2013-05-11

SELIPAR MALAYA ZINE - ISSUE #2


BERITA


SELIPAR MALAYA ZINE adalah satu produksi fanzine tempatan yang bersifat terbuka dalam skop liputannya; merangkumi pelbagai genera muzik dari black metal ke metalcore, dari grind hinggahlah ke punk/crust! Kini, SELIPAR MALAYA ZINE kembali dengan penerbitan isu #2, bersaiz A5 dengan ketebalan 68 mukasurat. Antara band-band yang dipaparkan untuk isu ke-2 ini adalah; Triumph ov Fire, 199X, A.L.I.A, bloodymary, Behind The Death, Cloudberry, Deadscore, Muntah Darah, Medussa Safannah, Romance Not In Fashion, This Order, dan beberapa lagi. Turut dimuatkan pelbagai artikel, rebiu, pendapat dan sebagainya! Hanya dengan bayaran serendah RM5 (sudah termasuk kos penghantaran) anda sudah boleh memiliki senaskah SELIPAR MALAYA ZINE  #2 ini. Harga istimewa juga dibuka kepada sesiapa (khususnya distribution label) yang berminat untuk turut sama mengedarkan fanzine ini. Pertukaran barangan juga dialu-alukan. SELIPAR MALAYA ZINE berdiri atas motto - berkongsi untuk revolusi! Hubungi: www.facebook.com/pages/SeliparMalayaZine/250651321724027

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...