Unit Black Thrash Matu, SAKTISM dilaporkan baru sahaja mengeluarkan sebuah rilisan split bersama band dari Brazil iaitu IMPERADOR BELIAL. Split tanpa tajuk atau tepatnya "self-titled" ini adalah di bawah keluaran label tempatan METAL PORN PRODUCTION. Difahamkan juga SAKTISM kini dalam persediaan untuk merilis sebuah album penuh. Menurut sumber band, SAKTISM pada masa ini masih dalam fasa akhir pemilihan lagu untuk rakaman studio. Proses rakaman kemungkinan besar akan bermula pada April 2014 untuk album penuh sulung SAKTISM yang akan memuatkan 8 buah lagu.
Berkenaan gig, SAKTISM dijadualkan beraksi di gig MUKAH METAL LEGIONS 1 yang dirancang berlangsung pada 29 Mac 2014. Selainnya turut diberitakan SAKTISM baru sahaja merekrut pemain dram tetap iaitu Raizo untuk mengisi masalah kekosongan posisi dram yang telah lama berlarutan menyebabkan pergerakan band ini agak terbatas. Kedudukan terkini line-up SAKTISM adalah: Athmar (vokal), Seyrol (gitar/vokal), Saff (gitar), Nasz (bass) dan Raizo (dram).
SAKTISM / IMPERADOR BELIAL Split CD mengandungi 8 buah lagu aliran Black Thrash Metal. Dikeluarkan oleh METAL PORN PRODUCTION terhad kepada 200 salinan sahaja! Beredar pada harga RM10 (+RM5 melalui pos), anda boleh dapatkan split album ini dengan cara menghubungi metalporn666@gmail.com atau memesan di facebook: Metal Porn Production.
INFORMASI:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan