2015-09-22

WARMASTER PRODUCTIONS: PAGANFIRE - Mabangis! Marahas! (Demo 2004)


WARMASTER PRODUCTIONS - sebuah label baru dari Sabah telah bekerjasama dengan satu lagi label dari Negeri Di Bawah Bayu, INCONSPIRACY RECORDS mengeluarkan semula Demo 2004 band dari Filipina PAGANFIRE berjudul "Mabangis! Marahas!" dalam format Pro-Tape. Keluaran asal demo tersebut hanyalah dalam format CD-R. Ini juga dilakukan atas keraian ulangtahun ke-10 penubuhan PAGANFIRE, Thrash Metal kota Quezon City.

"A 10th years hellniversaries release of the Philipinos thrasher maniaks PAGANFIRE by INCONSPIRACY RECORDS and WARMASTER PRODUCTIONS. A re-release version of their 2004 Mabangis! Marahas! demo in a Pro-Tape format. 8 tracks of Thrash assault (including 4 live tracks taken from their local stages destruction (fully remastered). A must for all the old school thrash worshippers out there!" - Released 22 August 2015.

Kepada yang berminat mendapatkan kaset ini, ianyn dijual pada harga RM15 (edaran tangan) dan pesanan pos ditambah kos penghantaran RM10 Semenanjung / RM8 Sarawak / RM6 (Sabah). Hubungi warmasterprods@gmail.com atau inconspiracy666@gmail.com untuk urusan pembelian dan sebagainya.

INFORMASI:

2015-09-21

LANGSUYR - THE EASTERN CRUELTY LP (2015)



Mereka adalah arkitek budaya. Pencetus ideologi "eastern" dalam irama Metal Ekstrim tempatan. Peledak satu fenomena yang merebak mendadak menjadi ikutan. Itulah LANGSUYR, perintis Eastern Metal yang disanjung tinggi dan inspirasi kebanyakan pada ketika itu (malah hingga sekarang). Jika kembarnya dari Singapura AS-SAHAR menjurus kepada Eastern Black Metal, LANGSUYR mendukung Eastern Death Metal dalam laluan karier mereka. LANGSUYR pada asalnya dieja LANGSUIR, malah pernah disebut RIUSGNAL.

Eastern Metal begitu berleluasa sekitar pertengahan tahun 90-an kesan dari rilisan-rilisan seperti "Meditation Embun Pagi" dan "Phenomistik" (kedua-duanya oleh AS-SAHAR) serta "Occultus Mysticism" Demo 1993 oleh LANGSUIR. Sekitar tahun 1996, LANGSUIR melalui label berprestij NEBIULA PRODUCTION telah melahirkan sebuah lagi Mahakarya Eastern Metal iaitu "The Eastern Cruelty" Cass.EP (format kaset) yang cukup-cukup memberikan impak kepada scene metal underground, mengakibatkan kegilaan di kalangan penggemar muzik metal tempatan malah penyebab tumbuhnya bagai cendawan selepas hujan band-band yang mahu menyuntik irama sedemikian.


"The Eastern Cruelty" kekal sebagai produk terhebat dari kem LANGSUIR (kini LANGSUYR). Ianya EP ataupun mini album 4 buah lagu yang tiada tandingannya. Lagu-lagu berhantu seperti My Oath for Thee dan Tangisan Embun Pagi jadi dambaan setiap warga metal Malaysia. Alunannya benar-benar memikat dan melekat! Tidak cukup itu, Nebiula Production mengulangi kemahsyuran "The Eastern Cruelty" bilamana ianya dikeluarkan pula dalam format CD pada tahun 2005. Lebih menarik, keluaran CD ini turut memuatkan khazanah berpuaka "Occultus Mysticism" Demo 1993. [Nota: Juga 2 lagu dari kompilasi "Ipoh's Metal Militant Supremacist"].

Setelah itu, LANGSUYR melalui fasa perubahan dan peralihan. Album debut mereka "Asyik" (Clockwork Records, 2005) menerima pelbagai respon pro dan kontra. Namun apa keadaan sekalipun, LANGSUYR tetap diangkat sebagai Wirama Eastern Metal Malaysia. Rilisan seperti "The Eastern Cruelty" tidak akan pernah dilupakan oleh sebahagian besar pengikut dan penggiat muzik metal di negara ini, malah di persekitaran nusantara termasuklah Singapura, Brunei dan Indonesia. Generasi hari ini yang baru lahir mahupun belum lahir pada ketika dan saat itu turut mencari dan ingin mengenali apa itu "The Eastern Cruelty". Itulah gelombang metal timur yang menakjubkan!


MAMAT RECORDS (awalnya dinama Gates Of Metal Records) membuktikan sifat baru wujud mereka bukan sia-sia! Setelah merealisasikan album kedua SIL KHANNAZ "Gerbang Kayangan" dalam format piringhitam, kini tiba giliran LANGSUYR "The Eastern Cruelty" dinaikkan darjatnya, dipelihara kehormatannya, dizahirkan ke alam nyata dalam format 12" vinyl LP. Ini barang eksklusif! Terhad 300 unit dan akan tiada ulang-cetak! Disediakan dalam 4 warna piring berbeza untuk anda buat pilihan; BLACK (90 unit), CLEAR (80 unit), ORANGE (70 unit) dan PUTIH (60 unit).

SIDE A
1. My Oath for Thee
2. Bastardized Rejaman Sihir/Pontianak
3. The Seven Headed Dragon of Pelangi
4. Tangisan Embun Pagi

SIDE B
1. The Seventh One
2. In The Name of Sil-Khannas
3. Occultus Mysticism

LANGSUYR - Tangisan Embun Pagi (Penang MetalFest 1997)

Demi identiti "The Eastern Cruelty", artwork asal turut digunakan untuk edisi 12" LP ini akan tetapi diberi sentuhan semula oleh KOMPGRAPHNER - facebook.com/kompgraphner, sebuah agensi grafik yang dilaksana sendiri oleh salah seorang ahli anggota LANGSUYR. "The Eastern Cruelty" LP sudah boleh diperolehi sekarang, berada di pasaran pada harga RM90. Untuk pembelian melalui pos, pertanyaan lanjut atau sebarang urusan perniagaan silalah berhubung terus dengan MAMAT RECORDS. 

Kelahiran LANGSUYR The Eastern Cruelty 12" LP adalah Darjat Yang Terpelihara. Ayuh bermohon agar 2 lagu lagi dari kompilasi Ipoh's Metal Militant Supremacist; Descent of the Fire-Breathed dan Kucemari didokumentasikan dalam satu rilisan 7" EP. Sekian.

INFORMASI:

2015-09-20

SIL KHANNAZ - THUNDER ROAR 29/09/2015


SIL KHANNAZ "Thunder Roar" EP 2015 keluaran MAMAT RECORDS diumumkan akan mula beredar di pasaran pada 29 September ini. Memuatkan 4 buah lagu-lagu baru, EP ini dijadualkan rilis dalam format CD dan juga versi kaset terhad 100 unit. Artwork yang berbeza digunapakai sebagai penghias kulit hadapan. Setiap pembelian akan turut mendapat poskad percuma, sementara stok masih ada (terhad 1000 keping poskad sahaja).

Pembelian melalui pos, wakil penjual (distro), pemilik-pemilik toko muzik disarankan berhubung terus dengan MAMAT RECORDS untuk pelbagai urusan berkaitan. Bagi anda yang berada di Lembah Kelang bolehlah berkunjung ke toko-toko muzik sekitar Kompleks Campbell, Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur untuk segera dapatkan karya terbaharu SIL KHANNAZ ini. Bagaimana ributnya kegemparan "Thunder Roar"? Jawapannya 29 September 2015 nanti!

INFORMASI:
facebook.com/mamat.rec.1
facebook.com/pages/Sil-Khannaz/44886560846

BERKAITAN:
SIL KHANNAZ - "THUNDER ROAR" SEMAKIN HAMPIR
SIL KHANNAZ - POSTER "THUNDER ROAR" EP / CD
SIL KHANNAZ - BAKAL RILIS "THUNDER ROAR" EP

SIL KHANNAZ - GERBANG KAYANGAN LP (2015)


"Gerbang Kayangan" – tiada dapat disangkal bahawa ia adalah salah satu karya terbaik dihasilkan SIL KHANNAZ. Ia album kedua mengikut kronologi diskografi band yang telah menghampiri usia 30 tahun keujudannya. "Gerbang Kayangan" diriliskan buat pertama kali sekitar tahun 1997 oleh NEBIULA PRODUCTION. Rilisan ini cukup berkesan tarikannya bilamana inilah album di mana SIL KHANNAZ mula memperkenalkan lagu-lagu dalam senikata berbahasa Melayu. INTERGLOBAL (IGM) pernah juga mengeluar dan memasar semula album ini dalam pakej yang digelar Deluxe Edition (2006).

Integriti "Gerbang Kayangan" tidak pernah mati. Ia sebuah album malarhijau, yang terus segar untuk dinikmati biarpun sudah 18 tahun memberi khidmat di telinga-telinga para pendengar muzik metal tempatan. Lagu-lagu seperti Santapan Terakhir Raja Bersiong. Purnamarjuna dan lagu judul album Gerbang Kayangan terutamanya telah menjadi siulan hampir dua dekad, dari generasi ke generasi. Reputasi SIL KHANNAZ yang terus hidup, teguh berkarya hingga ke hari ini perlu diberi penghormatan. Sudah sampai masanya "Gerbang Kayangan" dinaiktaraf ke satu peringkat yang lebih dihargai dan bernilai tinggi.


Ironinya, Jaie sang vokalis yang menjadi tunjang hadapan SIL KHANNAZ telah mengumumkan penutupan label beliau NEBIULA PRODUCTION pada penghujung 2014 namun berjanji meneruskan kegiatan band di bawah pengurusan SIL KHANNAZ MANAGEMENT. Maka terdapat perkhabaran di awal tahun 2015 di mana adanya pakatan kerjasama dengan GATES OF METAL RECORDS untuk mengeluarkan "Gerbang Kayangan" dalam format eksklusif 12” LP; piringhitam pelbagai warna terhad 300 unit dijadualkan berada di pasaran sekitar Februari atau Mac 2015. Biarpun mungkin ada sedikit penundaan, SIL KHANNAZ Gerbang Kayangan 12" LP dapat diedar sepenuhnya sekitar pertengahan tahun. Ia adalah satu martabat yang terbela!

Side Gerbang (A)
1. Gerbang Kayangan
2. Santapan Terakhir Raja Bersiong
3. Debauch Absorbtion
4. Purnamarjuna
5. Merong Mahawangsa

Side Kayangan (B)
6. Hamba Malam
7. Eastern Barbaric Skullkrusher *
8. Angin Sharshar **
9. The Fading Lunar **
*live **bonus


Pemilikan SIL KHANNAZ Gerbang Kayangan 12" LP adalah sesuatu yang amat disarankan buat para pengumpul keluaran berbentuk piringhitam di Malaysia ini, paling khusus kemestian kepada penyokong setia perjalanan dan perjuangan band SIL KHANNAZ itu sendiri. Kurang pasti dengan kedudukan stok ketika artikel ini ditulis, segeralah hubungi MAMAT RECORDS (GATES OF METAL RECORDS) untuk dapatkan salinan anda. Piring dikeluarkan dalam 4 warna berbeza; putih, kuning, merah dan hitam. Pengeluaran yang berwarna penuh, disertai 4 mukasurat inlay serta percuma poster bersaiz A3 pasti menjadi sebahagian dari kebanggaan anda. Peringatan: Bertindak sekarang kerana hanya ini peluang yang anda ada!

SIL KHANNAZ sememangnya berhak untuk diberi dan menerima segala penghormatan tertinggi hasil usaha mereka selama ini. Mereka adalah antara wajah dan wadah asal yang merintis dan membina lorong-lorong yang ada dalam scene metal underground tempatan hari ini. Setelah "Gerbang Kayangan" dan album pertama "Conception of Madness" (Gempita Records, 2011) diberi improvisasi dalam format piringhitam (vinyl), harapnya akan ada pihak pula yang tampil untuk melakukan perkara yang sama ke atas album ketiga SIL KHANNAZ "Bara Pawaka" (Nebiula Production, 2000). Sekian.

INFORMASI:
facebook.com/mamat.rec.1
facebook.com/pages/Sil-Khannaz/44886560846

PERPETUAL - "GRIND YOUR MIND" TAPE EDITION 2015


Masihkah anda ingat dan masih mendengar album debut PERPETUAL "Grind Your Mind"??? Riiisan asal berformat Pro-CD telah dikeluarkan hampir dua tahun yang lalu, pada 25 November 2013 oleh THE NOISE PRODUCTION. Keributan irama Brutal Harsh Grindcore ciptaan PERPETUAL yang dapat anda nikmati dari CD tersebut kini dikeluarkan semula dalam bentuk Cassette Tape. Pengeluaran edisi kaset ini adalah melalui kerjasama sebuah label underground berpusat di Jakarta, Indonesia iaitu PLAYLOUD RECORDS.

Side One
1. The Intruders
2. Grind Your Mind
3. The Downfall Of Humankind
4. Deadworld
5. New World Destroyer

Side Two
6. Insanity Of War
7. Disversus Suspicio
8. Dominator
9. Protector Of The Truth
10. Life Disorder



PLAYLOUD RECORDS telahpun mengumumkan pengeluaran dan pemasaran produk tape ini di laman web mereka pada 5 September 2015. Dapatkan salinan anda dari pihak label pada harga IDR 30K / USD 3 / RM15. Untuk pembelian tempatan (Malaysia) anda boleh hubungi zamodox@gmail.com / facebook.com/zamodox.zam / 0138724406.

INFORMASI:
playloudistro.com
facebook.com/playlouddistribution
facebook.com/perpetualgrind
facebook.com/perpetual.grindcore

BERKAITAN:
PERPETUAL - "GRIND YOUR MIND" CD 2013

2015-09-19

SUFFER REMAIN - IGNITE FESTIVAL 2015 | 17/10/2015


Unit Brutal Death Metal persisiran pantai Kuala Terengganu, SUFFER REMAIN dijadualkan beraksi di pentas IGNITE FESTIVAL 2015 di mana bakal berlangsung pada Sabtu, 17 Oktober 2015 bertempat di Motel Desa, Kuala Terengganu. Penampilan SUFFER REMAIN ini sekaligus menjadi medan promosi dan distribusi "Impaled Humanity" CD yang rilis sekitar Mac lalu (melalui label CELESTIAL FREQUENCY).

Selain SUFFER REMAIN, acara IGNITE FESTIVAL akan turut disertai nama-nama besar dalam scene Metalcore/Hardcore antaranya MASSACRE CONSPIRACY, DEAD EYES GLOW, THE PADANGS, INCARNATION, AS OUR THRONE, ALPHABETICAL THEORY, ON YOUR SIDE dan MADDAME. Persembahan akan bermula pada jam 1:00 petang oleh dua band pembukaan; A CITY IN RUINS dan SWERVED di mana tiket jualan di pintu masuk adalah RM25 [Presale - RM18].

INFORMASI:
facebook.com/SUFFERREMAIN
facebook.com/ignitefestmalaysia

BERKAITAN:
SUFFER REMAIN - IMPALED HUMANITY CD 2015

HUMILIATION / REVEL IN FLESH SPLIT EP


Belumpun reda dari kehangatan merilis HUMILIATION / SAVAGE DEITY Split 7" EP dan juga HUMILIATION Face The Disaster 7" EP, label Jerman BRUTAL ART RECORDS menghidangkan lagi bahan baru dari HUMILIATION di mana kali ini dizahirkan pula dalam format 7" vinyl split bersama REVEL IN FLESH, sebuah mesin Death Metal old-school juga dari Jerman. 

Senarai-Lagu:
A1. HUMILIATION - Meet the Challenge (5:05)
B2. REVEL IN FLESH - The Ending in Fire (5:29)




HUMILIATION / REVEL IN FLESH Split EP berada di pasaran pada September/Oktober 2015. Keluarannya terhad 250 unit salinan, terbahagi kepada 3 warna piring; 60 unit Hitam, 80 unit Merah dan 110 unit Hijau. Hubungi BRUTAL ART RECORDS ataupun terus kepada HUMILIATION (dan juga REVEL IN FLESH) sekiranya berminat menjadikan rilisan ini sebahagian daripada koleksi anda.

INFORMASI:
facebook.com/brutalartrecords
facebook.com/HumiliationMalaysiaDeathMetal
facebook.com/pages/Revel-in-Flesh/304228902958414

TERDAHULU:
BRUTAL ART RECORDS: HUMILIATION - FACE THE DISASTER 7" EP
HUMILIATION / SAVAGE DEITY SPLIT EP

VIDEO MUZIK: ZURIARTS - THE FAIRY TEARS


Band: ZURIARTS | Lagu: The Fairy Tears | Album: Single 2012 | Deskripsi: Muzik & Lirik oleh Shah Zuriarts. ZURIARTS adalah band Melodic Black/Death Metal dari Taiping, Perak. Single ini terdapat dalam format CD dikeluarkan pada 20 April 2012 oleh NIGHT ART PRODUCTION | Sumber: youtu.be/TLSb09kvthA [diterbitkan pada 13 Disember 2013]

INFORMASI:
facebook.com/pages/ZURIARTS/124082461000576
facebook.com/Nightart.Production666

MISTIK - itza ta'zaja T-SHIRT


MISTIK baru sahaja melancarkan pembukaan pre-order untuk merchandise terbaharu iaitu t-shirt bergelar "itza ta'zaja". Dikhabarkan keluaran t-shirt ini amat terhad. Tempahan dibuka untuk saiz S hingga 3XL. Cetakan di atas Gildan Premium Cotton oleh Black Silk Creative - facebook.com/BlackSilkCreative

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan t-shirt band MISTIK ini, silalah terus hubungi Akey Mistik - facebook.com/marzuki.cheomar.9 - untuk lebih lanjut tentang tempahan dan bayaran. Harga dipasarkan adalah RM50 termasuk pos. Perhatian: T-shirt ini keluar hanya sekali dan tiada cetakan ulangan.

"itza ta'zaja" bermaksud Sesuatu Yang Menggantikan Kematian. Ilustrasi dihasilkan oleh Mohammad Marzuki dari Tani Artwork - facebook.com/tani.artwork (Jawa Tengah, Indonesia).

INFORMASI:

2015-09-18

DISOBEYED - "EXTERMINATION ENTHRONED" DI JOHOR BAHRU [18/09/2015]


Unit Black/Death Metal Tawau DISOBEYED yang dijadualkan turut membuat persembahan di Johor Bharu pada 18 September 2015 (di mana sebahagian daripada acara FUNERUS: THE BLACK DEATH OVER ASIA TOUR) memaklumkan akan turut mengambil kesempatan mengedar rilisan terbaharu mereka "Extermination Enthroned" CD 2015 (keluaran EARBLAST RECORDS) disertakan sekali dengan Poster bersaiz A3, button dan patch. Pakej diehard version ini adalah terhad pada hari tersebut. Pengunjung dan penyokong DISOBEYED, rebutlah peluang tersebut!!!

INFORMASI:
facebook.com/Disobeyedkaos

BERKAITAN:
18/09/2015 - FUNERUS: THE BLACK DEATH OVER ASIA TOUR 2015
DISOBEYED - "EXTERMINATION ENTHRONED" CD 2015

2015-09-17

BELASUNGKAWA: SAM KITANAICHI


Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un. Satu lagi hari sedih buat persada muzik metal underground tempatan. Shamudin Teguh atau lebih dikenali sebagai Sam Kitanaichi telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya setelah terlibat dalam kemalangan motorsikal berkuasa tinggi di Simpang Pulai, Ipoh. Sam menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 4:30 petang pada usia 44 tahun. Sam adalah orang lama dalam scene, dewasa bersama gerakan muzik bawahtanah Malaysia semenjak awal 90-an lagi. Beliau juga adalah anggota kumpulan KITANAI CHI yang pernah ditampilkan dalam kompilasi Intrusion Of Dark Journey (Dark Journey Records, 1993). Keperibadiannya yang mudah berkawan, cepat mesra dan peramah, begitu bersifat penyayang, gemar berjenaka serta rajin menghulurkan bantuan membuatkan beliau amat-amat disenangi di kalangan ramai rakan dan kenalan. Pemergian Sam adalah satu kehilangan yang tiada gantinya. Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan pada pagi 17 September 2015 di Kg. Jaya Setia, Bestari Jaya, Ijok. Takziah diucapkan kepada keluarga dan warisnya; khususnya Zizie Hashim dan anak beliau Fenriz. Selamat jalan Shamudin Teguh a.k.a Sam Kitanaichi (21 November 1971 - 16 September 2015). Semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman. Al-Fatihah.



DALAM KENANGAN: KITANAI CHI - Scattered Emotion. Sebuah band yang pernah dianggotai oleh arwah Sam. Merakam sebuah lagu berjudul Scattered Emotion yang dimuatkan dalam kompilasi bersejarah Intrusion of Dark Journey (1993). Mereka adalah antara yang terawal dalam merintis evolusi muzik metal di Malaysia. Sumbangan yang sudah cukup berharga buat generasi hari ini. Jasamu dikenang. Terima kasih.


Allahyarham Shamudin Teguh - facebook.com/babah.sam.1

10/10/2015 - HOUSE OF DISORDER VOL 1

TARIKH: 10 OKTOBER 2015 (SABTU) | LOKASI: DUSTHALL STUDIO, TAMAN KELASAH, SEBERANG JAYA, PULAU PINANG | MASA: 12TGH | TIKET: RM25 | BAND: VIXXEN / ZEOX / EXOTHERMIX / MERENGGAH / VIGIL / BALD SYNDICATE / BEHIND THE DEATH / BRAWK / THE MERC / TARING TANPA NAMA / THE UNPLANN / THE CHAOTIC / SILENT MIGRATION / BELACAK | ANJURAN: NORTHERN RIOT BROTHERHOOD


INFORMASI:
facebook.com/studiodusthall

23/09/2015 - HEAVY HARDCORE NIGHTMARE #547

TARIKH: 23 SEPTEMBER 2015 | LOKASI: EMBRACE HALL, JOHOR BAHRU | MASA: 8MLM | TIKET: RM15 | BAND: LIFE (Jepun) / SEWERCIDE (Australia) / HELLEXIST / BASTARDIZER (Australia) / FLIPOUT A.A (Jepun) / ROCKET (Jepun)



INFORMASI:
facebook.com/groups/242518063120

20/09/2015 - NOT A FESTIVAL KUALA LUMPUR XV

TARIKH: 20 SEPTEMBER 2015 | LOKASI: PENVIA STUDIO, PJCC, PETALING JAYA | MASA: 4PTG | TIKET: RM20 | BAND: LIFE (Jepun) / REALITY CRISIS (Jepun) / SEWERCIDE (Australia) / FLIPOUT A.A (Jepun) / BASTARDIZER (Australia) / ROCKET (Jepun) / WWHIRR / BAD IDEA | ANJURAN: HELLFORCED RECORDS / KERBAUWORKS


INFORMASI:
facebook.com/hellforcedrecords
facebook.com/kerbauworks
facebook.com/NotAFestKL

2015-09-16

03/10/2015 - JUMP TO THE RHYTHM VOL 3

TARIKH: 3 OKTOBER 2015 (SABTU) | LOKASI: G1H STUDIO, 123 PERSIARAN KLEBANG, KAWASAN PERUSAHAAN IGB, IPOH | MASA: 3PTG | TIKET: RM15 | BAND: CRIMSON X DAWN / BLACK BLOODS / MEDIOMAD / CRACKBANG CABBAGE / FACEDOWNFALL / INBELIEVER / EIGHT / WARHEAD | ANJURAN: MUSICA MANIA


INFORMASI:

ABLASA - MAARIJIM MIN NAR (DEMO #2, 2015)


15 September 2015 adalah sejarah baru buat ABLASA bilamana band Black Metal solo ini dengan rasminya secara independen merilis demo kedua berjudul “Maarijim min Nar”. Pengeluaran demo ini pastinya menjadi kesinambungan terbaik buat ABLASA setelah mereka muncul dengan demo pertama “Beek run Syatin” yang dirilis pada 2 Februari 2015 yang lalu. “Maarijim min Nar” menyenaraikan 6 buah track rakaman terbaharu ABLASA, seperti berikut:

01. Open Ceremony
02. Dance of al-Khubutsi
03. Dance of al-Khobaaits
04. Dance of Dzu ath-Thifyatayn
05. Dance of al-Abtar
06. Close Ceremony

Satu-satunya pendokong ABLASA, saudara Sakar (semua instrumen) walaubagaimanapun memaklumkan bahawa demo kedua ini “Maarijim min Nar” mengetengahkan sedikit kelainan berbanding yang pertama dahulu. “Untuk demo kali ini ianya sedikit berbeza, ianya tiada vokal, tiada lirik, hanya muzik. Ia adalah seakan upacara tarian di dalam api semata-mata!”, ujar Sakar menjelaskan intipati rilisan band beliau.


ABLASA “Maarijim min Nar” Demo #2, 2015 ini dikeluarkan dalam format CD-R (slim CD case) terhad kepada 33 salinan (hand-numbered) sahaja! Sesiapa yang berminat bolehlah dapatkan sekarang pada harga cuma RM10 (tidak termasuk kos pengeposan). Setiap pemilikan demo ini akan turut diberikan poster bersaiz A3. Difahamkan, “Maarijim min Nar” akan turut diriliskan di Eropah oleh label Ukraine, DEPRESSIVE ILLUSIONS RECORDS sedikit masa lagi. Only For Blackheart Hordes!

INFORMASI:
facebook.com/ablasaband

BERKAITAN:
ABLASA - BAKAL RILIS DEMO KEDUA

TERDAHULU:
ABLASA - BEEK RUN SYATIN (DEMO 2015)
ABLASA - BEEK RUN SYATIN (EDISI INDONESIA)
ABLASA - BEEK RUN SYATIN [TAPE FORMAT]
ABLASA - BEEK RUN SYATIN (EDISI EROPAH)

2015-09-15

ABLASA - BEEK RUN SYATIN (EDISI EROPAH)




Europe Edition – satu lagi pencapaian digapai oleh “Beek run Syatin” Demo 2015 dari ABLASA. Band Black Metal asal Pasir Mas, Kelantan ini mendapat kepercayaan DEPRESSIVE ILLUSIONS RECORDS, sebuah label underground di negara Ukraine untuk mengeluar dan memasar demo tersebut khas di benua Eropah. Depressive Illusions Records melancarkan rilisan ini pada 3 September 2015 dalam 3 format berbeza:

Format 1: Audio CD-R in DVD case [Kat#: cut 2142]
Limited to 66 copies. 2-sided pro-cover inlay. Price: 6.66€
Info/Order: depressiveillusions.com/items/cd-r/...

Format 2: Cassette Tape [Kat#: cut 2130]
Limited to 66 copies. 2-sided pro-cover inlay. Price: 5.00€
Info/Order: depressiveillusions.com/items/tape/...

Format 3: Digital
Unlimited streaming. Paid download: £5 GBP or more
Streaming/Download: dir666.bandcamp.com/album/beek-run-syatin


Selain daripada rilisan-rilisan ini, Sakar (semua instrumen & vokal) yang merupakan peneraju utama ABLASA turut memaklumkan bahawa DEPRESSIVE ILLUSIONS RECORDS berminat untuk merilis semula “Nafsasy-Syaitaan” Promo 2010 (dalam format tape) dan yang pasti label tersebut akan merilis juga demo kedua ABLASA berjudul “Maarijim min Nar”. 

INFORMASI:
depressiveillusions.com
facebook.com/depressiveillusions
dir666.bandcamp.com
facebook.com/ablasaband

BERKAITAN:
ABLASA - BEEK RUN SYATIN (DEMO 2015)
ABLASA - BEEK RUN SYATIN (EDISI INDONESIA)
ABLASA - BEEK RUN SYATIN [TAPE FORMAT]
ABLASA - BEEK RUN SYATIN (EDISI EROPAH)

AL-AZAZHIL - DI SEBALIK “FORBIDDEN KALTH”


Nama AL-AZAZHIL telah melewati 10 tahun bermain di bibir penyokong dan penggemar seni muzik Black Metal tempatan. Ianya perjuangan berusia satu dekad yang telah mendewasakan band asal Kuala Lipis, Pahang ini. Berkarya tanpa henti, AL-AZAZHIL dilihat mencapai satu lagi aras kejayaan melalui EP terbaharu mereka berjudul “Forbidden Kalth” yang mula dipasarkan pada pertengahan Ogos 2015 lepas. Ianya bukan sekadar susulan kepada rilisan-rilisan terdahulu, tetapi dikatakan cermin kematangan sebuah band yang telah bergelumang dengan segala macam sensasi dan kontroversi dalam arena muzik metal di negara ini, khususnya irama metal berwarna kelam!

Pengkaryaan “Forbidden Kalth” dijana oleh Syaf yang menggalas instrumen gitar dan bass di samping watak utama sebagai vokalis serta tenaga Lost di posisi dram. Rakaman berlangsung di sebuah studio persendirian menghasilkan 6 buah trek; Intro, Night Wing (A Death Whisper), Kalth, The Dusk, Tsu Flood Angker Divisi, dan Saitan’s Throne. EP 2015 ini kemudiannya secara rasmi rilis dalam format Pro-CDR (pakej DVD) pada 10 Ogos melalui WAKAF PRODUCTION dan diikuti dengan pengeluaran versi Pro-Tape di bawah WITCHERY RECORDS pada 16 Ogos 2015. Masing-masing sangat terhad kuantiti pengeluarannya dan harus segera dimiliki. EKSTRIM mendapatkan saudara Syaf (gitar/bass/vokal) untuk berbicara tentang “Forbidden Kalth”.


Tahniah di atas pengeluaran EP terbaharu. “Forbidden Kalth” – apa ertinya EP 2015 ini kepada 10 tahun perjalanan AL-AZAZHIL di persada muzik Black Metal?
Syaf: Pertama sekali bagi pihak Al-Azazhil saya nak ucapkan terima kasih kepada abang Sufian di atas sokongan kepada kami sepanjang kewujudan kami dalam scene metal Malaysia ini. Berkaitan “Forbidden Kalth”, EP terbaru ini sebenarnya boleh dikatakan sebagai satu “kematangan” dalam perjalanan muzik Al-Azazhil dari segi muzik dan juga pembawakan band itu sendiri.

Apakah kelainan atau keistimewaan yang dipertaruhkan dalam “Forbidden Kalth” kalau hendak dibanding dengan keluaran terdahulu; “Karak Puakarh” EP 2014 dan “Pope Phaligh Bhunian Weighh” CD 2011 umpamanya – dari aspek muzikal?
Syaf: “Forbidden Kalth” merupakan satu rilis “melawan arus” jika dibandingkan dengan EP “Karak Puakarh” dan rilisan-rilisan sebelum ini dan yang pasti “Forbidden Kalth” adalah rilis yang laju dan banyak berlaku ekperimentasi di dalam lagu-lagunya. Jika sebelum ini kami lebih bermelodi dan berkiblatkan Eastern Black Metal tapi tidak untuk kali ini. Walaubagaimanapun trademark sound Al-Azazhil itu sendiri masih kami kekalkan.

Secara keseluruhan, adakah AL-AZAZHIL berpuashati dengan produksi “Forbidden Kalth”, terutamanya berkaitan kualiti bunyi dan hasil rakaman di Forbidden Kult Studio?
Syaf: Ya, kami berpuashati untuk produksi keseluruhan EP ini dan ini pertama kali kami merakam di Forbidden Kalth Studio iaitu studio record dan praktis private kami.. dan hasilnya lebih dari apa yang kami jangkakan walaupun kami akui ada beberapa aspek yang kami perlu baiki dan tambahbaik lagi.


Depressive Possessed – ilustrasi yang digunapakai sebagai hiasan kulit “Forbidden Kalth” adalah karya Hantu Kepalang (ANTABOGA). Sedikit penjelasan mengenainya?
Syaf: Kebanyakan artwork Al-Azazhil adalah lakaran dari Hantu Kepalang. Kredit untuk artis muda dan berbakat ini. Beliau tahu apa yang kami mahukan. Depressive Possessed satu gambaran “tekanan” di dalam melalui hidup sebagai manusia yang dipenuhi dosa dan cela. Satu ekspresi putus asa dalam kebaikan dan sinar harapan.

Apakah harapan AL-AZAZHIL terhadap penerimaan ke atas “Forbidden Kalth” dan mengapa disarankan setiap peminat muzik gelap wajar memiliki EP ini?
Syaf: Harapan kami terhadap “Forbidden Kalth” ini adalah pendengar-pendengar kami dapat menerima muzik kami ini. Secara peribadi, ini rilisan yang special dan pelik dari segi konsepnya dan muziknya dan EP ini adalah gambaran untuk album kedua kami yang bakal rilis tahun hadapan. Perlu juga diingatkan ini adalah rilisan yang limited dari kami. Terima kasih abang Sufian dan EKSTRIM sebab sudi interview kami. Hail!


“Forbidden Kalth” EP format CD (keluaran Wakaf Production) adalah terhad kepada 66 salinan sahaja diijual pada harga RM15 manakala untuk versi Tape (keluaran Witchery Records) hanya ada di pasaran sebanyak 150 unit beredar pada harga RM20 (disertakan logo pin badge). Kos tambahan poslaju adalah RM6 (Semenanjung) atau RM10 (Sabah/Sarawak). Bagi kedua-dua format, pembeli boleh memilih warna kulit sampulnya; samada Emas (Gold) dan Perak (Silver) – sila rujuk juga penulisan terdahulu. Tanpa berlengah, hubungilah facebook.com/syaf.suhaime atau AL-AZAZHIL atau mana-mana pihak label untuk dapatkan salinan anda! Blessed those forbidden art!!!

INFORMASI:
facebook.com/AL-AZAZHIL-475088460625
facebook.com/WakafProduction
facebook.com/witcheryrecords

BERKAITAN:
AL-AZAZHIL - FORBIDDEN KALTH EP 2015 [FORMAT CD]
AL-AZAZHIL - FORBIDDEN KALTH EP 2015 [FORMAT MC]

BESTIAL HORDES - KELUARKAN ALBUM OKTOBER 2015


Elitis Black Thrash Kota Kinabalu BESTIAL HORDES dijangka meletus dengan serangan kelajuan satanik mereka melalui sebuah album penuh berjudul "Infernal Goathrashing Aggression". Album ini dijadualkan rilis sekitar Oktober 2015 di bawah produksi sebuah label yang berpusat di Brazil iaitu SOUL ERAZER RECORDS - soulerazer.com. Pihak label berkenaan telahpun mendedahkan lakaran akhir kulit album pada 23/06/2015 lalu [lihat imej di atas]. Hubungi e-mel soulerazer@hotmail.com atau laman facebook.com/soulerazerdistro untuk perkembangan terkini pengeluaran album ini!

INFORMASI:
facebook.com/bestialhordes666
bestialhordes.blogspot.com

2015-09-14

KEMENYAN: BOOK OF METAL SORCERY


Himpunan koleksi KEMENYAN ZINE dalam format profesional telah diterbitkan. Menampilkan temubual-temubual nostalgia bersama AS SAHAR, IMPIETY, HAYAGRIVA, BETHEL, BAL-SAGOTH, CASTIGATE, BLACKFIRE, CELTIC DANCE, CALLENISH CIRCLE, DEPRESY, DEMONIFICATION, DESASTER, GRIM FORCE, CYPTIC MALEDICTION, LANGSUIR, IRONSWORD, NEBIRAS, VARATHRON, BEHEMOTH, WOLFBRIGADE, SENTENCED dan banyak lagi.

Turut dimuatkan sebagai bonus adalah temubual terkini bersama BLOOD LEGION, MORTUARY DRAPE, DARKTHRONE, ETERNAL MADNESS, HERETIC ANGELS, BELLIGERENT INTENT dan GRUNDAR PRODUCTION. Untuk kepuasan pembaca bagi mengenali bangkit dan tumbang empayar muzik lasak di Malaysia ini, beberapa artikel, lukisan dan foto-foto unik turut dipersembahkan dalam kualiti cetakan terbaik, 210 mukasurat yang padat informasi serta nilai etika muzik bawah tanah yang masih dipertahankan.

KEMENYAN: Book of Metal Sorcery ditulis dalam bahasa Inggeris ringkas dan mudah difaham, kualiti cetakan sempurna dan yang pertama seumpamanya di Malaysia. Harga: RM40 (termasuk Pos Laju). Pembayaran perlu dibuat kepada: Ahmad Raimi, Maybank, No.Akaun: 112223207413 seterusnya beri alamat anda ke: 019-2281979 selepas pembayaran.

KEMENYAN: Book of Metal Sorcery
The astonishing archival material includes scores of key historic interviews with AS SAHAR, IMPIETY, HAYAGRIVA, BETHEL, BAL-SAGOTH, CASTIGATE, BLACKFIRE, CELTIC DANCE, CALLENISH CIRCLE, DEPRESY, DEMONIFICATION, DESASTER, GRIM FORCE, CYPTIC MALEDICTION, LANGSUIR, IRONSWORD, NEBIRAS, VARATHRON, BEHEMOTH, WOLFBRIGADE, SENTENCED and many many more. Plus new disscussion with BLOOD LEGION, MORTUARY DRAPE, DARKTHRONE, ETERNAL MADNESS, HERETIC ANGELS, BELLIGERENT INTENT and GRUNDAR PRODUCTION. All in 210 pages. Killer design. A5 size. English written. Professional print and packaging. First 50 orders from us directly will get THE RAVENS demo CD exclusively. RM40 (incl Pos Laju for local order) or USD 12 (incl registered post for oversea order). Send your payment to: Ahmad Raimi, Maybank, No.Acc: 112223207413 and text your address to: 019-2281979 after payment.

INFORMASI:

10/10/2015 - OCTOBER FOG

TARIKH: 10 OKTOBER 2015 (SABTU) | LOKASI: G1H STUDIO, 123 PERSIARAN KLEBANG, KAWASAN PERUSAHAAN IGB, IPOH | MASA: 3PTG | TIKET: RM15 | BAND: ASTAROTH / NEFTARAKA / SAMARTARY / PREDICATE NOT DEFINED / KEMOLORG / SILENT MIGRATION / DESECRATE / FROST & REVENGE | ANJURAN: THE THUNDER TEAM



Dalam pada itu, bagi yang berminat untuk mendapatkan t-shirt official OCTOBER FOG berharga RM30 dikeluarkan oleh KAHAK PRODUCTIONS sila hubungi: facebook.com/kahakprods


INFORMASI:
facebook.com/g1h.studio

KLIP VIDEO: ASTAFIR - DARK SPRUCE FOREST


Band: ASTAFIR | Lagu: Dark Spruce Forest | Album: Dark Spruce Forest (Demo 2015) | Deskripsi: Difahamkan bahawa rilisan ASTAFIR "Dark Spruce Forest" (Demo 2015) yang baru sahaja dikeluarkan pada 1 September lalu (50 salinan) telah habis diedarkan dan tiada lagi dalam stok. Walaubagaimanapun, ada kemungkinan pihak ASTAFIR akan mengulangcetak sekiranya ada permintaan yang tinggi. Sementara menanti keputusan dibuat, ASTAFIR bermurah hati memuat naik klip video single pertama mereka Dark Spruce Forest (diambil dari demo tersebut). Lagu berdurasi hampir 7 minit ini digubah oleh gitaris-gitaris band, Luth dan Am manakala adunan & masteri oleh Am (gitar) dan Amir (kibod). Hail Gloomy Doom! | Sumber: youtu.be/gCtKD2fJcBM [diterbitkan pada 13 September 2015]

INFORMASI:
facebook.com/astafir
youtube.com/channel/UCsQEIQz1gVy1WdElCS25GsQ

BERKAITAN:
ASTAFIR - DARK SPRUCE FOREST (DEMO 2015)

2015-09-13

ABLASA - BAKAL RILIS DEMO KEDUA


Band Black Metal ABLASA dijangka merilis demo ke-2 mereka dalam masa terdekat ini berjudul "Maarijim min Nar". Difahamkan demo ini mengandungi 6 buah lagu; termasuk intro dan outro. Dirilis secara independen, ianya terhad 33 salinan dalam format CD-R. Nantikan pengumuman selanjutnya berkaitan rilisan ini.

INFORMASI:
facebook.com/ablasaband

2015-09-11

VIDEO MUZIK: INCARNATION - SOLITARY STATE


Band: INCARNATION | Lagu: Solitary State | Album: Killer Persistence (EP 2015) | Deskripsi: Lagu ke-7 dalam EP terbaharu band Metalcore/Hardcore Alor Setar, Kedah - INCARNATION berjudul "Killer Persistence". Klip video yang sangat kreatif ini diterbitkan oleh Najmi, gitaris kumpulan ini | Sumber: youtu.be/2VAxR1JUNvM [diterbitkan pada 9 September 2015] | Informasi: facebook.com/incarnationcrew

2015-09-10

13/09/2015 - BONDED BY RESPECT!

TARIKH: 13 SEPTEMBER 2015 | LOKASI: PENVIA STUDIO, PJCC, PETALING JAYA | MASA: 5PTG | TIKET: RM15 | BAND: THE XTROTOYZ / EXOTHERMIX / TERSSALAHH / OXIDICIDE / PUNAHRANAH / NO SECURITY / THUNDER EMPEROR / MAENEKINS / NIGHT SKIES & VISIONS / W.A.R. | ANJURAN: SUBTERRAN BOOKINGS



INFORMASI:
facebook.com/SubterranBookings

BATTLE HYMN - "WORLD CARNAGE" CD 2015


Album sulung BATTLE HYMN menyusul setelah dua tahun mereka meriliskan promo "Inferno" pada akhir Jun 2013. Diberi judul "World Carnage", album penuh pertama band asal Petaling Jaya ini pastinya menjanjikan manifestasi War Black Metal paling terkini dan menggemparkan dari arena metal underground tempatan. "World Carnage" mempertaruhkan serangan 8 buah lagu yang ditafsirkan sebagai pantas, ganas dan buas!!!

Senarai-Lagu:
1. The Laknated Forces
2. Inferno
3. Campaign Of Terror
4. The Dead (Fallen Comrades)
5. Iron Coffin
6. Mass Murder
7. War Black Metal
8. World Carnage


BATTLE HYMN ""World Carnage" CD 2015 dikeluarkan secara cetakan profesional sebanyak 333 salinan oleh BLACK HORDES RECORDS [Kat#: BHR001]. Setiap unit dijual pada harga cuma RM20 (edaran tangan), diedarkan secara pesanan pos dan boleh juga diperolehi di lokasi-lokasi gig sekitar Lembah Kelang. Segera dapatkannya kiranya anda menggemari band seperti Marduk, Infernal War dan Dark Funeral. Bersedialah untuk dibunuh dengan kejam!

Pertanyaan/Pembelian CD:
facebook.com/selayangism.bobselayang (Bob Janggut)
facebook.com/bobo.rizal.5 (Bobo Rezal)
facebook.com/bin.ramlie (Bin Ramlie)
facebook.com/faiz.blackrosedying (Faiz Noor)

INFORMASI:
facebook.com/battlehymnOfficial
facebook.com/Black-Hordes-Records-896813653707767

BERKAITAN:
BATTLE HYMN - RILIS "INFERNO" PROMO 2013

2015-09-09

LANGSUYR - Ayuh Berdansa! T-SHIRT


Lagenda Eastern Black/Death LANGSUYR bakal mengeluarkan t-shirt Ayuh Berdansa! menerusi JINN MERCHANDISE. Proses tempahan akan mula diambil pada 11 September dan ditutup pada 30 September 2015. T-shirt berasaskan Gildan Ultra Cotton disedia dari saiz S hingga XXL (mengikut pesanan penempah) berharga hanya RM60 termasuk poslaju (Malaysia). Untuk pesanan dan pembayaran, sila hubungi pihak JINN MERCHANDISE - Tel: 019-7933974


INFORMASI:
facebook.com/langsuyr
facebook.com/pages/Jinn-Merchandise/339180872931433
facebook.com/jinn.merchandise

THRASHINGFIST PRODUCTIONS: SILENT DEATH - BEFORE THE SUNRISE [ULANGCETAK 2015]


Dahulunya lebihkurang 23 tahun lalu iaitu pada 1992, album pertama SILENT DEATH "Before The Sunrise" telah dikeluar dalam bentuk kaset oleh DARK JOURNEY RECORDS. Kemudiannya, pada 2010 buat pertama kalinya selepas 18 tahun ia dikeluarkan dalam bentuk CD oleh THRASHINGFIST PRODUCTIONS sebanyak 500 keping dan ia telahpun habis diedarkan kira-kira 4 tahun lalu.



Permintaan ke atas khazanah berharga SILENT DEATH ini seakan tida pernah reda. Justeru itu, pada September 2015 di atas permintaan ramai ia diulangcetak sekali lagi menampilkan layout yang berbeza mengandungi 12 mukasurat booklet sarat dengan gambar-gambar lama! Untuk keluaran kali ini juga ia disertakan lagu-lagu yang dipetik dari demo "Eternal Damnation" (1990)* dan kompilasi Dark Live Collection (1993)**.

Senarai-Lagu:
01. Dying Moment
02. Voice Of Misery
03. Reign Of Inferno
04. Before The Sunrise
05. Twisted Faith
06. Preacher Of The Dark
07. Book Of Death
08. Unharmony Unity
09. Satanic Unity*
10. We Are Death*
11. Eternal Damnation*
12. Devouring Judas**
13. Spellbound**



SILENT DEATH "Before The Sunrise" Edisi 2015 ini cetakannya juga terhad hanya 500 keping sahaja! Ini pasti peluang terakhir anda memiliki harta yang ditinggalkan SILENT DEATH setelah hampir kesemua anggota kumpulan Death Metal ini pergi meninggalkan kita buat selamanya. Ayuh segera dapatkan CD berharga RM30 (termasuk poslaju) di mana pembayaran ke akaun Maybank 152023215278 atas nama Khirul Anuar. 

Nota: Kemukakan bukti (slip) dan nama/alamat untuk penghantaran setelah pembayaran dibuat ke facebook.com/stormingsteels (Khirul Anuar).

INFORMASI:
thrashingfist-prods.blogspot.com
facebook.com/pages/Thrashingfist-Prodsdistro/1432350357003397
facebook.com/pages/Silent-DEATH-tribute-page/786338918155409

ASTAFIR - DARK SPRUCE FOREST (DEMO 2015)


Jika mengikut sejarahnya, band ini telah ujud lebihkurang 8 tahun yang lalu di mana ditubuhkan sekitar tahun 2007 namun baru sekarang ASTAFIR berpeluang merilis produk pertama mereka "Dark Spruce Forest" (Demo 2015), dikeluarkan secara independen pada 1 September 2015. ASTAFIR berpengkalan di Kulim, Kedah dianggotai 7 ahli; Yaya (vokal), Bob (vokal), Am (gitar), Luth (gitar), Anol (bass), Lan (dram) dan Amir (kibod).

Berformatkan CD terhad kepada 50 salinan, demo "Dark Spruce Forest" mempertaruhkan 2 buah lagu sahaja iaitu Night Worshipper dan Dark Spruce Forest sebagai pengenalan ASTAFIR kepada persada metal tempatan. Secara muzikal, ASTAFIR ditafsirkan sebagai sebuah band Melodic Doom di mana band-band seperti The Sin Ov Thy Beloved, Within Temptation, My Dying Bride, Leaves Eyes, Tristania dan seumpamanya sebagai rujukan.


"Syahdu! ASTAFIR adalah harapan baru buat pengikut metal tempatan yang meminati gaya Gothic/Doom Metal yang kelam dan depresif!", kata seorang rakan yang telah memiliki Demo CD band tersebut. Bagi yang mahu segera mendapatkan sesalinan "Dark Spruce Forest", ianya diedarkan pada harga RM10 (edaran di tangan) atau pesanan pos RM17 (Semenanjung) / RM21 (Sabah & Sarawak). 

INFORMASI:
facebook.com/astafir
metal-archives.com/bands/Astafir/3540400793
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...