Semangat underground kental yang seakan menjadi tunjang prinsip perjuangan muzikal TARANTULAH diteruskan melalui pengeluaran Demo 2014 mereka "War Brutality" kali ini dalam format kaset pula.
"War Brutality demo akan diriliskan dalam bentuk kaset oleh DIY DISTRO AND RECORDS tidak lama lagi. Ini adalah rilis versi keempat selepas rilisan dari SISA TOXSICK PRODUCTION, EVILPUNK RECORDS (Belarus) dan DENTE PÔDI RECORDS (Brazil) dalam bentuk CD-R. Nantikan kemunculannya!", maklum Man Rabaxx, vokalis TARANTULAH.
DIY DISTRO AND RECORDS adalah label yang bertanggungjawab mengeluarkan "War Brutality" dalam format kaset. Di bawah kod rilisan DIY 05, kaset ini dikeluarkan sekitar September 2014 didatangkan bersama pelekat (sticker) percuma! Hubungi pihak-pihak berkaitan untuk mendapatkan rilisan ini.
INFORMASI:
BERKAITAN:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan