Memaparkan berita-berita ringkas, terkini dan perkembangan semasa dari: DISSECTOMY, PSYCHOTIC SUFFERANCE, INSINNER, TOOLS OF THE TRADE, TENOMIZER, KOLBENFAUST, HELLEXIST, ATARAXIQUE, DISEKSA dan NUCLEAR STRIKES.
DISSECTOMY
Mereka merilis "Tribulation" EP pada tahun 2006. Selepas muncul dalam dua kompilasi; Buried Alive Vol.1 pada 2007 keluaran Porcupine Production (Malaysia) dan Razorback Records (USA) serta Penang Metal Tyrants Compilation terbitan Angka Kematian Production di tahun 2009, DISSECTOMY kemudiannya agak menyepi. Tahun 2014 rupanya bakal menyaksikan kebangkitan semula DISSECTOMY dengan line-up terkini terdiri daripada Leon (bass/vokal), Jakpa (gitar), Dark.E (gitar) dan Fariz (dram). Berita baik untuk semua! – DISSECTOMY kini berada dalam fasa rakaman bahagian vokal untuk rilisan album "New Tyranny Unsurpassed" yang bakal rilis tahun ini! Nantikan kekejaman Tyrannical Death Metal dari Pulau Pinang ini!
PSYCHOTIC SUFFERANCE
Rilisan terkini yang boleh diperolehi dari unit Noise Grind Seremban PSYCHOTIC SUFFERANCE adalah 3-way split berjudul "Destruyendo La Armonia" bersama MIERDA HUMANA (Peru) dan CULO (Chile). Split berformatkan CDR ini dikeluarkan oleh sebuah label di Chile iaitu NO BRAIN PRODUCTIONS terhad kepada 50 salinan sahaja!
INSINNER
Orthodox Death Metal dari bandaraya Johor Bahru, INSINNER telahpun meriliskan demo kedua mereka "The World That Decayed". Demo dalam bentuk pro-tape ini mempertaruhkan 4 buah lagu baru serta tambahan sebuah lagu cover. Kuantiti dikeluarkan amat terhad, diedarkan pada harga RM10 / USD5. Segera hubungi INSINNER menerusi emel: insin666@gmail.com.
TOOLS OF THE TRADE
Otai Grindcore TOOLS OF THE TRADE kini berada di landasan terakhir untuk merilis album terbaharu mereka "Proclamation" LP. Difahamkan semua lagu yang bakal dimuatkan telahpun menjalani proses mastering. Kerja-kerja rakaman telah dijalankan di KerbauWorks Studio di bawah selenggaraan Tom (The Bollocks). "Proclamation" akan dikeluarkan melalui kerjasama Strain Eyes Production, Cactus Records dan Kusottare Records. Dengarkan 2 trek promo; Convictions dan Catalysts yang diletakkan di laman bandcamp mereka.
TENOMIZER
Selain TORMENTOR, datang lagi sebuah band generasi baru beraliran Thrash Metal dari Tenom, Sabah dan yang ini digelar TENOMIZER. Terdiri daripada Japi (vokal/bass), Jerrah (gitar) dan Unyil (dram), mereka baru sahaja merilis "Big Disaster" Promo 2014 menghidangkan 3 buah lagu; Big Disaster, Crush it or Die dan Tenomizer. Promo CDR ini terhad hanya 50 unit dijual pada harga RM5 (edaran tangan) / RM6 (pos biasa) / RM8 (pos daftar/laju). Hubungi tenomizer@gmail.com atau Japi Tenomizer. Foto ehsan EASTERN VOICE PRODUCTION yang turut bertindak sebagai ejen distribusi rilisan ini.
KOLBENFAUST
Unit gabungan anak muda Kuala Lumpur dan Kuching dinamakan KOLBENFAUST ini membawa konsep aduan elemen Metal dan Grindcore serta Hardcore dan Djent. Band ini ditubuhkan sekitar Mei 2010 dan selepas beberapa kali berubah ahli, KOLBENFAUST pada masa ini dianggotai oleh Dink (vokal), Greg (gitar), Jay Adam (gitar), Matt (bass) dan End (dram). Awal Mac 2014, mereka merilis / memperdengarkan sebuah lagu single "Tomb of the Lost Disciple" yang bakal dimuatkan dalam rilisan akan datang!
HELLEXIST*
Gerombolan Crust/Punk dari selatan tanahair HELLEXIST terus diberi sokongan kuat dari label BROKEN NOISE RECORDS bilamana rilisan mereka "Age Of Death" yang sebelum ini dikeluarkan dalam bentuk CD dan kaset kini disediakan pula dalam format piring hitam 12" LP. Bagi yang berminat, segera dapatkan material ini yang memuatkan 6 buah lagu Heavy Metal Crust / Hardcore Punk. Beredar pada harga RM60 / EURO12 – hantarkan pesanan ke emel: ladingsatu@gmail.com. Turut dimaklumkan, HELLEXIST yang dianggotai oleh Monster Killer (vokal), Night Evil (gitar), Zam Machine (gitar), Cabi Skullkrusher (bass) dan Dr. Ajen (dram) akan muncul di acara SLOPPY REVOLUTION VOL.5 pada 11 Mei 2014 di bandar Shizuoka, Jepun.
ATARAXIQUE
Progressive Metal dari Kuala Lumpur, ATARAXIQUE baru-baru ini melancarkan single pertama mereka berjudul "Pride" yang boleh didengari di laluan youtu.be/JM4CVx0fc2Q. Lagu ini mengambil masa selama hampir dua tahun untuk disiapkan. ATARAXIQUE yang ditubuhkan pada pertengahan 2012 terdahulu dikenali sebagai FORSAKE ME NOT, kini dibarisi oleh Prthiv (vokal), Gerard (gitar), Johan (gitar), Sharon (kibod), Howe (bass) dan Christian (dram). Single "Pride" ini adalah salah-satu lagu yang bakal termaktub dalam pengeluaran EP yang kini dalam kerja-kerja pembikinan. Nantikan!
DISEKSA*
Pemangkin kebisingan DISEKSA dari Kelang memutuskan untuk kembali menghidupkan enjin Raw Grindcore mereka setelah lebihkurang setahun berehat! Sepanjang tempoh diam, beberapa projek rilisan split terpaksa dibatalkan atas sebab kondisi yang tidak mengizinkan untuk mereka meneruskan atau menyiapkan projek-projek tersebut. Kini, dengan keanggotaan Scum (dram), Bitch (vokal) dan Paul Weed (gitar), DISEKSA dilaporkan telah menulis dan merekod 10 buah lagu baru. Diperdengarkan 3 lagu baru direkod dalam versi rehearsal sebagai promosi awal.
NUCLEAR STRIKES
Sebagaimana yang diketahui, NUCLEAR STRIKES kini bergerak dengan vokalis wanita baru Tasya Blade. Rancangan terdahulu untuk meriliskan single NUCLEAR STRIKES 2.0.1.3 dengan 2 lagu (Dunia Cinta Dusta dan Problema Cinta) nyanyian vokalis terdahulu Steel Ladyana terpaksa diletakkan dalam 'peti ais'. Rex Strike selaku gitaris utama band Heavy Metal / Hard Rock Kajang ini baharu sahaja mengumumkan yang NUCLEAR STRIKES bakal mengeluarkan sebuah single terbaru, sebuah rakaman lagu baru, khabarnya diadun dengan 80's Analog Sound.
Terima kasih kepada Trashnoiser dari Noise From Hell di atas sumbangan informasi bertanda (*) untuk penyediaan buletin di atas. Kepada pihak band / label / dsb yang ingin memuatkan maklumat terbaharu anda dalam dokumentasi BIL.02/2014 akan datang, sila emel kepada ekstrimzine@gmail.com atau mesej di facebook.com/piankvlt. Sebagaimana maklum, kita rakyat Malaysia masih dalam mood kehilangan pesawat MAS MH370 yang sehingga kini masih belum ditemui. Seksyen Buletin kali ini diakhiri dengan sebuah puisi berjudul "Nama Tanpa Wajah", sebuah nukilan jiwa coretan Azeel Arize manakala soundtrack dan deklamasi oleh Fix Mohd (Rex Strike) dari kumpulan Nuclear Strikes. Dengarkan…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan