2014-04-24

KURASAKUASA - CONSPIRACY SHAPES LIFE


Jentera Grindcore Kuching, Sarawak - KURASAKUASA kembali menyemarakkan arena muzik bising tempatan dengan buahtangan terbaharu mereka bergelar "Conspiracy Shapes Life" CD dikeluarkan pada 10 April 2014. Ia mengandungi 13 buah lagu dengan durasi keseluruhan sekitar 11 minit. "Conspiracy Shapes Life" dirilis sendiri oleh KURASAKUASA, beredar di pasaran pada harga RM6.90. Segera dapatkan material ini sekiranya anda meminati Nasum, Parkinson, Unholy Grave, Mass Separation dan seumpamanya.

KURASAKUASA ditubuhkan pada Mac 2003 dan setelah beberapa kali mengalami pertukaran ahli, keanggotaan mereka pada masa ini adalah Kobi (vokal), Roy (gitar), Mamat (bass) dan Haizan (dram). Rilisan mereka yang terdahulu adalah; "Oh-yeah" Demo 2003, KURASAKUASA/DURJANA84 split 2004, "Marching Spree" Promo 2007 dan "You Choose To Die" Demo 2011.


Sempena kelahiran "Conspiracy Shapes Life" CD 2014, KURASAKUASA turut melancarkan pengeluaran t-shirt berkaitan rilisan tersebut yang mana telah mula dibuka untuk tempahan dan pra-pesanan.

INFORMASI:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...