2014-02-16

PSYCHOTIC ART ZINE - EDISI FEBRUARI 2014


Sesudah jayanya penjilidan BOOK 1 serta beberapa penerbitan minizine dan experimental issue, PSYCHOTIC ART ZINE meneruskan pengkaryaannya dengan keluaran terbaharu Edisi Februari 2014. Kali ini PAZ tampil dengan tema "Hentikan sikap prejudis terhadap zine", diconteng dan ditulis dengan penuh rasa hormat dan kasihsayang oleh penyunting utamanya Amir Fadli sambil dibantu kolaborasi dan kontribusi dari Saiful Nizam, xmackx DOSA, Aden Mohtar, Jason Evil Covelli, Dhamah Shifflah dan Mohd Farez NuZentara.

Memakan masa hampir sebulan menyedia dan menyelesaikan kerja berkaitan, PAZ Edisi Februari 2014 akhirnya dapat dilengkapkan dan secara rasmi diumumkan penerbitannya pada 14 Februari lalu. Sebagaimana konsistensi konsep asal PAZ, pengisian kali ini dalam 24 mukasurat dipenuhi hasilkerja seni lukisan dan ilustrasi (artworks), penulisan berbentuk puisi, sajak dan juga cerita-cerita pendek.


PAZ Edisi Februari 2014 boleh mula diperolehi sekarang, dijual pada harga cuma semurah RM5 edaran tangan (pesanan pos sila tambahkan kos penghantarannya). Difahamkan juga pembikinan Edisi April 2014 telah bermula dan dialu-alukan sebarang sumbangan berbentuk lukisan, ilustrasi, penulisan, puisi dan sebagainya. 

Berikan sokongan anda kepada PSYCHOTIC ART ZINE kerana ianya berbeza dan tersendiri! Untuk pembelian, pertanyaan dan sumbangan, sila hubungi samada amirfadli2@yahoo.com ataupun sickscreen_p@yahoo.com. Di facebook, cubalah cari Amir Fadli

INFORMASI:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...