2013-05-07

BULETIN METAL MALAYSIA BIL.01/2013


METAL BULLETIN



SCYTHE OF DEATH
Berasal dari Kangar - Perlis, Scythe Of Death telah ditubuhkan pada sekitar Jun 2012 dibarisi oleh Durjana Ningsun (vokal), Scythe Nazgul (gitar), Sharel Dimmu (bass) dan Scythe Bodom (dram). Dengan muzikal Black Metal, mereka kini dikatakan sedang mengubah dan merakam 5 buah lagu ciptaan sendiri serta 2 buah lagu cover untuk rilisan-rilisan yang bakal diumumkan sedikit masa lagi.
http://www.facebook.com/pages/Scythe-of-Death/185562664830997

NEFTARAKA
Dengan kerjasama MTD Production dan Eastern Myth Records, material Neftaraka berjudul "Macabre : The Demo" yang mana sebelum ini dikeluarkan dalam format kaset (dilaporkan telah habis dijual) bakal diriliskan semula dalam bentuk Pro-CDR. Ianya bakal terhad kepada 66 salinan sahaja dan dipasarkan pada harga RM15. 
http://www.facebook.com/MTDProduction
http://www.facebook.com/easternmythrecs

EVIL DEAD PRODUCTIONS
Label yang telah lama bertapak dan bergiat cergas di Sabah ini telahpun mengeluarkan CD dari band Akagrish, mengandungi 7 buah lagu. Emel: evildeadproduction@yahoo.com. Harga: RM30/US$14 (postage paid) via paypal to: evildeadprod@gmail.com. Prebiu lagu The Eye Ov Hell dapat disaksikan di http://youtu.be/LCtGl7HVnno.
http://www.facebook.com/evildeadproductions

TRIUMPH OV FIRE
Penjelajahan band Melodic Black Metal P.Pinang iaitu Triumph Ov Fire di Indonesia bakal berterusan di mana pada bulan Jun 2013 nanti mereka bakal menawan Kota Tangerang. "Seperti apa kejamnya mereka, kita tunggu saja...", kata Andro Blasphemy, salah seorang peminat metal dari Indonesia. Triumph Ov Fire udah pasti membawa nama Malaysia, sehitamnya menjajah kota-kota di sekitar bumi Indonesia.
http://www.facebook.com/pages/Triumph-Ov-Fire/370729799099

LIFELORN
Band Post Black Metal ini telah mendapat tawaran dari sebuah label luarnegara iaitu Fragile Branch Recordings untuk mengeluarkan EP mereka yang berjudul "Katalis Sebuah Obsesi" dalam format kaset. Berasal dari Kuala Lumpur, Lifelorn adalah projek solo oleh Aiman dengan muzikal berunsurkan depressive and ambient Black Metal. Anda boleh dengarkan prebiu rilisan ini di: http://lifelorn.bandcamp.com/
http://www.facebook.com/Lifelorn

CATAGAXIAN
Melodic Deathrash dari Utara (Perlis, Kedah & Penang)! Band ini dianggotai oleh Pan (vokal), Azzrien (dram), Fazrul Bahari (bass) dan Illiasyasaa (gitar). 
http://www.reverbnation/catagaxian
http://www.facebook.com/pages/Catagaxian/480613641986784

NOSFERIEL
Nosferiel kini telahpun bernaung di bawah label Celestial Frequency dan mereka dilaporkan dalam persiapan untuk rakaman dan rilisan sebuah album penuh, bakal dikeluarkan pada tahun 2013 ini juga. Dalam pada itu, "Infernal Spell" kompilasi demo beserta sebuah lagu unreleased masih boleh didapati dari pihak Nosferiel. 
http://www.facebook.com/pages/Nosferiel/181920025229137

MORTUARY ANCESTOR
Death Metal Sabah - Mortuary Ancestor - bakal beraksi di Singapura pada 13 Jun 2013 nanti berkongsi pentas bersama Sadistic Intent (USA), Archgoat (Finland), Infernal Execrator (Singapura). Acara yang diberi nama Morbid Fest II Ritual itu dianjurkan oleh Ravage Inc, bertempat di Silver Club, Kitchener Road, Singapura. 
http://www.facebook.com/MortuaryAncestor

SINGHASARI
Band berpaksikan Nusantara Pagan Metal iaitu Singhasari telah mengeluarkan merchandise berbentuk patch melalui label Heritage Nusantara Produktion. IKLAN: HNPS001 SINGHASARI PATCH (SULAM PUTEH DAN SULAM EMAS) | HARGA: RM 20 + POS / RM 15 + TERIMA TANGAN (HARUS DATANG AMBIL SENDIRI) / EURO 5 (SEDUNIA).
http://www.facebook.com/pages/Singhasari/126050384128585
http://www.facebook.com/pages/Heritage-Nusantara-Produktion/297176300308751

IMPERIAL
"Transcendent Salvation" - album sulung band Extreme Atmospheric Progressive Blackdeath Metal, Imperial berasal dari Kuala Lumpur ini masih ada dijual dan pesanan boleh dibuat melalui Renascent Axis Production ataupun pihak Imperial sendiri.
http://www.facebook.com/renascent.axis
http://www.facebook.com/Imperialegion

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...