Memaparkan catatan dengan label ULASAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ULASAN. Papar semua catatan

2016-01-02

ULASAN | INHUMAN - AWAKENED AT WORLD'S END


INHUMAN - Awakened At World's End
Independen, 2015

Arghhh! Selamat kembali INHUMAN. Dunia amat bertuah untuk menerima semula reformasi INHUMAN selepas lebih 20 tahun menghilang diri. Biarlah CD 4-lagu ini baru sekarang dapat ditulis dalam sejarah rilisan pertama INHUMAN daripada langsung tiada apa sebagai kesan dan bukti. "Awakened At World's End" adalah sebuah produk old-school Deathrash metal hasilkarya sekelompok pemuzik yang benar-benar eksis dan telah berada di era kegemilangan Death/Thrash Metal awal 90an. Jadinya, emosi, perasaan atau "feel" old-school dalam muzik INHUMAN adalah lahir semulajadi, bukan dipaksa atau dibuat-buat. Segera dapatkan "barang baik" ini jika anda mahu nikmati ertikata old-school sebenar.

facebook.com/InHuman-1041762769172824

ULASAN | SUFFER REMAIN - IMPALED HUMANITY


SUFFER REMAIN - Impaled Humanity
Celestial Frequency, 2015

Nak cari sajian Brutal Death yang lazat tak perlu pergi jauh sampai ke US atau Eropah. Nun di Kuala Terengganu pun ada. Selain dari nasi dagang yang enak, SUFFER REMAIN sedia menghidangkan brutal death metal yang secukupnya berat dan padat. Ramuan mereka adalah permainan yang ketat. Perasa mereka adalah suplemen idea di luar jangka. Buat penggemar metal ekstrim resepi brutal death, ini makanan anda. Sungguh menyelerakan untuk ditelan dan dihadam.

facebook.com/SUFFERREMAIN
facebook.com/celestialfrequency

ULASAN | V/A - A SOUND FROM THE NORTHERN SKY VOLUME 1


V/A - A Sound From The Northern Sky Volume 1
Raung Records, 2015 

Ini sebuah kompilasi di mana saya berasa cukup selesa untuk menikmati pelbagai genre muzik pada satu masa. Menariknya juga, ini usaha baik Raung Records menghimpunkan band-band asal Perlis dalam satu dokumentasi muzik bawahtanah. SAVAGE membuka tirai bagaikan gempita metal yang berat dan padat. Saya kemudiannya hanyut dalam irama melankolik MOI LAST VON yang memilukan. MERENGGAH menjulang tinggi semangat progresif mereka. Mengakhiri Keratan A, AHMAD RAIMI umpama terapi jiwa dalam suntikan ambient ciptaannya. Beralih ke Keratan B, seni avant-garde metal AU REVOIR sememangnya sentiasa berada pada kualitinya yang tersendiri, tanpa pencabar dan itu pasti. VILLAINS A. CITY menghadirkan sesuatu yang menghiburkan dalam nuansa rock alternatif. CATAGAXIAN cukup padu dan laju tanpa meninggalkan resepi melodik. KROSOT menutup edisi pertama kompilasi ini dengan cukup sempurna melalui kebingitan Noise buatan mereka. Kompilasi ini cukup berbaloi untuk dimiliki cuma mungkin lebih baik jika ada info ringkas setiap band yang ditampilkan. Saya juga sarankan band seperti DOSA dan WRECKÄR berada dalam radar Raung Records untuk keluaran Volume 2 akan datang.

facebook.com/raung.rekod

ULASAN | KROSOT / GORB - SPLIT TAPE


KROSOT / GORB - Split Tape
Raung Records, 2015

Gelarlah aku poser jikalau menikmati dan menghargai sesuatu karya non-metal itu satu kesalahan di bawah akta “true metal maniac”, haha. Kali ini aku nak bercakap tentang split tape yang genre-nya jatuh di bawah profil muzik elektronika. KROSOT adalah pencernaan bunyian harshnoise dijana oleh dua anggota kumpulan noisegrind DOSA. Kemahiran Amir dan Madi memanipulasi bunyi dari gajet dan circuit bending menghasilkan lagu Taqiyah (side A) yang kedengaran merenjat dan menggetar bagai terkena kejutan elektrik. GORB pula juga bukan nama baru. Air tangan saudara Jadam (gitaris NECROTIC CHAOS / PROFANE CREATION) telah aku dengari sejak debut demo (1994 tak silap) berbau Techno/Industrial. Dua lagu dalam split ini (side B); Jauh Di Mata dan Abcess adalah revolusi Jadam selepas 20 tahun bereksperimentasi melalui GORB. Lagu-lagunya seperti gubahan remix yang asyik dan mengkhayalkan hasil gunapakai software tertentu. Maaf kiranya tafsiran aku melalut dan kelaut. Aku mengulas dari kacamata seorang metalhead. Yang pasti, split tape ini eksplorasi bunyi menerusi aplikasi alatan dan perkakasan. Hanya untuk mereka yang bersedia untuk berada dalam dimensi lain.

facebook.com/raung.rekod

2016-01-01

ULASAN | SIL KHANNAZ - THUNDER ROAR



SIL KHANNAZ - Thunder Roar
Mamat Records, 2015

Tatkala menghampiri 30 tahun usia perjalanan Sil Khannaz dalam arena muzik metal tempatan, band seperti ini bukan sahaja tidak lagi perlu diperkenalkan malah apa sahaja produk berjenama Sil Khannaz yang dikeluarkan tidak wajar menjadi pertikaian. Sil Khannaz hari ini telahpun berada pada tahap dan kedudukan mereka yang tersendiri. Justeru itu, apa yang perlu mereka terima (atau lebih tepat apa yang perlu kita berikan) adalah penghargaan dan sokongan padu tanpa ada belah-baginya. "Thunder Roar" mungkin sekadar sebuah EP 4-lagu tetapi nilainya cukup tinggi buat kita yang sering tertanya dan ternanti rakaman-rakaman baru dari sebuah band otai yang tidak lagi produktif. Memang benar, kita tidak akan dapat perolehi kembali emosi sewaktu lahirnya kehebatan "Conception of Madness" mahupun "Pendita Gila". Paling tidak, Sil Khannaz menjejaki semula intergriti era "Gerbang Kayangan" dan "Bara Pawaka". Yang penting, Sil Khannaz tidak sesekali mengabaikan kredibiliti mereka sebagai sebuah band Death Metal biarpun disulami adaptasi dan fleksibiliti terhadap usia mereka. Berikan penghormatan kita kepada Sil Khannaz. Bagi saya, "Thunder Roar" adalah sebuah rilisan "wajib-beli" dan "mesti-milik" bagi semua warga metal Malaysia, tanpa ada dolak-daliknya. Lupakan tentang kurang-lemahnya yang ada. Tiada siapa yang sempurna. Pandanglah pada semua kelebihan yang Jaie dan rakan-rakannya miliki. Rumah yang kita duduki hari ini adalah hasil binaan mereka-mereka ini suatu ketika dahulu. Tidak berapa lama lagi kita takkan dapat melihat Sil Khannaz kerana mereka kini berada di titian senja. Berdoalah agar Sil Khannaz diberi kesihatan yang baik agar mereka dapat mengeluarkan sebuah album penuh pada hari ulangtahun ke-30 penubuhannya untuk melengkapkan kembara seni sebuah lagenda.

facebook.com/Sil-Khannaz-44886560846
facebook.com/MAMAT-Records-663147283827614

2015-09-21

LANGSUYR - THE EASTERN CRUELTY LP (2015)



Mereka adalah arkitek budaya. Pencetus ideologi "eastern" dalam irama Metal Ekstrim tempatan. Peledak satu fenomena yang merebak mendadak menjadi ikutan. Itulah LANGSUYR, perintis Eastern Metal yang disanjung tinggi dan inspirasi kebanyakan pada ketika itu (malah hingga sekarang). Jika kembarnya dari Singapura AS-SAHAR menjurus kepada Eastern Black Metal, LANGSUYR mendukung Eastern Death Metal dalam laluan karier mereka. LANGSUYR pada asalnya dieja LANGSUIR, malah pernah disebut RIUSGNAL.

Eastern Metal begitu berleluasa sekitar pertengahan tahun 90-an kesan dari rilisan-rilisan seperti "Meditation Embun Pagi" dan "Phenomistik" (kedua-duanya oleh AS-SAHAR) serta "Occultus Mysticism" Demo 1993 oleh LANGSUIR. Sekitar tahun 1996, LANGSUIR melalui label berprestij NEBIULA PRODUCTION telah melahirkan sebuah lagi Mahakarya Eastern Metal iaitu "The Eastern Cruelty" Cass.EP (format kaset) yang cukup-cukup memberikan impak kepada scene metal underground, mengakibatkan kegilaan di kalangan penggemar muzik metal tempatan malah penyebab tumbuhnya bagai cendawan selepas hujan band-band yang mahu menyuntik irama sedemikian.


"The Eastern Cruelty" kekal sebagai produk terhebat dari kem LANGSUIR (kini LANGSUYR). Ianya EP ataupun mini album 4 buah lagu yang tiada tandingannya. Lagu-lagu berhantu seperti My Oath for Thee dan Tangisan Embun Pagi jadi dambaan setiap warga metal Malaysia. Alunannya benar-benar memikat dan melekat! Tidak cukup itu, Nebiula Production mengulangi kemahsyuran "The Eastern Cruelty" bilamana ianya dikeluarkan pula dalam format CD pada tahun 2005. Lebih menarik, keluaran CD ini turut memuatkan khazanah berpuaka "Occultus Mysticism" Demo 1993. [Nota: Juga 2 lagu dari kompilasi "Ipoh's Metal Militant Supremacist"].

Setelah itu, LANGSUYR melalui fasa perubahan dan peralihan. Album debut mereka "Asyik" (Clockwork Records, 2005) menerima pelbagai respon pro dan kontra. Namun apa keadaan sekalipun, LANGSUYR tetap diangkat sebagai Wirama Eastern Metal Malaysia. Rilisan seperti "The Eastern Cruelty" tidak akan pernah dilupakan oleh sebahagian besar pengikut dan penggiat muzik metal di negara ini, malah di persekitaran nusantara termasuklah Singapura, Brunei dan Indonesia. Generasi hari ini yang baru lahir mahupun belum lahir pada ketika dan saat itu turut mencari dan ingin mengenali apa itu "The Eastern Cruelty". Itulah gelombang metal timur yang menakjubkan!


MAMAT RECORDS (awalnya dinama Gates Of Metal Records) membuktikan sifat baru wujud mereka bukan sia-sia! Setelah merealisasikan album kedua SIL KHANNAZ "Gerbang Kayangan" dalam format piringhitam, kini tiba giliran LANGSUYR "The Eastern Cruelty" dinaikkan darjatnya, dipelihara kehormatannya, dizahirkan ke alam nyata dalam format 12" vinyl LP. Ini barang eksklusif! Terhad 300 unit dan akan tiada ulang-cetak! Disediakan dalam 4 warna piring berbeza untuk anda buat pilihan; BLACK (90 unit), CLEAR (80 unit), ORANGE (70 unit) dan PUTIH (60 unit).

SIDE A
1. My Oath for Thee
2. Bastardized Rejaman Sihir/Pontianak
3. The Seven Headed Dragon of Pelangi
4. Tangisan Embun Pagi

SIDE B
1. The Seventh One
2. In The Name of Sil-Khannas
3. Occultus Mysticism

LANGSUYR - Tangisan Embun Pagi (Penang MetalFest 1997)

Demi identiti "The Eastern Cruelty", artwork asal turut digunakan untuk edisi 12" LP ini akan tetapi diberi sentuhan semula oleh KOMPGRAPHNER - facebook.com/kompgraphner, sebuah agensi grafik yang dilaksana sendiri oleh salah seorang ahli anggota LANGSUYR. "The Eastern Cruelty" LP sudah boleh diperolehi sekarang, berada di pasaran pada harga RM90. Untuk pembelian melalui pos, pertanyaan lanjut atau sebarang urusan perniagaan silalah berhubung terus dengan MAMAT RECORDS. 

Kelahiran LANGSUYR The Eastern Cruelty 12" LP adalah Darjat Yang Terpelihara. Ayuh bermohon agar 2 lagu lagi dari kompilasi Ipoh's Metal Militant Supremacist; Descent of the Fire-Breathed dan Kucemari didokumentasikan dalam satu rilisan 7" EP. Sekian.

INFORMASI:

2015-09-20

SIL KHANNAZ - GERBANG KAYANGAN LP (2015)


"Gerbang Kayangan" – tiada dapat disangkal bahawa ia adalah salah satu karya terbaik dihasilkan SIL KHANNAZ. Ia album kedua mengikut kronologi diskografi band yang telah menghampiri usia 30 tahun keujudannya. "Gerbang Kayangan" diriliskan buat pertama kali sekitar tahun 1997 oleh NEBIULA PRODUCTION. Rilisan ini cukup berkesan tarikannya bilamana inilah album di mana SIL KHANNAZ mula memperkenalkan lagu-lagu dalam senikata berbahasa Melayu. INTERGLOBAL (IGM) pernah juga mengeluar dan memasar semula album ini dalam pakej yang digelar Deluxe Edition (2006).

Integriti "Gerbang Kayangan" tidak pernah mati. Ia sebuah album malarhijau, yang terus segar untuk dinikmati biarpun sudah 18 tahun memberi khidmat di telinga-telinga para pendengar muzik metal tempatan. Lagu-lagu seperti Santapan Terakhir Raja Bersiong. Purnamarjuna dan lagu judul album Gerbang Kayangan terutamanya telah menjadi siulan hampir dua dekad, dari generasi ke generasi. Reputasi SIL KHANNAZ yang terus hidup, teguh berkarya hingga ke hari ini perlu diberi penghormatan. Sudah sampai masanya "Gerbang Kayangan" dinaiktaraf ke satu peringkat yang lebih dihargai dan bernilai tinggi.


Ironinya, Jaie sang vokalis yang menjadi tunjang hadapan SIL KHANNAZ telah mengumumkan penutupan label beliau NEBIULA PRODUCTION pada penghujung 2014 namun berjanji meneruskan kegiatan band di bawah pengurusan SIL KHANNAZ MANAGEMENT. Maka terdapat perkhabaran di awal tahun 2015 di mana adanya pakatan kerjasama dengan GATES OF METAL RECORDS untuk mengeluarkan "Gerbang Kayangan" dalam format eksklusif 12” LP; piringhitam pelbagai warna terhad 300 unit dijadualkan berada di pasaran sekitar Februari atau Mac 2015. Biarpun mungkin ada sedikit penundaan, SIL KHANNAZ Gerbang Kayangan 12" LP dapat diedar sepenuhnya sekitar pertengahan tahun. Ia adalah satu martabat yang terbela!

Side Gerbang (A)
1. Gerbang Kayangan
2. Santapan Terakhir Raja Bersiong
3. Debauch Absorbtion
4. Purnamarjuna
5. Merong Mahawangsa

Side Kayangan (B)
6. Hamba Malam
7. Eastern Barbaric Skullkrusher *
8. Angin Sharshar **
9. The Fading Lunar **
*live **bonus


Pemilikan SIL KHANNAZ Gerbang Kayangan 12" LP adalah sesuatu yang amat disarankan buat para pengumpul keluaran berbentuk piringhitam di Malaysia ini, paling khusus kemestian kepada penyokong setia perjalanan dan perjuangan band SIL KHANNAZ itu sendiri. Kurang pasti dengan kedudukan stok ketika artikel ini ditulis, segeralah hubungi MAMAT RECORDS (GATES OF METAL RECORDS) untuk dapatkan salinan anda. Piring dikeluarkan dalam 4 warna berbeza; putih, kuning, merah dan hitam. Pengeluaran yang berwarna penuh, disertai 4 mukasurat inlay serta percuma poster bersaiz A3 pasti menjadi sebahagian dari kebanggaan anda. Peringatan: Bertindak sekarang kerana hanya ini peluang yang anda ada!

SIL KHANNAZ sememangnya berhak untuk diberi dan menerima segala penghormatan tertinggi hasil usaha mereka selama ini. Mereka adalah antara wajah dan wadah asal yang merintis dan membina lorong-lorong yang ada dalam scene metal underground tempatan hari ini. Setelah "Gerbang Kayangan" dan album pertama "Conception of Madness" (Gempita Records, 2011) diberi improvisasi dalam format piringhitam (vinyl), harapnya akan ada pihak pula yang tampil untuk melakukan perkara yang sama ke atas album ketiga SIL KHANNAZ "Bara Pawaka" (Nebiula Production, 2000). Sekian.

INFORMASI:
facebook.com/mamat.rec.1
facebook.com/pages/Sil-Khannaz/44886560846

2013-11-15

ULASAN | INSANHAK / CRUELTY DIVISION - SPLIT PROMO 2012


Baru sahaja menerima Split Promo hebat ini: INSANHAK dan CRUELTY DIVISION. Dua buah band yang mana ahlinya terdiri daripada rakan-rakan lama saya dari era gemilang IMM (Ipoh Metal Militant). Dua lagu pertama dalam split CD ini adalah dari INSANHAK: Lagu pertama berjudul "All for Revenge". WOW!.. kekuatan vokal Urie sememangnya suatu kejutan! (kebiasaannya beliau seorang yang lemah-lembut budi bicaranya, haha). Kemudian menyusul lagu kedua yang menjadi pilihan kegemaran saya bertajuk "Black of Hate", terutamanya di bahagian korus. Penguasaan vokal yang bertenaga dipadani dengan riff-riff yang berat serta ketukan padu dari dram. Boleh saya katakan bahawa muzik INSANHAK adalah campuran Napalm Death bertemu Agressor. Seterusnya, datang pula lontaran-lontaran vokal mendasar (bersifat deep) dari CRUELTY DIVISION. "Cut of the Knife" bagaikan mendorong anda menghayunkan kepada sehingga mencecah lantai! Total Eargasm!! Sebaliknya, lagu CRUELTY DIVISION kegemaran saya adalah "Planet Gringragong". Barbanding rentak asal genre Pop, lagu ini bertukar wajah diubahsuai dalam gaya Metal yang benar-benar unik hasilnya.. Growl tanpa belas kasihan diiringi riff-riff menangkap dan mainan dram penuh amarah! CRUELTY DIVISION tiada tolok bandingnya! Cepat dapatkan split promo ini dan bersedialah untuk kegemparan menyeluruh!!!


PENILAIAN: 5/6 | ULASAN: ANI SAMSUDIN

ULASAN | VISITANT - THE SWORD WITHOUT EYES (EP 2012)


Ini adalah EP sulung dari VISITANT yang berasal dari Pahang, berjudul "The Sword Without Eyes". Ia menampilkan sebanyak empat buah lagu Black/Death Metal, iaitu: (1) The Sword Without Eyes, (2) Through Me I Can't See, (3) Nida' Lil Haq, dan (4) Tales of the Past II. Terima kasih diucapkan kepada saudara Hulubalang Timur kerana memberi saya rilisan epik ini. Sesungguhnya, CD ini adalah sebuah rilisan yang PATUT didengari. Muzik mereka berkepelbagaian, berbeza-beza dari satu trek ke satu trek yang lain. Muzikal yang dilengkapi dan diperkuatkan dengan penceritaan-penceritaan bertemakan peperangan! Anda harus lihat/dengar lagu trek ke-3 yang mana menggunakan bahasa Arab. Namun bagi saya secara peribadi, saya lebih sukakan lagu pertama mereka yang turut dipilih menjadi tajuk utama EP ini: …The Power we seize.. Not from the Steel, or the Troops we have.. From the weapon deep Inside.. And we called it JIHAD (..is our Sword!..)


PENILAIAN: 5/6 | ULASAN: ANI SAMSUDIN

ULASAN | NEKRAD / VOCIFERATION ETERNITY - DRAGONIA PEGASO (SPLIT 2012)


Hakikatnya, CD ini bukan milik saya, haha! Saudara Dark-E (Vociferation Eternitiy) telah memberi CD ini kepada seorang rakan yang kelihatan agak kabur dengan scene Malaysia. Jadi, bila rakan saya tadi menunjukkan kepada saya CD ini, saya berasa lebih daripada gembira untuk menerangkan kepada beliau tentang VOCIFERATION ETERNITY dan NEKRAD, yang mana kedua-dua band ini datangnya dari Ipoh, Perak. Selain daripada mengambil gambar rilisan ini untuk dikongsikan di sini, saya juga berpeluang untuk mendengar kandungan split tersebut. Ia mengandungi keseluruhannya 8 buah lagu yang bersifat melodik dan kelam; masing-masing tampil dengan 4 buah lagu. Lagu-lagu pilihan saya adalah: "Anxiety of the Unknown" (VOCIFERATION ETERNITY) dan "Lycanthropy Massive Invades" (NEKRAD). 

www.facebook.com/pages/NekraD/225978044103122
www.facebook.com/pages/Vociferation-Eternity/44373215786

PENILAIAN: 5/6 | ULASAN: ANI SAMSUDIN

ULASAN | SUFFERCATION - DAY OF DARKNESS (RE-ISSUE)


SUFFERCATION – ianya sebuah band yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Sekiranya anda warganegara Malaysia tetapi tidak mengetahui (tidak pernah mendengar) tentang SUFFERCATION, anda patut malu dengan diri anda sendiri! "Day of Darkness" adalah satu penghasilan yang cukup hebat, benar-benar membunuh! Ulasan ini merujuk kepada edisi keluaran semula album pertama "Day of Darkness" oleh BLACKWINDS PRODUCTION, sebuah label dari Singapura (Nota: Satu lagi edisi keluaran semula adalah di bawah AFTERLIFE PRODUCTIONS, Malaysia). "Day of Darkness" keluaran Blackwinds menampilkan 10 buah lagu-lagu menakjubkan sebagaimana keluaran asal album tersebut namun saya dapati kualiti bunyinya lebih baik, lebih jelas berbanding edisi terbitan Afterlife. Saya kurang pasti mengapa dan bagaimana perkara ini boleh berlaku. Anda dengarkan sendiri kedua-dua edisi tersebut, bandingkan dan hakimi perbezaannya! (Pasti anda akan temui apa yang saya maksudkan). Apapun, selagi ianya SUFFERCATION, selamanya sokongan saya berikan. Jika disoal lagu SUFFERCATION manakah yang menjadi kegemaran saya sepanjang masa? Jawaban saya semestinya "Satan Cries"…


PENILAIAN: 6/6 | ULASAN: ANI SAMSUDIN

ULASAN | VOLTAN - EP 2010


4 buah lagu bercorak Unholy Dark Metal, didatangkan dari Sarawak. Lagu pertama mereka "Hell Prevails" terus menjadi pilihan kegemaran saya. Ia bermula dengan kelajuan hentaman dram berserta asakan riff-riff gitar dan vokal melaungkan "hell command..6..6..6", kemudian berterusan dengan "violence! violence! violence!" melalui lagu kedua mereka "Violence Reputation" diikuti bunyian tiupan angin seumpamanya seolah-olah gempita tanpa penghujung di trek ketiga "Chaos Generator". Disusuli lagu terakhir "Blasphemous Mantra" melengkapi serangan hampir 30 minit ibarat mengakibatkan kemusnahan dunia secara total melalui muzikal ciptaan mereka. VOLTAN pada pandangan saya kedengaran seakan Hellhammer, Bathory… Saya juga lebih beruntung kerana pernah menyaksikan persembahan 'live' mereka yang mana sememangnya mereka menakjubkan! Aksi-aksi yang penuh dengan headbanging dan bertenaga! Muzik mereka jahat. Vokal mengingatkan saya kepada mendiang Quorthon dan kepada pemain dram mereka yang masih muda, saya berikan 9/10 di atas showmanship yang dahsyat! Secara keseluruhan, VOLTAN sebuah band yang hebat, berkuasa penuh dan mereka boleh pergi lebih jauh jika diberi peluang. Apa lagi mahu ditunggu, segera dapatkan EP 2010 ini!!

PENILAIAN: 5/6 | ULASAN: ANI SAMSUDIN

ULASAN | V/A - UNITED METAL ATTACK VOL. 1


UNITED METAL ATTACK adalah sebuah CD Kompilasi di mana Volume 1 ini menampilkan 9 buah band: KILL MY BRIDE, AS ASHES FALL, BAHAJANG, BENEATH THE REMAIN, DARK CHRONICLES, AMNESIA, DHERYTA, HIDDEN MAYA dan INFERNAL VOID. Agak menarik, setiap band mempersembahkan bentuk muzik yang berbeza. Saya simpulkan lagu-lagu kegemaran saya dari kompilasi ini adalah: "Manness Symphony of Molestor" (BAHAJANG – terutamanya tarikan bahagian vokal), "News from Hell" (BENEATH THE REMAIN), "Mambang is Ghost" (DARK CHRONICLES), "Disturbing Mind" (HIDDEN MAYA) dan "Manifesto of Hate" (INFERNAL VOID – kerana kekuatan bahagian-bahagian dram). Saya kurang pasti bagaimana untuk mendapatkan CD ini kerana saya sendiri memperolehinya semasa gig United Metal Attack di Ipoh (pada 3 Jun 2012). Sekiranya berminat, mungkin anda boleh menghubungi personil-personil berikut:


PENILAIAN: 3/6 | ULASAN: ANI SAMSUDIN

ULASAN | HELDRASIL - SON OF DARKNESS (EP 2010)


Tatkala ini saya sedang mendengar EP dari HELDRASIL berjudul "Son of Darkness". Ianya mengandungi 4 buah lagu yang berunsurkan Melodic Death Metal yang begitu membunuh! Saya begitu terpikat dengan lagu pertama "Born" terutamanya bahagian-bahagian drumming (permainan dram) yang sememangnya power! (Maaflah, saya hanya minat dram sahaja.. riff-riff gitar saya tidak berapa pandai, hehe!). Kredit saya berikan untuk penyampaian vokal pada lagu terakhir "Until the Last". Ayuh kita berikan sokongan kepada scene tempatan!!


PENILAIAN: 4/6 | ULASAN: ANI SAMSUDIN

ULASAN | AJAL / HARLOTNYMPH - SOUND OF RAW (SPLIT 2010)


Saya beranggapan, band ini pastinya sebuah band yang mendapat telah menerima respon menggalakkan memandangkan apabila saya bertanya untuk mendapatkan sebarang material mereka, hanya split CD ini sahaja yang masih ada (boleh diperolehi) di tangan AJAL. Gambaran baik tentang AJAL turut mendorong saya untuk membeli sehelai t-shirt keluaran band ini. Saya sukakan bahagian intro pada lagu "Hukuman Ke Tali Gantung" namun kegemaran peribadi saya adalah lagu anthem mereka yang berjudul "Ajal Tiba Bila Seruan Menjelma". Mendengarkan keseluruhan lagu-lagu AJAL mengingatkan saya kepada stail lama mainan LANGSUIR dan tanpa diragui, inilah kekuatan AJAL yang membuatkan saya cukup tertarik kepada band ini. Lebih istimewa, AJAL menjadi lebih bagus tatkala mereka beraksi 'live' di atas pentas oleh itu saya cadangkan anda hadir dan saksikan persembahan mereka dalam mana-mana gig yang mereka sertai. Saya pasti ramai yang telah mengetahui tentang AJAL, memiliki dan mendengar material-material mereka tetapi sekiranya belum, sila hubungi band berkenaan sebagaimana capaian berikut:


PENILAIAN: 4/6 | ULASAN: ANI SAMSUDIN

2013-10-16

ULASAN | KUKUBESI - DICTATOR SYMBOLIC (DEMO 2013)


Rising from the ashes of Tandus comes this 5-piece band from Johore: KUKUBESI!!!!... Their CD starts with a slow doomy intro before surprising you with sudden drum attacks and guitar riffs.. in comes the deep growls of Xul Axrai accompanied with soft screeches of Atoi in "Dictator Symbolic"... "Behind the Puppet" kills as much with the everpounding drums and catchy tunes, and gutvomit vocals... then slows back to a doomy outro... a totally insane ride listening to this... Death Metal at its best in the veins of Morbid Angel, Death etc.. with a touch of grind ala Carcass, their music will rip you off your brain!!!!... So for those who haven't got this, WRITE NOW to any of the guys tagged here!... BUY OR DIEEEEE !!!!

Dzulkarnain Jambari - www.facebook.com/ainraptor75
Nightscream Painkiller - www.facebook.com/nightscream.painkiller
I'one Soulkiller - www.facebook.com/onesoulkiller

PENILAIAN: 5.5/6 | ULASAN: ANI SAMSUDIN

2013-09-09

ULASAN | LOBOTOMY - SATANIC SPEED METAL RITUAL (TAPE)


Ok you guys probably heard this tape already, but if it's a killer, we should spread it around.. especially if it comes from your own buddies!.. This is the full-length of LOBOTOMY from Malaysia titled "Satanic Speed Metal Ritual", which consist of 8 tracks (not in order): Delusion of Sins, Hell's Metal Brigade, Mistress of Ecstasy, Powerthrash, Speed Metal Breakdown, Speed Metal Warfare, Underground Thrash Killer, and my favorite.... "Metal is Religion" !!!... Simple yet interesting lyrics, an extraction of titles from killer bands.. and their music?... ultra speed fucking thrash!!!!!!.... so if anyone still hasn't heard this, do contact Metal Porn Production... *obsessed by cruelty.. die by the sword!!!~... 

METAL PORN PRODUCTION
Email: metalporn666@gmail.com
www.facebook.com/pages/METAL-PORN-PRODUCTION/115254448557692

LOBOTOMY
Email: exorcistor@hotmail.com
www.facebook.com/pages/Lobotomy/269256643104747

PENILAIAN: 5/6 | ULASAN: ANI SAMSUDIN

2013-06-02

ULASAN | TRIUMPH OV FIRE - IN THE NAME OF BLACK PRINCIPLE EP 2010


Ini merupakan mini EP tahun 2010 dari Triumph ov Fire: In the Name of Black Principles.. mengandungi 4 lagu: tajuk album, Desolating Temptation, Enchanted Beauty of Divinity dan Haunted Wood. Masa aku mula mainkan CD ini di rumah, anak perempuanku (ketika itu berusia 13tahun) komen: "macam background music cerita seram lah mummy!.." dan pada pendapatku sendiri, muzik TOF ada ala-ala Arcturus sikit, kedua-duanya berkonsepkan Atmospheric Dark Metal.. aku paling suka pada effect keyboard mereka!.. CD ini sudah habis di pasaran, tetapi mungkin akan diedarkan semula di masa hadapan.. jadi pada yang berminat, bolehlah hubungi Rock Angel atau Man Rabakk di facebook mereka.. suatu petikan dari lagu mereka: In the name of black principles.. endless quest delighted for eternity~.... \m/

Rock Angel - http://www.facebook.com/rock.angel.129
Man Rabaxx - http://www.facebook.com/man.tarantulah

http://www.facebook.com/pages/Triumph-Ov-Fire/370729799099
http://thetruetriumphovfire666.blogspot.com/

PENILAIAN: 4/6 | ULASAN: ANI SAMSUDIN

2013-05-15

ULASAN | LOPMAN IS A METALHEAD - ISSUE #1

Menurut penulis zine ini asasnya berkonsepkan komik dan nama Lopman itu hanya satu rekaan watak fiksyen yang tidak menjurus kepada sesiapapun melainkan kepada penulis semata-mata.

Zine ini hanya sebanyak 23 muka surat secara keseluruhan melibatkan 3 interview Al-Zalzalah (Indonesia), Deforming Torture (Malaysia) dan Molotov Cocktail (Indonesia) disediakan secara cut & paste bukanlah asing lagi bagi pembaca zine. Penggunaan font untuk zine ini adalah baik dan tidak menyakitkan mata.

Secara ringkas soalan-soalan disediakan bersifat umum seperti pengenalan kepada band dan turut meninjau pendapat band mengenai kewujudan jaringan sosial pada masakini yang turut mempengaruhi scene negara. Soalan-soalan ini sudah kita terbiasa dalam zine-zine lain. Penulis dicadangkan supaya mengemukan soalan-soalan yang lebih mencabar yang mungkin bersifat luar lingkungan muzik/scene semata.

Namun usaha penulis untuk meneruskan penulisan zine bercetak ini adalah harus dipuji. Di peringkat permulaan sudah pasti ada kelemahan namun jika usaha penambahbaikan yang berterusan penulis mampu melahirkan zine yang benar-benar berisi pada suatu hari nanti.

Turut diselitkan beberapa komik sebagai selingan santai kepada pembaca. Dicadangkan kepada penulis supaya dapat menambah ruangan mengreview stuff-stuff seperti stuff band-band yang terlibat dengan interview atau zine/zine lain tidak kira dari Malaysia atau luar negara. Semoga usaha beliau ini tidak terhenti disini saja. Teruskan tradisi ini.

Terima kasih daripada pihak Trooper Art Regime kepada penulis atas pemberian zine ini. Teruskan usaha anda. Bagi yang berminat untuk mendapatkan zine ini boleh menghubungi penulis di emelnya: lopmanisametalhead@yahoo.com dengan hanya RM2 (with postage or trade).

Pernilaian: 3/6 | Ulasan: Man Rabaxx

ULASAN | SATULES FANZINE - ISSUE #1


Satules Fanzine #1 menampilkan interview dengan Tarantulah, Kreacher, Jahanam Corpse dan Blood Legion. Dapatkan dengan harga cuma RM4 sahaja melalui fb Satules Fanzine atau melalui bro Syukri Steel Madness. Penulis meminta aku bagi komen. Komen aku masukkan ruang review demo / EP / album tidak kira baru atau berstatus klasik. Tidak boleh dinafikan ini salah satu usaha baik penulis untuk kekalkan root underground supaya tidak mati. Kalau boleh bagi soalan yang lagi mencabar biar sampai band-band yang ditemuramah nanti tidak dapat tidur malam, hahaha... Ok teruskan usaha anda. Terima kasih. Untuk yang berminat dengan fanzine ini, sila hubungi: facebook.com/satules.fanzine

Pernilaian: 2.5/6 | Ulasan: Man Rabaxx
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...