Memaparkan catatan dengan label RAKAN MEDIA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RAKAN MEDIA. Papar semua catatan

2014-04-10

RAKAN MEDIA: BAWAHTANAH


BAWAHTANAH - MALAYSIAN METAL BLOGZINE dikendalikan oleh Awie atau nama penanya Wira Irama. BAWAHTANAH ini sebuah lagi blog yang mana pengisiannya dedikasi kepada scene muzik metal tempatan (Malaysia). Ia mula beroperasi pada 12 Januari 2013 apabila Wira Irama menulis sebuah nota Bermulanya BawahTanah Blogzine!:

Suatu ketika dahulu aku sering mengimpikan untuk merealisasi satu fanzine bercetak (masa zaman cut & paste serta fotostat lagi). Macam-macam nama fanzine ada dalam kepala aku, antaranya BERAT, BESIMATI, MANIFESTASI KELULI dan beberapa lagi lah yang aku sendiri pun dah tak berapa nak ingat. Memang dari mula aku nak bikin fanzine yang sepenuhnya ditulis dalam bahasa Melayu. Bulan bertukar bulan, tahun berubah tahun, impian-impian itu semua tenggelam timbul, akhirnya pudar dan berkubur. Untuk yang tidak mengenali aku (tak mengapa kalau tak kenal pun sebab aku lebih suka dengan status low-profile aku ni), aku ni sebenarnya datang dari generasi era pertengahan 90-an. Masa tu scene kat Malaysia ni tengah bom dengan trend Eastern Black Metal yang asalnya dimulakan oleh Langsuir/Langsuyr dan As-Sahar kemudian keluar bermacam-macam kumpulan dengan tema muzik yang serupa/hampir serupa, contohnya Hayagriva, Purnamwulan, Tasyim, Zubirun, errr... byk lagi lah.. sedikit sahaja yang benar-benar memberi impak yang baik tetapi yang kebanyakannya yang tumbuh macam cendawan lepas hujan agak merepek dan entah apa-apa... 

Media online sejak akhir-akhir ini banyak mempengaruhi perkembangan muzik / scene metal di seluruh dunia. Situasi ini turut menjalar dan tersebar di negara sendiri Malaysia. Fanzine fotokopi macam zaman dulu-dulu dah susah nak dicari. Aku sendiri agak terpikat dengan beberapa blog / webzine seperti Dissecting The Euphony, Random, Ekstrim, Faithcraft Productions dan The Bullet Belt Press. Lantaran itu, aku fikir tiada salahnya aku realisasikan impian aku yang dulu cuma ianya dalam bentuk online iaitu atas talian yang boleh diakses melalui internet. Susah juga nak memilih nama yang sesuai akhirnya aku mengambil jalan mudah, menamakannya sebagai BAWAHTANAH. Ia blog peribadi aku, sebuah Malaysian Metal Blogzine! Aku hanya mahu dikenali dengan nama Wira Irama dan aku boleh dihubungi melalui emel wirama75@gmail.com.

LAYARI:

2014-03-28

RAKAN MEDIA: GRAVESOUND


GRAVESOUND NETZINE dijalankan oleh saudara Naseer Ab. Qadeer a.k.a. Nath Maqâbir yang juga merupakan individu di sebalik projek solo Black Instru-Metal / Dark Ambient bergelar MAQÂBIR. GRAVESOUND yang dikendalikannya banyak bertumpu kepada penulisan dan penyiaran bahan-bahan Black Metal, Depressive, Ambient dan seumpamanya. Pendekata, muzik yang iramanya kelam, suram dan kejam!! GRAVESOUND juga mempunyai divisi promosi dikenali sebagai BLACK METAL UNDERGROUND PROMOTION. Terima kasih kepada Naseer Ab. Qadeer dan GRAVESOUND NETZINE di atas kerjasama sebagai Rakan Media dan kontribusi kepada EKSTRIM.

2014-01-06

RAKAN MEDIA: NOISE FROM HELL


NOISE FROM HELL adalah sebuah webzine atau blog muzik yang mana segala penulisan dan informasi yang dipaparkan bertumpu kepada muzik Punk, Hardcore, Thrash, Grind, Noise dan seumpamanya. Webzine ini mula beroperasi pada 1 September 2013 oleh seorang peminat muzik berkenaan yang dikenali dengan nama Trashnoiser.

Berikut adalah catatan Trashnoiser dalam ruangan ShitNote! beliau:
"Hellcome to NOISE FROM HELL --- the latest shits of Punk / Thrashcore / Grind / Crust info-zine!!! Ini blog aku yang punya so ikut suka hati aku apa aku nak letak der.. Aku akan kumpul maklumat-maklumat scene dan gerakan punk / thrash / grind / noisecore seMalaya termasuk Sabah & Sarawak serta serba-sedikit info-info luar-negara yang aku suka!! aku akan buat rebiu kalau aku suka sesuatu material tu... aku akan bikin interview kalau aku mahu... aku akan tulis whatever yang aku nak!!! Kalau mahu kontek aku di email trashnoiser@gmail.com ok!!!".

LAYARI:

2013-08-21

RAKAN MEDIA: THE BULLET BELT PRESS


THE BULLET BELT PRESS adalah sebuah blog yang turut mengambil bahagian dalam usaha penyebaran informasi dan promosi Metal Ekstrim Malaysia ke mata dunia! Blog ini mula aktif sekitar 2009 dan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai pengantara penulisannya. Blog ini dikendalikan oleh saudara Benign Nor Hafeez  atau turut dikenali sebagai Deep melalui projek muzikalnya Filsufatia. EKSTRIM menjalin hubungan bersama THE BULLET BELT PRESS sebagai Rakan Media berasaskan kepada kontribusi BULLETIN: THE BULLET BELT - METAL NEWS MALAYSIA.

http://thebulletbelt.blogspot.com
http://www.facebook.com/TheBulletBelt

KONTRIBUSI
06/02/2013: THE BULLET BELT - METAL NEWS MALAYSIA 2013 VOL.1
17/02/2012: THE BULLET BELT - METAL NEWS MALAYSIA 2013 VOL.2
02/05/2013: THE BULLET BELT - METAL NEWS MALAYSIA 2013 VOL.3
11/05/2013: THE BULLET BELT - METAL NEWS MALAYSIA 2013 VOL.4

2013-07-31

RAKAN MEDIA: MADRATTS PRODUCTION


MADRATTS PRODUCTION (001893195-U) adalah sebuah label muzik terbaharu ditubuhkan di Malaysia, di mana mastermind  di sebalik label ini adalah bekal personil syarikat rakaman WARNADA. Sebagaimana maklum, WARNADA adalah label tempatan terawal yang mengeluarkan album untuk kebanyakan band-band era 80an seperti MAY, Burnmark, Metallian dan sebagainya. Dilaporkan, Madratts Production melangkah ke hadapan memeterai pertalian dengan sebuah label Eropah iaitu DEFOX RECORDS yang berpengkalan di Itali. Dengan adanya usaha kerjasama ini, misi Madratts Production adalah untuk membawa artis dan band-band Rock/Metal Malaysia menandatangani kontrak dan pengeluaran album melalui label antarabangsa. 

http://madrattstheboss.blogspot.com
http://www.facebook.com/madratts
http://www.facebook.com/groups/400159576724846/

RAKAN MEDIA: METAL BLASTER


METAL BLASTER secara dasarnya adalah sebuah webzine yang menyalurkan pelbagai informasi Metal Klasik! Ianya bertindak sebagai satu pusat maklumat atas talian khusus untuk muzik Heavy Metal. Laman ini bertujuan menyedia dan menyebar berita-berita metal, ulasan, temubual, info band, laporan konsert, foto dan sebagainya, dikemaskini hampir setiap hari khas untuk memenuhi keperluan peminat-peminat tegar muzik Metal. Selain dari sekadar sebuah webzine, Metal Blaster juga telah membentuk rangkaian dengan beberapa label, majalah dan radio station di peringkat antarabangsa di mana Metal Blaster bertindak sebagai ejen promosi dan penyampaian maklumat.

http://metalblasterr.blogspot.com
http://www.facebook.com/groups/354085518023992

2013-07-16

RAKAN MEDIA: BY'U' FM


BY'U' FM merupakan sebuah radio online yang semakin mencipta nama dan mula diterima ramai. Berlandaskan motto "Gegaran Rock Sepanjang Masa!!!", BY'U' FM bukan sahaja memenuhi citarasa pendengar muzik rock tradisional dari zaman klasik 70'an/80'an hingga irama rock moden era millenia, mereka juga mendapat tempat di hati peminat metal dan muzik ekstrim; merangkumi Grindcore ke Brutal Death, Thrash hingga ke Black Metal. Namanya selembut bayu namun gegarannya umpama taufan bertalu!! Bersesuaian dengan namanya juga, BY'U' bergerak atas dasar "olehmu", justeru itu minta apa sahaja.. pasti ke udara!! Dunia Rock & Metal anda hanya di BY'U' FM.

byufm.blogspot.com
tunein.com/radio/By-U-Fm-s231055
facebook.com/groups/365401636935826


2013-05-01

EKSTRIM - RAKAN MEDIA

Mesej ini saya tujukan kepada individu-individu atau badan-badan yang bertanggungjawab dalam merancang dan menganjurkan gig-gig metal di Malaysia ini. EKSTRIM – http://ekstrim-info.blogspot.com – sedia untuk menjadi Rakan Media atau dalam Bahasa Inggeris disebut Media Partner untuk gig (Metal Event) yang bakal anda adakan pada masa-masa hadapan. Sekiranya anda berminat untuk menjadikan EKSTRIM sebagai salah-satu Rakan Media anda, di bawah ini disediakan logo / banner EKSTRIM untuk diletakkan di flyer gig berkenaan:



Dengan melantik EKSTRIM sebagai salah-satu Media Partner gig tersebut, EKSTRIM bertanggungjawab menulis berita dan promosi berkaitan gig tersebut, menghebahkannya secara meluas melalui pelbagai mekanisma komunikasi, serta jika berkesempatan, saya sendiri atau wakil EKSTRIM akan turut hadir menyaksikan gig tersebut, membuat laporan dan ulasan. EKSTRIM adalah SOKONGAN untuk gig-gig kecilan (mahupun berskala besar) Metal Malaysia! – selagi ia bukan Upacara Minum Darah Kambing sebagaimana “pembohongan” media-media perdana bersifat politikal kotor, palsu, fitnah dan penuh dengan penghinaan!!

Dengan yang demikian, kepada semua penganjur-penganjur gig Metal tempatan, silalah berhubung dengan saya melalui emel ekstrimzine@yahoo.com.my atau http://www.facebook.com/piankvlt jika berminat melantik EKSTRIM sebagai Rakan Media. [Nota: Nyatakan jika anda perlukan imej dalam format .psd]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...