2013-12-29

29/12/2013 - NUCLEAR STRIKES LIVE AT DATARAN MERDEKA


Are you METAL enough..?? Prove it man.. Come to Dataran Merdeka tonight.. Fetch along you friends.. Make sure no one left behind... Nuclear Strikes live at Dataran Merdeka, 29 December 2013 Sunday. 8:00pm Charity show for flood victims!!

SOURCE:

2013-12-18

19/12/2013 - DRUNKARD NIGHT HOLOCAUST #6

Tarikh: 19 Disember 2013 | Tempat: The Wall, Batu Bahat, Johor | Masa: 8mlm | Tiket: RM10 | Band: THE DJIHARD (Indonesia) / SACRED OF BUMS (Indonesia) / BACTERIOSTATIC / TXT | Anjuran: The Wall


INFORMASI:

20/12/2013 - NUCLEAR STRIKES LIVE AT KUALA LUMPUR BIKE WEEK 2013


NUCLEAR STRIKES LIVE AT KUALA LUMPUR BIKE WEEK 2013. 20th Dec 2013 (Friday). Show will be started on 9pm. Free Admission. See you there! Heavy Metal Thunder!!

SOURCE:

2013-12-12

FARASU - 11TH YEARS OV DEATH


Farasu pada hari ini (12hb. Disember 2013) telah genap usia 11 tahun.

Bukan sesuatu yang mudah untuk mengendali, mengurus dan mengekalkan sebuah kumpulan muzik tanpa wujudnya semangat perjuangan, persefahaman dan timbang rasa, keakraban serta sikap saling menghormati antara anggota kumpulan.

Komitmen untuk menyumbang tenaga, wang ringgit, masa dan kreativiti adalah tunjang utama buat seluruh anggota Farasu bagi memastikan band ini kekal berada dalam mengharungi saingan masa di arena muzik metal tanahair.

Era 2005 & 2007 merupakan suatu detik masa yang sukar dihadapi. Petaka isu 'Black Metal' garapan Mastika telah memberi kesan besar kepada scene metal negara dan turut dirasai oleh Farasu. Manakala tahun 2007, menjadi detik sukar bagi mempertahankan kewujudan band ini gara-gara konflik dalaman yang hampir menamatkan riwayat Farasu. Namun kerana semangat dan kegigihan, Farasu kembali disusun. Berkat persefahaman Fidaiyyin dan Nahax, band ini kekal keberadaannya sehingga kini.

Rombakan barisan anggota pada penghujung 2011 yang masih kekal bersama merupakan yang terbaik dalam sejarah Farasu selama sedekad.

Kreativiti dan kelainan menjadi sandaran utama Farasu dalam penampilan material seterusnya.

Anggota:
Shah Z - vokal
Nahax - gitar
Apai - bass
Mus Fidaiyyin - dram
Jo Yoehan - gitar

Material:
2003 - A Millenium Of Madness (Demo)
2005 - Midnight Evil Spirit (Promo)
2006 - Blackmoon Eclipse (MCD)
2010 - Menongkah Arus (CD)

INFORMASI:

TEKS OLEH: FIDAIYYIN AL FARASU 

2013-12-11

12/12/2013 - PERPETUAL "GRIND YOUR MIND" CD RELEASE PARTY


PERPETUAL "GRIND YOUR MIND" CD - RELEASE PARTY 'LIVE SESSION' - 12.12.2013 - 8PM ONWARD - CHROMATIC STUDIO, SANDAKAN - CD SALES WITH SPECIAL PRICE AND PRIZES - COME, SUPPORT AND GRIND YOUR EARS & MIND!!!

SOURCE:

2013-12-08

KILLER CORPSE - DEATH RISING EP 2013


KILLER COPRSE hakikatnya sebuah nama baru yang muncul di persada metal underground tanahair. Band ini ditubuhkan sekitar lewat tahun 2011, berpusat di Kuala Lumpur ahli anggotanya semua berasal dari negeri-negeri yang berlainan. KILLER CORPSE terdiri daripada Khirol (vokal), Matt (gitar), Shah (gitar), Hafiz (bass) dan Zalie (dram).

KILLER COPRSE yang berkonsepkan muzikal Death Metal baharu sahaja mengeluarkan sebuah EP berjudul "Death Rising" menampilkan 6 trek, sebagaimana berikut:

01. Death Rising (Intro)
02. Doomed To Death
03. Bloody Massacre
04. Horror of War 
05. Raining Blood
06. Rotting Slowly (Outro)

Salah-satu lagu yang dipetik dari EP ini iaitu 'Horror of War' telah diperdengarkan di laluan: http://youtu.be/R2bL8dkAOYE


Menurut gitaris Khirol, band KILLER COPRSE ini sebenarnya adalah sebuah band projek. Kebanyakan ahli band masing-masing mempunyai band lain. EP ini dikeluarkan atas dasar sahaja iaitu minat terhadap muzik Death Metal. Untuk memiliki EP ini atau sebarang pertanyaan mengenai band boleh menghubungi band ini melalui email killercorpse666@gmail.com

KILLER COPRSE "Death Rising" diriliskan oleh sebuah label yang berpengkalan di Subang Jaya iaitu STONEVILLE RECORDS:

2013-12-07

29/12/2013 - MKB GARAGE II

TARIKH: 29/12/2013 (AHAD) | TEMPAT: RUM JUNGLE, JALAN P.RAMLEE, KUALA LUMPUR | MASA: 12TGH | TIKET: RM60 (PRESALE RM50) | BAND: JIHAD / STRIKEBACK / AUTICED / OUTRIGHT / AFTERCOMA / SKIN BASHER / LYING KISSES / TAMMAT AL-QUBRAA / BLACK TERRITORY / BALLAD FOR LAYLA / ACO/ABO / RESTRAINT / SCENT OF CARNAGE / ART OF TEARS / AZUREFORJANNE / ENDZEIL / AWAKEN / INCRIES / NEVERENDINGTHREATS / 66ROADS / OAG / FLOP POPPY | ANJURAN: MKB STUDIO


INFORMASI:
www.facebook.com/MKB.STUDIO
www.facebook.com/events/179910418875645


Laporan diterima bahawa gig MKB GARAGE II yang dijadualkan berlangsung pada 29 Disember 2013 telah bertukar lokasi ke RUM JUNGLE CLUB, KUALA LUMPUR. Tunggu pengesahan dan kemaskini dari MKB STUDIO - www.facebook.com/MKB.STUDIO


SUMBER: TAMMAT AL-QUBRAA 

2013-12-06

CAKERAWALA - DOWNLOAD "OZAWA" FOR FREE!


Cakerawala is in the final stages of releasing an EP. But before we can show you the physical CD, we would like to give away one of the tracks from our upcoming EP. You can now download our new single "Ozawa" for FREE, playing it straight from your PC or mobile device while you're offline. A lot of time, money and effort have been put into the recording of our upcoming EP, so we truly hope you enjoy every second of this downloadable track, and keep supporting our music.

"Ozawa" is now available for FREE download by clicking on this link:

Also Read: 

EARBLAST RECORDS - ER011: AZARIAL "REBORN OF THE PAST" EP


Sepertimana dihebahkan sebelum ini, EARBLAST RECORDS mengumumkan tarikh rasmi pengeluaran AZARIAL "Reborn Of The Past" EP [Kod: ER011] pada 13 Disember 2013. AZARIAL yang diangkat sebagai lagenda Death Metal Sabah dari daerah Beaufort kembali semula berkarya di persada Metal underground setelah sekian lama menyepi. Difahamkan kepulangan AZARIAL ini hanya mengekalkan dua anggota asal iaitu Ajak dan Razley, manakala selebihnya adalah dua ahli baru. 

EP berjudul "Reborn Of The Past" ini menghidangkan 4 buah lagu dengan konseo muzikal old-school Death Metal, di bawah pengaruh band-band seperti At The Gates, Dismember, Carnage dan seumpamanya. Berikut didedahkan senarai lagu yang dimuatkan dalam EP tersebut:

01. Unlight Tomb 
02. Reborn Of The Past
03. Dissatisfied Dead 
04. Chasing The Fog

EARBLAST RECORDS sebagai label yang bertanggungjawab untuk merilis dan mengedar EP ini memaklumkan yang ianya dicetak cuma 150 unit sahaja dan dijual pada harga RM15 (tidak termasuk kos pos). 

INFORMASI:

TERDAHULU:

AL FARABI BAND - KONSERT & JELAJAH WORLD NEW ETHNIC


Maklumat-maklumat berikut adalah kemaskini kepada artikel terdahulu: Al Farabi Band - World New Ethnic Tour. AL FARABI BAND akan mengadakan Konsert Pelancaran Album "World New Ethnic" di International Youth Centre, Bandar Tun Razak Cheras, Kuala Lumpur bertarikh 12 Disember 2013. Rangka promosi album "World New Ethnic" kemudian diteruskan dengan siri jelajah (tour) di hampir seluruh negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dan juga di Singapura bermula 14 Disember 2013 di Hentian Rehat, Bagan Ajam, Pulau Pinang hingga 2 Mac 2014 di Dataran Tanjung Harapan, Port Klang, Selangor. 

Beberapa konsert pula dijadualkan berlangsung pada Mac dan April 2014 di Pulau Pinang, Johor, Perlis, Terengganu, KualaLumpur, Sabah dan Sarawak di mana melengkapkan lagi usaha AL FARABI BAND mempromosi album "World New Ethnic". Di bawah adalah jadual tarikh dan persinggahan World New Ethnic Concert & Tour:

KONSERT:
12/12/2013 - International Youth Centre Cheras, Kuala Lumpur
08/03/2014 - Kepala Batas, Pulau Pinang
29/03/2014 - Pasir Gudang, Johor
05/04/2014 - Stadium Indera Kayangan, Perlis
19/04/2014 - Kuala Terengganu
03/05/2014 - Life Center, Kuala Lumpur
17/05/2014 - Lahad Datu, Sabah
31/05/2014 - Sibu, Sarawak

JELAJAH:
14/12/2013 - Hentian Rehat, Bagan Ajam, Pulau Pinang
15/12/2013 - Mydin Mall Bukit Jambul, Pulau Pinang
21/12/2013 - Azimat Cafe Laguna Merbok Sg. Petani, Kedah
22/12/2013 - Kampung Sungai Kecil, Nibong Tebal, Pulau Pinang
30/12/2013 - Karnival Tahun Baru, Ampang, Kuala Lumpur
31/12/2013 - Malam Tahun Baru, Hentian Rehat, Bagan Ajam, Pulau Pinang
03/01/2014 - Kem Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah
04/01/2014 - Dewan Besar Kodiang, Kedah
05/01/2014 - Pauh Garden Permatang Pauh, Pulau Pinang
11/01/2014 - Dataran Gemas, Negeri Sembilan
12/01/2014 - Dataran Nilai, Negeri Sembilan
18/01/2014 - Dataran Rempah, Ayer Keroh, Melaka
19/01/2014 - Dataran Alor Gajah, Melaka
25/01/2014 - Pasir Gudang, Johor
26/01/2014 - Skudai, Johor
01/02/2014 - Singapura
02/02/2014 - Singapura
07/02/2014 - Uptown Sri Kembangan, Selangor
08/02/2014 - Uptown Cheras, Kuala Lumpur
09/02/2014 - Bandar Baru Salak Tinggi
14/02/2014 - KB Mall, Kota Bharu, Kelantan
15/02/2014 – Bachok, Kelantan
16/02/2014 - Dataran Kuala Lipis, Pahang
22/02/2014 - Mydin Mall Meru Raya, Ipoh, Perak
23/02/2014 - Mydin Mall RTC Gopeng, Perak
01/03/2014 - Kompleks PKNS Bangi, Selangor
02/03/2014 - Dataran Tanjung Harapan, Port Klang, Selangor

AGENDA:
# Persembahan Album Terbaru Oleh Al Farabi Band
# Jualan Album & Merchandising
# Persembahan Band-Band Tempatan
# Jualan Tiket Konset dan lain-lain

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN:
Ashraf: 010-8785833
Faizal: 012-4878554
Faid: 011-23778390

INFORMASI:

EARBLAST RECORDS: OVER POWER "POWER AUTHORITY AND BLOODSHED" EP [ER012]


EARBLAST RECORDS PROUDLY PRESENT: OVER POWER "Power Authority And Bloodshed" EP. KEDIRI (INDONESIA) GRIND TERROR ASSAULT WITH 7 GRINDING MASSIVE TRACKS WILL TERRORIZED YOUR EARS!!! GET IT NOW (OFFICIALLY RELEASED ON 20TH DECEMBER 2013) FOR ONLY RM15. A MUST FOR ALL GRIND-FREAKS!!!


EARBLAST "MAXIMUM DEATH CAPACITY" COMPILATION


Dapatkan segera kompilasi "EARBLAST: MAXIMUM DEATH CAPACITY" keluaran label Sabah Earblast Records (Kod: ER010). Kompilasi ini menampilkan 13 buah band Brutal/Death Metal dengan durasi keseluruhan melebihi 45 minit. Produk dibikin dalam bentuk pro-printed CDR dan tersedia terhad kepada 500 salinan sahaja! Band dan senarai lagu, sila rujuk: EARBLAST: MAXIMUM DEATH CAPACITY [ER010]


EARBLAST: MAXIMUM DEATH CAPACITY telah diriliskan pada 20 Oktober 2013 dan diedar pada harga (belum termasuk kos penghantaran) cuma RM20. Bagi yang berminat untuk mendapatkan kompilasi ini bolehlah membuat pembayaran ke akaun bank 4425001121 (PUBLIC BANK) dan hubungi Emel: earblastrecords@gmail.com atau Facebook: Earblast Records untuk maklumat lanjut dan pesanan.

2013-12-04

19/01/2014 - TRIBUTE TO METALLICA

TARIKH: 19 JANUARI 2014 | TEMPAT: PENNYLANE GIG HALL, SUNWAY MENTARI, K.LUMPUR | MASA: 3PTG – 11MLM | TIKET: RM20 | BAND: HEREDES / BLACKSEED / TONGUE TWISTER / DEMORFORESSUS / ENDZEIL / CAKERAWALA / B4 URBAN / SACWRATH / BEXTER / BLITZKRIEG / ANGER / CHASING WILLS / ATARAXIQUE | ANJURAN: TFHM PRODUCTION / ORION / VECTOR / GENG TERJUN TIRUK


INFORMASI:

27/12/2013 - DEATH-CRÜSH: CRUTCHES / APPÄRATUS LIVE IN JOHOR BAHRU

TARIKH: 27 DISEMBER 2013 | TEMPAT: STOPZONE, LARKIN, JOHOR BAHRU | MASA: 5PTG | TIKET: RM20 | BAND: CRUTCHES (Sweden) / APPÄRATUS / HELLEXIST / CHAOS BOMB / INSINNER | ANJURAN: DÖD RECORDS


INFORMASI:

2013-12-02

ARGON - KEMBALI DENGAN PERENCANAAN BARU


Berpengkalan di Johor Bahru, ARGON telah ditubuhkan pada tahun 1999. Di peringkat awal, muzik mereka cenderung ke arah Grind/Death/Punk dan sempat mengeluarkan "Humanity That Gone" Tape EP (1999) dan sebuah Split CD bersama Damokis (2001) kedua-duanya melalui Broken Noise Records. Sekitar 2003-2005 ARGON aktif bermain di pentas gig dengan perubahan halatuju muzikal di landasan Brutal Death Grind namun tiada rilisan pada tempoh ini. Setelah sekian lama mendiamkan diri, 2013 menyaksikan ARGON kembali mewarnai scene tanahair dengan beberapa keanggotaan baru, perancangan Promo 2014 dan sebagainya. EKSTRIM berkesempatan menghubungi saudara Prop, pemain gitar dan anggota asal ARGON menanyakan kedudukan semasa band ini.

ARGON kembali selepas hampir 9 tahun hibernasi. Apa yang mendorong reformasi ARGON?
Argon kembali atas dasar melihat rakan-rakan yang lain dalam scene yang masih aktif atau kembali aktif. Rancangan untuk menghidupkan kembali Argon memang senantiasa di kotak fikiran cuma masalah untuk mendapatkan pemain dram adalah masalah terbesar kami. Drummer asal tidak mendapat izin dari isterinya. Seperkara lagi Argon juga ingin melihat scene deathXgrind terus mekar di bumi Johor.


Konsep muzik dikatakan sedikit berubah. Bagaimana bentuk muzik ARGON sekarang dan apa bezanya dengan yang terdahulu?
Ya muzik Argon sebenarnya sudah mula berubah pada tahun 2003. Selepas 2003 muzik Argon sudah ke arah brutaldeathgrind, cuma sayangnya kami tidak sempat merakam material di bawah konsep ini. Pada yang perasan sekitar 2003-2005 Argon aktif melakukan persembahan dengan lagu-lagu yang berkonsepkan brutaldeathgrind. Konsep Argon sebelumnya adalah campuran antara grindcore/death/punk.

Siapa personil-personil yang berada dalam ARGON sekarang? 
Jake Corpse (vokal) - (Unveiled/Sickness)
Prop (gitar) - original line up
Rahim (bass) - original line up
Bagong (gitar) - (ex Anguish)
Fad (dram) - (Unveiled/Sickness)


ARGON merancang merilis Promo 2014 dengan dua buah lagu; Slaughter Butcher dan Eternally Damned. Ceritakan serba sedikit berkenaan promo ini? 
Promo ini dibuat sebagai tanda yang Argon sudah kembali dan promo ini juga akan dijadikan sebagai benchmark kepada pencarian line up tetap untuk posisi vokal dan drummer. Buat pengetahuan anda Jake Corpse dan Fad adalah sessionist di dalam Argon buat sementara waktu, sehingga kami menjumpai line up yang tetap.

Selain Promo 2014 ini, apakah perancangan-perancangan terbesar yang berada dalam perencanaan ARGON?
Selain promo 2014 ini, Argon ingin mendapatkan line up tetap untuk posisi vokal dan drummer. Kami sudah ada beberapa calon yang akan diaudisikan terlebih dahulu. Sudah tentu Argon ingin merakamkan full-length album setelah mendapatkan line up tetap. Pada yang ingin menyertai audition Argon boleh hubungi kami dengan segera.

INFORMASI:

PUTREFIED REMAINS - THE DYING LULLABYE [PROMO 2013]


Lagu 'The Dying Lullabye' merupakan antara karya terbaharu dari band Gloomy Black Death Metal dari Perak iaitu PUTREFIED REMAINS. Ia bakal dimuatkan dalam album penuh band tersebut berjudul "Novus Ordo Seclorum" yang dijangka mempertaruhkan keseluruhannya 8 buah lagu. Total Occult!!!


Berkenaan 'The Dying Lullabye', Jie Mutilator (bass) mencatatkan:

..When the riffs and melodies of this song was composed, my soul was emptied completely and possessed by a spirit of the predecessors...

The grim opening Intro influenced by Varathron (His Majesty at the Swamp LP)
The Haunted Verse influenced by Rotting Christ (Passage to Arcturo EP)
The cruel and ruthless Chorus is too deepen the Obsecration (Oblivious EP)
The melancholy and grief for Bridge was possessed by Zemial (Sleeping Under Tartarus EP)

This song is a 'TRIBUTE TO HELLAS' (90's)

INFORMASI:

28/12/2013 - EXTREME IST LAW LIVE DESECRATION 2013

TARIKH: 28 DISEMBER 2013 (SABTU) | TEMPAT: ALINJIRAN GARDEN, KENINGAU, SABAH | MASA: 1PTG | TIKET: RM20 | BAND: MANTAK / AKAGRISH / NIHILGOAT / FACE OF DECAY / DESULTORY / NAZAK / TORMENTOR | ANJURAN: INCONSPIRACY RECORDS


INFORMASI:

APARAGONIS - "MIND MANIPULATION" CD 2013


Goregrind dari Kota Kinabalu, Sabah bergelar APARAGONIS telahpun merilis album terbaharu mereka berjudul "Mind Manipulation" menerusi label ANGKA KEMATIAN PRODUCTION [Cat#: AKP 010]. "Mind Manipulation" memuatkan 12 buah lagu dan dijual pada harga RM15 (edaran tangan) / RM20 (pesanan pos). Nota: Trade (tukaran barangan) tidak dibenarkan kerana pihak label mahu mendapatkan semula kos yang telah dilaburkan untuk rilisan CD ini. Anda yang menyokong gerakan Goregrind tempatan dan ingin memiliki karya terbaharu APARAGONIS ini, sila hubungi emel angkakematianprod@gmail.com atau talian 0128204767 (Hazwan Hussain). 


INFORMASI:

01/02/2014 - MARCH OF AGGRESSION: THE ALLEGIANCE OF DARKNESS & DEATH 2014

TARIKH: 1 FEBRUARI 2014 (SABTU) | TEMPAT: PENNYLANE GIG HALL, SUNWAY MENTARI | MASA: 4PTG | TIKET: RM15 | BAND: RAVENLORD / TASYIM / NEFARIOUS AZARAK / DAMAQ / TAHANNUS / SICK SOCIETY / SERMONT | ANJURAN: RENASCENT AXIS PRODUCTION / CELESTIAL FREQUENCY / THY METAL HORDES DISTRO


INFORMASI:

BLAST FROM THE PAST - OFFICIAL T-SHIRT

BLAST FROM THE PAST dianggap gig paling bermakna sebagai pembuka tirai pentas Metal tanahair pada 2014 nanti. Ini adalah kerana gig ini keseluruhannya menampilkan band-band yang telah sekian lama bergelumang dalam scene semenjak awal 90an lagi. Band-band yang terlibat adalah seperti Suffercation, The Pilgrims, Brain Dead, Infectious Maggots, Sil Khannaz, As Sahar dan Necrotic Chaos. 

Sempena BLAST FROM ini, pihak penganjurnya Nebiula Production mengeluarkan t-shirt untuk gig tersebut dalam dua rekaan (hiasan hadapan) yang berbeza), sebagaimana berikut:

REKAAN / DESIGN 1

REKAAN / DESIGN 2

Untuk kedua-dua rekaan (design) ini, kualiti t-shirt adalah Fruit Of The Loom. Saiz (Ukuran): S (17.5") / M (19.5") / L (21") / XL (23") / XXL (24") / XXXL (25"). Tempahan untuk memiliki t-shirt ini dibuka sekarang di mana anda boleh mendapatkan t-shirt ini samada melalui poslaju ataupun mengambilnya pada hari dan venue berlangsungnya BLAST FROM THE PAST iaitu bertarikh 5 Januari 2014 di Black Box, Publika Solaris, Kuala Lumpur.

Bagi anda yang berminat untuk memperolehi t-shirt ini, sila segera hubungi:

BERITA BERKAITAN:

2013-11-28

AL FARABI BAND - WORLD NEW ETHNIC TOUR


Mungkin ramai di kalangan kita yang terlepas pandang bahawa AL FARABI BAND telahpun merilis album terbaharu mereka berjudul "World New Ethnic" pada 30 Oktober 2013 yang lalu. Malah kemungkinan kebanyakan kita juga kurang mengenali AL FARABI BAND. Diasaskan di Shah Alam, Selangor, kumpulan pemuzik ini mengetengahkan konsep muzikal Metal/Rock Progresif dengan tema positif merangkumi motivasi, ketuhanan dan kemanusiaan sebagai intipati lirikal mereka. 

Terdiri daripada Nasaie Nawawi (vokal), Nazri Alias (gitar), Kamarul Borhan (gitar), Fazrina Ghazali (bass) dan Adie Wady (dram), AL FARABI BAND kini berada dalam rangka promosi album "World New Ethnic" dan langkah itu diperkasakan melalui perancangan tour ataupun jelajah ke segenap pelusuk tanahair turut digelar WORLD NEW ETHNIC 4 REGIONS CONCERT. Jadual tarikh dan persinggahan mereka adalah sebagaimana berikut:

14/12/2013 - Hentian Rehat, Bagan Ajam, P.Pinang
15/12/2013 - Stadium Mini, Bagan Serai, P.Pinang
21/12/2013 - Azimat Cafe, Laguna Merbok, Sg.Petani
22/12/2013 - Kampung Sungai Kecil, Nibong Tebal, P.Pinang
30/12/2013 - Karnival Tahun Baru, Ampang, K.Lumpur
31/12/2013 - Ambang Tahun Baru, Hentian Rehat, Bagan Ajam, P.Pinang
03/01/2014 - Kem Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah
04/01/2014 - Dewan Besar Kodiang, Kedah
11/01/2014 - Dataran Teluk Kemang, Port Dickson
12/01/2014 - Dataran Nilai, Nilai, N.Sembilan
18/01/2014 - Dataran Rempah, Ayer Keroh, Melaka
19/01/2014 - Dataran Alor Gajah, Melaka
25/01/2014 - Pasir Gudang, Johor
26/01/2014 - Skudai, Johor
01/02/2014 - Dataran Merdeka, K.Lumpur
02/02/2014 - Dataran Merdeka, K.Lumpur
07/02/2014 - Pantai, Batu Burok, Terengganu
08/02/2014 - Dataran Astaka, Kemaman
09/02/2014 - Padang Awam, Sg.Isap, Kuantan
14/02/2014 - KB Mall, Kota Bharu, Kelantan
15/02/2014 - Bachok, Kelantan
16/02/2014 - Dataran Kuala Lipis, Pahang
22/02/2014 - Mydin Mall, Meru Raya Ipoh
23/12/2014 - Mydin Mall, RTC Gopeng
01/03/2014 - Kompleks PKNS, Bangi
02/03/2014 - Dataran Tanjung Harapan, Port Klang

Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan tour ini, anda juga boleh menghubungi talian: 0108785833 (Ashraf) / 0124878554 (Faizal) / 01123778390 (Faid). Sebelum memulakan penjelajahan ini, AL FARABI BAND bakal mengadakan sebuah konsert percuma pelancaran album "World New Ethnic" di International Youth Centre Cheras bertarikh 12 Disember 2013. Rujuk: Album Launching The Concert

INFORMASI:

TRIVIA: FARASU - LAGU-LAGU INSTRUMENTAL


Trivia Lagu Farasu: Lagu-lagu instrumental

1. Sapphire
Lagu ini merupakan ciptaan sepenuhnya Fidaiyyin yang termuat dalam demo pertama Farasu; Millenium of Madness (2003). Ia merupakan sebuah instrumental pertama Farasu yang berkonsepkan melodic death-metal.

2. Nasyrah
Ia merupakan sebuah instrumental yang juga ciptaan sepenuhnya oleh Fidaiyyin. Lagu ini telah dirakam pada tahun 2006 untuk dimasukkan dalam MCD The Blackmoon Eclipse dan telah melalui sedikit penyusunan oleh bekas gitaris Farasu, Faizal Fauzi yang memberi sentuhan melodi.

3. Akustika Jiwa 
Material ini telah dirakam pada penghujung 2009 untuk projek rakaman album Menongkah Arus. Ia juga merupakan ciptaan sepenuhnya Fidaiyyin. 

INFORMASI:

TRIVIA: FARASU - BISIKAN SUARA HALUS


Trivia Lagu Farasu: Bisikan Suara Halus

Antara lagu yang termuat dalam album Menongkah Arus (2010) dan merupakan lagu ciptaan dan susunan sepenuhnya oleh Nahax. 

Lagu ini asalnya merupakan sebuah lagu lama yang pernah diilhamkan oleh bekas bassist Farasu, Bul bersama Nahax. Namun ia kembali melalui penyusunan tempo, melodi dan riff yang dibuat oleh Nahax bagi projek rakaman album pada tahun 2009.

Lagu yang bernafas 'death-thrash' digabung dengan melodi nusantara (arabic+traditional malay). 

Lirik adalah hasil nukilan Fidaiyyin yang mengisahkan isu krisis jiwa yang melanda segelintir manusia kesan daripada ketaksuban pada sesuatu elemen mistik atau ajaran!

Bisikan Suara Halus merupakan sebuah lagu baru yang tidak pernah dirakam atau dimainkan dalam mana-mana persembahan sebelum kemunculan album Menongkah Arus.

INFORMASI:

TRIVIA: FARASU - GEMPITA MASTIKA


Trivia Lagu Farasu: Gempita Mastika

Ini adalah antara lagu terawal ciptaan Fidaiyyin sebelum penubuhan Farasu. Ia telah dihasilkan pada tahun 1999 lalu.

Lagu ini kemudiannya diperkemaskan tempo dan susunannya oleH bekas gitaris Faizal Fauzi pada tahun 2006 untuk dimuatkan dalam MCD "The Blackmoon Eclipse".

Rakaman pertama ini iaitu pada tahun 2006 dirakam secara live di Kajang.

Gempita Mastika dirakam semula secara track by track pada penghujung tahun 2009 untuk dimuat dalam album "Menongkah Arus".

Lirik sepenuhnya nukilan Fidaiyyin yang mengisahkan isu Black Metal yang disensasikan media utama sehingga menjatuhkan scene metal Malaysia!

Nota: Klip muzik di atas adalah lagu Gempita Mastika versi yang dipetik dari "The Blackmoon Eclipse" MCD 2006.

INFORMASI:

12/12/2013 - AL FARABI BAND: WORLD NEW ETHNIC ALBUM LAUNCHING THE CONCERT

TARIKH: 12 DISEMBER 2013 | TEMPAT: INTERNATIONAL YOUTH CENTRE CHERAS, KUALA LUMPUR | TIKET: PERCUMA | BAND: AL FARABI BAND | NOTA: INI ADALAH SHOWCASE PERCUMA DARI AL FARABI BAND BERSEMPENA PELANCARAN ALBUM TERBAHARU MEREKA BERJUDUL "WORLD NEW ETHNIC". DIJEMPUT HADIR!


INFORMASI:

12/01/2014 - HAVOK LIVE IN JOHOR BAHRU

TARIKH: 12 JANUARI 2014 | TEMPAT: STOPZONE GIG HALL, LARKIN, JOHOR BAHRU | MASA: 3PTG | TIKET: RM45 | BAND: HAVOK (USA) / ALKIRA (Australia) / ALLIANCE / BLACK SEED / COLOUR RANGERS / VOCIFERATION ETERNITY / WYNKEN DELIRIUM | ANJURAN: TFHM PRODUCTION


INFORMASI:

NEKRAD - ABSOLUTE GABAN T-SHIRT


MAGENTA SCREEN MERCHANDISING telah mengeluarkan edisi terhad t-shirt band NEKRAD bersempena lagu 'Absolute Gaban' (sebuah lagu yang dipetik dari album terbaharu "Nekradvaganza"). Dapatkan segera t-shirt ini andaikata anda berminat!

Code: MSM 0008
NEKRAD - Absolute Gaban Limited Edition Long Sleeve Raglan 
#Cetakan hanya di bahagian hadapan
#Tiada cetakan di bahagian belakang
#Custom Made Long Sleeve Raglan
#size: S / M / L / XL

Harga:
RM50 melalui tangan
RM55 termasuk pos untuk Semenanjung
RM60 termasuk pos untuk Sabah/Sarawak

Pembayaran:
Maybank 562357114644 (Magenta Screen Printing)

Pra-Pesanan:

INFORMASI:

DISEKSA - UNRELEASED TRACKS (REMASTERED)

DISEKSA adalah sebuah band beraliran Raw Grindcore. Mereka ditubuhkan pada tahun 2008 dan pernah mengeluarkan "Greed Humanity" Demo CDR 2008 serta beberapa rilisan split sekitar 2009 hingga 2013. Mereka juga turut terlibat dalam beberapa projek kompilasi. "Unreleased Tracks" adalah himpunan rakaman yang tidak pernah dikeluarkan, diambil dari sebuah projek split yang tertunda dan dibatalkan. Split yang dimaksudkan adalah bersama AGATHOCLES, sebuah unit Grind / Mincecore (dari Belgium) yang cukup dikenali di pentas Grind / Noise underground antarabangsa. Walaubagaimanapun, DISEKSA terpaksa membatalkan perancangan split ini ekoran permasalahan line-up yang dihadapi, mengakibatkan proses rakaman tergendala dan tidak dapat diselesaikan sepenuhnya. Hanya beberapa track yang sempat dirakam namun durasi keseluruhan tidak mencukupi untuk dimuatkan dalam split yang dimaksudkan. Kini, pihak DISEKSA memutuskan untuk dikongsi rakaman-rakaman tersebut dan menariknya, trek-trek ini remastered. Diriliskan untuk muat-turun percuma pada 27 November 2013 oleh Death Tones Records.

01. Media Is Big Liar - 0:45
02. Mess Control - 0:49
03. Plague Disaster - 0:52
04. Walking Corpse (Brutal Truth cover) - 1:32
05. World Collapse - 1:02
06. You Rubbish -0:35
07. True Blue (Carcass Grinder cover) - 1:45
08. Blind Justice - 1:03
09. Go Fuck Yourself Eat Shit And Die - 0:47
10. No Hope, No Future - 0:35
11. Words Of Destruction - 0:34

MUAT-TURUN DI LALUAN BERIKUT:

IMPERIAL - BEYOND THE RUINS T-SHIRT



Edisi terhad t-shirt "Beyond The Ruins" dari band IMPERIAL kini dibuka untuk pra-pesanan! Harga: RM35 untuk kualiti Gildan Premium Cotton / RM45 untuk kualiti Gildan Ultra Cotton. Harga yang disebutkan tidak termasuk kos penghantaran. Sekiranya berminat untuk memiliki t-shirt keluaran IMPERIAL ini, sila hubungi Nazarious Imperius Maximus untuk keterangan lanjut!

INFORMASI:

2013-11-27

SINDRAZ - "TIBO NANG GHENI" EP 2013


Sebagaimana yang telah dihebahkan sebelum ini, SINDRAZ kini membuka pesanan untuk mendapatkan EP keluaran terbaharu mereka berjudul "Tibo Nang Geni". EP yang diriliskan melalui MTD PRODUCTION [MTDPROD21] secara rasminya akan dilancarkan pada persembahan SINDRAZ di KL BLACK FEST 2013 bertarikh 29 Disember 2013. "Tibo Nang Geni" EP 2013 ini mengandungi 6 buah lagu (termasuk sebuah intro), terhad 100 salinan sahaja dan dijual pada harga RM15 (melalui tangan) / RM20 (melalui poslaju). 

Sekiranya berminat untuk memesan dan mendapatkan EP ini, sila berhubung dengan pihak SINDRAZ di talian 0197888251 (Riez) / 0137094922 (Indraz) atau hubungi terus MTD PRODUCTION.

INFORMASI:

MAKLUMAT BERKAITAN:

CAKERAWALA - SINGLE: OZAWA





CAKERAWALA, sebuah band yang menggelarkan muzikal mereka sebagai Radical Progressive Death Metal dari Gelugor, Pulau Pinang baharu sahaja merilis dan memperdengarkan single mereka "Ozawa". Band ini terdiri daripada Az Wie (vokal utama/gitar), Vinoth (gitar/vokal), ChuXian (bass) dan Teng Yi (dram/vokal). CAKERAWALA dijadualkan beraksi dalam gig QUALITY BAIK PUNYA METAL MEETING pada 7 Disember 2013 di Soundmaker Studio. Mereka juga dilaporkan bakal merilis sebuah EP tidak lama lagi. Hubungi talian 0193675755 (Az Wie) atau emel totalazwi@yahoo.com untuk sebarang maklumat.

INFORMASI:

05/01/2014 - BLAST FROM THE PAST

TARIKH: 5 JANUARI 2014 (AHAD) | TEMPAT: BLACK BOX, PUBLIKA SOLARIS, KUALA LUMPUR | MASA: 2PTG | TIKET: RM40 (DOOR) / RM35 (PRESALE LIMITED 100PCS) | BAND: SUFFERCATION / THE PILGRIMS / BRAIN DEAD / INFECTIOUS MAGGOTS / SIL KHANNAZ / AS SAHAR / NECROTIC CHAOS | ANJURAN: NEBIULA PRODUCTION


INFORMASI:

AZARIAL - "REBORN OF THE PAST" EP RILIS 13/12/2013


ER011: AZARIAL "REBORN OF THE PAST" EP. Kembalinya lagenda Death Metal Beaufort, Sabah. Pastikan anda tidak terlepas dengan rilisan yang bakal terbit pada 13/12/2013 ini. Sudah pasti menerusi Earblast Records! "AZARIAL pernah rilis demo sekitar tahun 1996 kalau tak silap dan pernah juga menyertai Psoriasis Prig Compilation. Sedikit masa lagi promo-track dari EP ini akan diperdengarkan", kata Mahatir Mutalip, pemilik label Earblast Records yang juga merupakan vokalis Mortuary Ancestor.

INFORMASI:

2013-11-21

PSYCHOTIC ART ZINE - PENERBITAN "BOOK 1"


Akhirnya, proses pembukuan PSYCHOTIC ART ZINE telah selesai dan dinamakan "BOOK 1", ianya kini telah terbit!! 84 mukasurat, bersaiz A5, diedarkan pada harga RM15 melalui tangan atau RM20 pesanan pos. PAZ BOOK 1 adalah kompilasi ataupun himpunan semula hampir keseluruhan karya-karya seni lukisan, lakaran, contengan dan luahan kata bertulis editornya Amir Fadli yang mana sebelumnya pernah terbit dalam beberapa siri fanzine dari akhir tahun 1997 hingga 2001. 

"Yes!!! finally the books is out now!!! Setelah 2 setengah bulan mengumpul, menyusun, mencari gali dan juga berhadapan dengan pelbagai masalah, maka hari ini P.A.Z book 1 dah keluar.. Diharapkan kawan-kawan dapat menerima dan menilai buku ini dan pihak kami mahu respon dari anda semua. Apa yang boleh saya nyatakan di sini cover buku ini telah ditukar disaat-saat akhir kerana beberapa masalah di pihak pencetak. Siap ada sticker sekali dalam tu.. Terima kasih kepada semua pihak yang membantu dan menyokong Psychotic Art Zine dari awal 1998 sehingga kini.. Terima kasih..", kata Amir Fadli dalam laman blogspot beliau.

Dapatkan PAZ BOOK 1 sekarang! 


TERDAHULU:

2013-11-19

SIL KHANNAZ - T-SHIRT ULANGTAHUN KE-25


Siapa tidak kenal SIL KHANNAZ? Mereka antara yang terawal memulakan gelombang Metal Underground di Malaysia ini. Karier mereka telahpun menjangkaui usia 25 tahun sejak ditubuhkan sekitar tahun 1987. Sambutan ke-25 penubuhan SIL KHANNAZ diingati dengan pengeluaran t-shirt khas dari band Death Metal ini.

Kualiti: Fruits of the Loom. Harga: RM60 (termasuk kos poslaju). Saiz (Ukuran): S (17.5") / M (19.5") / L (21") / XL (23") / XXL (24") / XXXL (25"). Kuantiti pengeluaran adalah berdasarkan permintaan/pesanan. Dimaklumkan bahawa pra-pesanan telah dibuka dan tempahan untuk mendapatkan t-shirt ini akan berakhir pada 2 Disember 2013. Segera dapatkan t-shirt eksklusif ini dan kepada yang berminat, sila hubungi (inbox) capaian berikut:

2013-11-16

REHEARSE - "CHAOS REIGN" MCD 2013


Band Brutal/Slamming Death Metal dari Serdang, Selangor bergelar REHEARSE telahpun mengeluarkan sebuah album mini berjudul "Chaos Reign", dilancarkan secara rasmi pada 15 Jun 2013. Rakaman untuk MCD yang memuatkan 4 buah lagu ini melibatkan Uze (vokal), Adli (gitar utama), Yusuff (gitar), Fauwaz (bass undangan) dan Dash (dram). "Chaos Reign" diriliskan atas usaha pihak band sendiri serta sokongan beberapa label dan organisasi antaranya Malaysian Death Metal (MYDM), Uprising Music Society dan PixelDixelArt. 

TRACKLIST:
01. Bloody Mess
02. My Hammer, Your Face
03. I Am Genocide
04. Beyond Vengeance

Sekeping CD "Chaos Reign" dijual pada harga cuma RM10 dan pada masa yang sama juga boleh diperolehi t-shirt rasmi REHEARSE (bersempena rilisan mini album ini) berharga RM45. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produksi-produksi ini, sila hubungi talian 017-5872279 (Uze) atau 016-3214922 (Adly) untuk perincian mengenai kaedah pembayaran dan pengeposan. In Metal We Trust, In Brutality We Blast!

INFORMASI:

ZURIARTS - "ARRIVAL OF THE DARK DESCENT" T-SHIRT


Band Melodic Black/Death Taiping, ZURIARTS telah mengeluar dan mula mengedar merchandise terbaharu mereka berupa t-shirt bersempena "Arrival Of The Dark Descent" EP 2006. Bahagian hadapan tertera logo band dan judul EP manakala di belakangnya dicetak senarai lagu yang terkandung dalam EP tersebut. T-shirt official ini dijual pada harga RM28 (melalui tangan) / RM35 (Pos Laju - Semenanjung Malaysia) / RM40 (Pos Laju - Sabah & Sarawak). Sila hubungi Shah Zuriarts (bass/vokal) untuk keterangan lanjut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...