2015-10-21

THE PILGRIMS - 01/12/2015 RILISNYA ACHTUNG RIDERS!


"Achtung! This Is Not A Metal Band" adalah rakaman dan rilisan album penuh terakhir THE PILGRIMS sebelum mereka mengendurkan aktiviti dan berehat panjang dari sebarang kerja rakaman terbaharu. Album tersebut dikeluarkan pada 2000 melalui syarikat Ponycanyon. Ini bermakna sudah 15 tahun THE PILGRIMS meninggalkan dan meningkatkan kerinduan di hati peminat-peminat dan penyokong setia mereka yang dahagakan lagu-lagu baru dari band yang ditubuh pada tahun 1987 ini (asalnya bernama HIJRAH). 

Harapan dan penantian bertahun penggemar dan pengikut THE PILGRIMS nampaknya bakal berakhir pada tarikh 1 Disember 2015 nanti bilamana band yang rata-rata mengenali mereka sebagai sebuah kumpulan muzik punk rock dijadualkan merilis sebuah album penuh baru berjudul "Achtung Riders". Album ke-6 mengikut perkiraan album studio rakaman THE PILGRIMS ini walaubagaimanapun dikatakan bakal kembali kepada format asal, muzik yang sedikit lebih keras iaitu Thrash Metal sepertimana satu-satunya demo mereka "Pilgrimage To Nowhere" (1990) ketika masih bergelar HIJRAH. 

Samada ini suatu penghijrahan atau lebih kepada kembali ke asal, muzikal THE PILGRIMS akan tetap sentiasa relevan dan berkait-rapat dengan integriti punkrock dan thrashcore sepertimana yang mereka lakukan di dua album terawal; "Perfume Garden" (Sonic Asylum, 1992) dan "Away From The Numbers" (Alternative Garage, 1994). "Achtung Riders" sudah pasti sebuah hadiah terbaharu dari sebuah band lagenda yang dinanti penuh teruja oleh seluruh penyokong muzik underground tempatan. Ingat tarikh ini: 1 Disember 2015 - "Achtung Riders" melanggar Malaysia!

INFORMASI:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...