BERITA
Sebagaimana yang diketahui umum, dalam tahun 2011 terdahulu, NUCLEAR STRIKES telah mengeluarkan sebuah EP berbahasa Inggeris berjudul “Megastorm Eye” yang mana telah meledakkan nama mereka bukan sahaja di rantau ini tetapi juga ke seluruh pelusuk benua Eropah, Amerika Selatan, Amerika Syarikat dan Asia. Kini, setelah lebihkurang dua tahun tanpa material baru, Nuclear Strikes kembali dengan rilisan Single “2.0.1.3” dikeluarkan oleh MADRATTS PRODUCTION.
EKSTRIM mengambil kesempatan ini bertanyakan sekiranya ada perbezaan ketara dalam single “2.0.1.3” berbanding “Megastorm Eye” EP yang lalu dari sudut muzikal. “Tiada perbezaan di antara NUCLEAR STRIKES 2.0.1.3.. Kami masih mengekalkan elemen yang sama... cuma kita memasukkan elemen muzik Malaysia, sesuai dengan citarasa para pendengar di Malaysia, Indonesia, Singapura, Filipina dan negara serantau dengannya. Berbeza pula dengan Full Album akan datang dalam elemen heavy metal asli dan memberi jawapan kepada Megastorm Eye”, kata Rex Strike yang merupakan pemain gitar utama dalam band Heavy Metal ini.
Difahamkan Single ini mengandungi dua buah lagu Melayu dirilis khas buat peminat-peminat Nuclear Strikes di Malaysia, Singapura dan Indonesia. Dua buah lagu yang dimaksudkan adalah; ‘Dunia Cinta Dusta’ dan ‘Problema Cinta’. Tatkala disoal mengapa memilih senikata Bahasa Melayu untuk single ini dan berdasarkan judul lagu temanya agak berbau cinta, komen Rex Strike: “Ini disebabkan, selepas kami mengeluarkan album penuh kami yang hampir kesemuannya Bahasa Inggeris, semakin ramai peminat bertanyakan tentang lagu berbahasa Melayu pula jadi kami mengambil kesempatan ini untuk berbuat demikian. Selain itu, lagu ini lebih sesuai untuk penerimaan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada lapisan masyarakat dan kaum”.
“Tema bagi Nuclear Strikes 2.0.1.3 ini kami akui berbaur cinta dan cerita disebalik kisah cinta ini bukan hanya saja untuk insan bercinta tetapi ianya lebih meluas kerana definisi cinta itu juga membawa banyak maksud seperti lagu Dunia Cinta Dusta berkisahkan dengan berdasarkan tajuk seperti 'dunia cinta'. Kalau kita cintakan dunia pun tidak boleh juga kerana kehidupan kita sebenarnya di akhirat. Kerana dunia ini hanyalah ujian buat kita”, ujar Rex Strike atau Azrul Shafiq nama sebenarnya.
Nuclear Strikes yang berasal dari Kajang dan dianggotai oleh Steelgirl Ladyana (vokal), Rex Strike (gitar), 1 2 Kill (gitar), Thunderbolt (bass) dan Iron Speed (dram) bakal melancarkan secara rasmi pengeluaran Single 2.0.1.3 ini semasa persembahan live mereka di Langkawi International Big Bike Fiesta 2013 di Pantai Cenang bertarikh 24-26 Mei nanti. Long Live Heavy Metal...
http://www.facebook.com/nuclearstrikes
http://www.facebook.com/groups/nuclearstrikes
http://nuclearstrikes.webs.com
http://nuclearstrikes.blogspot.com
http://www.facebook.com/madratts
Long Live Heavy Metal...
BalasPadam