TRIUMPH OV FIRE
Susulan kepada edisi Jepun yang dirilis oleh Fuck The Industry, EP "In The Name of Black Principle" dari Triumph Ov Fire bakal diriliskan semula untuk edisi Indonesia melalui sebuah label negara tersebut iaitu Roh Jahat Production. Edisi Indonesia ini bakal tampil dengan rekabentuk halaman depan yang baru dan berbeza. Respon dari negara jiran tersebut adalah hasil dari siri jelajah yang telah dan sedang Triumph Ov Fire jalani di sana. Di samping itu Triumph Ov Fire turut merancang beberapa rilisan terbaru antaranya termasuklah sebuah promo 3 lagu berjudul "Story of a Thousand Night".
REHEARSE
Band Brutal/Slamming Death Metal dari Serdang, Selangor bergelar Rehearse bakal merilis album mini berjudul "Chaos Reign" pada Jun 2013 ini. Rehearse yang ditubuhkan pada penghujung 2011 terdiri daripada Adli (gitar), Uze (vokal), Yusuff (bass) dan Dash (dram). Majlis Release Party "Chaos Reign" bakal diadakan di Uprising Music Lounge, Setapak pada 15 Jun nanti.
MALAPETAKA
Band Death/Thrash yang diasaskan di Kuala Lumpur iaitu Malapetaka memaklumkan mereka baru sahaja menerima anggota baru Najiy Sharifuddin atau ringkasnya Naji mengisi kekosongan bahagian dram. Mereka mengeluarkan Demo 2013 dengan kandungan 5 buah lagu diedarkan secara terhad dan percuma. Hubungi: malapetaka.kl@gmail.com
HUMILIATION
Album penuh ke-4 Humiliation "Turbulence From The Deep" CD 2013 kini boleh diperolehi pada harga RM30 tidak termasuk kos penghantaran. CD yang mengandungi 10 (1 outro) lagu straight-forward Death Metal ini dikeluarkan oleh Deepsend Records (USA).Hubungi: humiliationband@gmail.com
KARAMAH
Mini album KARAMAH berjudul "Huraisy" kini boleh didapati di Nebiula Heavy Metal Shop atau biasanya dikenali dengan nama Kedai Jaie @ Campbell Complex, Kuala Lumpur. Karamah adalah band projek One Barchiel dari kumpulan As-Sahar. Mini CD ini mengandungi 4 buah lagu termasuk olahan semula 'Tinggam' (lagu asal As-Sahar) versi Karamah.
DERANGEMENT PROJECT PRODUCTION
Derangement Project Production bakal melangsungkan siri pertama untuk gig SICKENING ART CHAPTER 6 (FINAL CHAPTER) menampilkan TRAUMA (Indonesia), WAR666, SUCCUBUS dan beberapa lagi pada 11 September 2013 di Kota Kinabalu. Dapatkan perkembangan lanjut daripada:
METAL PORN PRODUCTION
Pihak label Metal Porn Production memberitahu bahawa Pro-CD Split DIED & PUTREFIED REMAINS baru sahaja diambil dari kilang dan kini menunggu bahagian cover yang dalam proses pencetakan. Pihak label juga berjanji split EP-CD ini bakal diedarkan pada kadar harga yang berpatutan. Nantikan pertemuan yang diibaratkan seumpama bertemunya Floridian death metal dan with Greece black metal!!
NARZUK
Band Black Metal Narzuk dilaporkan sedang merakam dan mengumpul material untuk sebuah rilisan yang ada dalam perancangan mereka. Usaha Narzuk sedikit terjejas di mana saudara Rizz memaklumkan yang Narzuk kini sendirian tanpa bantuan. "Tak banyak sangat cerita pasal band ni, sebabnya dah tinggal aku seorang sahaja lagi yang gerakkan Narzuk ni. Yang lain semua dah jadi rockstar1", kata Rizz memaklumkan kedudukan Narzuk. Dalam kepayahan, Narzuk baru-baru ini mempromosikan sebuah lagu mereka berjudul 'Command Rebellion' di: http://youtu.be/Rzo-6hO0Tg4
STRUCTURE FIRE RECORDS
Sebuah label baru yang ditubuhkan bagi memperhebatkan lagi sokongan produksi dan distribusi kepada scene Metal tempatan. Structure Fire Records kini bersedia untuk menawarkan khidmat dan kerjasama mereka kepada band-band yang berminat!
THUNDER IN THE EAST 2013
Dalam konsert terbesar gabungan 4 otai Rock pada 31hb Jun 2013 nanti difahamkan Search akan menampilkan persembahan istimewa di mana mereka akan bermain lagu-lagu klasik dari album era 80-an. Tiket boleh didapati di semua outlet Rock Corner, Victoria Music, Guitar store dan online di www.ticketpro.com.my!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan