Memaparkan catatan dengan label WAWANCARA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label WAWANCARA. Papar semua catatan

2015-09-15

AL-AZAZHIL - DI SEBALIK “FORBIDDEN KALTH”


Nama AL-AZAZHIL telah melewati 10 tahun bermain di bibir penyokong dan penggemar seni muzik Black Metal tempatan. Ianya perjuangan berusia satu dekad yang telah mendewasakan band asal Kuala Lipis, Pahang ini. Berkarya tanpa henti, AL-AZAZHIL dilihat mencapai satu lagi aras kejayaan melalui EP terbaharu mereka berjudul “Forbidden Kalth” yang mula dipasarkan pada pertengahan Ogos 2015 lepas. Ianya bukan sekadar susulan kepada rilisan-rilisan terdahulu, tetapi dikatakan cermin kematangan sebuah band yang telah bergelumang dengan segala macam sensasi dan kontroversi dalam arena muzik metal di negara ini, khususnya irama metal berwarna kelam!

Pengkaryaan “Forbidden Kalth” dijana oleh Syaf yang menggalas instrumen gitar dan bass di samping watak utama sebagai vokalis serta tenaga Lost di posisi dram. Rakaman berlangsung di sebuah studio persendirian menghasilkan 6 buah trek; Intro, Night Wing (A Death Whisper), Kalth, The Dusk, Tsu Flood Angker Divisi, dan Saitan’s Throne. EP 2015 ini kemudiannya secara rasmi rilis dalam format Pro-CDR (pakej DVD) pada 10 Ogos melalui WAKAF PRODUCTION dan diikuti dengan pengeluaran versi Pro-Tape di bawah WITCHERY RECORDS pada 16 Ogos 2015. Masing-masing sangat terhad kuantiti pengeluarannya dan harus segera dimiliki. EKSTRIM mendapatkan saudara Syaf (gitar/bass/vokal) untuk berbicara tentang “Forbidden Kalth”.


Tahniah di atas pengeluaran EP terbaharu. “Forbidden Kalth” – apa ertinya EP 2015 ini kepada 10 tahun perjalanan AL-AZAZHIL di persada muzik Black Metal?
Syaf: Pertama sekali bagi pihak Al-Azazhil saya nak ucapkan terima kasih kepada abang Sufian di atas sokongan kepada kami sepanjang kewujudan kami dalam scene metal Malaysia ini. Berkaitan “Forbidden Kalth”, EP terbaru ini sebenarnya boleh dikatakan sebagai satu “kematangan” dalam perjalanan muzik Al-Azazhil dari segi muzik dan juga pembawakan band itu sendiri.

Apakah kelainan atau keistimewaan yang dipertaruhkan dalam “Forbidden Kalth” kalau hendak dibanding dengan keluaran terdahulu; “Karak Puakarh” EP 2014 dan “Pope Phaligh Bhunian Weighh” CD 2011 umpamanya – dari aspek muzikal?
Syaf: “Forbidden Kalth” merupakan satu rilis “melawan arus” jika dibandingkan dengan EP “Karak Puakarh” dan rilisan-rilisan sebelum ini dan yang pasti “Forbidden Kalth” adalah rilis yang laju dan banyak berlaku ekperimentasi di dalam lagu-lagunya. Jika sebelum ini kami lebih bermelodi dan berkiblatkan Eastern Black Metal tapi tidak untuk kali ini. Walaubagaimanapun trademark sound Al-Azazhil itu sendiri masih kami kekalkan.

Secara keseluruhan, adakah AL-AZAZHIL berpuashati dengan produksi “Forbidden Kalth”, terutamanya berkaitan kualiti bunyi dan hasil rakaman di Forbidden Kult Studio?
Syaf: Ya, kami berpuashati untuk produksi keseluruhan EP ini dan ini pertama kali kami merakam di Forbidden Kalth Studio iaitu studio record dan praktis private kami.. dan hasilnya lebih dari apa yang kami jangkakan walaupun kami akui ada beberapa aspek yang kami perlu baiki dan tambahbaik lagi.


Depressive Possessed – ilustrasi yang digunapakai sebagai hiasan kulit “Forbidden Kalth” adalah karya Hantu Kepalang (ANTABOGA). Sedikit penjelasan mengenainya?
Syaf: Kebanyakan artwork Al-Azazhil adalah lakaran dari Hantu Kepalang. Kredit untuk artis muda dan berbakat ini. Beliau tahu apa yang kami mahukan. Depressive Possessed satu gambaran “tekanan” di dalam melalui hidup sebagai manusia yang dipenuhi dosa dan cela. Satu ekspresi putus asa dalam kebaikan dan sinar harapan.

Apakah harapan AL-AZAZHIL terhadap penerimaan ke atas “Forbidden Kalth” dan mengapa disarankan setiap peminat muzik gelap wajar memiliki EP ini?
Syaf: Harapan kami terhadap “Forbidden Kalth” ini adalah pendengar-pendengar kami dapat menerima muzik kami ini. Secara peribadi, ini rilisan yang special dan pelik dari segi konsepnya dan muziknya dan EP ini adalah gambaran untuk album kedua kami yang bakal rilis tahun hadapan. Perlu juga diingatkan ini adalah rilisan yang limited dari kami. Terima kasih abang Sufian dan EKSTRIM sebab sudi interview kami. Hail!


“Forbidden Kalth” EP format CD (keluaran Wakaf Production) adalah terhad kepada 66 salinan sahaja diijual pada harga RM15 manakala untuk versi Tape (keluaran Witchery Records) hanya ada di pasaran sebanyak 150 unit beredar pada harga RM20 (disertakan logo pin badge). Kos tambahan poslaju adalah RM6 (Semenanjung) atau RM10 (Sabah/Sarawak). Bagi kedua-dua format, pembeli boleh memilih warna kulit sampulnya; samada Emas (Gold) dan Perak (Silver) – sila rujuk juga penulisan terdahulu. Tanpa berlengah, hubungilah facebook.com/syaf.suhaime atau AL-AZAZHIL atau mana-mana pihak label untuk dapatkan salinan anda! Blessed those forbidden art!!!

INFORMASI:
facebook.com/AL-AZAZHIL-475088460625
facebook.com/WakafProduction
facebook.com/witcheryrecords

BERKAITAN:
AL-AZAZHIL - FORBIDDEN KALTH EP 2015 [FORMAT CD]
AL-AZAZHIL - FORBIDDEN KALTH EP 2015 [FORMAT MC]

2014-11-01

THE CASKET - "RISE THE UNDEAD" ZOMBIFIKASI DEATH METAL



Hari yang paling digeruni telah tiba! Hari di mana bangkitnya zombi menyebarkan virus, merebakkan wabak, mengakibatkan kadar kematian berganda!! Tanggal 1 November 2014 adalah hari di mana THE CASKET membiakkan virus kematian mereka melalui full-length sulung berjudul "Rise The Undead". THE CASKET terdiri daripada ahli bukan calang-calang individunya, Maggot dan Zombi juga turut menganggotai band-band yang telah kian lama mencipta nama, MORTUARY ANCESTOR dan HELLSTORM. Mengikut sejarah, THE CASKET itu sendiri telah ujud kurang lebih 10 tahun yang lalu.

"Rise The Undead" dikeluarkan melalui EARBLAST RECORDS [Kat#: ER016] dalam format Pro-CD membariskan 9 buah lagu, termasuklah sebuah intro, sebuah instrumental serta sebuah lagu saduran. THE CASKET menganggap album ini suatu pencapaian luar jangka mereka, satu pendewasaan kepada garapan muzikal mereka, susulan terbaik yang mereka lakukan setelah merilis material pertama "Dead Is Alive" EP awal Jun 2012. Album ini mesti-milik buat mereka yang menyanjung tinggi Death Metal 90-an ala Death, Cannibal Corpse, Benediction dan seumpamanya. Kandungan "Rise The Undead" adalah:

1. Intro: Realm of Chaos – 1:24
2. Rise The Undead – 3:07
3. The Skeletonia – 3:19
4. Virus Kematian – 3:44
5. Zombie Invasion – 3:55
6. Wound That Never Be Heal – 3:37
7. Vaccine For My Blood (inst.) – 2:08
8. Infected – 3:19
9. Slave To The Grind – 3:15

Produk CD yang berkepanjangan keseluruhannya 27:48 minit ini diedarkan pada harga cuma RM30 (termasuk kos pengeposan) atau USD15 untuk pasaran luarnegara. Segera hubungi e-mel earblastrecords@gmail.com atau mana-mana laman facebook THE CASKET mahupun EARBLAST RECORDS. Ditambah pula dengan ilustrasi menarik karya Ironworx Gravefix sebagai penghias kulit hadapan, "Rise The Undead" adalah sebuah penghasilan yang pastinya tidak akan menghampakan anda! Maka itu, bersedialah untuk dijangkiti!!!


Bila dan bagaimana THE CASKET ini bermula? Apakah tujuan dan sasaran ia ditubuhkan? Siapakah mereka yang berada di sebalik band ini?
Idea mewujudkan The Casket sebenarnya bermula sejak tahun 2004 lagi tapi hanya berjaya direalisasikan pada tahun 2012 dengan lahirnya demo EP Dead Is Alive. Sejak awal tulang belakang The Casket hanya dianggotai oleh Mr. ZOMBI dan aku sendiri @ MAGGOT. Tujuan kami tetap sama sejak awal iaitu memainkan irama death metal mengikut acuan kami dengan tema berkait rapat perihal zombi.

Album pertama "Rise The Undead" rilis secara rasmi pada 1 November 2014. Apakah makna album ini kepada keujudan dan perjalanan THE CASKET selama ini?
Kami sendiri tidak menjangkakan pencapaian The Casket seperti ini yakni melahirkan album sulung "Rise The Undead". Ini adalah pencapaian luar biasa kami dan semoga akan ada reaksi luar biasa daripada para pendengar album sulung ini.

Death Metal gaya 90-an dijadikan konsep bawaan THE CASKET. Mengapa memilih muzik begini? Bagaimana acuannya dalam konteks THE CASKET? Apakah pengaruh atau inspirasi yang dirujuk dalam membina lagu dan sound THE CASKET?
Benar, kerana kami begitu meminati irama death metal sekitar tahun itu seperti Death, Obituary, Massacre, Cannibal Corpse, Avulsed, Benediction dan seangkatan dengannya. The Casket cuba menggabungkan kesemua elemen death metal yang wujud pada era tersebut pada ruang masa sekarang. Pun begitu akan terdengar sedikit eksperimentasi pada sesetengah solo gitar di beberapa lagu pada album ini.


Di sudut muzikal, bagaimana "Rise The Undead" berkembang dan meningkat jika dibandingkan dengan rilisan terdahulu; "Dead Is Alive" EP 2012?
Apa yang boleh saya katakan, "Rise The Undead" lebih kemas, bervariasi serta catchy melodi lagu-lagunya berbanding "Dead Is Alive".

Proses rakaman telah dijalankan di studio yang berbeza; muzik di Jenazath Studio, Ampang manakala vokal di Chromatic Studio, Sandakan. Kongsikan apa jua pengalaman yang dilalui sepanjang pembikinan "Rise The Undead"?
Proses rakaman album sulung ini sebenarnya sama seperti EP yang terdahulu. Pemilihan studio juga sama memandangkan aku berada di Sabah manakala Mr. ZOMBI di Kuala Lumpur. Proses rakaman muziknya memakan masa beberapa bulan manakala vokal hanya beberapa jam sahaja. Mixing dibuat sepenuhnya di Jenazath Studio.

Turut diselitkan sebuah lagu bersenikata dalam bahasa Melayu iaitu 'Virus Kematian'. Jelaskan idea di sebalik lagu ini? 
Virus Kematian sengaja ditulis dalam bahasa Melayu dan maksudnya begitu jelas iaitu penyebaran wabak yang menyebabkan kematian. Lagu ini terinspirasi daripada situasi wabak ebola yang melanda di kala beberapa bulan yang lepas.


Mengapa memilih Slave To The Grind dari SKID ROW untuk diberi sentuhan Death Metal acuan THE CASKET?
Skid Row, saya menyukai band ini. Sejak dulu semasa mendengar lagu Slave To The Grind saya memasang niat akan men-deathmetal-kan lagu ini suatu hari nanti. Dan ianya direalisasi menerusi The Casket.

EARBLAST RECORDS sebagai pengeluar telah memberikan komitmen terbaik untuk materialisasi album ini dan khabarnya ini yang pertama dalam format Pro-CD dari label tersebut. Komen anda?
Earblast Records merupakan sebuah label kecil yang punya semangat besar. Ya, ini adalah rilisan pertama dalam format Pro-CD dan rilisan ke-16 label kecil ini. Ini merupakan titik tolak permulaan untuk Earblast Records mengeluarkan materinya dlm format Pro-CD dan mungkin akan diikuti dengan merchandise seperti t-shirt, patch, etc.

Mengapa pendengar harus memiliki "Rise The Undead" dan apa yang THE CASKET harapkan dengan lahirnya album sulung ini?
Kerana ianya suatu karya dalam genre death metal yang pastinya tidak akan sama dengan mana-mana band death metal di negara ini pernah lakukan sebelum ini yang bermain dengan tema zombi, wabak, kematian serentak bersama irama death metal yang mudah dicerna oleh halwa telinga anda. Harapan The Casket, sokonglah album sulung ini kerana tanpa sokongan anda ianya akan menjadi karya yang sia-sia.


INFORMASI:
facebook.com/thedeadcasket
facebook.com/EarblastRecords

BERKAITAN:
THE CASKET - DEDAHKAN ILUSTRASI DAN SENARAI LAGU CD 2014
THE CASKET - "Dead Is Alive" EP 2012

2014-10-01

BLOOD LEGION - "DAWN OF THE PARIAHS" EP 2014


Death Metal ibukota Kuala Lumpur BLOOD LEGION yang dianggotai oleh tiga pemuda berbangsa india; "Grizzly" Shan (vokal), "Old Man" Jai (gitar), "The Law" Pathman (bass) dan  pemain dram berbangsa French "Wicker" Chris dalam diam telah merealisasikan sebuah EP berjudul "Dawn Of The Pariahs" pada penghujung Ogos 2014 lalu. EP ini secara keseluruhannya menampilkan 4 buah lagu, turut menyelitkan sebuah intro pada awal lagu pertama serta sebuah lagu saduran dari kumpulan DEATH iaitu Zombie Ritual.

Senarai-Lagu:
01. Intro / Soul Consumed
02. When Warriors Move Mountains
03. Cathedral of Death
04. Zombie Ritual (Death cover)

EP 4-lagu "Dawn Of The Pariahs" ini walaubagaimanapun hanya terdapat dalam format kaset dikeluarkan secara independen oleh pihak BLOOD LEGION sendiri. "Pembikinan tape ini mengambil masa yang begitu lama. Kami telah melalui banyak kali sessi rehearsal dan kami rasakan cukup-cukuplah ianya lama tertangguh.", kata Jai (gitar) ketika dihubungi. Untuk makluman, kali terakhir BLOOD LEGION merilis adalah melalui Promo 2012. "Tidak lagi mahu ianya tertunda, kami memasuki studio, menjalani 100% rakaman secara live untuk semua track (kecuali bahagian solo gitar) dan keluarkannya dalam bentuk kaset.", tambah beliau.


Formed early by the metal drinkin fellowship in Brickfields, BLOOD LEGION finally came out with their debut tape released by themselves. Bringing back the old school Death Metal vibe into their songs, this a release to be checked out. Remove the new age complexity done by many up in their metal arses and here you have solid tunes of raw riffings blend well with thunderous drummings and the mad caveman growls. Must listen to one! – Tandang Store

BLOOD LEGION punya alasan tersendiri EP ini dikeluarkan secara independen dan hanya berformatkan kaset audio. "Rilisan ini secara DIY, tiada sebarang label terlibat. Kami mahukan kawalan sepenuhnya terhadap halatuju muzik kami. Mohon maaf jika ini kedengaran angkuh, tetapi ada masanya lebih baik independen 100%. Kami putuskan untuk merilis dalam format kaset kerana pada masa ini produk kaset seakan menghampiri penghujungnya. Kami fikirkan ini masa yang tepat (menggunakan kaset) malahan sesuai dengan konsep rakaman live dalam EP ini. Lagipun kami telah membesar dengan (mendengar) kaset.", ujar Jai.


Jai mewakili BLOOD LEGION juga dilaporkan berkata: "Kami sangat berharap pendengar menikmati karya kami melalui tape ini. Ia adalah Death Metal yang raw dan bertenaga, mencontohi band-band seperti Obituary, Morbid Angel, Cannibal Corpse dan sepertinya. Sudah tentu kami terlalu jauh untuk dibandingkan dengan nama-nama besar tersebut kerana mereka adalah perintis. Kami sekadar mewarisi dan meneruskan agar gaya (Death Metal) seumpama itu terus hidup!. Yang pasti, inilah bentuk muzik yang kami mahu mainkan, dan kami harap pendengar menyukai interpretasi Death Metal gubahan kami”.


Kaset "Dawn Of The Pariahs" EP 2014 dari BLOOD LEGION ini diedarkan pada harga cuma RM8 dan perlu ditambah RM3 bagi tujuan pengeposan di seluruh Malaysia. Bagi yang berminat untuk mendapatkannya, sila hubungi terus ke facebook.com/bloodlegion666 untuk sebarang maklumat lanjut, pembelian dan pembayaran. 

Artikel di atas disunting berdasarkan sebuah temubual ringkas bersama Jaideep Patel atau lebih mesra dipanggil Jai yang mana beliau merupakan pemain gitar dalam BLOOD LEGION. Temubual asal (dalam Bahasa Inggeris) adalah sebagaimana berikut:

How many tracks included?
Dawn of the Pariahs has 4 tracks in total, there’s 3 new tracks plus our cover of Death’s Zombie Ritual. We think you will like it!

How do you describe contents of the EP, musically etc? 
This tape was a long time in the making. We have been rehearsing and rehearsing forever, so we decided that we had enough of the delays! We entered the studio, did a 100% live recording of all tracks (except for guitar solos) and decided to release it on cassette.

Who released it (label)? Why on cassette tape only? 
The release is DIY, no labels are involved. We want full creative control of our musical direction. We apologise if that sounds arrogant, but sometimes it is wiser to be 100% independent. We decided on the cassette format because the days of the tape are nearing the end – especially in terms of pressing them locally here in KL. We felt that this was the right time, especially with our live recording. Plus, we’ve all grown up listening to cassettes, so it is a natural thing to do for all of us.

What do you hope with it (the EP)? 
We only hope that the people who get the tapes enjoy what they listen to – which is raw and powerful death metal, true to the sound cemented by bands like Obituary, Morbid Angel, Cannibal Corpse, etc. Of course, it is silly to compare to the greats, but they were the pioneers. We are merely keeping the style alive. Of course, this is what we want to play, and we hope people enjoy our interpretation of death metal.

How to order it? Price? Payment? 
Dawn of the Pariahs is available for RM8 per tape, plus RM3 postage to anywhere in Malaysia. Please contact us directly at facebook.com/bloodlegion666 for more info.

Other important info if any?
We would like to thank Ekstrim for supporting us for so long. We do this for the zines, the fans of underground metal, and for fans of noisy music everywhere.

2014-04-01

LIFELORN - POST-BLACK METAL KUALA LUMPUR


LIFELORN adalah sebuah band Post-Black Metal dari Kuala Lumpur dijalankan oleh A secara sendirian. Dibentuk sekitar 2009, projek solo ini secara muzikal adalah adunan genre Depressive Rock dan Ambient Black Metal berinspirasikan band seperti Burzum (Norway) dan Happy Days (AS). Pada 28 Mei 2013, ragile Branch Recordings telah mengeluarkan EP dari LIFELORN berjudul "Katalis Sebuah Obsesi" dalam format kaset. Kemudian, bertarikh 26 Januari 2014, LIFELORN melancarkan pula sebuah rilisan secara digital bergelar "Torn". Bagi mendapatkan penjelasan lanjut tentang LIFELORN dan keluaran-keluaran projek ini, kita bersama A menghuraikan segala pertanyaan..

Bila dan bagaimana bermulanya pembentukan LIFELORN? Siapakah peneraju utama di sebalik one-man-band ini dan apa pengalaman anda dalam muzik metal?
LIFELORN ditubuhkan untuk mengetengahkan ekspresi-ekspresi manis bercampur melankolik pada pertengahan tahun 2009 oleh A yang kerap mengunjungi kedai rekod Nebiula dan membelanjakan duit belanja sekolah untuk membeli kaset Darkthrone, Burzum dan sebagainya. 

Apakah maksud sebenar LIFELORN dan sejauh mana ianya berkait rapat dengan halatuju muzik band ini?
Secara puitis, frasa LIFELORN membawa erti apabila seseorang itu memutuskan hubungan dengan kehidupan normal yang pada pandangan ramai membawa kebahagian, di samping memilih untuk merasai detik-detik "bahagia" itu di sebalik tabir atas dasar-dasar tertentu.


Secara umum, muzik LIFELORN dipanggil sebagai Post-Black Metal. Bagaimana ia di-aplikasi-kan dalam bentuk LIFELORN, apakah ciri-ciri utama dalam muzik ciptaan anda?
Fungsi sebenar utama LIFELORN adalah sebagai "muzik latar" kepada saat-saat minda pendengar memikirkan akan perjalanan hidup mereka di samping memberi peluang untuk mereka bermeditasi.

Diketahui muzik LIFELORN berbentuk instrumental, namun apakah tema atau cerita yang mahu disampaikan tersirat di sebalik lagu-lagu anda?
Lagu-lagu LIFELORN membawa pendengar melalui pengalaman-pengalaman pahit manis A selaku penggubah lagu di dalam hidup percintaan, sosial dan kekeluargaan.

Tahun 2013, telah dikeluarkan "Katalis Sebuah Obsesi" Cass.EP melalui Fragile Branch Recordings. Perjelaskan tentang kandungan lagunnya, proses rakamannya, pengeluaran produknya dan sambutan yang telah diterima?
Semua proses rakaman setakat ini dilakukan di rumah dengan menggunakan software notasi. Segala urusan yang berkaitan dengan pengeluaran kaset tersebut sedikit tergendala atas dasar kewangan yang tidak mengizinkan pada pihak A. Segala pertanyaan tentang rilisan itu patut dirujuk kepada Fragile Branch – andy@fragilebranch.com.

LIFELORN telah mengeluarkan album digital "Torn" pada awal tahun 2014. Terangkan segalanya tentang penyediaan dan pengeluaran "Torn" ini?
"Torn" adalah sebuah album yang direkod dalam jangkamasa sebulan atas dasar mengejar dateline rilisan sebuah album jewel case yang terpaksa dibatalkan kerana produksi lagu yang tidak memuaskan. Maka album itu dijadikan sebuah album digital yang boleh dimuat-turun pada harga 1USD sahaja – lifelorn.bandcamp.com/album/torn.


Sejauh mana anda melihat evolusi muzik LIFELORN dalam "Torn" berbanding "Katalis Sebuah Obsesi"?
Secara teori, tidak banyak yang berubah tentang muzik LIFELORN. Ianya masih mengetengahkan teknik progresi melodik dan perubahan frasa di dalam sesebuah rentak yang banyak digunapakai oleh projek-projek Black Metal yang lain. Jika ada pun perubahan besar pada album baru LIFELORN produksinya lebih "dipaksa" atas dasar mengejar dateline yang teramat singkat.

Pendapat anda tentang scene muzik metal di Malaysia, khususnya di bawah genre Depressive Suicidal Black Metal (DSBM)?
Scene DSBM kat Malaysia? Ada ke scene DSBM kat Malaysia?? Tak nak jawab la soalan ni. Hahaha!

Sebarang penghargaan dan kata-kata penutup?
Saya ingin mengucapkan penghargaan kepada keluarga terdekat, Deep FILSUFATIA kerana cuba mengetengahkan muzik depresif kepada golongan yang lebih umum, dan kepada Nath Maqâbir kerana sudi menemubual LIFELORN..

LIFELORN:

FRAGILE BRANCH RECORDINGS:

SUMBANGAN:

2013-12-02

ARGON - KEMBALI DENGAN PERENCANAAN BARU


Berpengkalan di Johor Bahru, ARGON telah ditubuhkan pada tahun 1999. Di peringkat awal, muzik mereka cenderung ke arah Grind/Death/Punk dan sempat mengeluarkan "Humanity That Gone" Tape EP (1999) dan sebuah Split CD bersama Damokis (2001) kedua-duanya melalui Broken Noise Records. Sekitar 2003-2005 ARGON aktif bermain di pentas gig dengan perubahan halatuju muzikal di landasan Brutal Death Grind namun tiada rilisan pada tempoh ini. Setelah sekian lama mendiamkan diri, 2013 menyaksikan ARGON kembali mewarnai scene tanahair dengan beberapa keanggotaan baru, perancangan Promo 2014 dan sebagainya. EKSTRIM berkesempatan menghubungi saudara Prop, pemain gitar dan anggota asal ARGON menanyakan kedudukan semasa band ini.

ARGON kembali selepas hampir 9 tahun hibernasi. Apa yang mendorong reformasi ARGON?
Argon kembali atas dasar melihat rakan-rakan yang lain dalam scene yang masih aktif atau kembali aktif. Rancangan untuk menghidupkan kembali Argon memang senantiasa di kotak fikiran cuma masalah untuk mendapatkan pemain dram adalah masalah terbesar kami. Drummer asal tidak mendapat izin dari isterinya. Seperkara lagi Argon juga ingin melihat scene deathXgrind terus mekar di bumi Johor.


Konsep muzik dikatakan sedikit berubah. Bagaimana bentuk muzik ARGON sekarang dan apa bezanya dengan yang terdahulu?
Ya muzik Argon sebenarnya sudah mula berubah pada tahun 2003. Selepas 2003 muzik Argon sudah ke arah brutaldeathgrind, cuma sayangnya kami tidak sempat merakam material di bawah konsep ini. Pada yang perasan sekitar 2003-2005 Argon aktif melakukan persembahan dengan lagu-lagu yang berkonsepkan brutaldeathgrind. Konsep Argon sebelumnya adalah campuran antara grindcore/death/punk.

Siapa personil-personil yang berada dalam ARGON sekarang? 
Jake Corpse (vokal) - (Unveiled/Sickness)
Prop (gitar) - original line up
Rahim (bass) - original line up
Bagong (gitar) - (ex Anguish)
Fad (dram) - (Unveiled/Sickness)


ARGON merancang merilis Promo 2014 dengan dua buah lagu; Slaughter Butcher dan Eternally Damned. Ceritakan serba sedikit berkenaan promo ini? 
Promo ini dibuat sebagai tanda yang Argon sudah kembali dan promo ini juga akan dijadikan sebagai benchmark kepada pencarian line up tetap untuk posisi vokal dan drummer. Buat pengetahuan anda Jake Corpse dan Fad adalah sessionist di dalam Argon buat sementara waktu, sehingga kami menjumpai line up yang tetap.

Selain Promo 2014 ini, apakah perancangan-perancangan terbesar yang berada dalam perencanaan ARGON?
Selain promo 2014 ini, Argon ingin mendapatkan line up tetap untuk posisi vokal dan drummer. Kami sudah ada beberapa calon yang akan diaudisikan terlebih dahulu. Sudah tentu Argon ingin merakamkan full-length album setelah mendapatkan line up tetap. Pada yang ingin menyertai audition Argon boleh hubungi kami dengan segera.

INFORMASI:

2013-11-11

MEDUSSA SAFANNAH - RAW BLACK METAL TYRANT


Untuk makluman, temubual ini pada asalnya dibuat untuk diolah semula bagi mengisi ruangan PROFIL, namun dengan jawaban-jawaban yang agak masif diberi oleh pihak band MEDUSSA SAFANNAH, ia disunting dan diletakkan di bawah ruangan WAWANCARA. Tanpa berlengah, ayuh kita baca apa yang telah diperkatakan oleh Yant Dharma (gitar utama), SS (vokal & bass) serta Warhytslave (gitar ritma) berkaitan MEDUSSA SAFANNAH, band Black Metal dari Pulau Pinang...

Boleh diceritakan bila, dimana dan bagaimana band MEDUSSA SAFANNAH bermula? Apakah yang mendorong dan menjadi matlamat kepada penubuhan band ini? Apakah peristiwa paling bersejarah sepanjang keujudan band ini sehingga kini?

Yant Dharma:
Sejarah asalnya ianya ditubuhkan di Perlis pada 1995 bermula di zaman sekolah yang pada ketika itu pengasasnya Pendekar Yahusafat (gitar dan vokal) bersama dua lagi rakannya Pendekar Yakshirmiz (dram) dan Pendekar Yakshaown Barown (bass) menggunakan nama Medusa Saffanah yang pada ketika itu mereka berkesempatan menyiapkan sekurang-kurangnya 2 buah lagu ciptaan mereka sendiri, tapi sayangnya mereka tidak pernah memperdengarkan lagu itu kepada sesiapa apatah lagi dihantar kepada zine-zine yang begitu aktif dimasa itu.. 

Peristiwa bersejarah? Drummer tarik diri, dia tak mau mati atas stage.. [IPOH 5 Jan 2013]


Senaraikan line-up (ahli anggota & instrumen) dalam band MEDUSSA SAFANNAH pada masa sekarang? Jika terdapat perubahan line-up berbanding ketika mula-mula ditubuhkan, sila beri penjelasan tentang pertukaran yang berlaku.

Yant Dharma:
Line-up sekarang: SS – vokal & bass, Yant Dharma – gitar, Warhytslave – rhythm dan Valent – dram (session). Ahli terdahulu: Man Mistik – dram (tarik diri tak mahu mati atas stage / faktor kesihatan) dan Zarm Ouija – bass (tarik diri atas faktor komitmen kerja).

Bagaimana saudara mendefinasikan muzikal band MEDUSSA SAFANNAH ini? Sila beri satu deskripsi yang jelas berkaitan penafsiran gaya dan halatuju muzik yang disebutkan. Apakah band-band dan faktor-faktor persekitaran yang mempengaruhi muzik band ini?

Yant Dharma:
Sebenarnya, ianya terpulang kepada pendengar untuk menilai. Tetapi bagi kami, Medussa Safannah cuba membentuk identiti kami sendiri di mana kami cuba lari sejauh mungkn dari gaya Eastern Black Metal apatah lagi Norwegian atau mana-mana genre Black Metal yang pernah wujud dari dulu sehinggalah ke saat ini. Black Metal kami adalah melalui lirik. Dari segi muzik, kami boleh juga dikatakan sebagai Irama Malaysia, Balada atau Pop yang di-Black Metal-kan muziknya. Dari muzik-muzik sebegitu jugalah lahirnya ilham untuk kami membentuk draf dan riff dalam lagu-lagu Medussa Safannah.

Kami juga mempunyai beberapa influence seperti Mortuary Drape, Enthroned, Dark Throne tetapi tidak sama sekali kami cuba untuk meniru mereka dari segi muzik, sebaliknya hanya gaya muzik itu dipersembahkan saja yang menjadi rujukan kami. Walaupun secara kasarnya, muzik kami lebih kedengaran ke arah RAW dengan riff-riff dan chord yang simple, namun tidak seperti kebanyakan band-band Raw Black Metal yang membawa muzik mereka secara straight-forward. Muzik kami terselit sedikit sound melodic dan technical yang tidak keterlaluan di dalamnya. Jadi, secara keseluruhannya, kami selesa mendefinisikan muzik kami sebagai Raw Black Metal Tyrant.

Apakah yang paling dititikberatkan oleh MEDUSSA SAFANNAH dalam proses menggubah sesebuah lagu? Siapa penulis utama lagu-lagu dalam band ini? Pada pendapat saudara, bagaimana caranya sesebuah lagu yang baik (berkualiti) dapat dihasilkan? 

SS:
Setakat ini Yant adalah penulis utama lagu untuk band ini dan kami turut memberi sumbangan dari segi idea, konsep serta pendapat kami dalam menghasilkan lagu. Memandangkan proses ini menyeluruh (memerlukan penglibatan semua orang jika boleh) dalam band, kerjasama sangat penting dalam sesebuah band dan kami tidak ketinggalan untuk mengekalkan tahap kerjasama yang jitu demi memastikan kelancaran sebarang proses berkaitan band termasuk penulisan lagu. Kami tiada peraturan yang khusus dan perlu diikuti dalam proses mencipta/menyusun lagu. Segalanya terpulang mengikut keadaan dan situasi pada masa itu, yang mana ini memberikan kebebasan sepenuhnya kepada kami dari segi idea, masa dan produktiviti kami. Kami tidak membataskan apa yang boleh dan apa yang tidak kerana ia akan menyekat kreativiti dan bakat setiap anggota yang ada. setiap orang ada bakat, idea, minat dan cara tersendiri dan itu perlu dipertonjolkan supaya semua anggota dapat mainkan peranan masing-masing.sungguhpun begitu, kami tidaklah menjadi terlalu selesa dan mengambil mudah proses berkarya kami dan masih cuba memberikan yang terbaik dari setiap seorang dari kami untuk band ini.

Apakah subjek atau tema-tema utama yang ditulis dan diterapkan dalam senikata-senikata lagu-lagu ciptaan MEDUSSA SAFANNAH ini? Apakah penulisan lirik ini berdasarkan rujukan, pembacaan atau imaginasi minda? Apakah saudara rasa mesej dari senikata band ini sampai kepada para pendengar?

SS:
Penulisan lirik kami sebagaimana yang kami semua setuju dan sedia maklum cenderung ke arah kegelapan, kehidupan, peperangan, disulami sedikit sebanyak apa yang kami lihat dan lalui setiap detik nafas kami. Selain dari SS yang aktif menulis lirik, kami turut menerima sumbangan buah fikiran serta konsep dari pengurus kami sendiri yang turut serta dalam proses penulisan lirik. Kebanyakan lirik yang ditulis secara spontan namun sumber serta ilham datang dalam berbagai bentuk dan tidak mengira masa. Kalau boleh kami tidak ingin menghadkan tema serta asas penulisan lirik kerana ini akan menyempitkan kreativiti kami dalam berkarya namun garis panduan tetap kami jadikan sempadan dalam menggunakan medium ini dan memastikan kelansungannya seiring dengan muzik kami. Pada kami tiada mesej khusus yang ingin disampaikan dan kami tidak mengharapkan pendengar mendapat mesej dari lirik-lirik kami namun kami hanya berkarya mengikut citarasa dan naluri kami sendiri tanpa perlu terlalu merisaukan itu dan ini kerana itu hanya akan memberi tekanan yang tidak berbaloi untuk dihadapi. Lirik kami tidaklah terlalu metafora mahupun "straight forward" namun kami menyerahkan sepenuhnya pada pendengar untuk mereka hayati atau tidak, serta menentukan tahap kefahaman mereka pada lirik kami.

Sila bagi satu senarai rilisan-rilisan (diskografi) band MEDUSSA SAFANNAH ini? Jika boleh nyatakan tahun setiap rilisan itu dikeluarkan, dan sebutkan nama label pengeluarnya. Pendapat anda tentang isu KUANTITI atau KUALITI dalam produksi metal underground?

Warhytslave:
VAR PROMO 2012 diterbitkan oleh Qalaqas Black ART Productions pada April 2012.

Susah untuk diperkatakan tentang perkara ini. kuantiti dan kualiti harus selari dan balance dalam satu produksi.kualiti? Setinggi mana kemampuan kita untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti memandangkan teknologi dan ilmu yang kita ada agak terkebelakang? Kita produce album hantar ke luar dan tengok apa ulasan mereka. Kualiti album kita sekadar demo pada mereka.

Kuantiti? Ini yang paling sukar. Orang sudah kurang membeli kerana terlalu banyak band-band idola mereka keluarkan material dan sudah pasti itu lebih menjadi tumpuan.sedangkan kita bekorban masa tenaga dan wang ringgit untuk menghasilkan material tetapi untuk terjual 100 copies pun memakan masa yang agak lama.

Kesimpulannya, apa yang kami buat adalah cuba yang terbaik untuk memuaskan hati sndiri dan kemudian barulah pendengar. 

Sila sebutkan apakah rilisan paling terkini dari band MEDUSSA SAFANNAH ini? Sila beri satu keterangan yang wajar (dan berbentuk promosi) untuk menceritakan tentang rilisan tersebut. Nyatakan tahap kepuasan pihak band sendiri terhadap rilisan ini, dan/atau mungkin ada rilisan-rilisan terdahulu yang lebih baik / lebih wajar untuk dijadikan perbandingan.

Yant Dharma:
Buat masa sekarang hanya VAR. Awalnya kami cuba untuk release dalam format demo, memandangkan mutu sound yang pada kami belum mencapai tahap piawaian "demo", maka kami hanya release sebagai Promo. Ianya sebenarnya hanya dihasilkan dalam bentuk promo kit dalam bentuk rar file dan hanya diberikan kepada editor zine dan band-band luar negara bagi tujuan review. Memandangkan terdapat permintaan dari rakan-rakan terdekat untuk diterbitkan dalam bentuk physical material tambahan pula mendapat komen-komen yang agak memberansangkan dari teman-teman luar negara termasuk dari bekas anggota ABSU maka Qalaqas Black Art Production dipertanggungjawapkan untuk merealisasikannya. Bermula dari cover design, printing, pressing sehinggalah promosi. Hanya tinggal beberapa keping saja lagi. Kepada yang berminat, boleh dapatkannya daripada vocalist kami SS. 

Bagaimana saudara melihat pentingnya persembahan live / gig kepada band MEDUSSA SAFANNAH ini (atau keujudan band ini hanya sekadar studio-band)? Jika ada, ambil 1 atau mungkin lebih persembahan live (kemunculan di pentas gig) yang paling diingati / terbaik bagi band ini? Bagi satu senarai (tarikh, nama gig, lokasi) gig yang pernah disertai oleh band ini .

Warhytslave:
Bagi kami, kami bukanlah stage band. Persembahan live adalah medium untuk kami promosikan lagu-lagu serta rilisan terbaru kami. Namun begitu, persembahan live adalah amat penting kerana dari situ kami dapat menambahkan lagi pengalaman sedia ada serta memantapkan lagi permainan.berikut adalah persembahan live / gig yang telah kami sertai:
- Open Air Ceremony Held At "Local Musical Penang" (17/9/2012) - Penang
- Impiety Ravagers Of The Asian Empire Tour 2012 (12/10/2012) - Penang
- Teroka Minda Mini Showcase (30/12/2012) - Bandar Perda, Penang
- United Metal Attack Vol 4 (05/01/2013) - Ipoh, Perak
- March Of Aggression - The Allegiance Of Darkness And Death Gig (06/04/2013) - Sunway Mentari, Kuala Lumpur

Bagi saya, gig yang paling enjoy ialah "March Of Aggression" - The Allegiance Of Darkness And Death Gig, Kuala Lumpur.

Boleh saudara ceritakan tentang penulisan lagu-lagu baru dan rilisan-rilisan baru yang bakal dikeluarkan dalam masa terdekat ini? Mungkin sudah ada satu senarai (yang dah confirm) berkenaan rilisan (judul & label) yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi. Apa harapan saudara tentang masa depan band MEDUSSA SAFANNAH ini?

Warhytslave:
THE LEGION OF WRATH – 4-way split album antara MEDUSSA SAFANNAH, NAURRAKAR (Czech Republic), OPUS INFERII (Brazil) dan BENATNASH (Mexico) akan diterbitkan dalam sedikit masa lagi. Split album ini juga akan diterbitkan oleh Qalaqas Black ART Production dengan usahasama Obscuria Imperium Record Brazil.

Kami bermuzik bukan untuk cari makan, ianya adalah minat. Namun ianya bukanlah sesuatu minat yang dilampiaskan sia-sia begitu saja. Dalam bermuzik, kami belajar dan teroka sesuatu yang baru. Harapan kami seboleh-bolehnya kami cuba pelajari dan mengasah serta pertingkatkan kemahiran dan skills kami untuk menguasai lebih dari satu alat muzik dan jika setiap anggota Medussa Safannah mampu mencapai tahap multi position, itu merupakan satu bonus. Setakat ini, SS mampu bermain gitar, bass dan keyboard selain vocal dan drum, begitu juga dengan Yant.

Kata-kata terakhir atau sebarang penghargaan?

Yant Dharma:
Terima kasih kepada pihak editorial Ekstrim yang sudi mengetengahkan kami di dalam blog Ekstrim. Terima kasih juga kepada mereka-mereka yang selama ini banyak memberi dorongan dan support kepada Medussa Safanah dan tak lupa juga kepada para pembaca.


MEDUSSA SAFANNAH boleh dihubungi melalui Facebook Band Page www.facebook.com/medussasafannah666 atau melalui label mereka qalaqasblackart@yahoo.com @ www.facebook.com/QalaqasBlackARTProductions

Bacaan Berkaitan:
MEDUSSA SAFANNAH - BIOGRAPHY

2013-10-04

NEFTARAKA - LAGU BARU: LUSKT

Belumpun reda dengan kehangatan rilisan-rilisan seperti "Macabre : The Demo", "The Blissful Deliverance" EP 2013 dan "Unlight" 7" EP, NEFTARAKA terus menghasilkan karya-karya terbaharu menandakan institusi band ini terus teguh dan progresi-nya seakan tidak pernah terhenti. Tanpa amaran, band aliran Black Metal yang berpengkalan di Ipoh ini tampil dengan prebiu sebuah lagu baru diberi judul 'Luskt'. Mari kita dengar bagaimana hitamnya pertaruhan ini:


Ekoran pradengar 'Luskt' ini, EKSTRIM telah berkesempatan menghubungi Xxxull selaku teraju utama Neftaraka dan beliau sedikit-sebanyak memperjelaskan definasi 'Luskt' serta situasi Neftaraka dengan agenda-agenda mutakhir mereka!

'Luskt' – satu perkataan yang kedengaran agak unik! Apa pengertian di sebalik judul dan lirik lagu ini?
Luskt tidak mempunyai apa-apa maksud. Ianya lebih kepada ekspresi kami semasa proses recording lagu tersebut di mana ianya terhasil dalam keadaan atau situasi yang agak agresif akibat keadaan sekeliling.

Black Metal bawaan Neftaraka dilihat kian menyerlah kehitamannya! Apakah inspirasi kepada evolusi muzikal Neftaraka hari ini secara menyeluruh?
Kami bereksperimen dengan track ini tanpa merubah konsep asal kami. Ianya masih dengan acuan muzik kami cuma cara pembawakannya agak berbeza dengan track-track sebelum ini.

Dalam 'Luskt' itu sendiri, bagaimana definasi khusus yang harus diberi kepada garapan muzikalnya?
Masih dengan konsep muzik kami yang sama.. cuma ianya agak agresif dari material-material kami sebelum ini.

"Unlight" 7" EP akhirnya dikeluarkan setelah agak lama tertunda. Berikan komen Neftaraka?
Akhirnya rilisan pertama kami dalam 7" EP. Bertahun juga kami menunggu rilisan yang sangat bermakna dalam karier kami selama ini. Masih menunggu ianya selamat sampai di sini.

Apakah petanda kepada 'Luskt': Mungkinkah ada rilisan-rilisan terbaharu yang kini dalam perancangan?
Luskt adalah unreleased track dari kami, dan ianya akan digunakan dalam beberapa release kami yang akan datang. Buat masa ini kami sedang berkerja untuk album penuh ketiga kelak.

INFORMASI:

2013-08-19

WYNKEN DELIRIUM - SLUDGY, DOOMY DAN BERAT DENGAN ELEMEN NUSANTARA


Perjalanan WYNKEN DELIRIUM telah mencapai usia 10 tahun di persada seni muzik Metal tanahair. Dua album penuh telah diriliskan; “The Alchemy Of Worlds” (2006) dan “Opinions”. Mereka diberitakan sedang dalam proses menyiapkan album yang ketiga pula. Pada 8 September 2013, Wynken Delirium bakal beraksi di Bandung Indonesia dalam acara yang bergelar HELLPRINT UNITED DAY III. Bagi mendapatkan penjelasan berkaitan perkembangan semasa Wynken Delirium, EKSTRIM telah menghubungi Harisfaisal Hamat (bass). 

Apakah perkembangan semasa dari kem Wynken Delirium?

Wynken Delirium sudah mulai masuk ke studio untuk recording album ke-3 yang mengandungi 11 buah lagu. Sekarang guitar tracking sudah pun selesai untuk semua lagu tersebut. In Shaa Allah Disember nanti, drum tracking akan bermula. Untuk album ke-3 ini, kami menggunakan khidmat Roslan Aziz dan Tune Studio dan mungkin akan kekal dengan mastering di Australia. Mungkin ada surprise appearance dari kawan-kawan kami dan featuring juga. 

Selain dari recording, Wynken Delirium memang banyak membuat persembahan melalui tour dan persembahan di sekitar Asia. September nanti kami akan beraksi di Bandung dan Taiwan. Oktober pula di Batam. Selain itu kami juga terlibat dengan event-event anjuran label kami THE FOUR HORSEMEN (TFHM).

Bagaimana sambutan terhadap album kedua "Opinions" (2010)?

Sambutan terhadap album OPINIONS amat positif. Kita telah mendapat pesanan dari sekitar Asia Tenggara dan kami pula tidak meletakkan di mana-mana kedai cuma sekadar promosi di event yang Wynken Delirium perform. Kami telah tour ke Philippines, Indonesia, Singapura, Thailand dan Taiwan dengan album Opinions. Lagu-lagunya bukanlah bersifat trendy kerana lebih berat ke arah New Orleans metal sound yang lebih sludgy, doomy dan berat dengan unsur-unsur nusantara. Secara amnya, hasilnya membawa kami ke banyak tempat di luar Malaysia. Kami rasakan ini merupakan suatu kejayaan.

Perbezaan "Opinions" berbanding "The Alchemy Of Worlds" (2006)?

Perbezaan antara The Alchemy of Worlds dan Opinion adalah dari segi teknikal pembuatan lagu dan merekod. Album TAoW lebih bersifat garage recording di mana semua menggunakan alat-alat yang sederhana. Recording dijalankan di rumah dan mixing dan mastering dijalan kan sendiri. Opinon masih menggunakan studio rumah tetapi dengan alatan yang jauh lebih baik dan mixing dilakukan oleh Hafiz dan Roslan Aziz di Tune Studio. Mastering pula oleh Crystal Mastering berpusat di Melbourne, Australia. 

Penulisan lagu yang lebih terarah dan lebih organise berbanding antara TAoW dengan Opinions. Album kedua ini lebih mendefinasikan musik dan band Wynken Delirium itu sendiri. 


Wynken Delirium bakal beraksi di Bandung, Indonesia. Ceritakan?

Peluang beraksi di Hellprint United Day III di Bandung merupakan suatu idaman setiap band UG. Kita sebenarnya memandang scene UG Bandung merupakan scene terbaik di Nusantara. Mereka melahirkan banyak band-band hebat seperti Burgerkill, Jasad, Siksa Kubur, Beside, Seringai dan banyak lagi.

Peluang beraksi merupakan suatu penghormatan kerana Wynken Delirium merupakan band luar dari Indonesia yang beraksi di acara tersebut dan ini merupakan suatu penghormatan. Kita juga harus berterima kasih pada Beside kerana merupakan sahabat baik kami yang banyak membantu.

Kami akan bertolak pada 7 September dari Singapore ke Bandung dan pulang pada 9 September kerana semua rakan-rakan lain tidak dapat bercuti lama kerana pada 27 September kami akan berangkat ke Taiwan untuk satu lagi acara di Taipei. 

Hellprint merupakan acara besar Open Air Metal Festival. Kami belum mendapat peluang bermain di Rock The World, Rockaway atau acara-acara di Malaysia tapi alhamdulillah rezeki kami banyak di luar. Yang pasti kami akan memberikan persembahan yang mantap dan terbaik supaya kita dapat tunjukkan yang band-band dan musik dari Malaysia masih punya kekuatan.

Apa perancangan Wynken Delirium di masa hadapan?

Perancangan masa depan Wynken Delirium... In Shaa Allah, dengan lahirnya album ke-3 kami berharap mendapat peluang menembusi pasaran Eopah. Kami telah pun bekerjasama dengan banyak label dan band-band dari Eropah untuk merealisasikan cita-cita ini. Juga tidak melupakan scene tanahair, kita akan cuba buktikan pada peminat musik, yang pemusik-pemusik bawah tanah juga mempunya kekuatan, kreativiti dan kelebihan yang tersendiri.

Selain dari itu, terus touring dan buat persembahan sebanyak mungkin.

Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana memberi ruang pada Wynken Delirium untuk sharing sedikit sebanyak apa yang kami ada. Semoga semakin sukses buat Ekstrim. 

2013-07-11

BLOOD LEGION - BERSEDIA UNTUK RILISAN TERBAHARU


Unit Death/Thrash Metal Kuala Lumpur, BLOOD LEGION pada ketika ini dilaporkan sedang sibuk di studio dalam usaha menyiapkan lagu-lagu terbaru untuk rilisan-rilisan yang akan datang. Kali terakhir Blood Legion muncul dengan Promo 2012 dan penampilan sebuah lagu dalam kompilasi The Death Of Analog Psycho keluaran Faithcraft Productions. EKSTRIM menghubungi pihak band bagi mendapatkan penjelasan berkenaan perkembangan semasa dan perancangan rilisan Blood Legion.

Apakah perkembangan terbaru band Blood Legion?
Blood Legion kini dalam 'recording mode' untuk rilis terbaru kami, iaitu sebuah kaset yang akan menampilkan 3 lagu baru dan 1 lagu cover (masih diselubungi misteri nusantara...). Dari segi gigging pula, kami sudah ada rancangan untuk main gigs di Sabah, Penang dan Ipoh, selain gigs dalam KL. Nantikan flyers kami!

Bagaimana penerimaan metalheads terhadap Promo 2012?
Kami sangat terharu dengan penerimaan Promo 2012. Boleh dikatakan agak hangat (mungkin juga sebab Promo 2012 dirilis secara free!). Kami akan cuba sebaik mungkin untuk mempertingkatkan lagi mutu songwriting dan sound untuk rilis kaset yang akan datang tak lama lagi. Pada pendapat kami, songwriting dan sound adalah elemen-elemen yang paling penting bagi kami - bukan imej ataupun glamour.

Siapa line-up terkini Blood Legion (jika ada perubahan)?
Blood Legion dianggotai 'Grizzly' Shan (vokalis), 'Old Man' Jai (gitaris), 'The Law' Pathman (bassis) dan 'Wicker' Chris (dram). Chris adalah seorang warga Perancis sesat dan ahli tetap terbaru kami. Dengan sumbangan Chris, line-up Blood Legion untuk tahun 2013 adalah yang terbaik dalam sejarah 5 tahun kami!

Perbezaan karya terbaru Blood Legion berbanding lagu-lagu dalam Promo 2012?
Lagu-lagu terbaru kami adalah hasil evolusi kami. 2013 merupakan tahun ke-5 Blood Legion sebagai sebuah band, dan dari segi songwriting, kami sudah menjadi lebih matang lagi. Tetapi dari segi style pula, kami masih sama. Kami tidak ada rancangan untuk memasukkan elemen dubstep ataupun K-Pop di dalam lagu-lagu terbaru kami.

Apa perancangan rilisan-rilisan akan datang??
Rilis Blood Legion yang akan datang adalah sebuah kaset yang akan menampilkan 3 lagu baru yang belum direkod dan sebuah lagu cover. Lagu cover ini masih diselubungi misteri nusantara, kerana kami pun tidak tahu lagi lagu mana yang akan dicoverkan. Ini semua salah Shan, yang tidak pandai nyanyi lagu jiwang ala Bruno Mars.

2009-07-07

IMPERIAL : KEMBALI BERSAMA SEBUAH DENDAM

THE IMPERIAL NAGA DIVISION

Assalamualaikum Zarim, IMPERIAL dihidupkan kembali setelah beberapa tahun menempuhi musim hibernasi… apa yang mendorong kepada reformasi band ini?
W'salam Pian... Setelah 10 tahun menyepi, aku yakin inilah masanya untuk kami bangkit dan aktif semula bagi menyambung misi yang telah sekian lama terbengkalai. Kali ini dengan semangat dan azam yang lebih kuat dari sebelumnya.

Ceritakan latarbelakang kem IMPERIAL pada hari ini? Kemana perginya anggota-anggota lama; Isa dan Mizi? Apakah situasi masakini yang terbaik untuk mengenengahkan konsepsi terbaru janaan IMPERIAL?
IMPERIAL kembali dengan muka & format baru, Isa & Mizi tidak lagi bersama dengan band ini kerana masing2 sibuk dengan kerjaya & keluarga. Lineup IMPERIAL sekarang dibarisi oleh Zarim (All Guitars/Synthz), Zam (Vox/Bass), Jon (Bass/2nd Guitar) dan G-Knight (Drums & Percussion). Zam & Jon adalah ahli baru dalam kem IMPERIAL, Zam juga bermain dengan band lain iaitu MG34 & INSULTOR, manakala Jon pula bekas anggota RAVENLORD. G-Knight juga bekas anggota kumpulan RAVENLORD & CRYPTIC MALEDICTION, dia sememangnya telah lama bersama dengan IMPERIAL yang pada mulanya hanya sebagai Session Drummer sejak tahun 1996 lagi tetapi sekarang bermain tetap dengan IMPERIAL.

“The Conquering” dilihat sebagai satu santapan awal yang cukup membanggakan sebagai tanda kebangkitan semula IMPERIAL. Apakah ramuan-ramuan yang menjadi rencah kepada jauhnya langkah kematangan band ini dalam mencipta, menggubah & menyusun lagu?
Secara jujurnya aku mengatakan bahawa kami amat berbangga dengan single pertama ini. Maklumlah, material pertama kami sejak demo "Emperor Of The Hordes" yang dihasilkan pada tahun 1995. "The Conquering" lahir dari idea yang aku wujudkan sekitar tahun 1998, cuma tidak dapat direalisasikan pada waktu itu. Lagu ini telah melalui pelbagai perubahan dari segi gubahan & susunan. Sememangnya aku memang suka mengeksperimen sesuatu karya sehingga aku rasa betul2 berpuas hati dengan hasilnya dan akhirnya terciptalah "The Conquering".

Bagaimana secara keseuluruhan IMPERIAL mendefinasikan muzikalnya pada hari ini kalau mahu dibandingkan dengan kemunculan unit ini sekitar pertengahan 90’an dahulu? Apa rujukannya dan kemana halatujunya?
IMPERIAL yang baru ini membawa konsep EXTREME PROGRESSIVE METAL, kami tidak mahu lagi terikat dengan konsep BLACKDEATHMETAL kerana kami mahukan kelainan & kebebasan berkarya dan akan sentiasa bereksperimen dengan muzik kami. Kami menjadikan band2 dari dalam dan luar negara sebagai rujukan & inspirasi kami. IMPERIAL tidak mahu dilabel sebagai band klon. Aku harap usaha & idea kami ini akan diterima oleh peminat muzik metal dari dalam maupun diluar negara.

Cuba ceritakan apa yang menarik di sebalik “The Conquering”; penulisannya, rakamannya, hasilnya?
Aku mula mencipta lagu2 baru untuk IMPERIAL sekitar tahun 1998 kalau tak silap, ada 5 lagu kesemuanya termasuk lagu "The Conquering". Lagu2 itu sepatutnya dimuatkan dalam EP pertama IMPERIAL, proses rakaman dibuat di Tricastle Studio pada tahun 1999-2000 rasanya. Berlaku masalah dalaman semasa rakaman EP itu, aku hanya sempat rakam 2 lagu dan selepas itu projek itu terbengkalai...sayang. Untuk single pertama ini, agak memenatkan juga proses pada awal rakaman. Bermula dari proses rakaman sehinggalah ke proses mixing & mastering, semuanya mengambil masa hampir sebulan untuk diselesaikan. Boleh dikatakan 40 peratus idea baru timbul secara spontan semasa proses rakaman ini. Aku akan pastikan semua proses dilakukan dengan teliti dan mencapai target yang kami kehendaki.

Single CD tersebut turut memuatkan “Emperor Of The Hordes” Demo 1995 sebagai bonus. Bagaimana perasaan IMPERIAL hari ini terhadap demo lama tersebut? Apa kenangan yang terpalit di sebaliknya?
Memang banyak kenangan semasa membuat demo itu dulu, masa itu aku , Isa & Mizi masih lagi bersekolah dan tak ada modal untuk merakam demo...jadi kami bertiga terpaksa bekerja dikilang secara sambilan untuk mendapatkan modal...hahaha. Demo "Emperor Of The Hordes" itu kami rakam di Hellion Studio dan aku tak nafikan style muzik kami pada masa itu dipengaruhi oleh band2 dari Greece...kau pun tahu band mana yang aku maksudkan...haha. Tapi itu semua hanya tinggal sejarah & IMPERIAL yang akan datang akan lebih technical, progressive & eksperimental. Aku akan cuba sedaya upaya aku untuk mencari style muzik IMPERIAL yang tersendiri..itu yang pasti.

Apa pula keistimewaan tentang rehearsal ‘The Conquering’ sehingga layak turut serta dijadikan bonus?
Tujuan aku muatkan rehearsal track dalam single itu adalah untuk mendengarkan perbezaan lagu "The Conquering" sebelum dirakam secara profesional. Kalau didengar dengan teliti memang ada perbezaan dari segi gubahan & susunan dalam lagu itu.

Bagaimana keluarnya idea Single CD ini dikeluarkan melalui Astral Lore Productions? Pendapat IMPERIAL tentang hasilkerja mereka?
Astral Lore Productions sebenarnya adalah milik Zam, vocalist aku. Dia yang mencadangkan single "The Conquering" itu dikeluarkan bawah ALP. Pada pendapat aku, ALP adalah salah satu label yang walaupun tidak besar tetapi sangat aktif untuk mengetengahkan band2 baru & juga lama. Itu yang menariknya tentang label ini.

Difahamkan “The Conquering” Single CD ini bukan sahaja menjadi bukti masih hidupnya IMPERIAL tetapi turut menjadi saksi kepada satu rakaman & penerbitan sebuah album penuh sedikit masa lagi… Sebaik mungkin diceritakan tentang penghasilan albuim tersebut?

Aku rasa masih terlalu awal untuk aku bercerita tentang album itu. Tapi yang pasti IMPERIAL akan merakam 8 lagu baru untuk album itu nanti. Proses rakaman mungkin akan bermula dalam bulan 8...hanya masa yang akan menentukan...insyallah.

Tiadakah hasrat yang beraksi di pentas-pentas gig sempena pernafasan semula IMPERIAL ini? Akhiri intebiu ini dengan sepatah dua kata-kata provokasi & promosi…
Memang ada tawaran untuk IMPERIAL beraksi digig, mungkin hujung tahun ini. Yang penting bagi aku sekarang ialah untuk memberi tumpuan penuh untuk album IMPERIAL. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pian dan EKSTRIM kerana sudi menemuramah IMPERIAL. Tak lupa juga kepada peminat yang telah membeli single "The Conquering" kami, sokongan anda semua amat kami hargai. Terima Kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...