Memaparkan catatan dengan label EDITORIAL. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label EDITORIAL. Papar semua catatan
2018-10-25
2016-07-05
EDITORIAL: SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1437H
"Lomang ist Kult. Cocah amo rondang ayam ist krieg krieg krieg."
Saya dan juga EKSTRIM ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin sempena menjelangnya Aidilfitri bagi tahun 1437H ini. Mudah-mudahan ibadah puasa dan segala amalan kalian sepanjang Ramadhan yang akan menutup tirainya ini diterima Yang Maha Esa. Teruskan ibadah dan amalan kalian di bulan-bulan seterusnya untuk kita lebih dekat kepada-Nya Pencipta Sekalian Alam dan didoakan kita bertemu lagi dengan Ramadhan di tahun hadapan. Saya akan berada di Tanjong Ipoh, Kuala Pilah pada hari raya pertama hingga ketiga. Jemputlah datang ke rumah menjamah lemang serta rendang-rendangnya.
Saya akhiri ucapan dan editorial kali ini dengan sebuah video muzik lagu raya terbaru "Indah Suasana Raya" dendangan artis-artis MR MADRATTS ENTERTAINMENT yang dikendalikan oleh rakan kita REXX. Sekian, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.
– Sufian Mohamed Salleh, 5 Julai 2016
2016-05-31
BANGKIT! FANZINE - EDISI PERTAMA
Salam. Aku sendiri tak pernah sangka satu hari nanti aku akan tulis dan terbitkan sebuah fanzine selain dari bermotifkan Metal Ekstrim. Ramai yang mengenali aku dari awal dulu sebagai seorang “metalhead” dan editor metal untuk NATHIAS ZINE dan juga blog EKSTRIM. Semalam, 30 Mei 2016 aku lancarkan pengeluaran karya terbaru aku – BANGKIT! FANZINE isu #1. Zine ini menjurus kepada muzik Hardcore Punk secara keseluruhannya serta beberapa genera lain yang relevan dengan scene muzik DIY/independen seperti Noisegrind, Harshnoise, Thrashcore, Powerviolence dan sebagainya.
Idea menghasilkan Bangkit! Fanzine bercambah dari blog peribadi Up The Punx (Dari Kacamata Seorang Metalhead) yang aku mulakan semenjak November 2015. Percaya atau tidak, walaupun Nathias Zine dianggap publikasi metal berat dan hitam secara total tetapi dalam isu ke-2 (terbitan November 1994) aku telah mewawancara Carburetor Dung dan band inilah satu-satunya band punk yang pernah mengisi slot dalam Nathias Zine. Dek kerana memang sudah minat aku menulis dan berkeinginan keluarkan satu fanzine yang lari dari kebiasaan metal aku, maka aku terfikir untuk “bukukan” penulisan aku di blog Up The Punx serta siarkan semula interbiu Carburetor Dung yang aku maksudkan tadi untuk tatapan hari ini.
Edisi Pertama BANGKIT! FANZINE menampilkan interbiu bersama band-band tempatan iaitu KROSOT, KLABU ASAP, JOHN MACBAREN, DISOBEY, ANGKARA, LANGGAR LARI serta label YOUTH CRIME RECORDINGS (khas berkaitan kompilasi Penentangan Berterusan) selain penyiaran semula interbiu CARBURETOR DUNG sepertimana yang aku maklumkan di atas. Isu #1 ini juga memuatkan ruangan rebiu CD, Kaset dan Literatur serta artikel, berita dan sebagainya!. Ditulis dalam Bahasa Melayu kecuali interbiu bersama Carburetor Dung. 40 mukasurat saiz A5. Harganya cuma RM5 tidak termasuk kos pengeposan. Dengan yang demikian, barangsiapa yang berminat untuk dapatkan Bangkit! #1 bolehlah hubungi aku terus di: facebook.com/piankvlt atau WhatsApp: 018-9189212.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang BANGKIT! FANZINE dan blog UP THE PUNX, sila layari pautan-pautan berikut:
Terimalah BANGKIT! seadanya. Hardcore Punk, Solidariti dan Kebebasan!.
2015-09-17
BELASUNGKAWA: SAM KITANAICHI
Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un. Satu lagi hari sedih buat persada muzik metal underground tempatan. Shamudin Teguh atau lebih dikenali sebagai Sam Kitanaichi telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya setelah terlibat dalam kemalangan motorsikal berkuasa tinggi di Simpang Pulai, Ipoh. Sam menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 4:30 petang pada usia 44 tahun. Sam adalah orang lama dalam scene, dewasa bersama gerakan muzik bawahtanah Malaysia semenjak awal 90-an lagi. Beliau juga adalah anggota kumpulan KITANAI CHI yang pernah ditampilkan dalam kompilasi Intrusion Of Dark Journey (Dark Journey Records, 1993). Keperibadiannya yang mudah berkawan, cepat mesra dan peramah, begitu bersifat penyayang, gemar berjenaka serta rajin menghulurkan bantuan membuatkan beliau amat-amat disenangi di kalangan ramai rakan dan kenalan. Pemergian Sam adalah satu kehilangan yang tiada gantinya. Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan pada pagi 17 September 2015 di Kg. Jaya Setia, Bestari Jaya, Ijok. Takziah diucapkan kepada keluarga dan warisnya; khususnya Zizie Hashim dan anak beliau Fenriz. Selamat jalan Shamudin Teguh a.k.a Sam Kitanaichi (21 November 1971 - 16 September 2015). Semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman. Al-Fatihah.
DALAM KENANGAN: KITANAI CHI - Scattered Emotion. Sebuah band yang pernah dianggotai oleh arwah Sam. Merakam sebuah lagu berjudul Scattered Emotion yang dimuatkan dalam kompilasi bersejarah Intrusion of Dark Journey (1993). Mereka adalah antara yang terawal dalam merintis evolusi muzik metal di Malaysia. Sumbangan yang sudah cukup berharga buat generasi hari ini. Jasamu dikenang. Terima kasih.
DALAM KENANGAN: KITANAI CHI - Scattered Emotion. Sebuah band yang pernah dianggotai oleh arwah Sam. Merakam sebuah lagu berjudul Scattered Emotion yang dimuatkan dalam kompilasi bersejarah Intrusion of Dark Journey (1993). Mereka adalah antara yang terawal dalam merintis evolusi muzik metal di Malaysia. Sumbangan yang sudah cukup berharga buat generasi hari ini. Jasamu dikenang. Terima kasih.
Allahyarham Shamudin Teguh - facebook.com/babah.sam.1
2015-05-08
BELASUNGKAWA: AS (SILENT DEATH)
Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un. Azlie Samad telah kembali ke rahmatullah pada 7 Mei 2015 selepas sehari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Kota Bharu (Hospital Raja Perempuan Zainab II). Keadaan beliau dilaporkan kritikal (penyakit tidak didedahkan) dan semakin tenat selepas waktu Asar. Beliau tenang menutup mata menyahut panggilan Ilahi sekitar jam 5:50 petang, pada usia 41 tahun.
Azlie Samad atau panggilannya As (ada juga dieja Az) adalah bekas anggota kumpulan muzik berat SILENT DEATH. As menggalas tugasan gitar bass (dan selitan bahagian vokal) dalam album pertama SILENT DEATH "Before The Sunrise" (Dark Journey Records, 1992) yang kini diangkat sebagai salah satu rilisan terpenting dalam sejarah awal muzik Death Metal di Malaysia.
Saya (penulis EKSTRIM) pernah juga ngeteh bersama arwah ketika saya masih bertugas di Kota Bharu, Kelantan. Acapkali juga kami berbalas private message di facebook di mana kali terakhir As beritahu hendak berjumpa pada petang 1 Jun 2014 di Solaris (sewaktu berlangsung gig TOTAL WAR II di Black Box, Publika Solaris Dutamas) tetapi As membatalkan kehadiran beliau di saat akhir kerana ada tugasan lain. Dengan kepergian As ini, saya merasa begitu terkilan tak dapat bertemu As pada masa tersebut kerana memang kami sudah lama tak berjumpa dan bersembang.
Terima kasih As di atas persahabatan yang pernah terjalin antara kita. As disemadikan di tanah perkuburan Kg. Kerilla, Tanah Merah, Kelantan. Damailah di sana Azlie Samad a.k.a As Silentdeath (22 Disember 1974 - 7 Mei 2015). Semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman. Al-Fatihah.
DALAM KENANGAN: SILENT DEATH - Before The Sunrise. SILENT DEATH pasti dikenang antara band terawal merakam album Death Metal di negara ini. Ianya kini (mungkin) berkubur menjadi sejarah apatah lagi dua anggota asal; Zulfikar a.k.a Pink (meninggal dunia Julai 2010) dan Mohd Tajul Aasyikin a.k.a Stone (meninggal dunia 11 Jun 2012) terlebih dahulu pergi menemui Penciptanya. "Before The Sunrise" adalah Mahakarya Metal Malaysia. Terima kasih As dan SILENT DEATH. Biar jasa jadi kenangan!
Allahyarham Azlie Samad - facebook.com/azlie.samad
2014-10-05
AIDILADHA 1435H: KEHIDUPAN PERLUKAN PENGORBANAN
MENGHAYATI konsep korban dan pengorbanan dalam Islam sangat besar ertinya dalam kehidupan seharian kita umat Islam. Nabi Ibrahim as. sanggup berkorban anaknya Nabi Ismail as. demi seruan Allah SWT. Hikmah korban adalah mengingati peristiwa ini bagi menimbulkan rasa kesyukuran atas nikmat Allah SWT.
Dalil korban adalah berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al-Kauthar, ayat 2 yang bermaksud: Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai tanda bersyukur).
Konsep ini jika difahami dan dihayati serta dilaksanakan dalam kehidupan akan membawa kejayaan dalam apa juga bidang seperti pelajaran, perniagaan dan ibadah. Berkorban masa dan tenaga akan membuahkan hasil dalam kehidupan. Ia juga memupuk semangat berkorban dalam kehidupan.
Berkaitan dengan kejayaan, orang yang berjaya dalam hidupnya, mereka ini sanggup berkorban masa dan tenaga serta wang ringgit dan nampak tujuannya dengan jelas serta menjurus kepada tujuan itu tanpa menyimpang.
Seorang ayah dan ibu sanggup berkorban demi kejayaan anak-anaknya dalam pelajaran dan kehidupan. Begitu juga seorang anak sanggup berkorban menjaga kedua-dua ibu bapanya yang telah tua dengan penuh rasa kasih sayang.
Sesuatu kejayaan itu memerlukan pengorbanan seperti suatu perjalanan yang jauh dan sukar. Separuh daripada kejayaan itu adalah disebabkan pengorbanan kita tanpa mengira masa, tenaga dan wang.
Kehidupan ini memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Orang yang tidak sanggup berkorban masa dan tenaga sukar untuk berjaya dalam kehidupannya.
Justeru, kejayaan seseorang biasanya diukur daripada pencapaian cemerlang dan pengorbanan yang telah dilakukan dalam kehidupannya. Memahami konsep korban dan pengorbanan dan melaksanakannya adalah perjuangan dalam kehidupan. Oleh itu setiap daripada kita mestilah sanggup berkorban demi menegakkan Islam dan melaksanakan ibadahnya yang diwajibkan ke atas kita melaksanakannya.
Dalam konsep berkorban untuk negara, kita harus sanggup berkorban nyawa demi negara yang kita cintai. Orang yang sanggup berkorban untuk negara akan mempertahankan negara daripada ancaman luar.
Setiap individu di negara ini harus mempunyai perasaan cinta akan negara untuk membangunkan negara. Selain itu rela melakukan atau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian kepada negara.
Sebagai rakyat negara ini, kita bertanggungjawab untuk menjaga dan mempertahankan negara serta bersatu demi keselamatan dan kemakmuran negara. Konsep berkorban ini juga mestilah dipandang lebih luas dalam kehidupan kita. Konsep korban dan ibadah korban adalah amalan mulia dalam Islam.
Dalam kehidupan kita mestilah sentiasa berkorban sebagai contoh berkorban masa untuk kejayaan pada masa depan. Berkorban tenaga untuk kejayaan keluarga dan masyarakat yang harmoni dan sejahtera.
Untuk melaksanakan perpaduan ummah juga semua umat Islam mestilah berkorban memberikan idea ke arah kemajuan, melaksanakan kebaikan dalam perpaduan ummah yang semakin diasak oleh pengaruh luar.
Begitu juga dalam usaha memastikan kelangsungan bangsa dan agama terutama daripada segi menegakkan agama Islam yang suci. Setiap niat suci dan kerja murni akan mendapat keredaan dan lindungan Ilahi.
Sebagaimana yang dijelaskan dalam sebuah hadis Nabi SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya kamu tidak dapat membeli hati manusia dengan harta. Akan tetapi kebaikan budi pekerti kamulah yang dapat menawan hati mereka." (riwayat al-Baihaqi).
Begitulah juga pengorbanan budi pekerti dalam kehidupan yang boleh menambat hati orang lain dalam kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan yang juga memerlukan pengorbanan yang besar.
Dalam sebuah hadis Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang menyenangkan orang yang susah Allah akan menyenangkannya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup keburukan seorang Muslim, Allah akan menutup keburukannya di dunia dan akhirat. Dan Allah akan menolong seorang hamba sebagaimana dia berusaha untuk menolong saudaranya. (riwayat Muslim).
Justeru, konsep korban dan pengorbanan ini sama ada daripada segi masa, tenaga, wang ringgit dan juga harta sangat penting untuk mendapat keredaan Allah SWT. Segala amalan yang dilakukan atas nama Allah SWT pasti akan mendapat balasan yang baik di sisi-Nya.
Oleh DR. AMINUDIN MANSOR
PENULIS ialah bekas pendidik berkelulusan Ijazah Kedoktoran Persuratan Melayu, UKM.
2014-07-26
EDITORIAL: SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1435H
Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera. Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Alhamdulillah, 1 Syawal 1435H bersamaan Isnin, 28 Julai 2014 Masihi, saya dan anda semua rakan-rakan saya sekali lagi dapat menyambut hari mulia, Hari Raya Aidilfitri. Semoga raya tahun ini dilalui dengan penuh kesyukuran, kegembiraan dan kesederhanaan. Raya tahun ini juga disambut dengan penuh keinsafan memandangkan kita warga Malaysia melalui tahun yang penuh tragik dan menyedihkan berikutan kehilangan misteri pesawat MAS MH370 serta terhempasnya ditembak jatuh MH17. Pada masa yang sama juga kepiluan yang amat sangat turut kita rasai terhadap saudara-saudara kita di Gaza (Palestin) yang terus menerus dizalimi, diserang dan dibunuh oleh laknatullah Yahudi Israel.
Bersempena hari yang baik ini, saya menyusun 10 jari memohon maaf zahir dan batin andaikata ada salah silap, kelemahan dan kekurangan saya selama mengendalikan laman blog EKSTRIM ini. Maaf jika ada informasi-informasi penting yang saya terlepas pandang dan tidak disiarkan. Ampun jua dipinta kiranya ada kandungan dan penulisan yang kurang tepat dan tidak kena di pandangan anda. Saya hanya manusia biasa, tiada yang sempurna pada diri saya. EKSTRIM saya wujudkan bertujuan untuk melapor dan mengdokumentasikan gerakan Metal/Muzik Underground tanahair untuk dikongsi bersama anda semua. Sekurang-kurangnya wadah ini menjadi rujukan generasi metal akan datang yang mahu menerokai semula apa yang ada pada Underground Malaysia pada sekitar hari ini. Tiada langsung terlintas diniat saya menjadikan EKSTRIM sebagai alat untuk mendapatkan produk dan barangan secara percuma. EKSTRIM berdiri sebagai sokongan dan saya sebagai penyunting laman ini akan beli rilisan-rilisan anda!
Baiklah, saya tidak mahu menulis panjang dalam editorial kali ini. Di atas saya kongsikan sebuah video menarik, mainan gitar dari seseorang yang menggelarkan dirinya sebagai Yus Malmsteen. Versi gitar solo ini adalah untuk lagu Selamat Hari Raya nyanyian asal Rahimah Rahim. Manakala sebuah lagi video eksklusif saya kongsikan di bawah ini pula adalah sebuah lagu raya era baru yang berbau old-school garapannya, berjudul Insan Di Hari Raya ciptaan saudara Rex Strike dari kumpulan Nuclear Strikes / Antacid. Layan sepanjang perayaan Aidilfitri anda!
Sekian. Sekali lagi saya rakamkan: Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin.
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas daripada:
Sufian bin Mohamed Salleh a.k.a. Pyan Nathias
2014-06-29
EDITORIAL: RAMADHAN 1435H
Assalamualaikum. Ramadhan Al-Mubarak datang lagi. Bulan mulia, penghulu segala bulan. Bulan khusus untuk kita, umat muslim dan muslimat. Bulan keampunan yang penuh dengan keberkatan. Bulan di mana segala amalan dan ibadat berlipat ganda dan diberkati.
Ramadhan 1435H. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kita dipanjangkan usia dan diberi peluang lagi untuk menikmati bulan yang penuh barokah ini sekali lagi. Mudahan kita semua dikurniakan kesihatan dan kemudahan yang sebaiknya agar kita dapat merebut segala kelebihan dan ganjaran di bulan yang mulia ini. Insya-Allah.
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa. Semoga mendapat keberkatan dan segala amalan di terima Allah S.W.T. EKSTRIM mendoakan kepada semua semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Amin.
Ramli Sarip - Ramadhan
Naluri kita manusia
Selalu leka
Hanya sujud dan sembah
Pada-Nya jua
Kini engkau ku datangi
Berserah diri
Bersama kehitaman
Masa nan silam
Ampunan-Mu ku harapkan
Tiada daya aku menghindarkan
Kesalahan dan dosaku
Hanya Engkau Yang Tahu
Di Ramadhan ini kabulkan doaku
Suluhkanlah cahaya-Mu
Di malam yang penuh syahdu
2014-04-24
KREATOR LIVE IN KL DIBATALKAN!
Bersimpati dengan pembatalan mengejut KREATOR - LIVE IN KUALA LUMPUR 2014. Beginilah nasib kami anak-anak Metal. Terharu dengann semangat rakan-rakan tetapi ruang yang kecil ini seringkali disekat. Hinakah kami menjadi anak-anak Metal? Berikut adalah KENYATAAN RASMI yang dikeluarkan oleh pihak penganjur DEMIGOD RECORDS pada Khamis, 24 April 2014, jam 3:31ptg di facebook.com/events/683398298378472.
Greetings. It's almost 24 hours after the incident. On behalf of the organizer / promoter not much we can say for the first word other than Sorry. We feel sorry for the fans, for those who already bought the ticket, for those who travel across the sea, across the state, and across the country, for those who promote, those who helps us selling the ticket and last but not least for Mille & Co.
As the rumors spread, show is forced to take down due to interference by a religious enforcement department. Everything else is well-planned and all documents are ready, the band has already there, venue is ready with all the equipment, and not to forget the fans are also there. We have no intention to cancel the show at the last minutes at all as everything is almost ready to kick start. If we got nothing, we wouldn’t even publish the show info in Metro Ahad on Sunday, April 20th.
Everything went smoothly until at 4pm on the show day (just another 4 hours before Kreator supposed to take over the stage), we got a verbal warning through a phone call by DBKL (Kuala Lumpur City Hall) asking to cancel the show due to the fact that the society complaint and believe it’s a “Black Metal Show”. If we proceed, they are ready for the raid together with IPK Dang Wangi.
We have 3 options at that moment:
1. Continue the show and get ready for a terrible certainty.
2. Change the venue for the last minute.
3. Cancel the show.
First option seems to be too risky. We just ignore the warning and continue with the show, so that you guys can enjoy 2 or 3 songs from Kreator before the raid. However, the major issue is the band members and their crews. Sure there will be a diplomatic issue as it involved Germany’s and Austrian citizens. Worse, they have to cancel all their remaining 4 tour dates until this Sunday, April 27th. Some of you guys may also get the risk of staying in lock-up for a night or up to one week. And sure last but not least, another episode of mega stories of Black Metal issues will boom in the newspaper for almost a month.
Second option is much better. Right after we got the warning, we tried our best to get an express venue although the set-up is almost done at Scandals Club and Kreator just began their sound check. First alternative is Bentley Music Auditorium in Damansara. Unfortunately, the venue is booked for 2 days as they get an event on the next day, April 24th and the organizer have already start their set-up at the time we get in touch. While Black Box @ Solaris Dutamas isn’t possible at all as the venue is fully booked the entire month of April for exhibition. Last option that bears another high risk is the nearest KL Live, it just take few minutes walking distance from Scandals Club. However, due to security issue we have no deal as it won’t change anything. Other venue such as Alt HQ @ Fahrenheit 88 and Malaysian Rock Café (as suggested by few) does not meet the specification required by Kreator and their management. Everything seems impossible.
At around 5.30pm, two DBKL officers come to the venue to hand over a written short notice to the club’s manager to cancel the show and close their business for the night or else just get ready for any possibilities. With the official and formal last warning, in regards of the security issue of the band members and their crews, the crowd itself and the venue, we eventually come to the hardest decision to choose the third and last option, cancel the show at last minutes; less than 2 hours before the doors open.
As for the tickets, we gain nothing out of the sold early birds and pre-sales ticket. Perhaps, we even loose all our capital. Band already got paid in full. Not that they didn’t perform, they will not get paid. Band payment is already settled in early April, or else they wouldn’t even be in Kuala Lumpur at all. Hotel, flight, venue, backline and rider are also booked and paid. Everything is ready for the show.
This is the summary of where your money for the ticket and our capital goes:
1. Bands (Payment + Fees + Permit Purposes): RM32200
2. Flight cost: RM12000
3. Backline & Rider: RM17800
4. Venue rental: RM5000
5. Hotel (8 rooms of 4 star hotel x 2 nights as required): RM2600
6. Meal (2x Lunch, 2x Dinner + 1x Breakfast for 8 people): RM3400
7. Transportation (Van rental + fuel + toll + parking for 3 days for 3 cars & a van): RM1500
8. Miscellaneous (Printing of ticket & flyers, band ride around town etc): RM500
Total summation of all cost is RM75000
Now, we take a look at the pre-sales ticket:
Early Birds: RM100 x 130 buyers = RM13000
Pre-sales: RM120 x 340 buyers = RM40800
Total collection: RM13000 + RM40800 = RM53800
As some of you lost your RM100 or RM120 for the ticket, so do us. We also lost more than RM20000 of our capital for canceling the show. However, as mentioned earlier, the security of the band members and their crews, the crowd itself, the equipment and the venue are more important than money.
As some of you asking for refund, we’d love to do that if we could. However, the show is forced to cancel not to our fault. We have completed all things that required. As according to PUSPAL, ticket fees should be refunded if the show is cancel by organizer / PUSPAL but in this case it’s beyond our control and none of us is taking the action. There’s another third party that interference and forced to cancel the show due to society’s misunderstanding.
Until then,
PROMOTER & ORGANIZER
KREATOR LIVE IN KUALA LUMPUR, 23rd APRIL OF 2014 (CANCELLED)
Editor: Gua dah tukar kepada benda yang diluluskan. Luorg bila lagi? Jom.. masuk free jer.. kita bergelek sambil londeh seluar.. (Sufian Mohamed Salleh)
2014-04-14
MAKLUMBALAS TERHADAP E-MEL INDIVIDU TIDAK DIKENALI
10/04/2014: Seseorang yang tidak dikenali telah mengutus email kepada EKSTRIM menanyakan tentang KREATOR Live in KL. Beliau seperti bukan dari kalangan metal underground kita. Malah, pertanyaan beliau membuatkan aku musykil tentang siapa beliau sebenarnya (maaf, aku rahsiakan email dia). Aku beranggapan beliau adalah seorang penulis/wartawan media arus perdana. Maka aku jawab seperti berikut:
Terima kasih di atas pertanyaan. Maaf saya tidak mengenali anda. KREATOR adalah kumpulan muzik Thrash Metal dari Germany yang telah wujud sejak tahun 80an lagi. Muzik mereka seperti Heavy Metal / Rock yang sedikit lebih keras. Media mainstream seringkali salah faham atau begitu mudah memutar belit apabila menulis tentang show yang berkaitan metal music. Saya telah 25 tahun berada dalam scene metal tempatan. Maaf, saya tidak mengenali anda... anda mungkin seorang penulis dari media massa (akhbar / majalah / tv) arus perdana. Saya ingin perjelaskan TIDAK PERNAH ADA acara penyembahan syaitan, minum darah, bakar kitab suci, sex ritual, tarian bogel atau apa-apa sahaja dalam setiap show/gig metal.
Cukup menyedihkan apabila mainstream media berlumba-lumba menjual penulisan mereka dengan cara melaporkan perkara yang salah tentang metal gig/show. Dahulu, GIG disalah eja (atau mungkin sengaja disalah eja) kepada JIT (yang kemudiannya dimaksud sebagai Jangan Ikut Tuhan).. ini sesuatu yang amat-amat meloyakan. Ya, kami memang peminat muzik metal yang keras dan berat tetapi kami di Malaysia ini tetap kekal setia dengan kepercayaan kami (mengikut ajaran agama masing-masing). Metal shows/gigs juga TIDAK PERNAH SESEKALI sama seperti apa yang berlaku pada festival Future Music yang berlaku baru-baru ini. Kami sering melaungkan bebas dadah dan alkohol. Tidak pernah tercatat kematian atau rusuhan atau apa-apa yang buruk pada setiap kali berlangsung metal gigs/shows.
25 tahun saya di sini menggemari dan memperjuangkan muzik metal (yang sebenarnya hanyalah salah-satu cabang muzik rock) tetapi kami terus-terusan dihina dengan pelbagai bentuk tohmahan. Citarasa antara kita mungkin berbeza tapi kita sebenarnya berkongsi satu kehidupan dunia yang sama!
11/04/2014: Aku menerima balasan email dari individu yang tidak dikenali itu. Beliau menyatakan telah membeli tiket dan ingin sekali melihat KREATOR dan bagaimana rupanya scene metal/undergroud kita. Aku mengambil langkah memberi respon sebegini:
Tahniah kerana telah mendapatkan tiket KREATOR Live in KL. Paling tidak, anda telah memulakan usaha untuk mempelajari sesuatu dari scene kecil Muzik Metal Malaysia yang sering ditindas. KREATOR telah lama kaya-raya dengan muzik Thrash mereka sebaliknya band-band metal/underground di Malaysia tidak diberi ruang untuk berkembang malah ditaburkan pasir dalam periuk nasi mereka. Saya di sini ingin bersangka baik terhadap anda. Berikan saya sedikit masa untuk berkata dan kiranya anda melihat saya di kedudukan yang salah, tolong anggap ini sebagai satu luahan, bukannya tuduhan.
Samada anda setuju atau tidak, media mainstream tidak akan pernah mengambil peduli malah mungkin secara sengaja menutup telinga dan mata serapat-rapatnya untuk menerima, mendengar dan melihat apa yang sebenarnya ada dalam scene underground di sini (merujuk kepada email saya terdahulu). Suara kami mengatakan scene ini BERSIH, SIHAT dan POSITIF seakan tiada dalam skop penulisan media mainstream. Kebenaran dari pihak kami bagi anda tiada unsur “sensasi” yang boleh meningkatkan jualan dan pasaran anda. Segala pendapat dan pandangan kami tiada nilai komersil untuk anda (media arus perdana) mengaut keuntungan berganda! Yang datang dari media mainstream hanyalah spekulasi tanpa bukti mahupun konspirasi yang direka-reka kerana itu adalah ‘wang besar’ untuk anda. Kejengkelan apakah yang timbul dari tuduhan akal sejengkal anda media mainstream tatkala mendakwa gig itu upacara penyembahan dan metal itu anutan keagamaan? Saya (dan keseluruhan dari kami) yang telah sekian lama menyusuri perjalanan scene ini TIDAK PUN PERNAH SAMA SEKALI menjadi saksi bahawa scene ini kotor, negatif dan menyesatkan. Tiada langsung dalam kamus scene metal/underground acuan kami (yang masih mempunyai pegangan dan mengenal batas) untuk menganjur dan menggalakkan keruntuhan moral dan kesongsangan hidup.
Maaf, saya tidak mengenali anda dan anda tidak pula memperkenalkan diri. Anda penulis/wartawan profesional media perdana semestinya berada dalam rasional etika penulisan/kewartawanan anda! Jangan tipu orang tua kami, saudara-mara kami, orang kampung kami dengan cerita palsu anda! Lebih baik tidak menulis dan melapor sesuatu yang anda sendiri tidak tahu. Media seharusnya menjadi rakan terbaik dalam menegakkan Haq dan Batil dengan kaedah yang berhemah dan bermaruah. Hindari dan hentikan fitnah jika anda tahu ianya fitnah!
Sekali lagi tahniah kerana anda telah ada tiket untuk menyaksikan KREATOR Live in KL. Saya gembira kerana anda bakal berada di sana dan harap ianya ikhlas. Selamat mengenali KREATOR dan meninjau scene metal/underground di negara ini. Semoga anda mempelajari sesuatu yang lebih baik dari kehadiran anda di event tersebut. Gunakan peluang yang anda ada untuk berkenalan dengan rakan-rakan kami di sana. Mereka bukan pengganas. Malah mereka lebih ramah dari apa yang anda jangkakan. Mereka lebih terbuka mindanya dan sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan jika anda mahu.
Umur saya 44 tahun. Separuh usia saya dewasa dan semakin tua dengan muzik sebegini. 25 tahun saya lalui scene ini tetapi malangnya tidak pernah sekalipun saya bertemu dan mengalami benda-benda buruk sebagaimana dilemparkan media-media mainstream. Setahu saya, METAL sekadar satu pilihan untuk halwa telinga dan minat kami. Selebihnya kami serupa seperti anda menjalani norma kehidupan biasa, berkerjaya, berkeluarga dan bertanggungjawab kepada Tuhan yang sama seperti Tuhan anda. Terima kasih.
P/S: If you don’t like metal gig, then you go to non-metal party.. Metal is Haram. Topless is Halal?
#Berkaitan: Kreator - Live in Kuala Lumpur 23/04/2014
Himpunan Status Facebook 10-11/04/2014
Sufian Mohamed Salleh a.k.a PyanNathias
2014-03-11
#PRAYFORMH370 - PULANGLAH PESAWATKU
Malaysia, Asia malah seluruh dunia dikejutkan dengan berita kehilangan pesawat MH370 Boeing 777-200 milik Penerbangan Malaysia (MAS) yang telah terputus komunikasi dengan menara kawalan trafik udara pada tengah malam / awal pagi 8 Mac 2014. Penerbangan yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 12:41 malam dan dijadualkan tiba di Beijing pada jam 6:30 pagi. Malangnya, tanpa sebarang isyarat kecemasan atau isyarat lain dihantar, MH370 ‘hilang’ begitu sahaja pada ketika merentasi Laut China Selatan, dipercayai kawasan di sekitar selatan semenanjung Ca Mau, Vietnam. Operasi SAR (Mencari dan Menyelamat) secara besar-besaran telah dilakukan. Pelbagai teori dan spekulasi diperdebatkan; terhempas, menjunam ke dasar lautan, mendarat cemas, rampasan, konspirasi dan sebagainya. Malah ada yang beranggapan ianya seperti apa yang terjadi di Segitiga Bermuda. Wallahualam. Sehingga kini, pada tarikh editorial ini ditulis (11 Mac 2014), MH370 masih belum ditemui. Kehilangan ini sebuah “misteri”.
Apapun yang berlaku kepada MH370 hanya Dia yang lebih mengetahui. Kita cukup bersimpati dengan nasib yang menimpa 239 jiwa yang berada dalam penerbangan tersebut. Andai bernyawa, di manakah mereka? Andai mati, di manakah jasadnya? Sehingga kini kita terus memanjatkan doa agar mereka masih hidup, masih mendapat perlindungan-Nya dan berharap mereka akan segera kembali ke pangkuan orang-orang tersayang yang sedang merindui dan menanti kepulangan mereka dengan selamat.
Atas dasar prihatin dan sumbangan insani terhadap insiden belum terjawab MH370, sahabat kita saudara Rex Strike dari kumpulan muzik Nuclear Strikes telah menggubah sebuah lagu berjudul “Pulanglah Pesawatku” yang cukup menyentuh perasaan khas untuk memperingati tragedi tersebut. Hayati lagu ini, fahami senikatanya, insafi diri dan doakan untuk mereka (penumpang, anak kapal dan ahli-ahli keluarga terlibat). Semoga lagu ini juga menyatukan perikemanusiaan dan memadamkan pertelagahan sesama sendiri ekoran perbezaan ideologi.
Pulanglah
Kami Sedang Menunggumu
Dengan Penuh Sabar
Dan Pengharapan
Sabarlah
Pada Yang Sedang Berduka
Kami Sentiasa
Di Belakangmu
Kita Tak Mampu
Menahan Takdirmu
Andai Kau Hilang
Dari Pandangan Mata
Kami Sentiasa
Bersamamu
Tak Kira Apa Yang Terjadi
Kami Tetap Berdoa
Senilagu: Fix Mohd (Rex Strike)
Senikata: A.K 46
Vokal: Mr Ree
Video: Fix Mohd
Terbitan: Fix Mohd (Rex Strike)
Hakcipta: MR (Madratts)
EKSTRIM mengabadikan “Pulanglah Pesawatku” di sini untuk kenangan dan ingatan tentang misteri MH370. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada usaha murni Rex Strike, Nuclear Strikes dan pihak Madratts. Pulanglah MH370.. pulanglah pesawatku.. kami setia menunggumu.. Jika anda menghargai penghasilan lagu dan video ini, sila panjangkan penghargaan anda kepada:
– Sufian Mohamed Salleh
11 Mac 2014, 12:58 tgh
2013-11-13
NATHIAS #5 - METALLIC LOVE UNDEAD
Kenangan mengusik jiwa! Haha.. Mengendalikan sebuah fanzine adalah pengalaman yang cukup istimewa, terkandung di dalamnya pelbagai kisah pahit manis, suka dan duka. NATHIAS tercatat sebagai sejarah paling berharga dalam hidup aku, menjadi sumbangan paling bermakna dari aku untuk gerakan Metal underground tempatan, malah menyebar ke seluruh dunia. Ini bukti sokongan, perjuangan dan pengorbanan aku terhadap evolusi dan revolusi Metal Ekstrim! Menghasilkan sesebuah media bercetak secara DIY bukanlah sesuatu yang mudah. Kewangan, masa, kesungguhan dan tenaga perlu ditadbir sebaik mungkin dalam situasi persekitaran yang penuh kesempitan, kepayahan dan juga kebuntuan. Siapnya sesebuah keluaran adalah satu kejayaan dan seterusnya penerimaan / respon baik terhadap penghasilan tersebut sememangnya amat menggembirakan.
Suatu ketika dahulu, dalam tabloid/akhbar The Sun terdapat ruangan Blasting Concept yang dikendalikan oleh saudara Joe Kidd (Aedes Zine / Carburetor Dung / sekarang The Ricecooker). Ada beberapa keluaran NATHIAS yang aku hantar ke meja pena Joe Kidd untuk diiklan / diulas di dalam kolum berkenaan. Dulu aku ada simpan keratan-keratan akhbar ruangan tersebut tetapi takdir menentukan semuanya telah tiada/hilang (dibuang ibu mertua aku sebenarnya). Dengan bantuan seorang rakan, aku perolehi kembali salah-satu daripadanya. Ia rebiu untuk NATHIAS isu #5 (keluaran Februari 1998) disiarkan dalam The Sun / Blasting Concept bertarikh Rabu, 15 April 1998. Terima kasih Joe Kidd di atas penulisan beliau, dan berikut adalah catatannya di bawah judul Metallic love undead:
NATHIAS #5
(52-page, A4, photocopied)
Compared with the number of zines coming out of the hardcore scene, all-out extreme metal zines are indeed in danger of extinction. To add more injury to the ailment, some veteran zines, such as Vortex From The East, are increasingly going multi-genre, sometimes featuring more hardcore than metal itself! That’s not to say that it’s band, but a lot of times, the zines start to lose their focus.
Nathias zine is, however, back on track, staying loyal to the genre and reaffirming its faith with a more global outlook than the rest.
Bands interviewed come from different metal sub-genres, making it more universal than the last few years’ worth of solely black-metal zines.
This issue features a myriad of latest scene reports, from Thailand and Brazil to Canada and Germany. Brunei’s back-to-roots death metal band, Rust Sakaraz, is interviewed back to back with Canada’s Possession, a band more affiliated with the thrashier end of the spectrum. A rare Kuantan metal scene report and loads of reviews and the latest news from Singapore, Indonesia and Borneo make this a must.
The only worthwhile metal zine around.
(RM7 via postal order made out to: Sufian B. Mohamed Salleh, 1546 Rumah Jabatan Hutan, Jalan Seremban-KL, Batu 8, 71700 Mantin, Negeri Sembilan. Do not write “Nathias Zine” on the envelope. Write to him at and check out Nathias’ homepage at )
Sebagaimana yang aku beritahu awal tadi, ada beberapa isu lagi keluaran NATHIAS yang telah diulas dan disiarkan dalam kolum Blasting Concept, cuma aku dah tak berapa ingat isu-isu yang mana. Kalau boleh, aku nak cari semula siaran-siaran tersebut dan harap ada rakan-rakan di luar sana yang dapat membantu. Untuk makluman, keratan / imbasan rebiu NATHIAS #5 di atas adalah hasil usaha dan sumbangan saudara Wan Syamsul dari Deadhead Zine / Afterlife Productions. Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada saudara Wan Syamsul.
Jangan tanya aku masih ada lagi ke NATHIAS #5 ni. Dah lama sold out, haha! Malah, mastercopy isu ni pun dah lama terhapus (kes dibuang ibu mertua ke dalam gaung / lunyai dibaham tanah tak sempat diselamatkan, huhu.. sad but true). Ini memori di rumah bujang aku (masa tu lah) di Mantin, N.Sembilan. Duduk sorang-sorang, metal-enthusiast, takde kerja buat-buat ada kerja.. maka terhasillah NATHIAS #5, kesinambungan kepada isu-isu terdahulu! Dari lubuk Kodai Sopan (Seremban) Metal / Underground troopers, huhu! Peringatan: alamat rumah yang tertera di atas sudah invalid. Kawasan perumahan tu masih wujud, tapi rumah bernombor 1546 tu dah tak tau siapa yang duduk sekarang, jangan-jangan mereka sering diganggu hantu metal aku, hahaha! URL website tu pun rasanya dah di-delete oleh hosting-nya. Itu pengalaman pertama mengujudkan website untuk NATHIAS. Aku mana ada pernah belajar secara formal untuk membangunkan sebuah laman web.. semuanya belajar sendiri. Oh Nathias.. huhuu.. kenangan dan pengalaman yang tak mungkin dapat dijual-beli.
Aku Menulis Bukan Kerna Nama...
Sufian Mohamed Salleh, 13/11/2013
2013-09-04
EKSTRIM - ERA GEOCITIES.COM 2005 - 2006
MUNGKIN ramai yang tidak mengetahui bahawa EKSTRIM sebenarnya telah mula dibangunkan semenjak November 2005 lagi, di mana saya menggunakan tapak percuma yang disediakan oleh GEOCITIES.COM. Sebagai rekod, kali pertama saya memuatkan artikel di situ pada 17 November 2005 manakala kali terakhir ianya dikemaskini pada 6 Mac 2006 sebelum EKSTRIM berpindah ke sebuah tapak berbayar menggunakan URL www.ekstrim.info yang tidak lagi dapat di-akses dan terhapus buat selama-lamanya!
Sebagaimana tempoh EKSTRIM.INFO, selama berlangsungnya era EKSTRIM di GEOCITIES.COM adalah kenangan terindah buat saya dan rakan-rakan yang turut sama membantu eksistensi dan evolusi EKSTRIM. Pada ketika itu EKSTRIM dibantu oleh nama-nama seperti Auks, Augurmaster, Metal Work, Huntressmoon, Chi, Bloodhound, Akhiruddin, Kuliraha, Zizi Amri dan Amin Deathory [Rujuk: Redaksi]. Terima kasih saya ucapkan kepada nama-nama yang disebutkan tadi. Mereka jugalah yang kemudiannya memberi semangat dan bantuan kepada keujudan EKSTRIM.INFO sekitar pertengahan 2006 hingga 2008. Harap mereka sekiranya ada kelapangan kembali menulis dan menyumbangkan sesuatu untuk EKSTRIM yang ada sekarang!
Alhamdulillah, usaha saya menyelongkar kembali kerja-kerja lama EKSTRIM era GEOCITIES telah ditemui. Walaupun tidak semua artikel / penulisan di-arkib-kan tetapi sebahagiannya masih ada tersimpan dan boleh dibaca. Ikuti EKSTRIM di GEOCITIES.WS di dua laluan berikut:
INTRO / INDEX: http://www.geocities.ws/ekstrimzine/index.htm
LAMAN UTAMA: http://www.geocities.ws/ekstrimzine/index2.htm
- Laman Utama -
- Wawancara -
- Rencana -
- Intro / Index -
- Banner -
Sekian. Semoga anda dapat menjelajahi semula scene Metal Malaysia sekitar 17 November 2005 hingga 6 Mac 2006. Sokongan anda amat-amat dihargai. Terima kasih!
~ PIAN KVLT, 4 SEPTEMBER 2013
2013-08-31
EDITORIAL: SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA MALAYSIA KE-56
Merdeka! Merdeka! Merdeka! Laungan keramat Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama pada pagi 31 Ogos 1957 menandakan berakhirnya penjajahan British di Tanah Melayu dan lahirnya sebuah negara baru yang berdaulat. Pemasyhuran kemerdekaan tersebut telah dibuat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur yang turut mencatatkan sejarahnya baru-baru ini bilamana disitulah juga Metallica mengadakan persembahan buat julung kalinya di negara ini pada 21 Ogos 2013. Harapnya konsert berskala besar Metallica tersebut menjadi petanda Metal Malaysia telah merdeka dari sangka buruk awam dan menjadi titik-tolak kepada kedatangan lebih banyak nama-nama besar mengadakan persembahan di Malaysia ini. Hari ini, 31 Ogos 2013 merupakan tahun ke-56 rakyat Malaysia meraikan ulangtahun dan nikmat-nikmat kemerdekaan. Tidak terkecuali, warga Metal Malaysia juga turut sama merayakannya. Amat diharap, Metal Malaysia akan terus maju dan perlu "merdeka" bebas dari anasir-anasir negatif, sensitif dan pasif. EKSTRIM dengan ini mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan buat semua warga Metal Malaysia! Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh! Merdeka! Merdeka!!
- Pian Kvlt, 1:30am, 31/08/2013
...Let no one think we have reached the end of the road : independence is indeed a milestone, but it is only the threshold to high endeavour - the creation of a new and sovereign State. At this solemn moment therefore I call upon you all to dedicate yourselves to the service of the new Malaya : to work and strive with hand and brain to create a new nation, inspired by the ideals of justice and liberty... (Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra 31 Ogos 1957)
LOGO
Imej grafik bernombor 56 adalah simbolik sempena Hari Kemerdekaan Ke-56. Imej berwarna merah dan putih melambangkan Jalur Gemilang menyaluti simbol 56 menandakan kecintaan dan keharmonian tanahair yang merdeka. Manakala Bulan Sabit melambangkan kedaulatan. Direka oleh Noor Hishammudin bin Omar.
TEMA
Tema sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-56 tahun 2013 adalah "Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku". Tema yang lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan Negara bangsa ini dipilih bagi memberikan peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan Negara disamping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan Negara.
LAGU
Judul: Tanah Tumpah Darahku
Pencipta: Joe Farizal & Aye
Lirik: Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek
Penyanyi: Ahmad Zakaria
Mara! Kita halilintar
Tiada gentar puncak dunia Malaysia
Sudah bergema kita halilintar
Tiada gentar.. bendera kita terus berkibar
Wira.. menggempur musuh
Biarpun lumpuh marak api putera puteri
Kita terus gempur
Bawa semangat negara berdaulat
Malaysiaku kepadamu.. tumpah darahku
Mara.. bawa semangat negara berdaulat
Malaysiaku kepadamu.. tumpah darahku
Tanah Tumpah Darahku
2013-08-06
EDITORIAL: SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1434H
Salam Aidilfitri 1434H. Alhamdulillah, kita hampir menamatkan ibadah berpuasa. Permegian Ramadhan ditangisi Syawal dirai. Harapnya kita akan bertemu lagi Ramadhan di tahun hadapan. Sempena kedatangan Syawal dan sambutan Hari Raya Aidilfitiri ini saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kiranya selama ini saya dengan sedar mahupun tanpa disedari ada melakukan kesalahan dan kesilapan; samada tutur bicara, tingkah laku, penulisan, dan sebagainya. Saya bagi pihak EKSTRIM dengan ini mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1434H. MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Bersama ini saya tinggalkan sebuah penulisan berjudul TAZKIRAH SYAWAL untuk tatapan dan renungan bersama:
DALAM kalendar Islam, bulan yang mengiringi Ramadan adalah Syawal. Dalam tradisi masyarakat Arab jahiliah pada zaman awal kedatangan Islam, mereka mempunyai persepsi negatif terhadap Syawal. Mereka menganggap sial pada bulan ini dan kerana itu mereka enggan melangsungkan perkahwinan dalam bulan ini. Tetapi, persepsi negatif itu dihapuskan oleh Islam apabila Rasulullah SAW bernikah dengan Aisyah pada Syawal yang mulia ini.Perkataan Syawal berasal dari akar kata Arab – Syala Yashulu Shaulan – bermaksud naik, meninggi atau meningkat. Dalam pengertian, orang Arab biasa menyebut Syala al-Mizan yang bererti timbangan naik. Justeru, timbul persoalan yang sewajarnya menjadi bahan renungan bagi setiap Muslim iaitu mengapa bulan yang mengiringi Ramadan dinamakan sebagai Syawal, bulan yang naik atau meningkat? Di sini ada beberapa kemungkinan jawapan yang boleh dicari untuk dijadikan satu bahan renungan semua.
Pertama, kedudukan dan darjat Muslim sudah meningkat di sisi Allah. Dia berjaya menunaikan ibadat puasa dengan penuh keimanan, sekaligus berjaya meraih keampuanan Ilahi sesuai dengan maksud sabda Rasulullah: “Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan pengharapan keredaan Ilahi, nescaya akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu.” (Hadis riwayat Bukhari & Muslim).
Kedua, kedatangan Syawal pada hakikatnya adalah satu isyarat yang jelas terhadap keimanan dan ketakwaan seseorang Muslim. Barangkali yang dimaksudkan Syawal itu adalah bulan peningkatan iman, takwa dan amal salih selepas umat Islam menghadapi ujian ibadat puasa dan tarbiah jasmani serta rohani selama sebulan penuh Ramadan. Kalaulah sepanjang Ramadan, umat Islam begitu mudah bangun awal untuk bersahur, berpuasa, menunaikan solat subuh berjemaah di masjid dan di surau, sewajarnya di bulan Syawal ini dan bulan berikutnya turut menyaksikan istiqamah dan penerusan amalan salih yang biasa dilakukan pada Ramadan sebelumnya.Kalau tidak, bererti bulan suci Ramadan sebagai bulan tarbiah yang baru berlalu tidak memberi apa-apa makna.
Kalaulah bulan mulia Ramadan mempamerkan kerajinan umat Islam membaca dan mendalami al-Quran, malah begitu mudah untuk memberi sumbangan ikhlas, menjamu orang berbuka puasa, menderma kepada golongan fakir miskin, maka seharusnya pada Syawal dan bulan lain, mereka tetap terus melaksanakan amalan salih itu dengan penuh keikhlasan dan keinsafan demi mengharapkankeredaan Ilahi. Jika tidak, bermakna apalah ertinya kuantiti besar amalan salih yang dilakukan sepanjang Ramadan. Muslim dianjurkan berpuasa sunat enam hari pada Syawal. Puasa sunat Syawal ini amat besar ganjarannya.Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang berpuasa pada Ramadan, kemudian disusuli dengan berpuasa enam hari pada Syawal, maka dia seolah-olah telah berpuasa selama setahun.” (Hadis riwayat Muslim)Di samping itu, perlu diingat bahawa musim haji tiba dengan kehadiranSyawal ini. Firman Allah bermaksud: "Musim haji adalah beberapa bulan yang dimaklumi (Syawal, Zulkaedah dan Zulhijah)." (Surah al-Baqarah, ayat 107)Dari segi waktu atau miqat zamani, Syawal adalah bulan bermula musim haji. Ini bermakna berjaya melaksanakan ibadat puasa selama sebulan .
Ramadan, kini bermula pula perlaksanaan ibadat haji bagi sesiapa yang belum lagi menunaikan ibadat itu. Jelas di sini bahawa ada peningkatan amal iaitu dari ibadat puasa kepada ibadat haji. Pada masa yang sama, umat Islam juga menyambut Syawal sebagai bulan kemenangan dan kegembiraan. Mereka menzahirkan kejayaan ini kerana kemenangan selepas berpuasa penuh sebulan Ramadan, di samping mereka mempamerkan kegembiraan kerana merayakan Aidilfitri yang disyariatkan Allah kepada umatnya. Kemenangan dan kegembiraan yang diraikan oleh umat Islam pada 1 Syawal lebih kepada suatu lambang kesyukuran mereka ke hadrat Allah yang Maha Pemurah. Oleh sebab itulah, perayaan menyambut kemenangan dan kegembiraan ini dilakukan dengan amalan takbir, tasbih dan tahmid memuji Allah secara beramai-ramai, kemudian disusuli pula dengan solat Aidilfitri berjemaah dan mendengar khutbah hari raya.
Dalam menyambut Aidilfitri, masyarakat Islam yang benar-benar menghayati roh Syawal ini pasti tidak akan melepaskan peluang keemasan ini dengan amalan menziarahi sanak-saudara, kaum kerabat terdekat dan sahabat handai yang akrab untuk bermaaf-maafan di antara satu sama lain. Pada waktu sama, kita sewajarnya sedar bahawa Islam menuntut umatnya agar bersederhana dalam semua aspek kehidupan, termasuk dalam aspek menyambut Aidilfitri yang penuh meriah ini.
Begitulah roh Syawal dan Aidilfitri yang wajib difahami setiap Muslim supaya dapat memanfaatkan semangat peningkatan ibadat dan amal salih yang terkandung di dalamnya.Oleh itu, tiada sebab dan alasan lagi bagi umat Islam pasca Ramadan untuk kembali melakukan dosa dan berpaling dari petunjuk Ilahi. Kesucian diri dan keluhuran akhlak wajib dipelihara pada setiap masa dan ketika sesuai dengan prinsip istiqamah yang dianjurkan oleh Islam.Hal ini kerana satu kebaikan yang dilakukan hanya satu langkah untukmenuju kepada Allah. Oleh demikian, setiap Muslim tidak seharusnya berhenti di situ saja, sebaliknya berusaha dan bermujahadah untuk terus melangkah ke hadapan dari satu tahap ke tahap yang selanjutnya dalam perjalanan yang masih jauh menuju kepada keredaan Allah.
PENULIS ialah Timbalan Dekan Sekolah Pengajian Islam Universiti Darul Iman Malaysia, kampus Kusza Gong Badak, Terengganu.
2013-07-10
EDITORIAL: RAMADHAN 1434H
Salam Ramadhan Al-Mubarak 1434H. Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.
Saudara-saudari,
Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita? Sabda Rasulullah s.a.w.: "Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan".
Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertakhta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam. Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda: "Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fisabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga".
Saudara-saudari,
Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hambaNya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatNya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. InsyaAllah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri sendiri. Sabda Rasulullah s.a.w: "Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu".
Sekian, Selamat Menjalani Ibadah Puasa. Wassalam.
Ramadhan...
Sekian lama aku menanti mu
Kau hadir lagi dengan kasih sayang
Berderai airmata ku gembira
Ramadhan...
Aku musafir di dunia ini
Mencari jalan pulang kepada-NYA
Semoga ku bertemu kali ini
Berlapar dan berdahagalah aku
Memimpin hawa dan nafsu
Agar tunduk mematuhi
Perintah Tuhan Yang Maha Kuasa
Redha dan diredhai-NYA
Berbahagia aman sentosa
Ramadhan...
Aku bersujud di hening malam mu
Lailatul Qadar yang sudi bertamu
Membawa harapan tinggi menggunung
Ramadhan...
Peperangan ini akan ku tempuh
Menang atau syahid yang ku impikan
Sempurnalah fitrah ku manusia
Ramadhan...
Senilagu/Senikata: Nazz Abdul Aziz
2013-06-24
EDITORIAL: KELABU DALAM JEREBU
LEMBAH KELANG mula dilanda jerebu sejak Sabtu 22 Jun 2013, kian teruk pada Ahad 23 Jun 2013 dan bertambah parah pada hari ini 24 Jun 2013. Hari ini anak-anak diberi cuti dan mereka bergembira kerana tidak perlu ke sekolah. Ketika editorial ini ditulis pada jam 5:00 petang, situasi di luar rumah masih kelabu dalam jerebu. Mata terasa pedih. Pernafasan pula agak terganggu dalam keadaan udara yang tidak sihat ini. Aku kutip dan titipkan di sini beberapa perkara menarik tentang Kelabu Dalam Jerebu...
HUMOR #1: Entah mana datangnya cerita, jerebu yang melanda sebahagian besar negara kita ini berpunca dari pertempuran ULTRAMAN - RAKSAKSA. Hebat sungguh imaginasi kalian. Hahahaa!!...
HUMOR #2: Adiwira SUPERMAN pula dikatakan mengalami sesak nafas ataupun lelah kerana terbang bebas di ruang udara yang berjerebu tanpa mengendahkan amaran mengurangkan aktiviti di luar rumah. Hehehee!!...
FENOMENA: Penggunaan facemask melanda negara!! Sana-sini orang bercakap, mencari dan memakai facemask. Ada yang diberi / diedarkan secara percuma. Malangnya ada juga pihak yang mengambil kesempatan menjual facemask ini pada harga yang tidak masuk akal.
SINIS: Hah! Ini satu sindiran sinis buat gadis-gadis moden berpakaian seksi. "Tengok la pompuan sekarang ni, tutup hidung mulut takut jerebu... tak tutup bawah tu tak takut plak pada Allah Yang Satu!". Pedih...
METALLICA: Warga Metal sudah heboh tentang kedatangan Metallica beraksi di Singapura pada 24 Jun 2013 nanti. Ramai yang mengeluh kenapa tidak ke Malaysia? Ramai yang mula simpan niat mengumpul dana untuk turut serta menjadi saksi kepada aksi langsung Metallica di Changi Exhibition Centre nanti. Aku??? NOOOO LAH... Aku tak berminat. Lebih baik menabung untuk Family Tour ke Vietnam bulan November nanti, hehehe!! Aku agak 'kureng' dengan Metallica semenjak kelahiran 'the black album' mereka. Metallica pada aku hanya terbaik semasa 4 album terawal mereka; "Kill 'Em All", "Ride the Lightning", "Master of Puppets" dan "...and Justice for All". Itu sahaja excited aku pada Metallica. Bagi yang teruja dengan Metallica - Live in Singapore, ini maklumat untuk anda:
2013-06-20
EDITORIAL: EKSTRIM @ NETWORKEDBLOGS.COM
Dalam usaha mempertingkatkan sensasi (hahahaa!) dan prestasi EKSTRIM menyalurkan informasi dan memperhebatkan komunikasi, EKSTRIM telah berdaftar di NetworkedBlogs. Anda boleh dari masa kesemasa mengikuti dan memperolehi kemaskini EKSTRIM di: www.networkedblogs.com/blog/ekstrim. Anda yang memiliki akaun facebook dengan ini dijemput untuk mengikuti EKSTRIM dengan memberikan klik anda pada butang "Follow this blog" di bawah ini:
Sekian, Terima kasih di atas sokongan anda!
2013-06-06
EDITORIAL: NATHIAS ‘ZINE @ FACEBOOK.COM
Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Apa khabar anda di sana? Diharapkan anda semua dalam mood yang baik dan seharusnya sihat walafiat. Terima kasih kerana terus memberi sokongan kepada kewujudan dan perjalanan EKSTRIM. Walaupun tidak seberapa fungsi dan impaknya, paling tidak EKSTRIM sedikit-sebanyak membantu kemeriahan dan perkembangan scene Metal Underground di negara kita ini. Mungkin telah ditakdirkan EKSTRIM hanyalah sekadar media online, media di atas talian. EKSTRIM wujud pada zaman siber, zaman di mana teknologi internet menjadi platform utama untuk saling berhubung berkomunikasi dengan cara lebih mudah dan pantas. Terima kasih kerana menerima EKSTRIM dalam wajah dan wadah yang sebegini rupa – media di atas talian – berorientasikan google, blogspot, myspace, facebook, twitter dan seumpamanya.
Dahulu, pada suatu ketika dahulu, saya adalah insan di sebalik sebuah FANZINE yang diberi nama NATHIAS. Ya, ia adalah sebuah media di atas kertas. FANZINE yang dibikin di bawah konsep Do-It-Yourself, disiapkan memakan masa berbulan-bulan lamanya, diterbitkan secara bercetak (tepatnya salinan fotostat) dan diedar melalui hantaran pos – itulah media yang seharusnya lahir dari ertikata underground yang sebenar, hakiki underground yang tulen.
Mengusahakan NATHIAS FANZINE bukanlah sesuatu yang mudah. Ia mengajar saya, mendewasakan saya, memperlihatkan saya kepada maksud semangat dan keringat, masa dan tenaga, pengorbanan dan perjuangan. Antara keberanian dan ketidakyakinan. Antara kesungguhan, kegigihan dan juga lelah dalam kelemahan diri sendiri. Diari dan memori menyediakan NATHIAS terlalu banyak terpatri menjadi sebahagian dari sejarah peribadi kehidupan saya, hasilnya adalah apa yang telah dan pernah saya kongsikan bersama mereka-mereka yang ada memiliki, membaca dan menyimpan naskah-naskah NATHIAS. Sebagai editor, saya tidak pernah berfikir untuk bersaing menjadi yang terbaik. Saya cuma mahu memberikan sumbangan yang sebaik mungkin yang saya mampu untuk scene Metal Malaysia. Saya juga tidak mahu dikenang sebagai lagenda kerana saya hanyalah mahu menjadi sebahagian daripada ANDA – kita sama semuanya sama, apa yang ada hanyalah kehidupan...
Selepas 12 tahun kali terakhir NATHIAS diterbitkan, saya ingin sekali berkongsi perjalanan dan pengalaman saya mengusahakan fanzine yang tiadalah seberapa ini. Untuk itu, saya telah membuka laman facebook khas untuk NATHIAS di mana rakan-rakan saya dapat mengimbas mengenang kembali apa yang ada pada saya dan dari fanzine ini. Ronda-ronda dan singgah di: www.facebook.com/nathiasmag
Di bahagian DESCRIPTION, dalam Bahasa Inggeris yang broken secara ringkas saya catatkan informasi dan kronologi NATHIAS, sebagaimana berikut:
"NATHIAS is the Aesthetics of Pure Extremity. Considered by many as among the first / earlier Metal/underground fanzines in the country. The idea started back in 1991/1992 with a pre-monicker QIAMAT. Few initial interviews made under this Qiamat name. Then, changed to the more evil-sounded name Nathias when it came to the final stage of releasing debut issue in March 1993. Active on paper edition until the last issue #8 unleashed in April 2001.
Issue #1 - March 1993 (Serdang, Selangor)
Issue #2 - November 1994 (Mersing, Johor)
Issue #3 - July 1996 (Seremban, N.Sembilan)
Issue #4 - December 1996 (Seremban, N.Sembilan)
Issue #5 - February 1998 (Seremban, N.Sembilan)
Issue #6 - September 1998 (Seremban, N.Sembilan)
Issue #7 - January 2000 (Batu Caves, Selangor)
Issue #8 - April 2001 (Batu Caves, Selangor)
June 2002 relocated to Kota Bharu Kelantan.
Issue #9 - Pending / Unreleased: Most of the materials (interviews, reviews, etc) were then published online through Aesthetic Extremity webzine (RIP 2002 - 2005/2006). There was an attempt to regather the old materials to be release on paper scheduled on 09.09.09 but again, it failed and abandoned.
Issue #10 - Just a fuckin' unsuccessful plan. Proposal frontcover shown on www.myspace.com/nathiasmagazine (I lost password of this myshit). Since then, Nathias was put on ice until now...
As for now, the getting-old editor running another online publication named EKSTRIM, a Malay-written and focusing on Malaysian Metal underground only! Do visit the site at: http://ekstrim-info.blogspot.com/
Infernal thanxxx for the TRUE support! The CULT is now arising!!! Until the light takes us..."
Sekali lagi ingin saya nyatakan adanya NATHIAS di rangkaian facebook ini hanyalah sekadar untuk berkongsi dengan rakan-rakan pada apa yang masih tertinggal dari fanzine ini. Sejujurnya, saya kehilangan sebahagian besar bukti-bukti yang seharusnya disimpan dengan baik, diarkibkan sebagai sejarah berdirinya NATHIAS. Sebahagiannya hanyalah kenangan yang terpahat dalam ingatan. Maaf rakan-rakan, jangan anggap saya sifu, lagenda atau apa sahaja yang bunyinya mengangkat diri saya melebihi biasa. Saya hanya mahu menjadi sebahagian daripada ANDA – kita sama semuanya sama, apa yang ada hanyalah kehidupan...
Kongsikan bersama apa yang anda ada dan tahu tentang NATHIAS. Anda boleh ‘SUKA’ jika anda mahu, dan anda boleh juga TIDAK SUKA jika perlu. Anda dijemput melayari: www.facebook.com/nathiasmag
~ Pyan Nathias \m/ 12:43 AM 6 Jun 2013
Langgan:
Ulasan (Atom)


































