2013-08-26

KL THRASHED 2013 - OFFICIAL MERCHANDISE

Bersempena festival thrash metal KL THRASHED 2013 pada 1 September 2013 (Ahad) bertempat di Water Place, Jalan Doraisamy, Kuala Lumpur, pihak penganjur telah mengeluarkan beberapa merchandise rasmi berupa t-shirt dan patch. Barangan-barangan ini boleh anda perolehi pada hari tersebut!!

T-SHIRT: 

HEADBANGING TUNGGANG LANGGANG - Maskot untuk KL Thrashed 2013 ini diberi nama Awang! Cetakan dan pengeluaran t-shirt dilaksana oleh Magenta Screen.

PATCH:

Untuk maklumat lanjut berkaitan edaran patch KL Thrashed 2013 ini, sila hubungi Zahit Zakaria (Slaydeath). Pesanan awal untuk anda gayakan pada hari gig boleh diperolehi pada harga RM15 sahaja!


KL THRASHED yang kini memasuki tahun ketiga penganjurannya bakal dimeriahkan oleh persembahan-persembahan dari Head Krusher (Indonesia), Beast Petrify (Singapura), Masshypnosia (Filipina) di samping wira-wira thrash tempatan seperti Logam, Morggorm, Iron Skull, Slaydeath, Black Seed, Puakerysm, Malapetaka dan juga Aciddive. Thrash 'til Death!!!

METAL EVENT:

INFORMASI:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...