Perlis walaupun dilihat agak terselindung dari gerakan menyeluruh muzik berat Malaysia hari ini, tetapi hakikatnya itulah negeri yang melahirkan beberapa lagenda utama dalam scene metal ekstrim tempatan, antaranya BLACKFIRE, SIL KHANNAZ, SACRIFICATION, THE RAVENS dan sebagainya. Di tahun 2015 ini telah menyaksikan munculnya sebuah band generasi baru bergelar KALAMALAM yang bakal meneruskan legasi kehebatan metal ciptaan band-band dari negeri paling utara Semenanjung.
Berpengkalan di Arau, KALAMALAM yang dianggotai oleh Burn (vokal/gitar), Jarn (bass) dan Yanz (vokal) menggalas muzikal unholy Black Metal di bawah inspirasi kegelapan Norway seperti DARKTHRONE, BURZUM, TAAKE dan SATYRICON.
Kiri - Kanan: Yanz, Jarn, Burn.
“Asalnya band ini ditubuhkan pada tahun 1999 dengan nama SILAWANGI di mana line-up masa itu ialah Burn (gitar), Jarn (bass), Yanz (vokal) dan Akim (dram). SILAWANGI sempat merakam dua buah lagu dan keluarkan studio demo “Evil in a Friday Night”. Selepas itu band berpecah dan saya tubuhkan band baru REJAMAN yang sempat buat satu lgu. Seterusnya pada tahun 2005 saya tubuhkan pula band KASTURI dan memiliki beberapa lagu namun tiada kesempatan memasuki studio untuk rakaman. Kini tahun 2015, saya (Burn), Jarn dan Yanz bergabung semula untuk menghidupkan SILAWANGI dengan menggunakan nama baru iaitu KALAMALAM.” cerita Burn menghuraikan rentetan penubuhan band beliau dan rakan-rakannya.
KALAMALAM pada kebanyakan daripada kita mungkin sebuah nama yang asing dan tidak pernah didengari sebelum ini. Namun tanpa petanda dan amaran, unit kendalian 3 pemuzik berbakat ini baru sahaja menzahirkan demo pertama berjudul “Racun Hitam” di mana 3 buah lagu diketengahkan; Binasa Racun Hitam, Sumpahan Amalan, dan Lagenda Chendrawaseeh. Proses rakaman dan adunan demo ini telah dijalankan di BMC Studio, Arau, Perlis. Sebuah lagu – Binasa Racun Hitam – telah juga diperdengarkan di YouTube di laluan: youtu.be/-cNZXzMtQkQ.
Sekiranya anda di luar sana yang ingin memberikan sokongan kepada KALAMALAM dan mendapatkan demo “Racun Hitam”, segeralah hubungi Burn (Ibni Ibrahim) di laman: facebook.com/ibni.ibrahim.7 atau secara WhatsApp di talian: 0174411744. Sekeping demo tersebut diedarkan pada harga RM10 dan tambahan kos penghantaran kiranya melalui pesanan pos.
INFORMASI:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan