Anda masih ingat dengan kumpulan CHOSEN? Mereka mengamalkan muzikal yang dipanggil Progressive Heavy Metal, ditubuhkan di Kuala Lumpur pada 1998 dan satu-satunya rilisan mereka sebelum ini adalah sebuah album pertama dengan judul “Pray and Obey” diterbitkan pada tahun 2000 dahulu.
Setelah hampir 13 tahun berlalu, CHOSEN dilaporkan bakal kembali dengan pengeluaran album kedua yang masih belum ditetapkan judulnya. Berdasarkan kenyataan di laman facebook mereka, album ini secara tentatif diberi judul “Better Late Than Ever” dikatakan bakal memuatkan sebuah karya masterpiece dengan durasi melebihi setengah jam bertajuk ‘Journey To Fit In’
Menurut pihak pengurusan CHOSEN, proses penerbitan album ini kini pada peringkat terakhir dan dijadualkan bakal dipasarkan pada pertengahan Julai 2013 nanti iaitu sekitar bulan Ramadhan. Melalui album ini, CHOSEN menjanjikan penghasilan bunyi, susunan lagu dan penyampaian lirikal yang jauh lebih baik dari apa yang telah mereka tawarkan dari album pertama dahulu.
Difahamkan urusan jualan dan pembelian album ini akan hanya dilakukan melalui facebook page CHOSEN sahaja. Berikut adalah senarai lagu yang bakal dihidangkan melalui album yang dimaksudkan:
01. Nisan - 8:07
i. Prelude
ii. Overture
iii. Outro
02. Marabbuka - 9:37
03. Part II: Pemergian Abadi
04. Repent - 7:14
05. Journey To Fit In - 32:04
Part - I
Part - II
Part - III
Part - IV
Part - V
Part - VI
Part - VII
Part - VIII
Part - IX
Part - X
Part - XI
Part - XII
06. Part - XIII
07. In Between - 5:37
Untuk makluman, line-up CHOSEN pada masa ini terdiri daripada Rahish (gitar), Sneq (kibod), Ejam (bass), Atong (dram), Amgreg (vokal & karakter) dan Eeman (vokal nada tinggi & melodi). Mulai sekarang ikuti perkembangan lanjut kelahiran album kedua CHOSEN ini. Teruskan menyokong muzik tanahair kita!
http://www.facebook.com/PrayAndObey
Tiada ulasan:
Catat Ulasan