Pada 30 April 2016, band Eastern Melodic Death Metal FARASU telah mempertontonkan versi hitam putih video muzik mereka "Against Tyranny" di laluan YouTube: youtu.be/Ec6I4sCTjqU | Ini adalah versi alternatif sebelum pelancaran versi rasmi berwarna penuh.
Video di atas adalah "the making" (pembikinan) video muzik berkaitan yang dikongsikan di youtu.be/L8nxOnoW5Mc pada 26 Januari 2016.
MAMAT FEST telah dilangsungkan dengan jayanya pada 2 Januari 2016 di Black Box Publika, solaris Dutamas, Kuala Lumpur. Dihadiri lebihkurang 500 pengunjung, gig anjuran Mamat Records ini disertai oleh Mu-Aru, Sil Khannaz, Atomicdeath, Sicksociety, Taste (Jepun), Humiliation, The Pilgrims dan Langsuyr. Bagi yang tidak berpeluang menghadiri acara berprestij ini, tontonlah di sini sebahagian ekstrak persembahan dari setiap band | SEMUA HAKCIPTA VIDEO & EHSAN PENYIARAN OLEH LANGSUYRHD & KOMPGRAPHNER.
Band: ZURIARTS | Lagu: The Fairy Tears | Album: Single 2012 | Deskripsi: Muzik & Lirik oleh Shah Zuriarts. ZURIARTS adalah band Melodic Black/Death Metal dari Taiping, Perak. Single ini terdapat dalam format CD dikeluarkan pada 20 April 2012 oleh NIGHT ART PRODUCTION | Sumber: youtu.be/TLSb09kvthA [diterbitkan pada 13 Disember 2013]
Band: ASTAFIR | Lagu: Dark Spruce Forest | Album: Dark Spruce Forest (Demo 2015) | Deskripsi: Difahamkan bahawa rilisan ASTAFIR "Dark Spruce Forest" (Demo 2015) yang baru sahaja dikeluarkan pada 1 September lalu (50 salinan) telah habis diedarkan dan tiada lagi dalam stok. Walaubagaimanapun, ada kemungkinan pihak ASTAFIR akan mengulangcetak sekiranya ada permintaan yang tinggi. Sementara menanti keputusan dibuat, ASTAFIR bermurah hati memuat naik klip video single pertama mereka Dark Spruce Forest (diambil dari demo tersebut). Lagu berdurasi hampir 7 minit ini digubah oleh gitaris-gitaris band, Luth dan Am manakala adunan & masteri oleh Am (gitar) dan Amir (kibod). Hail Gloomy Doom! | Sumber: youtu.be/gCtKD2fJcBM [diterbitkan pada 13 September 2015]
Band: INCARNATION | Lagu: Solitary State | Album: Killer Persistence (EP 2015) | Deskripsi: Lagu ke-7 dalam EP terbaharu band Metalcore/Hardcore Alor Setar, Kedah - INCARNATION berjudul "Killer Persistence". Klip video yang sangat kreatif ini diterbitkan oleh Najmi, gitaris kumpulan ini | Sumber: youtu.be/2VAxR1JUNvM [diterbitkan pada 9 September 2015] | Informasi: facebook.com/incarnationcrew
Founded in 2014 with band members; Gary Chin (guitars), Mark James (guitars) and Evan Tan (drums). MORPHING MINDS is a Melodic Death Metal piece straight from the heart of Penang to the world. The band aiming to establish a paradigm shift of reversed negativity to the extreme music scene. MORPHING MINDS is proud to announce the release of their first single "Once" published on Jun 1, 2015. The track "Once" embodies the message of courage and strength over fear and despair.
The measure of a man Comes not in his possesion We come to this world with nothing We leave with nothing But a legacy to be remembered by Be that legacy of light in the darkness Remove the sense of self doubt In times of unrelenting darkness Dig Deep Seek strength to overcome your fear Descend no more Rise above the horizon In binds no more Leaving behind the broken chain Don’t you know time waits for no man Do not regret your yesterdays One chance that’s all it takes One chance before you break Here is where we make our stand Never backing down Exorcising the ghost of your past The time is now!
With the single MORPHING MINDS kicks odd a new wave of Penang melodic death metal. The band hope you enjoy listening to it as much as they enjoyed producing it. Source: youtu.be/RxYwKoAcEcE | facebook.com/morphingmindsband.
BLOODY SITUATIONS ditubuhkan di Johor Bahru, Johor sekitar 2013 dan dianggotai oleh: Saiful Rizal (vokal), Mohamad Syafiq (gitar), Syazwan Aliff (gitar), Muhammad Shahrin (bass) dan Mohd Nur Yusuf (dram). Muzik mereka adalah Melodic Death Metal yang mementingkan elemen-elemen orkestral, simfonik, kelam, berat dan arabikal. Band-band seperti The Black Dahlia Murder, The Faceless, Nile, Fleshgod Apocalypse dan Behemoth yang disebut-sebut sebagai inspirasi muzikal BLOODY SITUATIONS memberi gambaran langsung tentang gaya permainan band ini.
BLOODY SITUATIONS dimaklumkan bakal menerbitkan EP pertama mereka berjudul "The Beginning Of Bloody Situations" dan untuk tujuan promosi, lagu ketiga dari EP tersebut iaitu "Mahsyar" diketengahkan untuk pendengaran umum melalui sebuah Official Music Video yang diletakkan di laman YouTube mereka: youtu.be/fSqvuYb2ASI. Selamat mendengar/menonton dan sokong perjuangan BLOODY SITUATIONS. Hubungi e-mel: bloodysituations@gmail.com | Diterbitkan pada 30 Mei 2015.
Sepertimana diperkatakan dalam artikel terdahulu, INHUMAN menunaikan janji mereka untuk memuat-naik dan memperdengarkan single ke-4 berjudul Black Flag Rise. Sumber: youtu.be/fcD853NktZI [Diterbitkan pada Mei 30, 2015]
28 April 2015 melalui saluran YouTube, INHUMAN kembali dengan terbitan Single Ke-3 berjudul "Breathing Fire". Karya ciptaan Fen Malique (gitaris), Breathing Fire adalah langkah lebih ke hadapan dari aspek gubahan dan susunan lagu, kedengaran lebih keras dan padu, suatu impak Death Metal gaya lama (old-school) yang secara langsung melengkapi dua single terdahulu; "D.O.D" (13/01/2015) dan "Awakening" (23/03/2015). Lagu ini turut mula diperdengarkan di ReverbNation INHUMAN: reverbnation.com/q/5sgkue di mana lirik lagu turut disertakan.
Band: BEHIND THE DEATH | Lagu: The Deception of Shia | Album: Single 2015 | Deskripsi: Single terbaharu yang dirakam oleh BEHIND THE DEATH, band metal/deathcore dari Lembah Kelang / Rakaman, adunan dan mastering oleh NASH BANDSHOP | Sumber: youtu.be/wgxfVMDOB4U [diterbitkan pada 21 April 2015]
Kira-kira dua bulan yang lalu (tepatnya bertarikh 13 Januari 2015), INHUMAN melancarkan single pertama "D.O.D" tetapi itu bukanlah yang terakhir dari mereka. Seakan mahu membuktikan sesuatu dari keputusan reunion dan kembali aktif, INHUMAN melepaskan pula single kedua mereka "Awakening" - sebuah lagu yang cukup kental sifat old-school thrash/death metal-nya!
"Kami masih terus membikin beberapa lagu lain lagi. Buat masa ini InHuman cuma tinggal aku, Asan dan Art sahaja sekarang, dan Insya-Allah jika tiada halangan serta ada rezeki kami, InHuman comeback", kata Fen Malique (gitar) melahirkan kesungguhan menghidupkan semua INHUMAN setelah berpecah pada tahun 1995. Beliau turut disertai Ishan Yusoff (gitar) dan Art (dram) dalam usaha reunion ini.
Single kedua INHUMAN, "Awakening" dimuat-naik di saluran YouTube mereka pada 23 Mac 2015. Sumber: youtu.be/cdD9zqgW9lE
Band: PREDICATE NOT DEFINED | Lagu: Uprising | Album: Single 2015 | Deskripsi: Ini merupakan single terbaru dari PREDICATE NOT DEFINED bertajuk “Uprising” setelah kali terakhir mengeluarkan album penuh bertajuk “Fear, Forgotten and Regret” pada 2010. Dengan lahirnya “Uprising” yang dipersembahkan melalui video muzik ini, akan ada kemungkinan rakaman dan pengeluaran album terbaharu dari band berkonsepkan Experimental Progressive Metal asal Pulau Pinang ini / Penggambaran di: Warehouz Records [facebook.com/warehouzrecords] / Mixed & Mastered: Gary (NONSERVIAM) / Arahan & Terbitan: Gary & PREDICATE NOT DEFINED | Sumber: youtu.be/YjlzVULn_q8 [diterbitkan pada 18 Februari 2015] / Informasi: facebook.com/predicatenotdefined
INHUMAN sebenarnya telah lama ditubuhkan. Berpaksikan muzikal old-school Thrash/Death Metal, band ini diasaskan pada 11 Oktober 1990. Pada 13 Januari 2015, mereka memuat-naik single pertama berjudul D.O.D. di mana ianya sebuah lagu ciptaan Fen Malique, gitaris kumpulan ini. Selain Fen Malique, INHUMAN turut dianggotai oleh Ishan Yusoff (gitar) dan Art (dram). Malangnya, Mie (vokal) dan Rizal Omar (bass) tidak dapat menyertai penyatuan semula (reunion) INHUMAN. Untuk makluman, bahagian bass dan vokal dalam rakaman lagu D.O.D ini dilakukan oleh Fen Malique. Sumber: youtu.be/IwLrCAAA_88
Band: FARASU | Lagu: The Truly | Album: Against Tyranny (CD 2015) | Deskripsi: “The Truly” adalah salah-satu lagu yang bakal dimuatkan dalam album penuh kedua FARASU berjudul “Against Tyranny” yang mana dijadualkan rilis dan mula diedarkan sekitar Februari 2015 ini / Arahan: Shah Zaini / Penggambaran & Suntingan: Gatal Tangan Project / Produksi: Metasonic Production | Sumber: youtu.be/-52bjgE5EEc [diterbitkan pada 5 Februari 2015] | Informasi: facebook.com/farasuthetruly
Band: DAARCHLEA | Lagu: Qhilav | Album: Suns (CD 2014) | Deskripsi: Un-official music video for 'Qhilav', song taken from DAARCHLEA debut album called Suns, released August 27th, 2014. Special thanks goes to the guys from Empire of Zuchrah for making this happen. This video was made upon their video production assignment for Multimedia University, Cyberjaya | Sumber: youtu.be/jSStHcYLvt0 [diterbitkan pada 31 Januari 2015] | Informasi: facebook.com/daarchleaofficial
Band: HEGYRA | Lagu: Until The End | Album: Reenactment (EP 2015) | Deskripsi: Melodic Death Metal asal Perlis Indera Khayangan ini memulakan langkahan 2015 mereka dengan sebuah rakaman muzik video di mana HEGYRA mempersembahkan sebuah lagu baru yang dikatakan bakal termuat dalam rilisan mereka akan datang – “Reenactment” EP 2015 / Arahan: Reno Fuzni / Penggambaran: Cinta2Shoot [facebook.com/Cinta2Shoot] / Suntingan: Kehcik (Cinta2Shoot) / Jurutera Bunyi: Ardy (NARATU) / Videografi: Kechik, Petai, Shazrel & Farah (Cinta2Shoot) | Sumber: youtu.be/_lAY4sN-eRw [diterbitkan pada 1 Januari 2015] | Informasi: facebook.com/hegyra
Video di atas adalah sedutan aksi HUMILIATION mempersembahkan lagu Minefields (A Way to Kill) [dipetik dari album "Dawn of Warfare" 2010] di acara ALTARS IN GORE yang berlangsung di Chemiefabrik, Dresden pada 24 Oktober 2014. ALTARS IN GORE adalah sebahagian dari misi HUMILIATION dalam MILITARY FORCE TOUR. Video disediakan oleh: 666SaXoN666 Metal