Anda yang mengikuti rapat perkembangan HERRIOT pasti pernah dimaklumkan dengan berita bahawa mereka bakal merilis sebuah mini album "The Flame Of Discontent" sekitar 2009 dahulu, namun ianya tidak menjadi realiti [Nota: Rujuk artikel Herriot returns!] dan HERRIOT sekali lagi menempuhi fasa hibernasi. Band yang terus setia dengan muzikal Melodic Death Metal ala Gothenburg ini telah merilis "Celestial Obelisk" EP 2000 dan "Transworld Chaos" album 2001.
Setelah beberapa tahun tertunda, 2014 mungkin menjadi saksi kelahiran "The Flame Of Discontent" menjadi kenyataan. Kini, terdiri daripada barisan beberapa wajah baru; Ari (gitar), Azim (gitar), Fariz (dram), Ikram (bass) dan Chen (vokal), HERRIOT dilaporkan sedang berusaha untuk merealisasikan "The Flame Of Discontent" yang juga mungkin dipinda formatnya dari sekadar sebuah mini album kepada sebuah album penuh.
INFORMASI:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan