HERMYTH FANZINE kembali sendirian untuk Isu #6 setelah melakukan keluaran berkembar bersama RANJAU METAL FANZINE dalam isu terdahulu (terbit 22 April 2014). Berpengkalan di negeri Melaka Bandaraya Bersejarah, HERMYTH #6 diterbit dan mula beredar di pasaran underground tempatan pada 14 April 2015 di mana kali ini mengandungi temubual bersama RAKAZ, VELHALLA, REHEARSE, HANATOR, SMALLMAN ZINE dan beberapa paparan lain termasuklah ruangan Forum dan Ulasan. HERMYTH mengekalkan tradisi DIY cut & paste, bersaiz A4 dan dicetak fotokopi hitam & putih!
Kepada yang berminat untuk mendapatkan HERMYTH FANZINE ISU #6, sila hubungi editornya saudara Azman Aziz di talian 017-2796369. Harga senaskah hanyalah RM7 (termasuk pos berdaftar) dan dimaklumkan pembayaran boleh dibuat secara pindahan wang ke akaun Maybank editor. Ayuh sokong pembikinan fanzine atas kertas buatan tempatan!!
[Imej diambil dari: facebook.com/www.rakaz.com.sg]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan