2013-05-20

BULETIN METAL MALAYSIA BIL.02/2013


VINIIR
Viniir, band tempatan dari Ipoh, Perak yang memilih laluan Viking Metal sebagai landasan perjuangan mereka dilaporkan baru sahaja menyelesaikan sessi rakaman untuk rilisan album mereka yang akan datang dan kini material tersebut sedang dalam proses mixing dan mastering. Rilisan mereka yang terdahulu adalah "The Story Chapter 1" Demo 2011.

REBEL CRASH
Rebel Crash adalah sebuah band Heavy Metal (berunsurkan Melodic Metalcore dan Progressive/Technical Thrash Metal) dari Kuching, Sarawak. Mereka ditubuhkan pada bulan Mac tahun 2009 dan anggotanya terdiri daripada; Benedict - Vocal & Guitar, Manuel - Guitar & Vocal, Rudy - Bass & Vocal, dan Felix - Drums. Untuk mengenali Rebel Crash, sila layari:

DELETED
Bestial War/Hell Metal dari Tawau, Sabah - Deleted - bakal merilis EP mereka dalam format tape di bawah produksi label Evil Dead Productions. Deleted juga telah mengeluarkan satu merchandise berformat woven patch "Hell Metal" melalui sebuah label dari Indonesia iaitu Ludah Production. Patch ini berharga RM26, sila hubungi: D6l6t6d@live.com

SICKSOCIETY
Band Brutal Death Metal SickSociety mengumumkan bahawa aksi mereka pada gig The Beast Gathering bertarikh 25 Mei 2013 bakal menjadi aksi terakhir mereka, bukan bermaksud berakhirnya perjalanan SickSociety tetapi mereka bakal memberi tumpuan kepada sessi rakaman untuk rilisan terbaru. Mereka akan berhenti sementara dari muncul di pentas berkemungkinan sehingga September 2013 nanti. 

DERANGEMENT PROJECT PRODUCTION
Sebuah label dari Sabah iaitu Derangement Project Production baru sahaja mengumumkan salah-satu produk mereka yang akan datang iaitu rilisan dari band KRASICK 666 (Pagan Black Metal dari Membakut, Sabah) berjudul "Mystic Satan Of Krasick". 

SEBAYAN
Band Unholy Black Metal dari Kuching, Sarawak iaitu Sebayan telah mengeluarkan sebuah promo 2 lagu berjudul "Waging War With All Religions". Lagu-lagu tersebut bertajuk 'God House Ashes' dan 'Black Cult'. Kuantiti rilisan cukup terhad kepada 20 salinan sahaja kerana material ini dianggap "unofficial release", boleh diperolehi pada harga RM4.

BARBALANS
Dilaporkan Vlad Dracul (vokal) tidak lagi bersama Barbalans. Line-up 2013 untuk band Black Metal Sabah ini terdiri daripada: Max Bruno - (gitar & vokal), Eiried Astartee - dram, Awik Flengkren - gitar (Live Session) dan Boby Kurniawan - bass (Live Session). Turut diumumkan antara gig yang bakal disertai Barbalans pada 2013 ini antaranya Hell Is Here Part 1 31st August 2013 (Kota Kinabalu, Sabah) dan Kuching Ritual Defamation II 28th September 2013 (Kuching, Sarawak).

DEATH INFERNAL
Sebuah band Death Metal dari Kuching, Sarawak iaitu Death Infernal yang dianggotai oleh Ritchie (gitar), Gary Mayat (bass) dan Bryan 'Kului' of Bronco Buster (dram) bakal merilis sebuah EP berjudul "Entering the Era of Domination". Sebelum ini mereka ada memperdengarkan sebuah Single bertajuk "Death Threat" di: http://youtu.be/O7mmavBul8A

AU REVOIR
Band yang mahu dikenali di bawah arus muzikal Avant-Garde Metal, Au Revoir mengumumkan telah siap memasukkan bahagian vokal untuk semua lagu-lagu yang bakal dimuatkan ke dalam album terbaru sempena menyambut 10 tahun kelahiran Au Revoir. Rammy selaku tunjang utama banda berasal Kangar ini dilaporkan berkata pada masa ini proses pengadunan (mixing) sedang giat dijalankan serta beberapa rakaman penambahan, mastering dan kemudiannya album yang dirancang ini bakal bersedia untuk dikeluarkan.  

PERPETUAL
Perpetual yang sudah begitu lama memperjuangkan muzik Grindcore bakal kembali menggegar dengan sebuah album penuh sulung mereka. Zam selaku pemain bass dilaporkan berkata Perpetual sekarang dalam proses rakaman studio untuk CD pertama. Judulnya akan dimaklumkan kelak. CD tersebut dijadualkan beredar sekitar Julai 2013 di bawah produksi The Noise Records. Keep on support and blast! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...