2014-04-01

LIFELORN - POST-BLACK METAL KUALA LUMPUR


LIFELORN adalah sebuah band Post-Black Metal dari Kuala Lumpur dijalankan oleh A secara sendirian. Dibentuk sekitar 2009, projek solo ini secara muzikal adalah adunan genre Depressive Rock dan Ambient Black Metal berinspirasikan band seperti Burzum (Norway) dan Happy Days (AS). Pada 28 Mei 2013, ragile Branch Recordings telah mengeluarkan EP dari LIFELORN berjudul "Katalis Sebuah Obsesi" dalam format kaset. Kemudian, bertarikh 26 Januari 2014, LIFELORN melancarkan pula sebuah rilisan secara digital bergelar "Torn". Bagi mendapatkan penjelasan lanjut tentang LIFELORN dan keluaran-keluaran projek ini, kita bersama A menghuraikan segala pertanyaan..

Bila dan bagaimana bermulanya pembentukan LIFELORN? Siapakah peneraju utama di sebalik one-man-band ini dan apa pengalaman anda dalam muzik metal?
LIFELORN ditubuhkan untuk mengetengahkan ekspresi-ekspresi manis bercampur melankolik pada pertengahan tahun 2009 oleh A yang kerap mengunjungi kedai rekod Nebiula dan membelanjakan duit belanja sekolah untuk membeli kaset Darkthrone, Burzum dan sebagainya. 

Apakah maksud sebenar LIFELORN dan sejauh mana ianya berkait rapat dengan halatuju muzik band ini?
Secara puitis, frasa LIFELORN membawa erti apabila seseorang itu memutuskan hubungan dengan kehidupan normal yang pada pandangan ramai membawa kebahagian, di samping memilih untuk merasai detik-detik "bahagia" itu di sebalik tabir atas dasar-dasar tertentu.


Secara umum, muzik LIFELORN dipanggil sebagai Post-Black Metal. Bagaimana ia di-aplikasi-kan dalam bentuk LIFELORN, apakah ciri-ciri utama dalam muzik ciptaan anda?
Fungsi sebenar utama LIFELORN adalah sebagai "muzik latar" kepada saat-saat minda pendengar memikirkan akan perjalanan hidup mereka di samping memberi peluang untuk mereka bermeditasi.

Diketahui muzik LIFELORN berbentuk instrumental, namun apakah tema atau cerita yang mahu disampaikan tersirat di sebalik lagu-lagu anda?
Lagu-lagu LIFELORN membawa pendengar melalui pengalaman-pengalaman pahit manis A selaku penggubah lagu di dalam hidup percintaan, sosial dan kekeluargaan.

Tahun 2013, telah dikeluarkan "Katalis Sebuah Obsesi" Cass.EP melalui Fragile Branch Recordings. Perjelaskan tentang kandungan lagunnya, proses rakamannya, pengeluaran produknya dan sambutan yang telah diterima?
Semua proses rakaman setakat ini dilakukan di rumah dengan menggunakan software notasi. Segala urusan yang berkaitan dengan pengeluaran kaset tersebut sedikit tergendala atas dasar kewangan yang tidak mengizinkan pada pihak A. Segala pertanyaan tentang rilisan itu patut dirujuk kepada Fragile Branch – andy@fragilebranch.com.

LIFELORN telah mengeluarkan album digital "Torn" pada awal tahun 2014. Terangkan segalanya tentang penyediaan dan pengeluaran "Torn" ini?
"Torn" adalah sebuah album yang direkod dalam jangkamasa sebulan atas dasar mengejar dateline rilisan sebuah album jewel case yang terpaksa dibatalkan kerana produksi lagu yang tidak memuaskan. Maka album itu dijadikan sebuah album digital yang boleh dimuat-turun pada harga 1USD sahaja – lifelorn.bandcamp.com/album/torn.


Sejauh mana anda melihat evolusi muzik LIFELORN dalam "Torn" berbanding "Katalis Sebuah Obsesi"?
Secara teori, tidak banyak yang berubah tentang muzik LIFELORN. Ianya masih mengetengahkan teknik progresi melodik dan perubahan frasa di dalam sesebuah rentak yang banyak digunapakai oleh projek-projek Black Metal yang lain. Jika ada pun perubahan besar pada album baru LIFELORN produksinya lebih "dipaksa" atas dasar mengejar dateline yang teramat singkat.

Pendapat anda tentang scene muzik metal di Malaysia, khususnya di bawah genre Depressive Suicidal Black Metal (DSBM)?
Scene DSBM kat Malaysia? Ada ke scene DSBM kat Malaysia?? Tak nak jawab la soalan ni. Hahaha!

Sebarang penghargaan dan kata-kata penutup?
Saya ingin mengucapkan penghargaan kepada keluarga terdekat, Deep FILSUFATIA kerana cuba mengetengahkan muzik depresif kepada golongan yang lebih umum, dan kepada Nath Maqâbir kerana sudi menemubual LIFELORN..

LIFELORN:

FRAGILE BRANCH RECORDINGS:

SUMBANGAN:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...