2014-04-23

VIRUS ZINE - ISU #8 (APRIL 2014)


Setelah lebih dua tahun hibernasi di mana kali terakhir VIRUS ZINE dikeluarkan pada Januari 2012 dengan isu ke-7, fanzine yang beroperasi di Seremban, Negeri Sembilan ini kembali menampilkan isu terbaharu – Isu #8 – dikeluarkan pada April 2014.

Isu #8 kali ini memuatkan sejumlah 22 temubual (interview), menampilkan band-band seperti DENOUNCEMENT PYRE, GRAVE DESECRATOR, DEMONIC RAGE, ARTILLERY, GRAVEYARD, INTERMENT, KARAMAH, KILL, MASTER, OBSESSOR, SORCERY, MANTICORE, TERRORIST, TORMENTOR, VAMPIRE, WITCHRIST, REVEL IN FLESH, NECROCCULTUS, MORBID PERVERSION, BEAST CONJURATOR, BLACK VUL DESTRUKTOR dan juga CARNAL GHOUL.


Di samping itu, turut dihidangkan laporan-laporan berita dan informasi Metal dalam dan luar negara, ruangan ulasan dan kupasan muzik, album dan demo serta pelbagai lagi bahan-bahan bacaan dihimpunkan dalam keseluruhannya 68 mukasurat, berformat saiz A4 dan ditulis sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris.


Harga (telah termasuk caj pos berdaftar): RM15 (Malaysia) / USD8 (Asia) / USD10 (Eropah) / USD12 (Amerika Selatan). Kepada pencinta muzik metal dan penyokong gerakan fanzine bercetak, anda boleh mendapatkan VIRUS ZINE #8 dengan cara mengemukakan pertanyaan di e-mel: virus_zine@yahoo.com atau laman sosial: facebook.com/oldgoatcorpse.prods.

TERDAHULU:
VIRUS ZINE - ISU #7 (DISEMBER 2011/JANUARI 2012)
VIRUS ZINE - ISU #6(6)6 (OKTOBER 2010)
VIRUS ZINE - ISU #5 (JUN 2009)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...