFUTE YOUR INEFFECTUAL AND PATHETIC COMMENT!!!!!!!
      There are the elites and then there are the common dregs of society! It remains an irrefutable and plainly manifest truth that the Malaysian underground scene in the 90s was infinitely more elite than the pathetic, immature children with no visible ambition or ability to compose a coherent thought, much less to achieve the conceptual heights which their forebears achieved in the 90s! The youth of today cannot even hope to compose a lasting statement on par with Bazzah's "Death Is All I See..."

      Padam
    2. Wa agak terkilan lahir pd 1996 tapi metal underground malaysia ni x mmg dk doom metal ke? tu baru purest punya metal turun temurun drpd Godfather Heavy Metal,BlackSabbath...nasib baik la sekarg ni zmn internet boleh la layan Pentagram,Saint Vitus,Spiritus Mortis,Cathedral,Pagan Atlar ngan Solitude Aeturnus...

      Padam
    3. Ade bro...MODAR. tp ko jgn harapkn nk dgr sound production killer la dr 'orang lama'. Band underground Malaysia rata2 gune modal sendri produce muzik & style DIY.

      Kalau nk band br jgkla dgn production ok....ko bleh check band ni. Ada antra dyeorg de klua album br.....

      Blind Tribe
      Daarchlea
      Symbiotic In Theory
      Deja Voodoo Spells
      Koffin Kanser
      Humiliation (dyeorg de tour eropah & men festival lua nnti !)
      Bahajang
      Visitant

      Taknak metal....ko bleh dgr band Lust. (:

      Padam
    4. Thanks bro...Aq ni baru nak jinak2 ngan underground Malaysia.Aq minat Metal pon agk lambat semuanya bertitik tolk dari Guns N Roses .Start situ aq pon kenal la Pra Metal cam Blue Cheer smpai ke Black , Death ngan Doom...Zaman aq sekolah rendh dulu banyak aq dengr cite buruk pasal Metal Malaysia ni terutamnya Black Metal...Time tu aq minat baca Mastika so ada la kluaq isu pasal Black Metal ni minum drh la,mandi darah dn sewaktu dgnnya...Tapi bila dh besq n dh ada ilmu sikit pasal metal, baru aq paham betapa x retinya Org Malaysia Ngan Metal ni...

      Apa2 pon Thanks
      salam Headbanger dari Kedah....\m/

      Padam
  6. betul tu, rock the world penyelamat scene underground

    BalasPadam
  7. Rock the world penyelamat? this is really fucking madness.
    Rock the world tu nak suck your money la dude. Most the band yang baru naik sekarang dah main lagu cinta leleh. Maksud aku bukan main lagu slow, tapi lebih pada feel diorang sendiri pada awek sendiri. Fuck! itu mainstream dah berlambak, give some inspiration la patutnya dah tu semua sibuk nak join label, dulu DIY la dude. Ni yang berlambak kat gig ni pun pecah, apa salah ke korang share satu pentas walaupun lain2 genre.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bg aku sume kbykkn event mst nk suck duit...lg2 show besar. Sume ni bisnes punye hal mst de bro. Organiser nak buat benda dyeorg suke & dlm masa sama mst nak untung...mne de company nak rugi. Penaja pn sme. Pdpt aku... organiser walopn dh sponsor besar ptt kna reduce kos tket skit. X kira de artis lua negara ke x.Takkn nk jd subsidi pengajuran je tp tket mahal utk penonton..haaa ini beto suck our money!!! hahahaha..mcm konsert festival Rockaway & Sunburst dll.Organiser besar mmg dpt backup kalau jual harga tket bpatutan... yg penting penaja backup skali.

      Bbeza dgn RTW...RTW de buat smpi 3 stage...bpuluh artis...tp msih kekal tket harga dlm RM50 bro. Dulu harga tiket rm20 lebih. Festival len de dpt RM50? Cume RTW thn lepas band dh kurang & stage jd 2 sbb penaja dh cut cost sparuh dr bajet tajaan. Rockaway dianjurkn oleh anak pemilik gedung Mydin, Iqbal...de org kte dye buat ni nk sbb nak lari byr cukai. Tu blum crite nilai byaran artis dyeorg & isu stage lg
      Camne aku thu ni sume? Aku pnah bborak dgn pemilik company slalu tlibat dgn RTW.
      Aku follow muzik stat lewat 90an. RTW stat festival besar bwk band mcm2 genre. Dyeorg penyelamat sbb dyeorg stat dlu. Ko ingat senang ke DBKL nk kc permit konsert rock berjam2 lama?
      Cume kesilapan besar RTW...dyeorg skg lbh pentingkn band alternatif rock/pop dan hardcore metal era internet 2000an. Tak balance band lists. Band2 underground 90an lg2 extreme metal byk tak invite main. Pasal lgu lirik cinta leleh itu band punye style...aku pn x suke gk...tp Oasis,Kings Of Leon, Coldplay pn lagu byk cinta awek....lg2 Arctic Monkey...cume bkn dlm BM je. RTW lebih kpd suck duit? X bro....ia dianjurkn oleh org sukekn muzik..Jason Lo.

      Padam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  9. aslamualaikom...maaf saya ni agak slow la dlm hal hal begini..but sy still sangat minat dengan industri music underground ..ade x sape sape bole bantu sy untuk bagaimana menjiwai sebagai pencinta music metal yg ekstrim..err maksud sy stage yg pertama ape yg patut sy buat dan seterusnya..mohon share knowledge bole..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aq boleh ceritakan cmna aq boleh terpaut ngan metal...kau start ngan degar lagu rock yg berat cm Deep Purple,Led Zeppelin,Blue Cheer dan semstinya Black Sabbath...pastu kau kna study sejarah dia dari heavy metal sampai la ke branch dia, cm death metal, doom metal, black metal.Aq sarnkn kau dengar metal klasik dulu baru yg xtreme punya...sbb bila kau dh sngkut yg etreme kau dh sush nk hayati klasik...3 Branch metal utama,Doom ,Black ,Death semuanya ada branch lagi kcil2 ,yg ni PENTING sebb satu branch tu ada mcm2 jenis...dari sini kau aq tau kau mint metal jenis apa...YG PALING PENTING KAU KNA HAYATI KOMPOSISI ,LIRIK BUKN SEKADAR DENGAR
      JA...
      sebbkn aq minat doom nagn heavy metal, aq sarankan kau dengar
      DOM METAL
      Black Sabbath
      Solitude Aeturnus
      Pentagram
      Spiritus Mortis

      HEAVY METAL
      Metallica
      Judas Priest
      Iron Maiden

      Band yg kau JANGAN DENGAR...diaorang ni hanya poser je
      Avenged 7fold
      Slipknot
      Linkin Park


      Aven

      Padam
    2. Pala jubo ko metallica heavy metal..slioknot n.linkin park blh je nk dnga..msih dlm kategori metal..cuma yg ada genre core xyah dnga..klau nk dnga core jgk,baik dnga je lamb of god..metallica genre thrash metal ye bro..baik ko kaji dlu band2 local sblm nk kaji band2 luar..

      Padam
    3. shahril lias susah la kalau dh otak tu dh masuk taik...kau ingat Metallica tu main thrash je ke kekedang tu ada jugak bunyi heavy metal...susah cakap dgn orang bodoh ni...

      Padam
    4. Betul tu...metallica tu jatuh dalam kategori thrash ngan heavy metal...yang pasal metal genre core...buknnya x leh dengar tapi diorang ni asal punk yg nk try main metal so...situ dh hilang purity metal tu(core ni dia jerit cam bebudk , diorg ni x pandai tarik cm metal punya jerit)...Slipknot ngan linkin park ni plak kategori nu metal(metal yg dicampur ngan rap)so x la berapa nk sedap sebb aq x lyn rap tapi terpulg pada memasing la nk layan ke tidak...

      Padam
    5. Metallica album black genre thrash-heavy metal. Era Load-Reload genre heavy metal-hard rock. Full thrash metal sblm era Black Album. Slipknot awal2 je nu metal. Lps tu dh gbung thrash death metal & dll. Linkin park 3 album latest dh x nu metal. Ko g bace portal magezine antrabangsa & wikipedia.

      Padam
  10. Dekat kedah mana nak carik cd2 heavy metal atau lagu black metal

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. Bli online la bro. Ko g add fb Ibrisam Akbar or google blog KRENMAUT. Dye ni ex gitaris Langsuyr & truly music lover. Dye de jual original cd band2 metal import dr US & UK. De mcm2 band & bratus cd bro. Bleh gigit jari tgk. Hehe.

      Padam
  11. Wow byk geng elit komen . Tapi rock the world dah mati dah.. bye.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...