2014-02-26

TARANTULAH - DEMO #2 "WAR BRUTALITY" BAKAL RILIS


TARANTULAH yang lebih senang menggelarkan muzikal bawaan mereka sebagai Moderate Metal Punk kini berada di landasan terbaik menghampiri rilisan Demo Ke-2 mereka, diumumkan bakal berjudul "War Brutality". Kelahiran demo ini berbekalkan enam buah lagu terbaharu ciptaan TARANTULAH, dirakamkan antara September 2013 hingga Januari 2014. Senarai lagu adalah seperti berikut:

01. War Brutality
02. Apa Erti Kita Kawan
03. Demokrasi Itu Dusta
04. Provokasi Hati Mati
05. Hellbangers (Tribute to KL Hellbangers)
06. Mati Hidup Semula

Menurut Man Rabaxx vokalis utama band 3-piece ini, proses rakaman telah dijalankan di Seri Petaling, Kuala Lumpur. "4 buah lagu dirakam sekitar September - Disember 2013 manakala 2 lagi yang terbaharu pada Januari 2014. Kaedah dan konsep rakaman masih lagi sebagaimana pendekatan yang digunapakai dalam rilisan terdahulu iaitu DIY Home Studio tetapi kali ini kami menitikberatkan kualiti bunyi yang lebih baik", kata beliau. Selain Man Rabaxx, TARANTULAH turut dianggotai oleh Rusak Minda (gitar/vokal) dan Silentt Shoutt (dram/vokal).


Menariknya, demo ini turut memuatkan sebuah lagu berjudul 'Hellbangers', sebuah lagu penghormatan yang didedikasikan khas buat kelompok KL Hellbangers. "War Brutality" dirancang untuk dikeluarkan dalam dua versi berbeza; versi Malaysia sekitar Mac/April 2014 dan kemudiannya menyusul versi luarnegara dijadualkan pada Jun/Julai 2014. Untuk versi pasaran tempatan bakal dikendalikan oleh SISA TOXSICK PRODUCTION


Selain daripada demo "War Brutality" ini, turut berada dalam perancangan rilisan TARANTULAH di awal 2014 ini adalah penampilan dalam kompilasi UNGOVERNABLE RESISTANCE (Filipina), FREEDOM PUNKER - IN GRIND WE PUNX - VOL.1 dan juga Split CDR bersama PSYCHOTIC SUFFERANCE. Hubungi tarantulah2012@gmail.com untuk sebarang maklumat lanjut.

INFORMASI:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...