2014-07-26

MISTIK - AIRMATA SESALAN (THE NORTHERN WHISPER OF HELL DIABOLICURST)



Pengeluaran semula EP "Airmata Sesalan" dari lagenda Malaymitoslistik Metal Pulau Pinang MISTIK oleh label DIABOLICURST PRODUCTIONS yang hangat disebut-sebut sebelum ini akhirnya dipasarkan secara rasmi pada pertengahan Julai 2014. EP 1998 yang pada asalnya dalam format kaset keluaran PSYCHIC SCREAM ENTERTAINMENT kini kembali berada di pasaran dalam kemasan Digipak CD. Harga untuk seunit CD ini hanyalah RM30 + RM6 kos pengeposan. Menurut Akeyron (vokalis MISTIK), antara tarikan CD ini adalah penampilan lirik Perjanjiaan Syaitan, salah sebuah lagu yang terkandung dalam rilisan ini.


Selain daripada 200 unit Dipipak CD dijual berasingan, pihak label DIABOLICURST PRODUCTIONS turut mengeluarkan tambahan 100 unit lagi yang didatangkan secara eksklusif dalam pakej Special Box Edition, khas buat penyokong setia band lagenda ini. Realisasi edisi dalam kotak istimewa ini memberikan satu pengiktirafan yang cukup bermakna untuk eksistensi 20 tahun MISTIK. Untuk pakej ini, selain Dipipak CD turut terkandung t-shirt (saiz atas pilihan pembeli) dan pelekat kenderaan (sticker). Harga (termasuk postej) untuk Special Box Edition adalah RM120 Semenanjung / RM130 Sabah/Sarawak.


Usah dilepaskan peluang yang hanya datang sekali dan tiada ulang-cetak ini. Hubungi Facebook Ruy Zal [pemilik label] atau WhatsApp 012-4693743 untuk maklumat lanjut dan pembelian. Pembayaran boleh dibuat ke akaun Maybank 1574-2906-9108 (Nordini bt Kamaruddin). Jangan pula anda yang mengalirkan airmata sesalan dek kerana ketinggalan. Segeralah bertindak sebelum kehabisan!

INFORMASI:

BERKAITAN:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...